Sebut sahaja Skintific, pasti ramai yang mengetahui mengenai produk jenama penjagaan wajah ini yang telah tular di TikTok. Diperbuat di Kanada, Skintific adalah jenama popular yang kian mendapat perhatian kerana rumusan unik TT3 (Trilogy Triangle Effect) yang merawat lapisan pelindung kulit, bahan aktif yang trending serta formulasi yang sesuai untuk jenis kulit orang Asia. Meskipun, produknya berkualiti, harga yang ditawarkan murah. Untuk mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan penggunaan produk Skintific, kami telah menyenarai rekomendasi produk Skintific terbaik dari rangkaiannya. 

Senarai Rekomendasi Produk Skintific Terbaik di Malaysia

1. Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel

Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel adalah antara senarai rekomendasi produk Skintific terbaik pilihan ramai. Produk best-seller ini diperkaya dengan lima jenis ceramide yang mengunci kelembapan dan menguatkan lapisan pelindungan kulit. Selain itu, rumusannya juga merangkumi asid hyaluronik, Centella Asiatica dan kolagen marin. Pelembap wajah ini menawarkan pelbagai kebaikkan pada kulit bermasalah seperti jerawat, kering, iritasi dan tekstur yang kasar. 

Kelebihan:

  • Meresap dengan pantas
  • Mengekalkan kelembapan intensif
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif

Harga: RM69.00

Terdapat di: Shopee

2. Skintific All-Day Light Sunscreen Mist SPF 50

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan pelindung suria pastinya membuatkan anda berasa kurang selesa kerana kesan berminyaknya. Usha risau kerana Skintific All-Day Light Sunscreen Mist SPF 50 menampilkan rumusan revolusi dengan semburan halus yang melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Selain lima jenis ceramide, ia juga mengandungi mutiara UV  yang direka dengan Teknologi Mikrokapsul agar kulit tidak terasa melekit dan berminyak. 

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Mudah digunakan
  • Sesuai digunakan di atas solekan. 

Harga: RM65.00

Terdapat di: Shopee 

3. Skintific 10% Niacinamide Serum

Skintific 10% Niacinamide Serum menawarkan rumusan unik yang berbeza dengan produk berasaskan niacinamide yang lain. Diperbuat dengan Royal DSM Niacinamide, ramuan ini yang turut digunakan oleh jenama terkemuka mampu meresap ke dalam kulit dalam 30 saat untuk mencerahkan dan menguatkan sistem pelindungan kulit. Dalam penggunaan tujuh hari sahaja, serum ini membantu memudarkan jeragat dan parut jerawat serta menyekatakan tona kulit.

Kelebihan:

  • Menyerikan kulit kusam
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengandungi kombinasi bahan-bahan penting

Harga: RM59.00

Terdapat di: Shopee 

4. Skintific Alaska Volcano Clay Deep Pores Cleansing Clay Mask

Jika anda sedang mencari masker wajah terbaik, kami sarankan agar anda mencuba Skintific Alaska Volcano Clay Deep Pores Cleansing Clay Mask. Produk ini dikuasakan dengan tanah liat gunung berapi dari Alaska untuk membersihkan kulit secara mendalam. Manakala asid glikolik dan probiotik pula mengekalkan keadaan optimum lapisan penghalang kulit dan merangsang penjanaan semula sel kulit. Anda hanya perlu gunakannya selama 10 minit dan anda akan dapati liang pori tampak bersih dan kulit kelihatan berseri. 

Kelebihan:

  • Membersihkan liang pori dari kotoran
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mengawal lebihan minyak

Harga: RM65.00

Terdapat di: Shopee 

5. Skintific White Truffle Cleansing Essence

Senarai rekomendasi produk Skintific terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa White Truffle Cleansing Essence. Produk hibird ini menggabungkan pembersih wajah dan essence dalam satu untuk membersihkan wajah dari kotoran sambil menguatkan lapisan pelindung kulit. Ramuannya merangkumi truffle putih, peptida, vitamin C, asid amino dan lima jenis ceramide. 

Kelebihan:

  • Menggabungkan kebaikkan pembersih wajah dan essence
  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering
  • Melindungi sistem lapisan pelindung kulit 

Harga: RM65.00

Terdapat di: Shopee 

6. Skintific Glycolic Acid Daily Clarifying Toner

Masalah jerawat dan kulit kusam membelenggu anda? Skintific Glycolic Acid Daily Clarifying Toner adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masalah jerawat dan memudarkan parut bekasnya. Diperkaya dengan 1% asid glikolik untuk menyingkirkan sel kulit mati dan mengurangkan jerawat. Selain lima jenis ceramide, ia turut mengandungi niacinamide dan asid laktobionik. 

Kelebihan:

  • Menggalakkan proses eksfoliasi kulit
  • Memudarkan parut jerawat 
  • Melembutkan tekstur kulit kasar

Harga: RM65.00

Terdapat di: Shopee

7. Skintific 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream

Skintific 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream adalah wajib dalam rutin penjagaan kulit wajah anda. Berbeza dengan produk krim mata yang lain, ia dilengkapi dengan pengurut yang boleh berputar 360 darjah dan memberikan sensasi penyejukan untuk urutan maksimum di sekitar kawasan mata. Diperkaya dengan kombinasi peptida 3D, niacinamide, dan kafein, ramuan ini bekerjasama untuk mengurangkan lingkaran hitam dan garis-garis halus. 

Kelebihan:

  • Dilengkapi dengan pengurut yang boleh berputar 360 darjah
  • Mengurangkan lingkaran hitam
  • Mengelakkan mata sembab

Harga: RM69.00

Terdapat di: Watsons 

8. Skintific Salicylic Acid Acne Spot Gel

Skintific Salicylic Acid Acne Spot Gel dirumus khas dengan asid salisilik dan pionin yang  bekerjasama untuk  memerangi bakteria penyebab jerawat serta melegakan kerengsaan dan kemerahan. Manakala, niacinamide pula memastikan jerawat reda tanpa meninggalkan kesan parut. Anda hanya perlu sapukannya pada kawasan yang berjerawat. 

Kelebihan:

  • Mengurangkan kerengsaan jerawat dalam 12 jam sahaja
  • Sesuai digunakan pada pelbagai jenis jerawat
  • Mengelakkan parut jerawat

Harga: RM49.00

Terdapat di: Shopee

Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.