Sebagai langkah pertama dalam kesihatan mulut, rutin harian kita pasti tidak lengkap tanpa memberus gigi. Meskipun tampak mudah, memberus gigi sebenarnya amat penting dalam mengelakkan pelbagai masalah gigi dan gusi. Namun begitu, masih ramai yang berasa belenggu dengan pilihan berus gigi yang sesuai untuk mereka. Menurut penyelidikan yang telah diterbitkan pada tahun 2013, kajian mendapati bahawa berus gigi elektrik lebih efektif dalam membersihkan gigi anda berbanding berus gigi konvensional, yang boleh membantu mencegah kaviti dan penyakit gusi. Jika anda memerlukan bantuan dalam pemilihan berus gigi elektrik terbaik, kami telah menyenaraikan antara produk pilihan ramai.

Apakah Manfaat Menggunakan Berus Gigi Elektrik?

Photo by Greta Hoffman on Pexels

Penggunaan berus gigi elektrik diketahui mempunyai banyak manfaat berbanding berus gigi biasa. Oleh itu, tidak hairanlah, orang ramai lebih menyukai menggunakannya. Antara kebaikan penggunaannya adalah seperti berikut:

  • Pembersihan yang lebih efektif: Bulu berus gigi elektrik yang halus dan berputar sebanyak beribu-ribu pusingan dalam seminit berkesan mengurangkan plak dan gingivitis
  • Ciri-ciri khas: Berus gigi elektrik dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri unik seperti pemasa, tetapan kuasa yang berbeza dan penderia tekanan
  • Selesa dan mudah digunakan: Selain pemegangnya yang lebar untuk keselesaan optimum, kepala berusnya yang kecil sesuai untuk saiz mulut. Berus gigi elektrik juga mudah digunakan hanya dengan suis hidup/mati dan pilihan tetapan

Senarai Berus Gigi Elektrik Terbaik di Malaysia 2024

1. ORAL-B Pro 100 Crossaction Electric Toothbrush

ORAL-B Pro 100 Crossaction Electric Toothbrush adalah antara berus gigi elektrik terbaik kerana ciri-ciri inovatif dan keberkesanannya. Berbeza dengan berus gigi lain, ia menampilkan berus yang bersilang dengan sudut tepat pada 16 darjah untuk membersihkan di celah gigi dan juga garisan gusi. Selain tetapan masa dua minit,berus gigi elektrik ini dibina dengan stesen pengecasan serta mempunyai bateri yang boleh dicas semula yang tahan selama lapan hari. Meskipun begitu, kami dapati ia tidak mempunyai tetapan tahap kuasa, tiada lampu sensor tekanan, serta hanya didatangkan dengan satu pilihan kepala berus sahaja apabila membelinya.

Kelebihan:

  • Rekaan berus bersilang untuk kebersihan optimum
  • Bag kecil simpanan untuk dibawa ke mana-mana sahaja
  • Bateri yang boleh dicas semula

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal kerana tidak dilengkapi dengan tetapan tahap kuasa, dan lampu sensor tekanan

Harga: RM199.00

Terdapat di: Watsons 

2. Colgate Proclinical B150 Charcoal Electric Powered Soft Toothbrush

Proclinical B150 Charcoal Electric Powered Soft Toothbrush dari jenama terkemuka Colgate ini menawarkan teknologi sonik yang membersihkan gigi dengan 20,000 stroke seminit. Selain berusnya yang dikuasakan dengan kebaikkan arang, ia juga mempunyai hujung yang lembut dan nipis, sesuai untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif. Kami menyukai tetapan dua minit serta rekaan anggunnya yang ringan untuk genggaman yang selesa. Yang paling best, berus gigi elektrik ini juga mempunyai pembersih lidah dan pipi yang terletak pada bahagian kepala berusnya.

Kelebihan:

  • Menawarkan pembersihan pelbagai arah
  • Kepala berus yang boleh diganti semula
  • Rekaan yang ringan

Kekurangan:

  • Tidak mempunyai pilihan tetapan kuasa

Harga: RM88.90

Terdapat di: Shopee

3. Zenyum Sonic™ Electric Toothbrush

Sebut sahaja berus gigi elektrik terbaik, pasti ramai yang teringat akan Zenyum Sonic™ Electric Toothbrush. Dikuasakan dengan teknologi sonik, produk ini menawarkan getaran selama 33,000 kali seminit, yang lebih laju berbanding berus gigi elektrik biasa. Kami amat menyukai tiga pilihan tetapan yang ditawarkan iaitu Clean, Gentle dan White, yang memberikan kebersihan tahap pilihan anda. Untuk mereka yang baharu pertama kali menggunakkan berus gigi elektrik, kami mencadangkan anda menggunakan mod Gentle. Selain tetapan masa selama dua minit, ia juga mempunyai peringatan selama 30 saat agar anda membersihkan gigi  mengikut masa yang disyorkan.

