Masalah kulit kering merupakan sesuatu yang dialami oleh ramai individu. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan. Selain itu, solekan wajah turut akan terkesan dan kelihatan merekah! Bagi mengatasi masalah tersebut, ianya amat penting untuk membekalkan hidrasi secukupnya pada kulit wajah anda. Di sini, Beauty Insider telah menyenaraikan 17 face mask terbaik untuk kulit kering!

Punca Kulit Kering

Sebelum itu, ianya amat penting bagi kita mengenal pasti punca berlakunya kulit kering. Berikut sebab-sebabnya:

  • Mencuci wajah terlalu kerap – seeloknya anda hanya perlu membersihkan wajah dua kali sehari bagi mengekalkan kebersihan dan hidrasi pada kulit.
  • Terdedah pada penyaman udara – pengunaan penyaman udara akan menjejaskan lapisan atas kulit, menjadikannya kering kontang.
  • Mandi dengan air panas – Hal ni kerana wap yang dikeluarkan akan mengurangkan kadar air dan minyak di lapisan atas kulit
  • Faktor penuaan – Apabila meningkat usia, kulit kita akan menjadi lebih nipis dan kurang menghasilkan minyak semula jadi
  • Masalah kulit – Masalah seperti Contact dermatitis, Eczema, Seborrheic dermatitis, dan sebagainya boleh menjejaskan kulit, menjadikannya lebih kering dan kasar daripada biasa

17 Face Mask Terbaik Untuk Kulit Kering

1.Garnier Hydra Bomb Night Facemask

Mask dalam bentuk topeng, Garnier Hydra Bomb Night Facemask merupakan masker yang sesuai digunakan selepas membasuh wajah anda. Mengandungi tekstur serum, satu pemakaian ini seumpama menggunakan serum pelembab selama seminggu. Kaya dengan asid hyaluronik, Blueflower, dan Natural Origin Deep Sea Water, ia mampu memberikan hidrasi dan merawat kulit agar tampil lebih lembap dan segar.

Kelebihan:

  • Melembapkan dan menyegarkan kulit
  • Mengandungi serum
  • Mampu mengurangkan garis halus dengan penggunaan yang konsisten

Harga: RM9.50

Terdapat di: Watsons

2. Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrating Mask EX

Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrating Mask EX dirumus dengan bahan-bahan aktif seperti asid hyaluronik, ekstrak bunga rosa gallica, aquaxyl dan sebagainya untuk membekalkan hidrasi secukupnya untuk kulit anda. Hasilnya? Kulit anda akan tampil lebih berseri dan lembap dengan setiap kegunaan!

Kelebihan:

  • Bantu merawat dan menguatkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Haruman mawar yang menenangkan

Harga: RM5.90

Terdapat di: Watsons

3. Laneige Water Sleeping Mask

Untuk mengelakkan kulit anda kekeringan ketika tidur, pemakaian sleeping mask amat penting. Laneige Water Sleeping merupakan masker yang sesuai untuk memberikan kulit anda hidrasi tanpa meninggalkan rasa melekit. Ia juga sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan tidak akan menyebabkan iritasi.

Kelebihan:

  • Tekstur ringan
  • Tidak perlu dibilas
  • Kaya dengan bahan-bahan antioksidan yang mampu merawat, menguatkan dan mencerahkan kulit

Harga: RM142

Terdapat di: Sephora

4. Dr.Jart+ Cryo Rubber Mask with Moisturising Hyaluronic Acid

Dr.Jart+ Cryo Rubber Mask with Moisturising Hyaluronic Acid merupakan antara face mask terbaik kerana ia kaya dengan asid hyaluronik dan antioksidan.

Mengandungi asid hyaluronik, Dr.Jart+ Cryo Rubber Mask with Moisturising Hyaluronic Acid dapat membekalkan kulit kering anda dengan hidrasi yang berpanjangan. Hanya perlu dipakai selama 20 minit, masker ini mempunyai topeng getah yang mampu memberikan sensasi sejuk pada kulit dan meningkatkan kesan kelembapan supaya lebih efektif.

