Siapa sahaja yang tidak pernah menggunakan aloe vera gel. Walaupun anda bukan seorang beauty enthusiast, ia antara produk yang perlu ada di dalam beg atau almari masing-masing. Ini kerana gel tersebut mempunyai pelbagai manfaat dan kegunaan. Malah, teksturnya yang ringan juga menjadikannya nyaman bila dipakai. Di sini, Beauty Insider telah menyenaraikan 12 aloe vera gel terbaik buat anda!

Apa Itu Aloe Vera Gel?

Apa kata kita kenali dahulu apa itu aloe vera gel? Secara ringkasnya, ia merupakan gel yang diekstrak daripada tumbuhan Lidah Buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera.

Ia juga mengandungi pelbagai nutrien dan vitamin yang baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Tambahan pula, ia merupakan bahan semulajadi yang popular dan antara bahan utama dalam produk kecantikan dan penjagaan kesihatan.

Manfaat Aloe Vera Gel

Gel ini juga bagus untuk diamalkan dalam rutin harian anda kerana ia mempunyai beberapa manfaat seperti:

  • Melembapkan Kulit: Gel aloe vera mengandungi banyak air, yang dapat membantu melembapkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Merawat Kulit Terbakar Matahari: Ia mempunyai sifat menyejuk dan menyuburkan yang dapat membantu meredakan kulit yang terbakar akibat sinaran matahari.
  • Merawat Jerawat dan Jeragat: Gel aloe vera mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria yang membantu merawat jerawat dan mengurangkan kedutan kulit.
  • Mengurangkan Kemerahan: Ia membantu mengurangkan kemerahan pada kulit yang sensitif atau yang mengalami reaksi alergi.
  • Mempercepatkan Penyembuhan Luka: Gel aloe vera mempunyai sifat penyembuhan yang dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil seperti goresan atau lecet.
  • Menyegarkan Kulit: Penggunaan gel aloe vera dapat memberikan sensasi kesegaran dan kesejukan pada kulit.
  • Mengurangkan Kegatalan: Ia dapat membantu mengurangkan gatal-gatal pada kulit akibat alergi atau iritasi.
  • Mengandungi Antioksidan: Gel aloe vera mengandungi antioksidan yang membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.
  • Merangsang Pertumbuhan Rambut: Penggunaan gel aloe vera pada kulit kepala dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut yang sihat.
  • Menenangkan Kulit Sensitif: Ia sesuai untuk kulit sensitif dan boleh membantu mengurangkan reaksi kulit terhadap faktor-faktor luaran.

Cara Memakai Aloe Vera Gel

Pengunaan gel ini amat mudah. Anda hanya perlu sapukan pada bahagian yang dinginkan dan membiarkannya meresap pada kulit.

Pada rambut pula, anda boleh menjadikannya sebagai masker sebelum mencuci rambut dengan syampu dan kondisioner atau sapukan pada rambut selepas setiap cucian.

12 Aloe Vera Gel Terbaik

1. Benton Aloe Propolis Soothing Gel

Mengandungi 80% jus daun aloe vera dan 10% ekstrak propolis, Benton Aloe Propolis Soothing Gel sesuai diguna secara menyeluruh, terutamanya di muka.

Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, gabungan aloe vera bersama ekstrak propolis mampu melegakan kegatalan dan keradangan.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan bintik hitam dan mensekatakan kulit

Harga: RM55

Terdapat di: Captain Beauty

2. Guardian Essential Aloe Vera Gel

Mengandungi ekstrak Aloe Vera asli, Glycerin, dan Vitamin E, Guardian Essential Aloe Vera Gel bukan sahaja mampu melegakan kulit dari selaran matahari tapi ia juga mampu melembapkan kulit.

Bebas daripada alkohol, pewarna, dan pewangi, gel ini turut sesuai buat kulit sensitif.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Melembapkan dan melegakan kulit
  • Mengandungi antioksidan

Harga: RM17.50

Terdapat di: Guardian

3. Fruit of the Earth Aloe Vera Gel

Antara produk aloe vera gel terbaik, Fruit of the Earth Aloe Vera Gel mampu menyejukkan dan melegakan kulit selepas terkena selaran matahari. Selain itu, ia juga sesuai digunakan jika kulit anda terkena sesuatu yang panas, digigit nyamuk, mengalami kegatalan, dan sebagainya.

