Makeup
16 Lipstik Terbaik, Gerenti Tahan Lama & Tidak Keringkan Bibir
Tampil memukau dengan warna berkekalan
By: Rasida Hannan / March 6, 2025

Bila sebut sahaja mengenai solekan, pasti ramai yang terus akan fikirkan lipstik atau gincu, kan? Ia merupakan produk solekan yang dikenali semua dan wajib ada dalam beg setiap wanita, tak kira mereka merupakan penggemar makeup atau lebih sukakan solekan yang ringkas. Ini kerana lipstik dapat memberikan warna dan seri pada wajah secara serta merta. Malah, terdapat pelbagai jenis lipstik yang terdapat di pasaran sehingga anda boleh berasa pening untuk membuat pilihan. Jika begitu, team Beauty Insider sedia membantu! Di sini, kami telah menyenaraikan 16 lipstik terbaik yang tahan lama dan tidak akan mengeringkan bibir anda.
Contents
- Jenis Tekstur Lipstik
- Senarai Lipstik Terbaik di Pasaran
- 1. Somethinc Forever Stay Comfort Lip Glaze
- 2. Maybelline Superstay Matte Ink
- 3. Innisfree Airy Matte Lipstick
- 4. Hourglass Unlocked Satin Creme Lipstick
- 5. L’Oreal Paris Color Riche Slim Matte Intense Lipstick
- 6. Wet N Wild Megalast Lipstick
- 7. The Balm Meet Matte Hughes
- 8. Clinique Dramatically Different Lipstick Shaping Lip Colour
- 9. Revlon Colorstay Suede Ink
- 10. Silkygirl OMG! Powder Matte Lipcolor
- 11. M.A.C Locked Kiss 24Hr Lipstick
- 12. Peripera Ink Velvet Intense Stick
- 13. Alha Alfa Foggy Lips
- 14. Dose Of Colors Liquid Matte Lipstick
- 15. Velvet Vanity Super Slim Stick
- 16. Rimmel Lasting Finish Extreme Matte Lipstick
Jenis Tekstur Lipstik

Sebelum itu, apa kata kita kenali dulu beberapa tekstur lipstik yang ada di pasaran? Dengan ini, ia akan membantu anda membuat pilihan mengikut jenis bibir dan kesukaan anda.
Matte dan Velvet
Lipstik dengan tekstur matte atau velvet cukup terkenal. Ia tahan lama berbanding yang lain dan tidak mudah pudar dari permukaan bibir. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis acara. Jika anda mempunyai bibir kering, sebaiknya elakkan lipstik yang tekstur ini atau skrub dan calitkan sedikit lip balm dulu pada bibir sebelum memakainya.
Gloss dan Shine
Tekstur ini pula memberikan bibir anda kilauan dan sentuhan glamor pada solekan anda, setanding bintang Hollywood! Ia juga membuat bibir anda tampil lebih mungil jadi ia amat disarankan buat anda yang mempunyai bibir nipis dan kering. Namun, ia tidak tahan lama dan perlu dipakai setiap beberapa jam.
Satin
Satin lipstik pula memberikan anda dua dalam satu – matte dan gloss! Ia tahan lebih lama berbanding gloss dan memberikan hidrasi serta warna berkekalan pada bibir.
Senarai Lipstik Terbaik di Pasaran
1. Somethinc Forever Stay Comfort Lip Glaze

