Selain rutin penjagaan kulit wajah yang komprehensif, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapatkan wajah yang tampak berseri. Untuk mereka yang memerlukan nutrien tambahan, suplemen kulit juga memastikan agar badan anda menerima vitamin dan mineral untuk keperluan harian. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan vitamin dalam dosej farmaseutikal adalah untuk membantu anda memenuhi keperluan harian. Nak tahu apa suplemen kulit terbaik pilihan ramai? Jom tengok senarai di bawah.

Apakah Fungsi atau Kebaikkan Pengambilan Suplemen untuk Kulit? 

Photo by Polina Tankilevitch on Pexels

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vitamin berfungsi untuk membantu enzim menjalankan tindak balas kimia dalam tubuh badan. Oleh itu pengambilan suplemen ini membantu memastikan kesihatan kulit, mengawal metabolisma badan, meningkatkan perkembangan tisu badan dan banyak lagi.

Dari segi suplemen yang dirumus khas untuk kulit pula, terdapat pelbagai vitamin yang membantu memperbaiki dan melindungi kulit daripada pelbagai masalah. Sebagai contohnya, pengambilan vitamin C diketahui membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan merangsang pembentukan kolagen. Manakala, suplemen berasaskan kolagen pula terbukti membantu memudarkan tanda-tanda penuaan, menganjalkan kulit dan mengekalkan kehidratan. 

Adakah Suplemen untuk Kulit Berkesan? 

Meskipun suplemen untuk kulit sedikit sebanyak dapat membantu kesihatan kulit anda, ia tidak dapat menggantikan diet. Oleh demikian, pemakanan  yang seimbang perlu menjadi keutamaan anda. Selain memastikan badan anda kekal hidrat dengan pengambilan air kosong, anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Pastikan anda juga mengambil protein dan lemak yang sihat dalam makanan harian anda serta kurangkan makanan bergula dan diproses. Malahan, kajian juga telah membuktikan bahawa diet yang sihat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan kesihatan kulit. Untuk mereka yang ingin mengambil suplemen tambahan untuk kulit anda harus memastikan dos yang diambil tidak berlebihan untuk mengelakkan kesan sampingan dan pastikan anda juga merujuk pakar kesihatan sebelum mengambilnya. 

Senarai Suplemen Kulit Terbaik Di Malaysia 2024

1. Flavettes Effervescent Vitamin C Glow

Flavettes Effervescent Vitamin C Glow adalah antara suplemen untuk kulit pilihan ramai. Dengan rumusan kombinasi vitamin C, vitamin E dan juga glutathione, suplemen ini membantu mencegah radikal bebas yang menyebabkan tanda penuaan, menggalakkan pengeluaran kolagen dan menyerikan kulit wajah dengan kesan memutihkan. Suplemen ini juga berasaskan effervescent atau tablet yang mudah dilarutkan dalam air untuk pengambilan yang mudah. 

Kelebihan:

  • Perasa oren
  • Menyerikan kulit kusam 
  • Diperkaya dengan vitamin C, vitamin E dan juga glutathione

Kekurangan:

  • Mengandungi aspartame

Harga: RM42.90

Terdapat di: Watsons 

2. Swisse Ultiboost Collagen Plus

Swisse Ultiboost Collagen Plus diperkaya dengan campuran bahan-bahan penting seperti kolagen peptida, asid hyaluronik, vitamin C, vitamin e, kuprum, dan betakarotena. Ramuan ini bekerjasama dalam pembentukan kolagen serta mengandungi antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Selain itu, suplemen ini juga sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas kerana rumusannya yang membantu untuk memudarkan tanda-tanda penuaan.

