Body
20 Deodorant Terbaik Untuk Bau Badan Supaya Anda Kekal Wangi Sepanjang Hari
Tampil wangi dan rasa lebih yakin
By: Rasida Hannan / December 24, 2024

Masalah bau badan boleh menyebabkan ramai berasa segan dan kurang yakin untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Hal ini juga boleh membuat orang sekeliling berasa tidak selesa dan memberi persepsi yang buruk terhadap diri kita. Walaupun bau badan ini merupakan perkara yang biasa, ianya tidak harus dibiarkan jika ia mula mengganggu diri anda dan orang lain. Cara paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan penggunaan deodoran. Di sini, Beauty Insider telah menyenaraikan 20 deodorant terbaik untuk bau badan supaya dapat membantu anda kekal wangi dan berasa lebih bebas semasa bergerak!
Contents
- Punca Bau Badan
- Jenis-Jenis Deodorant
- 20 Deodorant Terbaik Untuk Bau Badan
- 1. The Body Shop White Musk Deodorant
- 2. Adidas Women Adipower Anti-Perspirant Deodorant Spray
- 3. Smelly No More Crystal Deodorant
- 4. L’OCCITANE Refreshing Deodorant
- 5. Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll On for Brightening with Niacinamide
- 6. Dr. Mist Multi Action Hygiene Body Spray
- 7. G&H PROTECT+ Deodorant & Anti-Perspirant Roll-On
- 8. Nivea Visage Deodorant Roll On Dry Comfort
- 9. Secret Outlast Clear Gel Deodorant Unscented
- 10. Dove Original Light & Smooth Deodorant Spray
- 11. Deonatulle Soft Stone Double
- 12. Vaseline Woman Roll On Bright & Dry
- 13. Old Spice High Endurance
- 14. Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant
- 15. Rexona Teens Deodorant Spray Tropical Energy
- 16. Joi Natural Roll On Deodorant Rose & Geranium
- 17. Dr. Organic Vitamin E Deodorant
- 18. Hygr Smell Be Gone Deodorant
- 19. Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White
- 20. Kopari Aluminum-Free Coconut Deodorant
Punca Bau Badan

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Sharifah Halimah Jaafar dalam wawancaranya bersama Harian Metro, beliau mengatakan bahawa terdapat dua jenis kelenjar pada kulit manusia yang menyebabkan masalah bau badan iaitu bromhidrosis ekrin dan bromhidrosis apokrin.
“Kelenjar ekrin biasanya mengeluarkan peluh yang masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau, manakala kepadatan kelenjar apokrin pula tertumpu pada bahagian tertentu seperti ketiak, celah paha (perineum), kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan sebum, juga biasanya tidak berbau,” jelasnya.
Namun, masalah bauan akibat kelenjar bromhidrosis ekrin berlaku apabila rembesannya melembutkan keratin kulit dan menyebabkan bakteria memecahkannya serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, bau badan yang busuk boleh berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya adalah:
- Perpeluhan berlebihan
- Gaya pemakanan yang tidak seimbang dan kurang sayur-sayuran dan buah-buahan
- Tekanan
- Pengambilan alkohol yang tinggi
- Pakaian yang tidak bersesuaian dengan cuaca dan merimaskan
- Genetik
- Penyakit diabetes atau kencing manis
- Pengambilan ubat-ubatan
- Pemakaian wangian secara berlebihan
Jenis-Jenis Deodorant

Tahukah anda terdapat beberapa jenis deodoran di pasaran? Setiap daripada mereka tidak sama dan mempunyai cara penggunaan yang berbeza. Antaranya adalah:
1. Aerosol Deodoran
Deodoran dalam bentuk semburan. Sebelum digunakan, ianya sangat penting untuk mengoncangkan terlebih dahulu kemudian disemburkan beberapa cm dari kulit. Ianya mudah digunakan dan cepat digunakan dan menjadi pilihan ramai, terutamanya mereka yang sibuk dan ingin cepat bergerak.
2. Stik Deodoran
Datang dalam betuk stick, kebanyakkan deodoran organik menggunakan bentuk ini kerana dibuat daripada lilin-lilin dan minyak semula jadi. Anda hanya perlu memutarkan bahagian bawah botol dan kemudian disapukan pada kulit.
3. Roll-On Deodoran
Selalunya, deodoran yang mempunyai tekstur cair dan ringan akan menggunakan bentuk deodoran ini. Pengunaannya sangat mudah, hanya perlu sapukan pada kulit dan biarkan ia kering seketika.
20 Deodorant Terbaik Untuk Bau Badan
1. The Body Shop White Musk Deodorant