Somethinc Forever Stay Comfort Lip Glaze yang merupakan keluaran terbaharu jenama terkemuka ini adalah antara lipstick yang menjadi pilihan ramai. Diformulasikan dengan formula 3D glaze transfer-proof, produk ini menawarkan rumusan yang tahan sehingga 24 jam serta terasa sangat selesa di bibir. Ia juga diperkaya dengan Hyalubloom™, yang membantu melembapkan secara mendalam dan mengurangkan garis-garis halus pada bibir. Selain itu, Somethinc Forever Stay Comfort Lip Glaze menawarkan rangkaian lipstick dengan pigmentasi yang berkesan menutupi bibir gelap. Berbeza dengan lipstick yang terdapat di pasaran, produk ini juga mempunyai kualiti tinggi serta tidak meninggalkan kesan merekah dan melekit.
Ditawarkan dalam sembilan pilihan warna yang menawan yang sesuai untuk semua jenis tona kulit dan setiap acara seperti Uno, Hustle, Treschic, PWR, Unreal, Mantra, Sassy, Notty, dan Selfmade. Malahan, Somethinc Forever Stay Comfort Lip Glaze juga dilengkapi dengan aplikator auto-swivel yang membantu pemakaian gincu bibir yang mudah dan memastikan formulanya bercampur secara automatik untuk kemasan yang menakjubkan. Berdasarkan ujian pengguna, 100% pengguna bersetuju bahawa bibir mereka terasa lebih lembap dan 97% pengguna pula menyatakan bibir mereka kelihatan lebih sihat. Dengan kelebihan formulasinya yang unggul, Forever Stay Comfort Lip Glaze adalah pilihan terbaik untuknya.
Bernadya, yang merupakan duta terbaharu Somethinc telah dipilih sebagai wajah bagi Forever Stay Comfort Lip Glaze dalam kempen “Forever Stay, Forever On Play”. Sebagai seorang penyanyi, dia memerlukan gincu yang menampilkan formulasi tahan lama, tidak mudah pudar, dan melembapkan agar sesuai dengan gaya hidupnya yang aktif. Dengan ciri-ciri unggulnya, Forever Stay Comfort Lip Glaze adalah padanan sempurna untuk keperluan harian Bernadya.
Harga: RM47.90
Terdapat di: Shopee dan TikTok Shop
Final Verdict
4.5
Insider Ratings
PROS:
- Ditawarkan dalam sembilan warna yang menarik
- Tahan hingga 24 jam dan transfer-proof, kiss-proof, dan smudge-proof
- Berpigmen tinggi yang berkesan menutupi bibir gelap
- Tidak merekah dan tidak meninggalkan kesan melekit
- Tidak meninggalkan kesan merekah dan melekit
Cons:
- Pilihan warna adalah terhad dengan tona palet berasaskan coklat dan merah jambu
2. Maybelline Superstay Matte Ink

Maybelline Superstay Matte Ink merupakan lipstik yang tidak asing lagi buat makeup lovers. Lipstik ini digemari ramai kerana ia tahan lama dan tidak mudah pudar walaupun selepas makan! Ia juga mempunyai lebih dari 20 pilihan warna menarik dan sesuai digayakan dengan untuk pelbagai jenis acara dan gaya anda.
Harga: RM42.90
Terdapat di: Lazada
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Tahan lama dan tidak mudah warna
- Tidak keringkan bibir
- Tekstur ringan dan tidak melekit
Cons:
- Kurang sesuai untuk mereka yang tidak menyukai kemasan matte
3. Innisfree Airy Matte Lipstick

Masalah bibir kering dan menggelupas? Cuba lipstik yang ringan dan tidak menggeringkan seperti Innisfree Airy Matte Lipstick. Walaupun hasilnya matte, bibir anda akan terasa ringan dan lembap kerana ia mempunyai kompleks ceramide, mentega shea, cocoa, murmur, dan mangga untuk merawat dan melembutkan bibir yang kering.
Harga: RM64
Terdapat di: Innisfree
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Selesa dan ringan pada bibir
- Melembutkan dan melembapkan bibir
- Meratakan garis halus dan sel kulit mati dari permukaan bibir
Cons:
- Mudah pudar
4. Hourglass Unlocked Satin Creme Lipstick

Jika anda lebih sukakan hasil satin, maka Hourglass Unlocked Satin Creme Lipstick merupakan lipstik yang sesuai buat anda. Walaupun ia mempunyai tekstur berkrim, lipstik ini tidak mudah pudar dan mampu melembapkan bibir yang kering kerana ia kaya dengan mentega benih mangga, vitamin E dan minyak avocado.
Kelebihan:
- Bebas dari alkohol dan pewangi, sesuai untuk bibir sensitif
- Tekstur krim yang melembapkan bibir
- Ringan dan tidak melekit pada bibir
Kekurangan:
- Harga yang agak mahal
Harga: RM215.00
Terdapat di: Sephora
5. L’Oreal Paris Color Riche Slim Matte Intense Lipstick

L’Oreal Paris Color Riche Slim Matte Intense Lipstick merupakan antara lipstik terbaik untuk bibir yang kering dan kusam. Dengan hanya satu sapuan, ia mampu memberikan impak warna yang terang dan tahan lama. Selain itu, ia turut dirumus dengan asid hyaluronik bagi memastikan bibir anda kekal lembap sepanjang hari.
Kelebihan:
- Tahan sehingga 16 jam
- Melembapkan dan melembutkan bibir
- Membuat bibir tampil lebih mungil
Kekurangan:
- Pilihan warna yang terhad
Harga: RM63.50
Terdapat di: Watsons
6. Wet N Wild Megalast Lipstick

