Setiap rutin solekan pasti tidak lengkap tanpa penggunaan concealer yang membantu untuk menutupi cela di wajah anda. Bahkan produk ini juga amat versatil kerana kegunaannya sebagai highlighter dan juga contour, membuatkannya antara alat solek yang wajib. Meskipun begitu, lambakan concealer yang mempunyai formulasi yang berbeza pasti membuatkan anda sukar membuat pilihan yang tepat. Kami telah menyenaraikan beberapa produk concealer terbaik di pasaran yang anda wajib cuba.

Apakah Sebenarnya Concealer dan Kegunaannya?

Photo by George Milton on Pexels

Concealer merupakan produk solekan yang direka khas untuk menutupi cela yang kelihatan pada kulit. Dengan formulasinya yang berpigmen, produk ini mempunyai tekstur yang agak pekat dan kegunaan yang berbeza berbanding foundation kerana kegunaanya untuk menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata, parut, jerawat, tanda-tanda penuaan, jeragat dan cela. Selain itu, concealer juga boleh digunakan untuk contour dengan menggunakan tona yang satu atau dua lebih gelap berbanding kulit anda untuk menonjolkan kawasan hidung, garis rahang dan juga tulang pipi.

Bagaimanakah Cara Menggunakan Concealer? 

@itsmakeupbymelissam It’s easy to get confused by all the trends—but I promise this is it! #makeuptutorial #celebritymakeupartist #concealerhack ♬ original sound – Melissa Murdick

Cara kegunaan concealer sebenarnya bergantung kepada kegunaan anda kerana produk ini cukup versatil. Secara umumnya, anda perlu menitikberatkan cara aplikasi produk tersebut yang memerlukan teknik blending yang betul serta tona warna yang sesuai. 

Menurut Melissa Murdick, jurusolek artis yang pernah bekerja bersama Selena Gomez, terdapat beberapa kesalahan dalam penggunaan concealer yang sering dilakukan oleh ramai orang seperti menggunakan tona warna yang terlampu cerah untuk menutupi cela yang membuatkannya tampak lebih jelas kelihatan. Oleh itu anda digalakkan untuk memilih tona yang sewarna dengan kulit. 

Menurut Murdick, anda digalakkan untuk menggunakan concealer setelah foundation untuk memastikan kemasan yang sempurna. Meskipun ramai yang menggunakan jari atau span, alatan ini sebenarnya agak besar untuk aplikasi. Sebaliknya, Murdick mengesyorkan anda menggunakan berus yang sama saiz dengan cela untuk menutupinya sebelum menggunakan berus yang lebih besar untuk blending.

Selain itu, Murdick juga berpendapat bahawa ramai yang menggunakan produk concealer secara berlebihan. Menurutnya, dengan mengawal jumlah concealer yang anda gunakan, anda dapat menyamarkan cela dengan lebih berkesan.

Senarai Produk Concealer Terbaik Di Malaysia 2024

1. NARS Radiant Creamy Concealer

Senarai produk concealer terbaik ini tidak lengkap tanpa NARS Radiant Creamy Concealer yang cukup popular dalam kalangan peminat kecantikan. Direka dengan formulasi yang tahan sehingga 16 jam, produk ini menampilkan liputan sederhana dengan kemasan yang tampak berseri secara semula jadi. Selain menyamarkan cela, ia juga dirumus untuk membetulkan ketidaksempurnaan secara optik berbanding mengaburkannya. Manakala, serbuk unik membantu menyekatakan tona kulit dan serbuk mineral pula memudarkan  garis-garis halus dan kedutan.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak botanikal
  • Tekstur berkrim 
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Harga: RM145.00

Terdapat di: Sephora 

2. Kosas Revealer Concealer + Daytime Eye Cream

Revealer Concealer + Daytime Eye Cream dari jenama Kosas ini menawarkan litupan sederhana yang mudah untuk diblending dengan kemasan semula jadi. Produk ini berkesan menutupi cela, lingkaran hitam, jeragat, jerawat dan banyak lagi. Formulasinya juga menggabungkan bahan penting seperti kafein, peptide dan asid hyaluronik untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. 