Koleksi The White Musk sudah semestinya digemari ramai kerana aroma bunga dan musk segar yang mengharumkan. Turut boleh didapati dalam bentuk deodoran, The Body Shop White Musk Deodorant dapat membantu anda mengatasi bau yang tidak menyenangkan dan memberi wangian berkekalan sepanjang hari. Produk kegemaran ramai ini adalah antara deodorant terbaik untuk bau badan yang anda perlu cuba!
Harga: RM49.00
Terdapat di: The Body Shop
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Wangian White Musk yang harum dan menyegarkan
- Vegan
- Mengandungi aloe vera untuk melembabkan dan menenangkan kulit
Cons:
- Harga yang agak mahal
2. Adidas Women Adipower Anti-Perspirant Deodorant Spray

Bukan sekadar pakaian sukan, Adidas turut mempunyai pelbagai pilihan deodoran yang sesuai digunakan samada untuk kegunaan harian atau pelbagai jenis aktiviti. Dengan 72 jam perlindungan anti-perspirant, badan anda akan dilindungi dari peluh yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi dengan hanya satu semburan, anda akan rasa lebih yakin bila bergerak!
Harga: RM19.90
Terdapat di: Guardian
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Perlindungan dari bau peluh selama 72 jam
- Tidak mudah hilang, sesuai untuk aktiviti lasak
- Sesuai dengan kadar pH kulit
Cons:
- Rekaan botolnya agak besar
3. Smelly No More Crystal Deodorant

Mengandungi garam mineral semula jadi, Smelly No More Crystal Deodorant sangat digemari ramai pengguna kerana ia tidak menyebabkan sebarang iritasi dan sesuai untuk kulit sensitif. Selain itu, ia juga mampu menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menjadi punca utama bau busuk. Deodoran ini juga tidak akan meninggalkan sebarang kesan kuning pada pakaian dengan setiap penggunaan.
Harga: RM17.90
Terdapat di: Watsons
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Bebas dari alkohol dan wangian
- Tidak menjadikan kulit gelap dan kusam
- Tidak merengsakan kulit
Cons:
- Tidak mengatasi masalah bau badan dengan lama
4. L’OCCITANE Refreshing Deodorant

Bebas dari aluminium chlorohydrate, L’OCCITANE Refreshing Deodorant mengandungi campuran wangian dari minyak pati pudina, pine dan rosemary yang dapat memberi wangian harum dan menyegarkan. Dengan tekstur yang lembut dan seakan bedak, deodoran ini dapat membantu anda kekal sepanjang hari.
Kelebihan:
- Campuran minyak pati untuk wangian segar dan lembut
- Mengurangkan bau badan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
Kekurangan:
- Harga yang mahal
Harga: RM116.00
Terdapat di: laman L’Occitane
5. Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll On for Brightening with Niacinamide

Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll On merupakan deodoran yang bukan sahaja memberi wangian yang sama dengan pewangi berjenama mahal tapi ia juga mampu mencerahkan kulit di bawah lengan anda, membantu mengatasi sebarang masalah kulit gelap, dan kusam. Teksturnya yang ringan seperti serum juga menjadikannya cepat kering, sesuai jika anda sedang bergegas untuk keluar dari rumah.
Kelebihan:
- Mengandungi AHA dan Niacinamide untuk mengurangkan pori dan kulit gelap
- Mengatasi masalah sebum dan peluh berlebihan
- Wangian mewah
Kekurangan:
- Terdapat pengguna mengatakan bahawa bau yang tidak tahan lama
Harga: RM22.23
Terdapat di: Shopee
6. Dr. Mist Multi Action Hygiene Body Spray

Dr. Mist Multi Action Hygiene Body Spray bertindak bukan sahaja sebagai deodoran tapi juga sebagai semburan untuk menyegarkan seluruh badan anda. Berupaya untuk membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan, deodorant ini hanya mengandungi tiga bahan, sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan mudah mengalami kegatalan dengan deodoran lain di pasaran. Ia juga tidak meninggalkan sebarang kesan gelap pada kulit dan pakaian anda.
Kelebihan:
- Tidak mengandungi pewangi, pewarna dan alkohol
- Tidak berminyak
- Mampu mengatasi masalah bau badan, bengkak dan kegatalan pada kulit
Kekurangan:
- Tidak mempunyai aroma wangian
Harga: RM12.89
Terdapat di: Watsons
7. G&H PROTECT+ Deodorant & Anti-Perspirant Roll-On

