Sebut sahaja minyak tea tree, pasti ramai yang mengetahui kebaikan minyak pati ini yang telah digunakan secara tradisional oleh penduduk asli di Australia. Dengan sifatnya yang antiseptik, ramuan botanikal ini mempunyai banyak kegunaan dan juga manfaat. Jika anda menyukai produk berasaskan minyak pati, minyak tea tree amat sesuai dalam rutin penjagaan kulit anda. Senarai minyak tea tree terbaik yang kami pilih ini mempunyai ramuan tulen yang bermanfaat untuk mencegah masalah kulit berminyak dan juga berjerawat. 

Apakah Minyak Tea Tree?

Minyak melaleuca  atau lebih dikenali sebagai minyak tea tree merupakan minyak pati yang diekstrak secara proses penyulingan wap daripada pokok melaleuca alternifolia. Ramuan ini juga telah digunakan semenjak berkurun lamanya oleh penduduk asli di Australia sebagai antiseptik dan ubat herba. Kini, terdapat lambakan produk seperti sabun, losyen dan juga krim wajah yang diformulasi dengan minyak tea tree untuk penggunaan topikal. 

Manfaat Minyak Tea Tree

Photo by Chelsea shapouri on Unsplash

Dengan sifat antibakteria, anti-radang, antivirus, dan antikulatnya, minyak tea tree menawarkan manfaat untuk beberapa masalah kulit, kuku dan juga rambut. Antara kegunaan minyak tea tree adalah:

  • Mengawal jerawat
  • Mengurangkan simptom-simptom athlete’s foot atau kutu air
  • Mencegah masalah kelemumur
  • Merawat kudis buta
  • Menghapuskan telur kutu pada rambut apabila digunakan bersama minyak lavender
  • Merawat jangkitan kulat kuku
  • Digunakan sebagai pensanitasi tangan untuk membunuh bakteria

Senarai Minyak Tea Tree Terbaik di Malaysia 2023

1. The Body Shop Tea Tree Oil

Dalam senarai teratas bagi minyak tea tree terbaik ialah The Body Shop Tea Tree Oil. Rangkaian ini mengandungi minyak tea tree organik yang diekstrak dari pokok yang ditanam di kaki bukit Gunung Kenya. Selain itu, daun pokok ini dituai selama 12 jam untuk memastikan minyak pati tulen ini mujarab. Anda boleh gunakannya sebagai spot treatment pada jerawat. Produk ini berkesan melegakan kerengsaan akibat jerawat tanpa kerengsaan. 

Kelebihan:

  • Ekstrak minyak tea tree organik
  • Sesuai untuk kulit berjerawat
  • Pokok yang dituai secara mampan dengan Komuniti Fair Trade

Harga: RM68.00

Terdapat di: Laman website The Body Shop 

2.Thursday Plantation Tea Tree Oil

Thursday Plantation Tea Tree Oil diperkaya dengan ekstrak daun Melaleuca alternifolia yang dipilih secara khas untuk kesan optimum. Minyak tea tree yang tulen ini mengandungi sifat antiseptik yang tinggi untuk melindungi dan membersihkan luka daripada bakteria serta kulat. Anda boleh menggunakan produk ini pada luka yang melecur, melecet, jerawat, kulat kuku, kutu air dan gigitan serangga. Tambahan lagi, ia juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan di rumah daripada kuman. 

Kelebihan:

  • Minyak pati yang tulen
  • Kandungan anti bakteria aktif yang tinggi daripada piawaian minimum
  • Bebas daripada SLS, paraben, dan bahan sintetik

Harga: RM40.33

Terdapat di: Watsons

3. Aiken Tea Tree Oil 100% Pure

Aiken Tea Tree Oil 100% Pure merupakan antara minyak tree tree terbaik pilihan ramai. Ekstrak minyak pati yang tulen ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Dengan manfaat yang ditawarkannya, produk ini menyerap ke dalam kulit untuk mengurangkan jerawat dan melegakan kerengsaan tanpa menyebabkan kesan iritasi. Yang paling best, harganya juga murah. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Bebas daripada kekejaman haiwan