Kelebihan:

  • Mengandungi asid gycolic, antioksidan, vitamin, dan peptides untuk mencerahkan kulit
  • Bebas pewangi dan paraben
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Harga: RM55

Terdapat di: Sephora

5. Cosrx Rice Overnight Spa Mask

Diformulasikan khusus untuk mengatasi kulit kering

Salah satu produk K-Beauty yang begitu digemari ramai, Cosrx Rice Overnight Spa Mask merupakan antara face mask terbaik untuk kulit kering kerana ia dirumus dengan minyak benih bunga matahari yang mampu melembutkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia juga dirumus dengan bahan-bahan yang mencerahkan kulit secara semula jadi seperti Niacinamide dan ekstrak beras.

Kelebihan:

  • Boleh digunakan sebagai krim pelembap
  • Mengandungi 68% ekstrak beras
  • Mengelakkan kuring kering

Harga: RM56

Terdapat di: Althea

6. Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask

Mempunyai tekstur yang berkrim, Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask menjadi pilihan ramai sebagai face mask terbaik untuk kulit kering.

Dengan kombinasi bahan semula jadi yang mampu melembapkan dan membekalkan nutrisi yang mencukupi pada kulit, Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask menjadi masker yang sesuai dipakai untuk semua jenis kulit, termasuk mereka dengan kulit sensitif. Mempunyai tekstur krim, masker ini dapat meningkatkan hidrasi pada kulit sehingga 29% selepas 15 minit!

Kelebihan:

  • Melembutkan dan melembapkan kulit
  • Bebas daripada pewangi
  • Meningkatkan hidrasi kulit dan skin barrier

Harga: RM210

Terdapat di: laman Kiehl’s

7. Dr Morita Hyaluronic Acid Essence Mask

Antara face mask terbaik untuk kulit kering, Dr. Morita Hyaluronik Essence Mask turut dapat membantu mengurangkan garis halus pada wajah.

Berbanding masker topeng yang lain, Dr Morita Hyaluronic Acid Essence Mask adalah lebih nipis dan mudah melekat pada kulit tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Selain membekalan kelembapan pada kulit, masker ini juga dapat memberikan keanjalan serta merta kerana dirumus khas dengan asid hyaluronik, ekstrak timun dan algae.

Kelebihan:

  • Bebas pewangi, alkohol, dan pewarna
  • Mengandungi kolagen dan ceramide EOP yang mampu melegakan kulit dan mengurangkan transepidermal water loss (TEWL)
  • Mengurangkan penampilan garis halus pada wajah

Harga: RM6.90

Terdapat di: Watsons

8. Fresh Rose Face Mask

Mempunyai haruman bunga ros, Fresh Rose Mask merupakan antara face mask terbaik untuk kulit kering.

Fresh Rose Face Mask dapat memberikan kulit anda hidrasi secara serta merta selepas penggunaan. Mengandungi asid hyaluronik, aloe vera gel, dan ekstrak timun yang mampu melembapkan dan melembutkan kulit, masker ini juga mempunyai haruman bunga ros yang wangi dan memberi kesan yang menenangkan!

Kelebihan:

  • Mengurangkan tekstur pada kulit
  • Menenangkan kulit sensitif dan menganjalkan kulit
  • Sesuai dipakai secara harian

Harga: RM280

Terdapat di: laman Fresh

9. Gentle Hour Late This Night Brightening Sleeping Mask

Jika anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk rutin penjagaan kulit yang terlalu merumitkan, pakaikan Gentle Hour Late This Night Brightening Sleeping Mask yang dapat membantu melembapkan, mencerahkan, mengurangkan tekstur, dan menguatkan skin barrier anda. Turut mengandungi madecassoside, ia sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Kelebihan:

  • Bebas pewangi dan alkohol
  • Kaya dengan antioksidan
  • Tidak perlu dibilas

Harga: RM70.14

Terdapat di: laman Gentle Hour

10. Origins Retexturing Mask with Rose Clay

Origins Retexturing Mask with Rose Clay mendapat rating yang cukup tinggi di kalangan skincare enthusiast! Walaupun ia mampu mengecilkan pori dan menghalang penghasilan sebum yang berlebih, masker ini tidak akan mengeringkan kulit anda. Malah, ia dapat melembutkan dan melicinkan kulit dengan setiap penggunaan.

