Dunia kecantikan diwarnai dengan pelbagai jenama yang mempunyai identiti tersendiri dengan formulasi serta rangkaian produknya. Meskipun begitu, terdapat brand kecantikan lokal yang setaraf dengan jenama-jenama antarabangsa. Oleh itu, tidak hairanlah jenama produk lokal ini dari kosmetik sehingga ke penjagaan kulit kian mendapat perhatian ramai kerana kualitinya yang bagus. Jom tengok senarai brand kecantikan lokal terbaik di Malaysia yang anda wajib tahu ini!

Senarai Brand Kecantikan Lokal Terbaik Di Malaysia 2023

1. Nita Cosmetics

Nita Cosmetics yang diasaskan oleh Aznita Azman adalah merupakan antara senarai brand kecantikan lokal terbaik di Malaysia. Jenama kosmetik in pada mulanya menawarkan koleksi gincu dan pembayang mata sebelum berkembang dengan pelbagai pilihan produk solekan, aksesori dan juga pakaian. Antara produk-produk paling laris keluaran Nita Cosmetics adalah Sirap Matte Liquid Lipstick, Pemadam 2-in-1 Foundation and Concealer, dan Kurshiah Puff Pen Velvet Matte Lipstick in Rose Cherry.

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

2. SIMPLYSITI

Jenama terkemuka SIMPLYSITI oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi. Rangkaian produk yang ditawarkan direka dan dikilangkan di Korea Selatan, memastikan agar kualitinya tinggi namun mampu milik. Sejak dilancarkan pada tahun 2010, SIMPLYSITI kini menawarkan produk kosmetik, minyak wangi dan juga penjagaan kulit. 

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

3. SILKYGIRL

Untuk anda yang tidak mengetahuinya, SILKYGIRL sebenarnya adalah brand kecantikan lokal yang diasaskan oleh Alliance Cosmetic Group. Diperkenalkan pada tahun 2005, SILKYGIRL adalah antara jenama popular yang menawarkan rangkaian lengkap kosmetik, wangian, pewarna rambut dan juga produk penjagaan wajah serta badan. 

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

4. Kamelia Cosmetics

Diasaskan oleh Kamelia Nisha, jenama Kamelia Cosmetics diinspirasikan daripada cinta terhadap solekan dan juga ikan duyung. Terkenal dengan rangkaian produk solekannya, jenama lokal ini dikenali dengan pelbagai jenis produknya untuk seluruh wajah seperti Mermaid Skin Flawless Filter Foundation, Mermaid Matte Lip Creme, Aqua Kiss Lip Tint, dan juga Fintastic Cheek Enhancer.   

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

5. Lumi Beauty

Pengasas Lumi Beauty, Chryseis Tan mencipta jenama ini dengan rangkaian produk penjagaan kulit yang dirumus khas dengan ekstrak botani agar wajah tampak berseri. Anda boleh dapat terdapat senarai produknya cukup komprehensif dari pembersih wajah, pelembap, serum, masker dan pelindung suria. Antara produk yang anda wajib cuba adalah Vitamin Glow Mineral Sunscreen dan Vitamin Glow Super Serum.

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

6. Chuck’s

Senarai brand kecantikan lokal terbaik di Malaysia seterusnya adalah Chuck’s yang dimiliki oleh pempengaruh popular Jane Chuck. Selain formulasinya yang berkualiti tinggi, produk penjagaan wajahnya mempunyai rekaan menarik, menggambarkan nilai estetik jenama ini. Antara produk yang ditawarkan adalah Off-Duty Rice Cleansing Balm, All Good Soothing Toner Pads Set dan Very Important Sunscreen.

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

7. Syedewa Cosmetics

Syedewa Cosmetics adalah cetusan idea Syed Mohamad Fahmi, jurusolek selebriti yang ingin menghasilkan rangkaian produk solekan yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik. Produk yang ditawarkan adalah komprehensif dari foundation, blush, maskara, pembayang mata, lip liner dan juga lipstick. Dengan pengalamannya bertahun, ramai peminat kecantikan memuji kualiti produk yang dikeluarkan. 

Klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut.

Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.