Sebut sahaja suplemen atau minuman kolagen, pasti ramai peminat kecantikan yang mengetahui tentang rahsianya. Selain rutin penjagaan kulit wajah yang komprehensif, anda juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat serta mengambil suplemen tambahan untuk kulit agar kelihatan anjal serta berseri. Malahan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, produk berasaskan kolagen kian mendapat perhatian kerana ia membantu menggantikan kolagen yang telah hilang dalam tubuh. Nak kelihatan muda selalu? Jom tengok senarai suplemen dan minuman kolagen terbaik pilihan ramai ini. 

Apa Itu Kolagen?

Photo by Pixabay on Pexels

Kolagen adalah jaringan protein yang terdapat dalam struktur kulit manusia yang membantu menyokong tisu dan otot. Ia juga memainkan peranan penting dalam memberikan kulit fleksibiliti bersama dengan elastin, oleh itu apabila kolagen berkurangan, kulit anda akan tampak berkedut serta tidak anjal.

Tidak hairanlah terdapat lambakan suplemen dan minuman kolagen yang dijual di pasaran yang berasaskan suplemen, minuman dan juga kapsul yang diformulasi untuk memberikan tubuh badan jumlah kolagen yang hilang.

Apakah Kebaikkan Suplemen dan Minuman Kolagen?

Antara manfaat pengambilan suplemen dan minuman kolagen kepada tubuh badan adalah seperti berikut:

  • Memastikan kulit kekal terhidrat
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Bersifat anti-penuaan
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Meningkatkan pertumbuhan kuku

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kesan penggunaan produk berasaskan kolagen adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuk kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan juga kadar penyerapan oleh sistem tubuh. Maka, anda juga perlu menitikberatkan perkara ini apabila mengambil suplemen dan minuman kolagen. Selain itu, ia amatlah penting agar suplemen dan minuman kolagen yang anda ambil adalah disahkan dan diluluskan oleh. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai Suplemen dan Minuman Kolagen Terbaik Untuk Kulit Di Malaysia 2024

1. Blackmores Collagen 10,000mg

Blackmores Collagen 10,000mg adalah salah satu produk yang tersenarai dalam suplemen dan minuman kolagen terbaik untuk kulit. Dirumus dengan 10,000mg ekstrak kolagen marin terhidrolisis, ia turut menggabungkan ekstrak biji anggur yang bekerjasama untuk merangsang pengeluaran kolagen serta melindungi kulit daripada faktor luaran yang boleh merosakkan kolagen. Minuman kolagen ini juga cukup senang untuk diambil pada bila-bila masa dan rasa campuaran jus epalnya juga sedap.

Kelebihan:

  • Diperakui halal
  • Menggabungkan jus epal dan ekstrak biji anggur
  • Tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan tambahan tiruan

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal 

Harga: RM159.00

Terdapat di: Watsons 

2. Swisse Ultiboost Collagen Complex

Swisse Ultiboost Collagen Complex diperkaya dengan kombinasi hidrolisat kolagen, ekstrak biji anggur, ko-enzim Q10, vitamin C, vitamin E dan zat tembaga. Ramuan ini membantu menyihatkan tubuh badan dan kesihatan kulit secara sinergestik. Dengan pengambilan secara konsisten, anda akan dapati kulit wajah anda tampak anjal dan berseri.

Kelebihan:

  • Menguatkan tubuh badan secara keseluruhan
  • Terdapat dalam pilihan 30 atau 90 tablet
  • Diperakui halal

Kekurangan:

  • Kandungan hidrolisat kolagen hanya sebanyak 834mg

Harga: RM57.00

Terdapat di: Watsons 

3. Kinohimitsu Collagen Diamond 50ml

Kinohimitsu Collagen Diamond 50ml adalah rahsia untuk mendapatkan kulit yang awet muda tanpa tanda-tanda penuaan.Minuman kolagen terbaik ini diperbuat dengan 5300mg kolagen peptida, ekstrak biji perila, isoflavon soya dan jus  epal, lemon dan laici yang mengembalikan keanjalan pada kulit matang. Selain memudarkan garis-garis halus dan kedutan, ia juga berkesan mengecilkan liang pori-pori, menguatkan kuku dan rambut serta menegangkan payu dara untuk bentuk badan yang lebih menarik. 

Kelebihan:

  • Minuman botanikal berasaskan jus buah
  • Tidak mengandungi bau hanyir
  • Memastikan bentuk badan yang kelihatan menarik

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Harga: RM298.96

Terdapat di: Watsons

4. Kordels La Beaute French Collagen

Suplemen dan minuman kolagen terbaik pilihan kami seterusnya adalah Kordels La Beaute French Collagen. Produk ini menggabungkan empat ramuan penting seperti kolagen marin 8000mg, ekstrak bunga mawar, royal jelly dari Jepun dan juga jus amla. Rasanya bukan sahaja menakjubkan malahan, ia turut membantu kulit wajah anda kelihatan berseri dan anjal tanpa kesan kulit kering dan cela.

Kelebihan:

  • Diperakui halal
  • Kandungan kolagen yang tinggi
  • Ramuan yang berkualiti tinggi
  • Sesuai untuk wanita dan lelaki

Kekurangan:

  • Ibu mengandung digalakkan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu

Harga: RM198.80

Terdapat di: Lazada 

5. 21st Century Elastin Collagen 600mg

Suplemen Elastin Collagen 600mg dari jenama terkemuka 21st Century menampilkan rumusan kolagen elastin untuk menganjalkan kulit. Selain itu, ia turut menggalakan kulit agar tampak tegang dan berseri. Anda hanya perlu mengambilnya satu kapsul pada waktu pagi dan petang sebelum atau selepas makan. Suplemen ini juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, tiruan serta perasa tambahan. 

Kelebihan:

  • Mengandungi kolagen elastin
  • Membantu menganjalkan kulit wajah
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, tiruan serta perasa tambahan

Kekurangan:

  • Wanita mengandung dan sedang menyusu perlu mendapat nasihat pakar sebelum mengambilnya

Harga: RM32.95

Terdapat di: laman website 21st Century

6. Nature’s Way Beauty Collagen Gumme 

Untuk mereka yang tidak berapa menyukai suplemen kolagen berbentuk kapsul, anda boleh mencuba Nature’s Way Beauty Collagen Gumme. Produk ini mengandungi 2500mg Bioactive Collagen Peptide Verisol® dari Jerman yang membantu memudarkan tanda-tanda penuaan pada kulit, menguatkan kuku dan rambut. Selain rendah kalori, gummies ini juga tidak disalut dengan gula.

Kelebihan:

  • 99.8% tanpa gula
  • Perasa buah berry
  • Mengandungi 2500mg Bioactive Collagen Peptide Verisol® 

Kekurangan:

  • Digalakkan pengambilan secara tiga kali sehari untuk kesan efektif

Harga: RM69.90

Terdapat di: Watsons 

7. Lennox Firm Up + Bight Collagen

Lennox Firm Up + Bight Collagen dirumus khas dengan kolagen marin yang mempunyai molekul rendah serta larut air untuk kesan efektif. Tambahan lagi, ia mengandungi gabungan ekstrak biji anggur, yis yang difermentasi, vitamin C dan arginine. Minuman kolagen terbaik pilihan ramai ini memberikan pelbagai manfaat seperti menyerikan kulit kusam, memudarkan kedutan, mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.

Kelebihan:

  • Kandungan kolagen yang mudah diserap
  • Menyerikan kulit kusam
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM99.90

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.