Dengan trend kecantikan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa, terdapat sahaja benda baharu setiap masa. Dari rahsia rutin kecantikan Korea yang menggunakan lendir siput, skinimalism ke peranti kecantikan, ia cukup berbeza berbanding dahulu. Kini, trend kecantikan lebih fokus kepada kelebihan penggunaan ramuan penjagaan kulit, seperti asid glikolik atau glycolic acid. Dikenali sebagai salah satu bahan asid alfa hidroksi (AHA), glycolic acid mendapat populariti kerana manfaatnya dalam kesihatan kulit. Jom tengok senarai produk skincare yang mengandungi glycolic acid terbaik ini.

Apakah Sebenarnya Asid Glikolik atau Glycolic Acid?

Photo by Pixabay on Pexels

Asid glikolik atau glycolic acid adalah tergolong antara bahan asid alfa hidroksi (AHA), selain asid laktik, asid sitrik, dan asid malik. Secara lazimnya, glycolic acid yang diperoleh daripada tebu merupakan ramuan berasaskan pengelupasan kimia yang mampu meresap jauh ke dalam kulit untuk kesan optimum. 

Ramuan ini menawarkan pelbagai kelebihan pada kulit seperti menyingkirkan sel kulit mati, memudarkan pigmentasi, merangsang pengeluaran semula jadi kolagen, mengurangkan garis-garis halus, mengatasi masalah jerawat, dan melembutkan tekstur kulit yang kasar. Meskipun begitu, anda juga harus menggunakan produk skincare yang mengandungi glycolic acid secara berkala atau mengikut rekomendasinya kerana penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit anda terasa kering.

Senarai Produk Skincare Yang Mengandungi Glycolic Acid Terbaik 2023

1. Sunday Riley Good Genes Glycolic Acid

Senarai produk skincare yang mengandungi glycolic acid terbaik pilihan ramai adalah Sunday Riley Good Genes Glycolic Acid. Dirumus khas dengan glycolic acid sebagai ramuan utamanya, produk ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan merawat masalah kulit kusam, bintik hitam dan banyak lagi agar wajah tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Vegan
  • Menyerikan kulit kusam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM269.00

Terdapat di: Beautyspot

2. The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Treatment

Seperti namanya, Glycolic Acid 7% Toning Treatment dari jenama terkemuka The Ordinary menampilkan rumusan dengan asid glikolik untuk membuang sel kulit mati. Manakala, ekstrak aloe vera dan ginseng membantu melegakan kerengsaan dan Tasmanian Pepperberry pula memastikan kulit lebih lembut, tona tampak sekata dan berseri. Produk yang viral ini juga cukup serba boleh kerana boleh digunakan pada seluruh badan. 

Kelebihan:

  • Serba boleh 
  • Eksfoliasi sel kulit mati
  • Menyekatakan tona kulit 

Harga: RM80.00

Terdapat di: Sephora

3. Glow Recipe Watermelon Glow AHA Night Treatment

Glow Recipe Watermelon Glow AHA Night Treatment adalah rahsia wajah anda tampak berseri sewaktu bangun pagi. Produk rawatan wajah semalaman ini menggabungkan ramuan penting seperti asid hyaluronik, niacinamide, quinoa peptide, enzim tembikai dan kompleks AHA yang merangkumi 10% glycolic acid. Formulasinya direka untuk merangsang proses eksfoliasi, melembapkan kulit kering, dan menyerikan kulit kusa. 

Kelebihan:

  • Menganjalkan kulit
  • pH-seimbang
  • Mengandungi 10% glycolic acid

Harga: RM100.00

Terdapat di: Sephora

4. COSRX The AHA 2 BHA 2 Blemish Treatment Serum

Berbeza dengan produk yang lain, COSRX The AHA 2 BHA 2 Blemish Treatment Serum direka secara inovatif dengan bebola kapas tulen yang direndam dengan kombinasi 2% AHA dan 2% BHA. Antara ramuannya adalah glycolic acid, asid salisilik, allantoin dan banyak lagi.Selain merawat jerawat, produk ini juga berkesan menangani masalah bintik hitam, sebum berlebihan, dan liang pori tersumbat.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mudah untuk digunakan
  • Mengandungi bebola kapas tulen 

Harga: RM52.00

Terdapat di: Shopee

5. Philosophy Purity Made Simple Pore Purifying Foam Cleanser

Bersihkan wajah anda dari kesan solekan, lebihan minyak dan juga kotoran dengan Philosophy Purity Made Simple Pore Purifying Foam Cleanser. Dirumus dengan tiga tindakan pembersihan, produk ini membersihkan secara mendalam tanpa menyebabkan kulit anda terasa kering. Selain itu, ia juga mengandungi enzim betik, gliserin, natrium PCA dan glycolic acid yang membantu membersihkan liang  pori-pori tersumbat agar wajah kelihatan bersih, segar dan berseri. 

Kelebihan:

  • Vegan
  • Membersihkan liang pori-pori yang tersumbat
  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering

Harga: RM129.00

Terdapat di: Sephora

6. OXY Anti-Blackhead Gel

Masalah bintik hitam dan kulit berminyak membelenggu anda? Usah risau kerana OXY Anti-Blackhead Gel yang diketahui antara produk skincare yang mengandungi glycolic acid terbaik ini dapat menangani masalah kulit ini.  Produk ini dirumus dengan campuran glycolic acid, asid salisilik, ekstrak daun wintergreen, ekstrak daun witch hazel dan ekstrak Centella Asiatica.

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah bintik hitam
  • Tidak menyebabkan iritasi
  • Mengelakkan liang pori tersumbat

Harga: RM15.50

Terdapat di: Watsons 

7. L’Oréal Paris Glycolic-Bright Dark Circle Eye Serum

Produk skincare yang mengandungi glycolic acid terbaik seterusnya adalah L’Oréal Paris Glycolic-Bright Dark Circle Eye Serum. Produk ini berkesan menghilangkan masalah lingkaran mata hitam dengan rumusannya yang menggabungkan 3% asid glikolik, vitamin CG dan niacinamide. Selain itu, serum mata ini juga membantu mencerahkan bahagian bahawa mata, mengurangkan pigmentasi dan memastikan kulit tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Direka dengan aplikator untuk memudahkan aplikasi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif 
  • Diuji secara oftalmologi

Harga: RM88.50

Terdapat di: Shopee

8. Pixi Glow Glycolic Boost

Jika anda merupakan peminat Pixi Glow Tonic seperti kami, pastikan anda mencuba Pixi Glow Glycolic Boost. Face mask ini diperkaya dengan bahan-bahan penting seperti glycolic acid, ekstrak witch hazel dan ekstrak ginseng yang menyerap jauh ke dalam kulit untuk mengelakkan liang pori daripada tersumbat dan melembapkan kulit kering. Dengan sekali penggunaan, kulit anda akan tampak lebih berseri. 

Kelebihan:

  • Mengandungi tiga face mask
  • Mencerahkan kulit dengan serta-merta
  • Memastikan kulit kekal lembap

Harga: RM55.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.