Selain rutin penjagaan kulit yang komprehensif, anda juga perlu menggunakan masker beberapa kali seminggu sebagai rawatan wajah. Produk yang berasaskan clay mask secara khususnya digemari orang ramai kerana manfaatnya yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat. Namun dengan lambakan produk clay mask di pasaran yang menawarkan rumusan dan kelebihan yang berbeza, pasti menyukarkan anda untuk membuat pilihan. Tak perlu risau, jom tengok senarai clay mask terbaik pilihan kami. 

Apakah Sebenarnya Clay Mask dan Kebaikannya?

Photo by Tiger Lily on Pexels

Untuk anda yang tidak mengetahuinya, clay mask sebenarnya merangkumi beberapa jenis clay atau tanah liat seperti kaolin clay atau China clay, rhassoul clay, bentonite, French green clay dan fuller’s earth clay. Meskipun setiap satu daripadanya mempunyai komposisi mineral dan kebaikan yang berlainan, clay mask membantu membersihkan kulit dari kotoran, mengawal lebihan minyak dan menyerikan kulit kusam. Tambahan lagi, terdapat juga sesetengah produk clay mask yang mengandungi sifat anti-bakteria untuk mengurangkan jerawat.

Senarai Clay Mask Terbaik di Malaysia 2024

1. Aztec Secret Indian Healing Clay

Sebut sahaja Aztec Secret Indian Healing Clay, pasti ramai peminat kecantikan mengetahuinya tentangnya. Produk clay mask terbaik ini menampilkan rumusan 100 peratus tanah liat kalsium bentonit semula jadi yang dilombong di Death Valley, yang terletak di Timur California. Bahan ini cukup kaya dengan mineral yang membantu membersihkan liang pori tersumbat, mengawal pembentukan jerawat, dan melembutkan kulit wajah agar tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Boleh digunakan pada rambut dan kulit wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membersihkan kulit secara mendalam

Harga: RM52.00 – RM84.00

  Add to cart

2. The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask

The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask adalah sesuai untuk mereka yang inginkan produk yang menawarkan formulasi yang sedikit kuat. Produk ini iperkaya dengan kombinasi arang buluh yang diekstrak dari kaki bukit Himalaya, daun teh hijau, minyak tea tree, tanah liat kaolin, dan tanah liat lava Moroccan. Secara peribadi, produk ini adalah pilihan utama saya kerana keberkesanannya dalam menyerikan kulit kusam serta menyerap lebihan minyak dengan berkesan. Jika anda sedang mencari clay mask untuk kulit berminyak dan berjerawat, saya sarankan anda mencubanya. 

Kelebihan:

  • Memberikan sensasi penyejukan yang menyegarkan
  • Vegan
  • Menyerap lebihan minyak dengan efektif

Harga: RM139.00

Terdapat di: laman website The Body Shop

3. Fresh Umbrian Clay Purifying Face Mask

Untuk mereka yang ingin manjakan diri umpama berada di spa, gunakan Fresh Umbrian Clay Purifying Face Mask. Berbeza dengan produk clay mask yang lain, ia mempunyai tekstur berkrim yang tidak menyebabkan kulit anda terasa terlampau kering. Produk 3-dalam-1 ini mengandungi tanah liat umbrian, minyak kamomil, air lavender dan minyak cendana. Selain membersihkan kulit secara mendalam, ia juga mengawal minyak dan membuatkan liang pori tampak kecil. 

Kelebihan:

  • Terdapat dalam dua saiz
  • Boleh digunakan sebagai pembersih dan rawatan wajah
  • Mengimbangi lebihan minyak

Harga: dari RM 120.00 

Terdapat di: laman website Fresh 

4. Tatcha The Clarifying Clay Mask

Diinspirasikan daripada rahsia rutin kecantikan Jepun, Tatcha The Clarifying Clay Mask dikuasakan dengan tanah liat kucha Okinawa, konjac Jepun dan juga abu gunung berapi Jepun. Dengan teksturnya yang berkrim, produk ini memberikan memberikan kesan pemanasan yang selesa untuk membersihkan liang pori, menyerap lebihan minyak serta menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya? Kulit wajah anda akan kelihatan bersih dan berseri dalam setiap kali penggunaan. 

Kelebihan:

  • Kesan pemanasan apabila digunakan
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM395.00

Terdapat di: Sephora

5. Fenty Skin Cookies N Clean Whipped Clay Pore Detox Face Mask With Salicylic Acid And Charcoal

Produk clay mask terbaik dalam senarai kami seterusnya adalah Cookies N Clean Whipped Clay Pore Detox Face Mask With Salicylic Acid And Charcoal daripada jenama terkemuka Fenty Skin. Produk ini dirumus secara khas untuk menyahtoksik secara mendalam tanpa menyebabkan kulit anda terasa kering. Antara bahan-bahan pentingnya merangkumi tanah liat untuk menyingkirkan kotoran dan minyak, asid salisilik untuk membersihkan liang pori tersumbat serta arang untuk menyahtoksikkan kulit. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering
  • Melembutkan tekstur kulit yang kasar

Harga: RM176.00

Terdapat di: Sephora 

6. Freeman Pore Clearing French Pink Clay Mask

Anda tidak semestinya perlu berbelanja banyak hanya untuk mendapat clay mask terbaik kerana Freeman Freeman Pore Clearing French Pink Clay Mask juga setanding dengan jenama terkemuka. Produk ini menampilkan tanah liat merah jambu Perancis yang berkesan untuk menyingkirkan kotoran dari liang pori agar kulit kelihatan glowing. Selain itu, ia juga membantu menyerap lebihan minyak, sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Anda hanya perlu gunakan antara 15 sehingga 20 minit. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Masker jenis peel-off
  • Menyerikan kembali kulit kusam

Harga: RM29.90

Terdapat di: Watsons 

7. Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

Seperti namanya, Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask mengetengahkan tanah liat gunung berapi Jeju sebagai bahan utamanya. Diketahui sebagai antara produk clay mask terbaik pilihan ramai produk ini menawarkan kelebihan 3-dalam-1 dengan mengimbangi lebihan minyak, menyerikan kulit kusam serta mengekalkan kelembapan kulit. Anda juga boleh menggunakannya sebelum solekan untuk prep kulit anda. 

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak
  • Sesuai digunakan sebelum solekan
  • Melegakan kerengsaan

Harga: RM55.00

Terdapat di: laman website Innisfree

8. Benefit Cosmetics The Porefessional Deep Retreat Pore Clearing Clay Mask

Benefit Cosmetics The Porefessional Deep Retreat Pore Clearing Clay Mask menawarkan rumusan inovatif dengan memastikan kulit bebas minyak selama 12 jam. Teksturnya cukup berkrim yang memastikan ia meliputi setiap inci kulit anda yang membuatnya efektif dalam membersihkan liang pori tersumbat. Produk ini mengandungi kombinasi bahan-bahan penting seperti tanah liat kaolin, ekstrak adas laut, bisabolol, minyak biji jojoba dan banyak lagi. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak menyebabkan kulit kering
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula

Harga: dari RM105.00

Terdapat di: Sephora 

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.