Satu lagi lipstik dari drugstore yang menjadi kegemaran ramai, Wet N Wild Megalast Lipstick mungkin kelihatan ringkas tapi jangan pandang hanya memandangnya dengan sebelah mata sahaja tau! Ia mempunyai pelbagai pilihan warna nude, merah, dan merah jambu yang tahan lama dan tidak mudah pudar. Selain itu, lipstik ini juga mempunyai tekstur krim yang kering pada menjadi matte. Ia kaya dengan Coenzyme Q10, vitamin A, dan E untuk melembapkan bibir.
Kelebihan:
- Mengandungi bahan-bahan untuk melembapkan bibir
- Meratakan sel kulit mati pada permukaan bibir
- Tahan lama dan mudah untuk dipakai
Kekurangan:
- Teksturnya yang agak sedikit kering pada bibir, terutamanya jika anda tidak menggunakan pelembap bibir sebagai asas
Harga: RM26.90
Terdapat di: Sasa
7. The Balm Meet Matte Hughes

Masalah utama buat penggemar liquid lipstick ialah penggunaan yang kerap boleh menyebabkan kulit bibir kelihatan gelap dan menggelupas. Oleh itu, pemilihan lipstik yang bersesuaian dan tidak akan akan mengeringkan bibir amat penting. Antaranya ialah The Balm Meet Matte Hughes yang bukan sahaja tahan lama tapi tidak akan menyebabkan kekeringan pada bibir anda.
Kelebihan:
- Tahan lama dan tidak mudah pudar
- Ringan dan lembut pada bibir
- Tidak keringkan bibir
Kekurangan:
- Pilihan warna terhad
Harga: RM99.00
Terdapat di: Zalora
8. Clinique Dramatically Different Lipstick Shaping Lip Colour

Lipstik yang menggunakan teknologi dan bahan-bahan skincare bagi memastikan bibir kekal lembap dan mungil? Ini lah Clinique Dramatically Different Lipstick Shaping Lip Colour! Ia sesuai buat anda yang mengalami bibir kering yang cukup kronik kerana ia dirumus dengan minyak benih bunga matahari, kastor, dan mentega shea bagi melembapkan dan menyihatkan bibir.
Kelebihan:
- Memberikan hidrasi pada bibir
- Membuat bibir tampil lebih sihat dan mungil
- Merawat bibir kering
Kekurangan:
- Harga yang agak mahal
Harga: RM115.00
Terdapat di: Clinique
9. Revlon Colorstay Suede Ink

Revlon Colorstay Suede Ink merupakan salah satu lipstik terbaik kerana ia tidak pudar walaupun selepas makan. Ini kerana ia mengandungi primer bagi mengekalkan pigmentasi warna pada permukaan bibir anda. Ia juga mengandungi vitamin E bagi melindungi dan merawat bibir dari sinaran UV dan pencemaran. Terasa seperti tidak memakai lipstik!
Kelebihan:
- Mengandungi antioksidan untuk merawat dan melindungi bibir
- Tahan selama 8 jam
- Tidak kering dan selesa pada bibir
Kekurangan:
- Teksturnya yang boleh terasa sedikit kering pada bibir, terutama bagi mereka yang mempunyai bibir sensitif atau mudah kering
Harga: RM52.90
Terdapat di: Watsons
10. Silkygirl OMG! Powder Matte Lipcolor

Jenama yang dipercayai ramai gadis Malaysia, Silkygirl – turut mempunyai beberapa rangkaian lipstik. Antara pilihan top adalah OMG! Powder Matte Lipcolor. Dengan satu sapuan, lipstik ini akan terus akan terus kering pada tekstur powdery matte yang terasa selesa dan lembut pada bibir. Selain itu, ia juga mengandungi minyak avocado, chamomile, dan ekstrak klidah buaya bagi melembapkan, melindungi dan melegakan bibir yang rosak dan kering.
Kelebihan:
- Bebas dari pewangi, carmine, dan paraben – sesuai untuk bibir sensitif
- Melembapkan bibir
- Pilihan warna yang sesuai dengan tona kulit Asia
Kekurangan:
- Pilihan warna terhad dalam rona yang gelap
Harga: RM28.90
Terdapat di: Silkygirl
11. M.A.C Locked Kiss 24Hr Lipstick