Kelebihan:

  • Mengandungi kombinasi pelbagai ramuan penting
  • Diperakui halal
  • Menganjalkan kulit

Kekurangan:

  • Tidak sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet vegan

Harga: RM125.80

Terdapat di: Shopee

3. Kinohimitsu Collagen Diamond

Jika anda sedang mencari suplemen kulit terbaik berasaskan minuman kolagen, anda boleh mencuba Kinohimitsu Collagen Diamond. Produk ini diperkaya dengan 5300mg kolagen peptida, ekstrak biji perila, isoflavon soya dan jus  epal, lemon dan laici. Diperbuat khas untuk meremajakan kembali kulit anda, suplemen ini turut memudarkan tanda-tanda penuaan, menegangkan payu dara dan menyerikan kulit kusam. 

Kelebihan:

  • Rasa buah-buahan yang segar
  • Mengandungi ekstrak botanikal
  • Diperakui halal

Kekurangan:

  • Harga yang sedikit mahal

Harga: RM298.96

Terdapat di: Watsons

4. Nature’s Bounty For Hair, Skin & Nails Gummies with Biotin 60’s

Ingin dapatkan kulit wajah yang tampak berseri? Nature’s Bounty For Hair, Skin & Nails Gummies with Biotin 60’s adalah antara suplemen kulit yang anda boleh pertimbangkan. Dengan campuran perasa buah berry, gummies ini mengandungi vitamin dan mineral yang memastikan kesihatan kulit, menguatkan kuku dan memastikan rambut kekal bersinar. 

Kelebihan:

  • Perasa campuran buah berry
  • Mengandungi 60 gummies 
  • Mudah untuk diambil

Kekurangan:

  • Wanita mengandung dan ibu yang menyusu perlu mendapat nasihat doktor

Harga: RM79.90

Terdapat di: Watsons 

5. Blackmores Buffered C Sustained Release

Senarai suplemen kulit terbaik kami ini pasti tidak lengkap tanpa Blackmores Buffered C Sustained Release. Produk ini diperbuat khas untuk memberikan kadar penyerapan yang maksima dengan melepaskan nutrisinya secara berperingkat dalam tempoh lapan jam. Dengan rumusan inovasi ini, badan anda akan menyerap vitamin C dengan lebih efektif apabila memerlukannya. 

Kelebihan:

  • Diperakui halal
  • Mengandungi ramuan tambahan seperti ekstrak bioflavonoid, mineral dan ekstrak buah rosehips
  • Tidak mengandungi pemanis dan pewarna tambahan

Kekurangan:

  • Saiz kapsul yang sedikit besar

Harga: RM46.00

Terdapat di: Shopee

6. 21st Century Elastin Collagen 600mg

Seperti namanya, Elastin Collagen 600mg dari jenama  21st Century menawarkan formulasi khusus dengan kolagen elastin untuk meningkatkan seluruh kesihatan. Tambahan lagi, ia turut membantu memudarkan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah anda dengan menganjalkannya kembali agar tampak awet muda. Suplemen ini juga tidak dirumus dengan bahan pengawet, bahan tiruan atau perasa tambahan. 

Kelebihan:

  • Mengandungi 600mg kolagen elastin
  • Bebas daripada bahan pengawet, tiruan serta perasa tambahan
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Kekurangan:

  • Hanya mempunyai satu pilihan bungkusan iaitu 30 kapsul sebotol

Harga: RM32.95

Terdapat di: laman website 21st Century

7. Vitahealth L-Glutathione Plus

Vitahealth L-Glutathione Plus menampilkan rumusan dengan kombinasi Setria L-glutathione, astaxanthin, asid alfa lipoik, ekstrak biji anggur, l-cysteine, vitamin C dan zink. Suplemen ini memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan kulit dan badan anda seperti menyerikan kulit kusam dan memudarkan tanda-tanda penuaan. Anda hanya perlu ambil satu kapsul selepas makan setiap hari. 

Kelebihan:

  • Mengandungi pelbagai bahan-bahan penting
  • Meningkatkan kesihatan kulit dan badan
  • Memudarkan pigmentasi

Kekurangan:

  • Harga yang mahal 

Harga: RM243.70

Terdapat di: laman website Vitahealth

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.