Kelebihan:

  • Terdapat lima pilihan warna unik seperti merah jambu, biru dan hijau
  • Tiga pilihan mod iaitu Clean, Gentle dan White
  • Rekaan yang anggun

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM299.00

Terdapat di: laman website Zenyum 

4. Philips Sonicare for Kids

Untuk ibu bapa yang sedang mencari berus gigi elektrik terbaik untuk kanak-kanak, kami cadangkan agar anda memilih Philips Sonicare. Direka khas untuk anak kecil anda, ia dilengkapi dengan bluetooth serta aplikasi yang memastikan rutin pembersihan gigi yang menyeronokkan. Berdasarkan pemerhatian kami, ia lebih memudahkan anak kecil untuk memberus gigi kerana aplikasi tersebut mengajar cara-cara memberus gigi dengan betul, dan memberikan ganjaran apabila dilakukan secara tepat. Dengan ciri ini, anda tak perlu bersusah lagi untuk memaksa anak anda memberus gigi lagi pada waktu pagi dan juga malam.

Kelebihan:

  • Dilengkapi dengan aplikasi
  • Rekaan yang ergonomik
  • Mudah digunakan
  • Mempunyai dua tahap pilihan kuasa

Kekurangan:

  • Sukar untuk didapati di pasaran 

Harga: RM299.00

Terdapat di: laman website Philips

5. Darlie Sonic Clean

Anda sebenarnya tidak perlu berbelanja lebih hanya untuk mendapatkan berus gigi elektrik yang terbaik. Darlie Sonic Clean dilengkapi dengan pelbagai ciri khas setanding dengan produk yang mahal dengan 24,000 getaran mikro setiap minit, bulu berus spiral yang dipatenkan dari Jerman dan juga penunjuk masa. Pengalaman kami menggunakan berus gigi elektrik ini amat menakjubkan kerana terdapat perbezaan dalam kebersihan gigi terutamanya dari segi pengurangan plak pada bahagian yang sukar dicapai. Berbeza dengan berus elektrik lain yang kami pernah gunakan, kadar desibelnya rendah dan tidak begitu bising.

Kelebihan:

  • Menawarkan 400% pembersihan yang lebih mendalam
  • Ringan berbanding berus gigi elektrik yang lain
  • Kadar desibel rendah

Kekurangan:

  • Tiada pilihan tetapan kuasa

Harga: RM59.90

Terdapat di: Shopee

6. Xiaomi Electric Toothbrush T700

Xiaomi Electric Toothbrush T700 boleh dikategorikan antara berus gigi elektrik yang tercanggih dalam senarai kami. Meskipun harganya agak mahal berbanding berus gigi elektrik yang lain, kami amat menyukainya kerana ciri-ciri yang ditawarkan cukup mewah dan komprehensif. Selain paparan pintar LED, produk ini dilengkapi dengan tiga tetapan untuk mod, tiga pilihan tempoh memberus gigi, 360 pengecasan tanpa wayar, dan pilihan tahap kuasa. Produk ini menjadi pilihan kami kerana ciri peringatan uniknya yang menghalang anda membersihkan gigi secara berlebihan untuk mengelakkan pendarahan gusi.

Kelebihan:

  • Dilengkapi dengan paparan pintar LED
  • Bateri yang tahan selama 24 hari
  • Pelbagai ciri-ciri inovatif

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM389.00

Terdapat di: laman website Xiaomi

7. realme M1 Sonic Electric Toothbrush

Dengan ciri-ciri uniknya, realme M1 Sonic Electric Toothbrush adalah rahsia untuk mendapat senyuman seindah suria. Setelah mencubanya, kami mengesyorkan produk ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri penting seperti 34,000 getaran mikro setiap minit, empat pilihan mod pembersihan, dan 10 sudut yang stabil untuk membersihkan bahagian yang sukar dicapai seperti celah gigi. Selain itu, baterinya juga tahan lama kerana apabila kami mengecasnya selama lima minit, berus gigi ini boleh digunakan selama dua hari. Namun berdasarkan pengalaman kami pengecasan penuh mengambil masa sehingga lebih daripada empat jam.

Kelebihan:

  • Pengecasan tanpa wayar
  • Empat pilihan tetapan untuk pembersihan
  • Berus yang nipis dan lembut

Kekurangan:

  • Pengecasan penuh mengambil sehingga 4.5 jam

Harga: RM199.00

Terdapat di: Shopee

8. Ulike Ultrasonic Waterproof Electric Toothbrush

Selain rekaan anggunnya, Ulike Ultrasonic Waterproof Electric Toothbrush dikuasakan dengan pelbagai ciri-ciri unik. Kami menyukainya kerana terdapat lima pilihan tetapan iaitu Clean, White, Sensitive, Massage dan Gum Care, yang lebih komprehensif berbanding berus gigi elektrik lain. Teknologi inovatifnya juga  menawarkan 34,000 getaran mikro setiap minit. Kami dapati berusnya juga amat lembut dan nipis, oleh itu ia tidak menyebabkan ketidakselesaan apabila digunakan di sepanjang garisan gusi. 

Kelebihan:

  • Lima tetapan yang komprehensif
  • Berusnya lembut dan nipis
  • Pemegang yang selesa

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Harga: RM449.00

Terdapat di: Shopee

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.