Foundation atau bedak asas merupakan produk utama semasa solekan. Dianggap sebagai asas solekan sebelum penggunaan bedak penutup, pembayang mata dan juga gincu, foundation mampu memberikan kesan yang signifikan pada keseluruhan solekan anda. Selain rumusan yang berlainan, produk ini turut ditawarkan dengan kemasan, coverage dan warna yang berbeza. Oleh itu, anda haruslah menitikberatkan beberapa faktor sebelum memilih foundation yang sesuai dengan anda. Di bawah, kami telah menyenaraikan lapan foundation terbaik dari jenama terkemuka untuk membantu anda membuat pilihan.

Cara Memilih Foundation Yang Terbaik untuk Anda

Photo by George Milton on Pexels

Sebelum anda membeli foundation, pastikan anda menitikberatkan beberapa faktor terlebih dahulu agar produk tersebut sesuai dengan jenis dan tona kulit anda.

Kemasan 

Untuk yang tidak mengetahuinya, foundation ditawarkan dalam beberapa jenis kemasan seperti matte, semula jadi dan juga dewy atau seakan berseri tanpa kesan kekeringan. Untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak, anda digalakkan untuk menggunakan foundation dengan kemasan matte untuk mengawal lebohan minyak. Manakala, kulit kering pula sesuai dengan foundation yang menawarkan kemasan semula jadi atau dewy

Coverage 

Secara asasnya, foundation mempunyai tiga jenis coverage atau tahap liputan pada cela kulit, contohnya nipis, sederhana dan juga penuh. Anda boleh memilih coverage yang bersesuaian dengan anda kerana setiap satu tahap ini memberikan liputan yang berbeza. Untuk mereka yang ingin menutupi cela, parut jerawat dan juga jeragat, anda boleh memilih tahap liputan yang penuh.

Warna 

Pastikan foundation yang anda ingin beli adalah sesuai dengan tona kulit anda agar kemasannya tampak semula jadi tanpa kelihatan terlalu berat. Untuk memastikan agar foundation tersebut sepadan, anda boleh lakukan ujian tampalan dengan oleskan pada bahagian rahang dan pipi anda.  Jika foundation tersebut seakan tampak cair pada kulit dengan warna yang sama dengan kulit, maka ia adalah sepadan. 

Senarai Foundation Terbaik di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba

1. Shiseido REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation SPF 30 PA+++

Dengan rumusan penjagaan kulitnya serta kemasan berserinya, Shiseido REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation SPF 30 PA+++ adalah antara foundation terbaik pilihan kami. Diperkaya dengan Fermented Kefir+, prebiotic dari beras Jepun yang ditapai dan niacinamide, ia membantu kulit mengekalkan mikrobiom yang sihat  dan menguatkan lapisan pelndung kulit. Formulanya yang ringan meliputi kulit dengan kemasan yang tahan selama 12 jam. 

Kelebihan:

  • Ditawarkan dalam 30 warna
  • Mengekalkan kelembapan kulit selama 24 jam
  • Formulasi hibrid 

Harga: RM230.00

Terdapat di: Laman website Shiseido 

2. Giorgio Armani Beauty Luminous Silk Foundation

Giorgio Armani Beauty Luminous Silk Foundation adalah sesuai untuk mereka yang inginkan solekan yang tidak kelihatan terlalu berat. Teksturnya amat ringan bak sutera yang memberikan liputan sederhana untuk menutup cela. Diperbuat dengan teknologi Micro-fil and Trade, proses berpaten ini memberikan kemasan semula jadi yang membuatkan wajah anda tampak berseri. Meskipun harganya mahal, kemasan yang anda akan dapat adalah seperti jurusolek profesional.