Kelebihan:

  • Bebas daripada alkohol dan pewarna
  • Melindungi kelembapan kulit
  • Melegakan iritasi pada kulit

Harga: RM23.90

Terdapat di: Big Pharmacy

4. Good Virtues Co Intensive Care Aloe Vera Skin Relief Gel

Mengandungi 100% ekstrak aloe vera asli, Good Virtues Co Intensive Care Aloe Vera Skin Relief Gel mempunyai tekstur ringan dan cepat diserap kulit. Ia mampu memberikan nutrisi sambil melegakan iritasi dan melembapkan kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan secara menyeluruh
  • Mengandungi tujuh jenis gabungan ekstrak tumbuhan
  • Melembapkan dan melegakan kulit

Harga: RM15.90

Terdapat di: Lazada

5. Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

Salah satu aloe vera gel yang cukup terkenal dari Korea Selatan semenjak dahulu lagi, Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel kaya dengan vitamin dan sesuai digunakan secara menyeluruh. Samada pada wajah atau rambut, gel ini mempunyai 92% ekstrak aloe vera dan mampu melegakan kulit sensitif dan memberikan kelembapan tanpa rasa melekit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Memberikan kelembapan
  • Sesuai digunakan untuk pelbagai kegunaan

Harga: RM25

Terdapat di: Althea

6. Dr. Barbara Strum Aloe Vera Gel

Diperbuat di negara German, Dr. Barbara Strum Aloe Vera Gel antara aloe vera gel yang terbaik kerana ia mengandungi 90% ekstrak aloe vera organik asli yang bukan sahaja melembapkan malah menyejukkan kulit anda. Tak cukup dengan itu, Panthenol turut dirumus bersama bagi meningkatkan tahap kelegaan pada kulit.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan Panthenol bagi meningkatkan kelegaan pada kulit
  • Sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan
  • Mempunyai aloe vera organik

Harga: RM347.74

Terdapat di: Revolve

7. Chriszen 98% Aloe Vera + Rice Milk Skin Gel

Chriszen 98% Aloe Vera + Rice Milk Skin Gel antara aloe vera gel terbaik kerana ia bukan sahaja melembapkan dan melegakan, malah ia juga mampu membaiki serta merawat luka, parut dan stretch mark pada permukaan kulit. Tak cukup dengan itu, ia turut memberikan antioksidan pada kulit agar dilindungi dari kerosakkan radikal.

Kelebihan:

  • Mengandungi antioksidan
  • Tidak melekit dan berminyak pada kulit
  • Melembapkan, mencerahkan, dan melegakan kulit

Harga: RM32.90

Terdapat di: Chriszen

8. Wardah Nature Daily Aloe Hydramild Multifunction Gel

Lembut dan bebas dari alkohol, Wardah Nature Daily Aloe Hydramild Multifunction Gel merupakan gel yang ringan dan tidak melekit bila dipakai. Kandungan Glycerin juga mampu menjaga kelembapan kulit dan melegakan sebarang iritasi yang anda alami.

Ringan dan tidak mudah melekit, ia sesuai dipakai pada bila-bila masa.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Melegakan kegatalan dan iritasi
  • Sesuai digunakan pada wajah dan badan

Harga: RM15.50

Terdapat di: Guardian

9. Banana Boat Soothing Aloe After Sun Gel

Jika anda terkena selaran matahari selepas berada di luar sepanjang hari, pastikan anda sapukan Banana Boat Soothing Aloe After Sun Gel. Ia ringan dan cepat diserap kulit, memberikan kelegaan serta merta dari keradangan. Ia juga mampu mengelakkan kulit dari mengelupas.

Kelebihan:

  • Melegakan kegatalan dan iritasi pada kulit
  • Melembapkan dan melembutkan kulit
  • Menyejukkan kulit

Harga: RM24.49

Terdapat di: Caring Pharmacy

10. The Face Shop Jeju Aloe Ice Refreshing Soothing Gel

Untuk mendapatkan sensasi yang lebih menyejukkan bila kulit mengalami kepanasan, anda boleh sapukan Jeju Aloe Ice Refreshing Soothing Gel! Apa yang istimewa mengenai gel ini ialah ia turut sesuai di simpan di bahagian peti ais bagi memberikan kesejukkan yang lebih nyaman.

Kelebihan:

  • Mempunyai kesan antibakteria
  • Bebas daripada paraben, talc, pewarna tar, mineral oil dan bezophenone-3
  • Melegakan kulit secara serta-merta

Harga: RM25.90

Terdapat di: The Face Shop

11. Emina Aloe Vera Gel

Saiznya yang kecil molek membuatkan Emina Aloe Vera Gel mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia mengandungi ekstrak daun Aloe Vera dan ekstrak akar Likuris untuk bukan saja melembapkan tapi turut mencerahkan dan merawat kulit.

Kelebihan:

  • Mencerahkan kulit
  • Merawat kulit
  • Melembapkan kulit

Harga: RM11

Terdapat di: Watsons

12. Innisfree Aloe Revital Soothing Gel

Korea Selatan mempunyai pelbagai produk aloe vera. Antara Aloe Vera gel terbaik dari negara tersebut ialah Innisfree Aloe Revital Soothing Gel yang menggunakan ekstrak lidah buaya dari Pulau Jeju yang mampu melembapkan kulit secara mendalam. Ia juga mengandungi Madecassoside yang mampu menguatkan skin barrier anda!

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Menguatkan skin barrier secara semula jadi
  • Memberi sensasi yang sejuk dan nyaman

Harga: RM33

Terdapat di: Innisfree

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.