Bagi pengikut setia dunia kecantikan, trend dari Korea pastinya antara yang menjadi peneraju utama dengan revolusi produknya. Antaranya adalah toner pad yang cukup sinonim dalam rutin penjagaan wajah para artis K-pop dan pelakon. Kami pasti anda juga pasti pernah melihatnya dalam K-drama di kaca televisyen. Apa yang best sangat tentang toner pad ni? Untuk yang tidak mengetahuinya produk ini boleh dikatakan rahsia untuk mendapatkan kulit wajah flawless. Jom tengok senarai toner pad terbaik pilihan ramai. 

Apakah Sebenarnya Toner Pad dan Cara Kegunaannya

Photo by Sora Shimazaki on Pexels

Seperti namanya, produk toner pad menawarkan kapas yang telah direndam di dalam bahan-bahan ramuannya, berbeza dengan toner yang kita sering kali gunakan. Sesetengah produk juga menampilkan kapas yang mempunyai dwi-kemasan dengan sisi yang licin dan bertekstur untuk menyingkirkan sel kulit mati. 

Produk ini juga cukup versatile kerana selain digunakan sebagai toner dalam langkah penjagaan kulit wajah, anda juga boleh menggunakannya sebagai masker. Untuk anda yang merupakan peminat K-pop atau K-beauty pasti pernah terlihat produk toner pad diletakkan di kawasan zon T untuk menghidratkan dan menyerikan kulit sebelum rutin seterusnya. 

Senarai Toner Pad Terbaik Di Malaysia 2024

1. Medicube Zero Pore Pad 2.0

Medicube Zero Pore Pad 2.0 yang terletak di tangga teratas senarai toner pad terbaik kami adalah produk kesukaan ramai. Diperkaya dengan ramuan penting yang padat dengan AHA dan BHA, produk ini menawarkan kelebihan membuang sel kulit mati, mengawal lebihan sebum dan membuatkan liang pori tampak kecil. Dengan rumusan penjagaan liang pori yang dipatenkan, ia memastikan kulit anda kelihatan bersih dan berseri.

Kelebihan:

  • Mempunyai kapas dengan dwi-tekstur
  • Mengecilkan liang pori yang besar
  • Mengawal lebihan minyak

Harga: RM110.00

Terdapat di: laman website Medicube 

2. COSRX One Step Original Clear Pad

One Step Original Clear Pad dari jenama COSRX sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ditawarkan dengan 70 pad kapas yang direndam dalam ekstrak kulit willow dan betaine salisilat yang kaya dengan BHA, ramuan ini membantu membersihkan liang pori tersumbat, mengawal lebihan minyak serta mengurangkan jerawat. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit jenis berminyak dan berjerawat
  • Tidak menyebabkan iritasi pada kulit
  • Boleh digunakan untuk membetulkan solekan

Harga: RM79.00

Terdapat di: Watsons 

3. Skinfood Carrot Carotene Calming Water Pads

Nak tahu rahsia kecantikan pelakon popular Korea, Han So Hee kekal jelita? Pelakon drama “Nevertheless” ini pernah dirakam menggunakan Skinfood Carrot Carotene Calming Water Pads. Produk toner pad terbaik ini mengandungi ekstrak lobak merah dan minyak biji lobak merah yang membantu melegakan kerengsaan serta menghidratkan kulit agar kekal lembap.

Kelebihan:

  • Kapas tebal yang bertekstur 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Melegakan iritasi dan keradangan kulit

Harga: RM176.00

Terdapat di: Shopee

4. Some By Mi  AHA-BHA- PHA 30 Days Miracle Truecica Clear Pad

Some By Mi  AHA-BHA- PHA 30 Days Miracle Truecica Clear Pad adalah produk dari rangkaian jenama popular kegemaran ramai. Dengan rumusan inovatif, produk ini menggabungkan bahan-bahan penting yang merangkumi AHA, BHA dan PHA. Antara kelebihan yang ditawarkan adalah menggalakkan proses eksfoliasi, mengawal lebihan minyak, melegakan iritasi dan mengecilkan liang pori. Dengan penggunaan konsisten, kulit wajah anda akan tampak berseri.

Kelebihan:

  • Mengandungi AHA, BHA dan PHA
  • Sesuai untuk kulit berjerawat
  • Menyingkirkan sel kulit mati

Harga: RM124.86

Terdapat di: YesStyle

5. First Aid Beauty Facial Radiance Pads

First Aid Beauty Facial Radiance Pads diformulasi secara khusus dengan asid laktik dan asid glikolik. Ramuan penting ini membantu untuk menyerikan kembali kulit kusam, mengurangkan tanda-tanda jeragat serta memastikan kulit anda terasa lembut. Rumusannya juga lembut pada kulit, membuatkannya sesuai untuk digunakan pada setiap hari.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menyerikan kembali kulit kusam
  • Tidak menyebabkan iritasi atau keradangan

Harga: dari RM85.00

Terdapat di: Sephora

6. Peter Thomas Roth Even Smoother Glycolic Retinol Peel Pads

Dengan rating yang tinggi, Peter Thomas Roth Even Smoother Glycolic Retinol Peel Pads diperbuat untuk menangani pelbagai masalah kulit dari garis halus, kedutan, dan tona kulit tidak sekata. Produk ini diperkaya dengan 20% kompleks asid glikolik dan 1.5% retinol untuk membantu membaikpulih tekstur kulit. Allantoin dan asid hyaluronik pula mengekalkan kelembapan dan melegakan kerengsaan. 

Kelebihan:

  • Memudarkan tanda-tanda penuaan
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Mengandungi retinol 

Harga: RM232.00

Terdapat di: Sephora

7. Mediheal Watermide Toner Pad

Untuk mereka yang sedang mencari toner pad terbaik untuk kulit kering dan sensitif, anda boleh mencuba Mediheal Watermide Toner Pad. Dikuasakan dengan ekstrak botani dan air glasier dari Iceland, produk ini menawarkan kelembapan yang intensif dan melegakan kerengsaan pada kulit. Ia turut memberikan sensasi penyejukan yang memastikan kulit anda terasa segar.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Sensasi penyejukan
  • Mempunyai 100 pad kapas

Harga: RM129.90

Terdapat di: Sa Sa

8.  Pixi Glow Tonic To-Go Exfoliating Toner Pads

Peminat kecantikan yang menyukai Pixi Glow Tonic wajib cuba produk Glow Tonic To-Go Exfoliating Toner Pads dari jenama terkemuka ini. Produk ini menampilkan rumusan yang sama dengan bahan seperti asid glikolik, lidah buaya, ginseng dan ekstrak botanikal yang membantu melembutkan tekstur kulit yang kasar serta menyerikan kulit kusam.

Kelebihan:

  • Menyerikan kembali kulit kusam
  • Mudah digunakan 
  • Menyingkirkan sel kulit mati

Harga: RM95.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.