M.A.C Locked Kiss 24Hr Lipstick merupakan lipstik yang mampu memberikan anda warna dan ketahanan selama 24 jam! Setelah disapu pada bibir, ia terus kering pada tekstur matte yang tidak akan pudar dan keringkan bibir anda. Jika anda mahukan sedikit kilauan pada bibir, sapukan sedikit lip gloss atau lip balm!
Kelebihan:
- Tidak mudah pudar dan tahan selama 24 jam
- Mengandungi minyak buah Markisa untuk melembutkan dan melembapkan bibir
- Tekstur ringan dan terasa seperti tidak memakai lipstik
Kekurangan:
- Harga yang mahal
Harga: RM170.00
Terdapat di: M.A.C Cosmetics
12. Peripera Ink Velvet Intense Stick

Peripera pula antara jenama makeup dari Korea Selatan yang cukup terkenal dengan pilihan lip tint. Tapi tahukah anda bahawa ia juga mempunyai rangkaian lipstik yang tahan lama dengan pelbagai warna cantik? Peripera Ink Velvet Intense Stick tidak akan mengeringkan bibir anda. Apa yang menarik tentangnya ialah teksturnya yang ringan namun memberi pigmentasi yang tidak mudah pudar.
Kelebihan:
- Tekstur seakan krim yang lembut dan ringan p
- Warna yang melekat dan tahan lama
- Meratakan garis halus dan sel kulit mati pada permukaan bibir
Kekurangan:
- Sukar untuk didapati
Harga: RM50.00
Terdapat di: Shopee
13. Alha Alfa Foggy Lips

Ingin bibir tampil selembut awan dengan warna yang memikat hati? Cuba Alha Alfa Foggy Lips! Ia mempunyai empat warna yang tahan lama dan menyebabkan kekeringan pada bibir anda. Jika anda mahu kesan yang lebih semula jadi, calitkan sedikit dan hanya dab dab pada bibir!
Kelebihan:
- Melembapkan bibir
- Tekstur matte lembut yang tidak akan mengeringkan bibir
- Tahan lama dan melembutkan bibir
Kekurangan:
- Pilihan warna terhad
Harga: RM29.90
14. Dose Of Colors Liquid Matte Lipstick

Liquid lipstik dengan tekstur krim, Dose of Colors Liquid Matte Lipstick memberikan warna dan keselesaan berpanjangan. Meskipun ia kering menjadi matte, lipstik ini tidak akan menyebabkan kekeringan pada bibir anda. Untuk kelihatan lebih menyerlah dan memastikan ia tahan lebih lama, pakaikan sedikit lip liner terlebih dahulu.
Kelebihan:
- Tekstur krim
- Tidak kering dan melekit pada bibir
- Tahan lama dan tidak mudah pudar
Kekurangan:
- Sukar untuk didapati
Harga: RM48.00
Terdapat di: Shopee
15. Velvet Vanity Super Slim Stick

Satu lagi lipstik dengan satin finish, Velvet Vanity Super Slim Stick merupakan antara lipstik terbaik buat anda yang mengalami bibir yang kering dan cepat mengelupas. Ia mempunyai tekstur krim dan ringan, serta kaya dengan minyak vitamin E, soya, benih matahari, dan calendula bagi mengurangkan garis halus dan melembapkan pada bibir.
Kelebihan:
- Sesuai buat bibir kering yang kronik
- Menguatkan dan melembapkan bibir
- Tekstur yang ringan
Kekurangan:
- Ketahanannya yang tidak begitu lama
Harga: RM39.90
Terdapat di: Velvet Vanity
16. Rimmel Lasting Finish Extreme Matte Lipstick

Rimmel Lasting Finish Extreme Matte Lipstick antara lipstik yang mempunyai tekstur soft matte yang tidak terlalu kering namun tahan lama. Jika lip matte lain mudah mengeringkan bibir anda, cuba yang ini pula. Ia selesa untuk dipakai dan melembapkan bibir seperti lip balm. Hasilnya? Warna tahan lama tapi bibir kekal mungil!
Kelebihan:
- Melembapkan dan melembutkan bibir
- Tekstur soft matte
- Selesa dan tidak melekit
Kekurangan:
- Pilihan warna terhad
Harga: RM31.90
Terdapat di: Watsons
Kongsikan lipstik pilihan anda di ruangan komen dan jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook bagi mendapatkan informasi terkini!