Kelebihan:

  • Ditawarkan dalam 40 warna
  • Tidak mengandungi minyak
  • Kemasan semula jadi

Harga: RM 270.00

Terdapat di: Laman website Giorgio Armani Beauty

3. L’Oréal Paris Infallible 24H Fresh Wear Foundation 

Infallible 24H Fresh Wear Foundation dari jenama terkemuka L’Oréal Paris adalah antara foundation terbaik pilihan ramai. Produk ini meliputi kulit dengan full coverage yang terasa ringan serta kali air, peluh dan pindah, sesuai untuk penggunaan harian. Oleh itu, ia berkesan menutupi cela pada wajah termasuk jeragat. Malahan, ia juga dirumus dengan SPF 25. Dengan rumusan serta kemasannya yang tahan lama, foundation ini setaraf dengan produk mewah yang lain. 

Kelebihan:

  • Mengandungi SPF 25
  • 10 pilihan warna
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM79.90

Terdapat di: Shopee

4. Estée Lauder Double Wear Stay-In-Place Makeup SPF 10 Foundation

Estée Lauder Double Wear Stay-In-Place Makeup SPF 10 Foundation sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal, kering mahupun berminyak. Dirumus dengan litupan penuh atau full coverage yang boleh dibina, ia memberikan kemasan matte yang semula jadi. Selain itu, produk ini juga mengawal minyak, serta kalis air dan pindah, membuatkannya sesuai dengan cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. 

Kelebihan:

  • 40 warna pilihan
  • Tidak akan liang pori-pori
  • Tahan lama

Harga: RM225.00

Terdapat di: Sephora

5. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation 

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, pastinya anda berasa sukar memilih foundation yang sesuai dengan anda bukan? Usah berasa risau kerana Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation direka khas untuk memberikan kemasan matte dan mengecilkan liang pori. Manakala, serbuk mikro pula berkesan menghilangkan kilauan.

Kelebihan:

  • Tidak komedogenik
  • Mengecilkan liang pori
  • Sesuai untuk kulit berminyak

Harga: RM56.90

Terdapat di: Watsons 

6. Laneige Neo Foundation_glow

Ingin kulit wajah tampak glass skin seperti idola K-pop anda? Laneige Neo Foundation_glo menampilkan rumusan yang membantu menyerikan kulit dengan serta merta. Diperkaya dengan ramuan penting untuk penjagaan kulit, produk ini melembapkan dan melegakan kerengsaan. Teksturnya juga dikuasakan dengan serbuk mikro dan mutiara untuk aplikasi yang mudah serta kemasan berseri.

Kelebihan:

  • Tahan lama sehingga 48 jam
  • Lapan warna berbeza
  • Kemasan berseri

Harga: RM170.00

Terdapat di: Laman website Laneige 

7. KVD Beauty Good Apple Full-Coverage Transfer-Proof Vegan Serum Foundation 

KVD Beauty Good Apple Full-Coverage Transfer-Proof Vegan Serum Foundation menawarkan litupan nipis dan penuh dengan kemasan semula jadi. Foundation ini mengandungi pigmen elastomer berkesan menutupi cela dari parut jerawat sehingga ke jeragat dengan tekstur yang ringan. Selain itu, ia juga dirumus khas untuk memastikan solekan asas tahan lama daripada peluh dan kelembapan.  

Kelebihan:

  • Vegan
  • Diperkaya dengan ekstrak epal agar kulit tampak segar
  • Tekstur ringan seakan serum

Harga: RM200.00

Terdapat di: Sephora 

8. Fenty Beauty Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick

Seperti namanya, Fenty Beauty Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick menawarkan kemasan nipis yang membantu menutupi cela dengan berkesan. Yang paling best, foundation stick ini juga mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Diperkaya dengan mentega murumuru, sodium hyaluronate dan Quickblur Complex, setiap sapuan foundation ini meliputi kulit agar tampak semula jadi. 

Kelebihan:

  • Mudah digunakan
  • Ditawarkan dalam 25 warna
  • Kalis peluh dan pindah

Harga: RM170.00

Terdapat di: Sephora

Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.