Kelebihan:

  • Ditawarkan dalam 30 pilihan warna
  • Tidak komedogenik
  • Berfungsi sebagai eye cream

Kekurangan:

  • Kurang sesuai untuk mereka yang inginkan litupan penuh

Harga: RM155.00

Terdapat di: Sephora

3. Smashbox Halo Healthy Glow 4-In-1 Perfecting Pen

Jika anda masih tercari-cari concealer terbaik, kami cadangkan anda mencuba Smashbox Halo Healthy Glow 4-In-1 Perfecting Pen. Seperti namanya, produk ini membantu untuk menyamarkan, menyerlahkan, membentuk kontur dan membetulkan cela. Produk ini diperkaya dengan asid hyaluronik, teh hijau, ginseng dan vitamin E untuk untuk melembapkan dan menyuburkan kulit. Produk ini juga mudah digunakan kerana hanya perlu kliknya seperti pen sebelum menggunakannya pada kawasan yang diperlukan.

Kelebihan:

  • Mempunyai pelbagai kegunaan
  • Mudah digunakan seperti pen
  • Tekstur ringan yang tahan lama

Kekurangan:

  • Rumusannya cepat kering oleh itu anda perlu blendnya secepat mungkin

Harga: RM135.00

Terdapat di: Sephora 

4. Fenty Beauty We’re Even Longwear Concealer

Fenty Beauty We’re Even Longwear Concealer adalah antara concealer terbaik yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering dan kombinasi. Dikuasakan dengan formulasinya yang melembapkan selama 12 jam, concealer ini menyamarkan cela dengan litupan sederhana dan semula jadi yang tahan lama. Yang paling best, terdapat 50 pilihan warna yang ditawarkan untuk pelbagai tona kulit.

Kelebihan:

  • Rumusan yang melembapkan
  • 50 pilihan warna
  • Kalis air

Kekurangan:

  • Terdapat pengguna mengatakan bahawa kemasannya meninggalkan kesan kedutan setelah beberapa jam

Harga: RM145.00

Terdapat di: Sephora 

5. Gucci Concentré de Beauté

Gucci Concentré de Beauté adalah produk concealer pertama keluaran jenama terkemuka ini. Dengan rating yang tinggi, produk ini menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dalam menutupi cela dengan kemasan semula jadi. Produk ini adalah serba boleh kerana boleh digunakan untuk menyamarkan cela, mencerahkan dan menyekatakan tona kulit. Tekstur uniknya memboleh anda menggunakan jari, span atau berus pada kawasan yang diperlukan.

Kelebihan:

  • 40 pilihan warna
  • Litupan yang boleh dibina dari sederhana sehingga penuh
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Harga: RM171.00

Terdapat di: Sephora 

6. Charlotte Tilbury Beautiful Skin Radiant Concealer

Charlotte Tilbury Beautiful Skin Radiant Concealer menawarkan formulasi unik yang membantu menutupi, mencerahkan, membetulkan dan menyerlahkan bahagian mata dan wajah anda. Ditawarkan dalam 18 pilihan warna, concealer ini mempunyai kemasan sederhana yang tahan sehingga 16 jam. Produk ini juga diperkaya dengan bahan yang penting untuk kulit seperti asid hyaluronik, niacinamide, vitamin C dan kolagen vegan.

Kelebihan:

  • Kalis peluh dan air
  • Tahan selama 16 jam
  • Sesuai digunakan untuk contour

Kekurangan:

  • Kemasan yang berkilau 

Harga: RM155.88

Terdapat di: Revolve 

7. Maybelline Instant Age Rewind Concealer 

Untuk mereka yang mencari concealer terbaik yang bagus dan murah tanpa perlu berbelanja lebih,  Maybelline Instant Age Rewind Concealer adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Produk ini membantu menyamarkan dan membetulkan cela pada kawasan mata termasuk lingkaran hitam dan bengkak. Aplikator inovatifnya pula direka untuk memastikan aplikasi yang mudah dan berkesan agar kemasannya sekata.

Kelebihan:

  • Rekaan aplikator yang unik
  • Menyamarkan cela pada bahagian mata
  • Mudah digunakan

Kekurangan:

  • Direka untuk kegunaan pada kawasan mata sahaja

Harga: RM44.90

Terdapat di: Watsons

8. Tarte Shape Tape Contour Concealer

Tarte Shape Tape Contour Concealer menawarkan litupan penuh dengan kemasan matte agar cela dapat disamarkan dengan berkesan. Produk ini membantu mencerahkan dan membetulkan cela agar wajah tampak berseri. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai alat untuk contour dan highlighter. Manakala teksturnya yang berkrim memastikan agar kemasannya tahan lama dan tidak meninggalkan kesan kedutan. Produk dari Tarte ini juga sesuai untuk digunakan sebagai concealer pada bahagian kening.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan sebagai highlighter dan contour
  • Litupan penuh
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif

Kekurangan:

  • Tekstur berkrimnya memerlukan anda untuk blend dengan lebih lama

Harga: RM139.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.