Bebas dari alkohol yang berpotensi untuk menyebabkan kegatalan dan kekeringan pada kulit di bawah lengan, G&H PROTECT+ Deodorant & Anti-Perspirant Roll-On merupakan deodoran yang mampu membantu anda kekal bebas dari bau busuk selama 48 jam dengan ekstrak Bilberry dan White Tea yang turut kaya dengan antioksidan.
Kelebihan:
- Tekstur ringan yang mudah kering
- Tidak meninggalkan kesan kuning pada pakaian
- Mempunyai antioksidan yang dapat membantu mencerahkan kulit secara semula jadi
Kekurangan:
- Tidak mempunyai aroma wangian
Harga: RM33.00
Terdapat di: Shopee
8. Nivea Visage Deodorant Roll On Dry Comfort

Untuk anda yang mengalami peluh berlebihan, ia sangat disarankan untuk anda mencari produk yang mempunyai anti-perspirant untuk mengatasi masalah tersebut. Nivea Visage Deodorant Roll Dry Comfort dapat memberi anda kekeringan selama 48 jam dan mencegah sebarang bau yang kurang menyenangkan.
Kelebihan:
- Disah para dermatologist
- Memberikan kekeringan sepanjang hari pada kulit
- Bau wangi yang berkekalan
Kekurangan:
- Harga yang agak mahal
Harga: RM15.80
Terdapat di: Watsons
9. Secret Outlast Clear Gel Deodorant Unscented

Jika anda mudah mengalami keradangan pada kulit, seeloknya elakkan deodoran yang mempunyai sebarang pewangi. Secret Outlast Clear Gel Deodorant Unscented merupakan antara pilihan yang sesuai kerana ia dirumus khas tanpa sebarang pewangi. Selain itu, ia turut menggunakan teknologi betacylodextrin yang mampu mengunci bau dan membebaskan bau wangi selama 48 jam!
Kelebihan:
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Wangian berpanjangan
- Cepat kering dan tidak meninggalkan kesan putih
Kekurangan:
- Sukar untuk didapati
Harga: RM46.00
Terdapat di: Shopee
10. Dove Original Light & Smooth Deodorant Spray

Deodoran yang tidak berasaskan alkohol ini mempunyai tekstur krim yang cepat diserap kulit, memberikan anda rasa kering dan wangian yang harum berpanjangan. Selain itu, ia juga dapat mencerahkan ketiak yang gelap dan kering.
Kelebihan:
- Mengandungi ekstrak likuris untuk membantu mencerahkan kulit
- Tekstur krim untuk melembabkan dan melembutkan kulit
- Melindungi dari bau selama 48 jam
Kekurangan:
- Rekaan botolnya yang besar sukar untuk dibawa ke mana-mana sahaja
Harga: RM19.20
Terdapat di: Watsons
11. Deonatulle Soft Stone Double

Salah satu deodorant yang digemari rakyat Jepun, Deonatulle Soft Stone Double pernah mendapat anugerah Cosme selama dua tahun berturut-turut kerana mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti garam mineral semula jadi untuk membantu mengawal pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan pada bawah lengan. Selain itu, deodoran ini juga mengandungi vitamin E dan kolagen yang dapat membaiki dan mencerahkan kulit.
Kelebihan:
- Bebas pewangi dan pewarna
- Mengatasi bau badan
- Mengecilkan pori
Kekurangan:
- Sukar untuk didapati apabila habis dijual
Harga: RM97.00
Terdapat di: Zalora
12. Vaseline Woman Roll On Bright & Dry

Vaseline Woman Roll On Bright & Dry merupakan antara deodoran yang dipercayai ramai kerana wangiannya yang berkekalan dan tekstur yang tidak melekit. Turut mengandungi Glutathione, kolagen, dan vitamin E, ia dapat membantu mencerahkan kulit yang hitam dan rosak hasil daripada bercukur atau mencabut bulu.
Kelebihan:
- Mencerahkan kulit lengan yang hitam
- Mengatasi bau dan peluh selama 48 jam
- Tidak dirumus dengan alkohol dan paraben
Kekurangan:
- Mengandungi aluminium
Harga: RM14.90
Terdapat di: Guardian
13. Old Spice High Endurance

Jenama yang cukup terkenal di Amerika, Old Spice mempunyai rangkaian deodoran yang digemarai ramai. Antaranya adalah Old Spice Endurance yang dapat memberi perlindungan dari bau badan dan mengawal peluh selama 24 jam. Mempunyai wangian rempah semula jadi, anda akan tampil lebih yakin apabila melakukan aktiviti harian.
Kelebihan:
- Tidak mengandungi aluminium dan sesuai untuk kulit sensitif
- Mengatasi bau badan dan peluh
- Haruman yang tidak terlalu kuat dan memeningkan
Kekurangan:
- Sukar untuk didapati apabila habis dijual
Harga: RM120.00
Terdapat di: Ubuy
14. Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant

Salah satu deodrant terbaik untuk bau badan, Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant mempunyai haruman floral yang feminin dan menyenangkan. Mempunyai sifat anti-perspirant, deodoran ini dapat membantu mengatasi masalah peluh berlebihan, membantu ketiak anda kekal kering dan wangi sepanjang hari.
Kelebihan:
- Melindungi dari peluh dan bau badan selama 48 jam
- Haruman floral
- Tidak meninggalkan kesan kuning pada pakaian
Kekurangan:
- Tidak boleh digunakan pada kulit yang merengsa
Harga: RM10.68
Terdapat di: Guardian
15. Rexona Teens Deodorant Spray Tropical Energy

Jenama yang cukup nostalgik, Rexona mempunyai beberapa pilihan deodoran yang sagat digemari ramai. Antaranya merupakan Rexona Teens Deodorant Spray Tropical Energy. Datang dalam bentuk aerosol, deodoran ini sangat sesuai bagi anda yang gemar melakukan aktiviti lasak kerana ia dapat membantu anda kekal kering sepanjang hari.
Kelebihan:
- Haruman floral tropika yang menyegarkan
- Menghalang bau badan selama 24 jam
- Tidak menyebabkan iritasi atau ruam pada kulit
Kekurangan:
- Ditawarkan dalam satu saiz sahaja
Harga: RM10.33
Terdapat di: Watsons
16. Joi Natural Roll On Deodorant Rose & Geranium

Joi Natural Roll On Deodorant Rose & Geranium mempunyai haruman yang wangi dan manis, menjadikannya antara deodorant terbaik untuk bau badan. Mudah digunakan dan cepat kering, ia juga dapat membantu mengatasi bau selama 12 jam dan mencerahkan kulit secara semula jadi.
Kelebihan:
- Bebas daripada aluminium dan paraben
- Kaya dengan magnesium dan priobiotik
- Tekstur ringan dan cepat diserap kulit
Kekurangan:
- Harga yang mahal
Harga: RM39.00
Terdapat di: Guardian
17. Dr. Organic Vitamin E Deodorant

Dirumus dengan vitamin E organik, Aloe Vera, minyak bunga matahari, Icelandic, dan Irish Moss, Dr. Organic Vitamin E Deodorant merupakan pilihan sesuai bagi anda yang mudah mengalami kegatalan pada kulit. Ia dapat menenangkan, melindungi, dan melembabkan kulit serta mengatasi masalah bau badan.
Kelebihan:
- Tidak mengandungi paraben dan SLS
- Tekstur krim yang cepat kering
- Sesuai untuk semua jenis kulit
Kekurangan:
- Harga yang mahal namun rumusannya berkualiti tinggi
Harga: RM205.00
Terdapat di: Ubuy
18. Hygr Smell Be Gone Deodorant

Jika anda lebih gemar menggunakan deodoran yang dirumus dengan bahan-bahan semula jadi, Hygr Smell Be Gone merupakan deodoran yang bagus untuk dicuba. Selain dapat mengatasi bau dan menyegarkan kulit, ia juga mempunyai beberapa pilihan wangian yang menyegarkan.
Kelebihan:
- Tujuh pilihan wangian semula jadi
- 100% vegan dan tidak mengandungi alkohol, aluminium, dan baking soda
- Boleh digunakan di seluruh tubuh badan
Kekurangan:
- Harga yang agak mahal
Harga: RM39.90
Terdapat di: laman Hygr
19. Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White

Untuk kulit bawah lengan tampil lebih cerah dan berbau harum, cuba pula Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White. Dapat membantu mengawal bau selama 48 jam, deodoran ini turut dijamin Halal dan tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit dengan setiap gunaan.
Kelebihan:
- Tidak mengandungi alkohol
- Mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana
- Mengandungi Niacinamide, esktrak timun, dan Aloe Vera
Kekurangan:
- Hanya ditawarkan dalam satu saiz sahaja
Harga: RM9.45
Terdapat di: Guardian
20. Kopari Aluminum-Free Coconut Deodorant

Kopari Aluminum-Free Coconut Deodorant menjadi deodoran pilihan ramai kerana ia tidak menyebabkan sebarang kegatalan atau ruam dan mengandungi bahan-bahan berasaskan tumbuhan semula jadi. Ia juga dapat membantu mengatasi bau badan dengan wangian tembikai susu dan kulit oren, membuat anda berasa lebih yakin untuk bergerak.
Kelebihan:
- Tekstur cair dan ringan, mudah diserap kulit
- Tidak megandungi aluminium, sulfat, silikon, phthalate, dan baking soda
- Melegakan kulit sensitif
Kekurangan:
- Harga yang mahal
Harga: RM118.00
Terdapat di: Sephora
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.