Harga: RM21.30

Terdapat di: Guardian 

4.Plant Therapy Tea Tree Essential Oil

Plant Therapy Tea Tree Essential Oil mengandungi ekstrak daun Melaleuca alternifolia yang tumbuh di Australia dan Afrika Selatan. Jenama terkemuka ini juga merupakan sebahagian daripada Persatuan Tea Tree Industry Association Australian (ATTIA). Ramuan utamanya diekstrak dengan kaedah penyulingan serta menampilkan kekuatan aroma yang sederhana. Selain menggunakannya secara topikal pada kulit, anda boleh menambah tiga sehingga empat titis pada alat aroma diffuser

Kelebihan:

  • Kekuatan aroma yang sederhana
  • Ditawarkan dalam isi padu yang berbeza
  • Boleh digunakan pada kulit atau ditambah pada aroma diffuser serta personal inhaler 

Harga: RM42.90

Terdapat di: Guardian 

5. Cosmoderm Tea Tree Oil Pure Australian

Jika anda sedang mencari minyak tree tea oil terbaik di drugstore yang murah, kami sarankan anda mencuba Cosmoderm Tea Tree Oil Pure Australian. Rumusannya menampilkan ekstrak Melaleuca alternifolia yang tulen. Minyak pati serba guna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengurangkan jerawat, malahan ia juga sesuai untuk luka kecil dan gigitan serangga.  Produk ini boleh merupakan langkah penjagaan kulit terakhir dalam rangkaiannya untuk kulit yang bersih dan berseri. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas daripada pewangi, paraben dan minyak mineral
  • Harga murah 

Harga: RM29.90

Terdapat di: Laman website Cosmoderm 

6. Dr Organic Tea Tree Pure Oil

Dr. Organic Tea Tree Pure Oil diformulasi secara khas menggunakan ekstrak semula jadi dan organik yang diiktiraf. Dengan kandungan 100% minyak tea tree tulen yang terbaik, rumusan vegannya tidak mempunyai bahan-bahan sintetik tambahan.  Ramuan ini mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang, membuatkannya sesuai untuk digunakan pada kulit atau sebagai minyak aromaterapi. 

Kelebihan:

  • 100% minyak tea tree tulen 
  • Dirumus dengan ekstrak yang diperakui organik dan semulajadi
  • Bebas daripada bahan-bahan sintetik

Harga: RM55.90

Terdapat di: Guardian 

7. Neal’s Yard Remedies Tea Tree Organic Essential Oil

Produk minyak tree tea terbaik seterusnya yang menjadi pilihan kami ialah Tea Tree Organic Essential Oil dari jenama Neal’s Yard Remedies. Ekstrak daunnya diambil daripada pokok yang tumbuh di negara Kenya. Ia juga mempunyai kualiti tinggi dengan aroma yang sederhana. Produk ini merupakan minyak aromaterapi semula jadi yang terlaris kerana keberkesanannya. Anda boleh menggunakannya untuk urutan, mandian dan diffuser

Kelebihan:

  • Boleh digunakan bersama minyak pati eucalyptus, lavender dan lemon
  • Serba guna
  • Ramuan berkualiti tinggi

Harga: RM 90.00

Terdapat di: Laman website Neal’s Yard Remedies

8. Alia Tea Tree Oil 100% Pure

Alia Tea Tree Oil 100% Pure merupakan salah satu produk daripada rangkaian tea tree jenama ini. Seperti namanya, rumusan produk ini merangkumi bahan utama iaitu minyak tea tree yang tulen yang efektif dalam mengurangkan jerawat, mengawal lebihan minyak serta kerengsaan pada kulit. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati kulit wajah anda tampak berseri dan bebas daripada cela. 

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Minyak tea tree yang tulen
  • Tidak merengsakan kulit 

Harga: RM20.90

Terdapat di: Watsons 

9. Nurish Organiq Tea Tree Oil 

Nurish Organiq Tea Tree Oil mengandungi 150,00ppm minyak tea tree tulen dari Australia. Dengan kandungan yang tinggi, produk ini efektif untuk mengurangkan masalah kulit berjerawat dan berminyak. Diuji secara dermatologi, produk ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit tanpa sebarang kesan kerengsaan. Dengan penggunaan harian, jerawat pada muka dan tubuh anda juga akan berkurangan. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengandungi 150,00ppm minyak tea tree tulen
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM19.90

Terdapat di: Watsons 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.