Kelebihan:

  • Bebas daripada paraben dan sulfat
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit

Harga: RM122

Terdapat di: Sephora

11. Somethinc Bee Power Propolis & Manuka Honey Sleeping Mask

Umum sudah tahu bahawa bahan seperti propolis dan madu manuka sangat bagus bagi mengatasi masalah kulit kering. Jika anda sering mengalami masalah kulit kering dan sensitif, beralih pada produk skincare yang berasaskan dua bahan tersebut seperti Somethinc Bee Power Propolis & Manuka Honey Sleeping Mask yang mempunyai tekstur ringan dan mampu melembapkan kulit anda. Selain itu, ia juga dapat menenangkan kulit dan meningkatkan seri pada wajah.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif
  • Memberikan sensasi sejuk pada kulit
  • Membekalkan hidrasi dan nutrisi pada kulit

Harga: RM40.58

Terdapat di: laman Somethinc

12. The Body Shop British Rose Fresh Plumping Mask

Kembalikan seri dan kelembapan wajah anda dengan The Body Shop British Rose Fresh Plumping Mask! Mempunyai tekstur gel yang ringan, masker ini mengandungi kelopak bunga ros semula jadi, pati ros, dan minyak rosehip untuk memberikan kesan hidrasi dan menyamankan pada kulit wajah.

Kelebihan:

  • Melembapkan, menenangkan, dan mensekatakan tona kulit
  • Mengandungi aloe vera
  • Tidak melekit dan

Harga: RM139

Terdapat di: laman The Body Shop

13. La Mer The Treatment Lotion Hydrating Mask 6’s

La Mer La Mer The Treatment Lotion Hydrating Mask merupakan face mask yang sesuai digunakan sebelum acara penting seperti perkahwinan, graduasi, atau sesi pengambaran kerana ia mampu memberikan kesan dengan serta-merta dan berkekalan.

Kelebihan:

  • Kaya dengan antioksidan dan peptides
  • Kesan hidrasi dan melembutkan kulit secara serta merta
  • Bebas daripada paraben dan sulfat

Harga: RM755

Terdapat di: Sephora

14. Simple Water Boost Skin Quench Sleeping Cream

Dirumus khas untuk kulit kering dan sensitif, Simple Water Boost Skin Quench Sleeping Cream merupakan masker yang mampu bertindak untuk melembapkan kulit secara mendalam ketika anda tidur. Hasilnya? Keesokkan pagi, anda akan berasa kulit wajah lebih lembap, lembut, dan bertenaga!

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi pewarna, pewangi dan bahan-bahan kimia merbahaya
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif
  • Tidak perlu dibilas

Harga: RM39

Terdapat di: Watsons

15. Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask

Selain membekalkan hidrasi yang optimum pada kulit wajah, Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask turut dapat membantu kulit anda tampil lebih cerah dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Selain itu, produk ini turut boleh digunakan sebagai krim pelembap harian anda.

Kelebihan:

  • Tekstur pudding yang ringan
  • Kaya dengan antioksidan
  • Lebih berkesan apabila digunakan dengan produk berasaskan vitamin C

Harga: RM105

Terdapat di: laman Dear, Klairs

16. Scarlett Whitening Seriously Soothing & Hydrating Gel Mask

Jika kulit anda sering terasa kering dan mudah merekah, berikan hidrasi serta merta dengan Scarlett Whitening Seriously Soothing & Hydrating Gel Mask. Dirumus dengan ekstrak centella asiatica dan allontin, masker ini juga mampu melegakan kulit sensitif dengan serta merta.

Kelebihan:

  • Tekstur gel yang ringan
  • Mensekatakan tona kulit dan mengurangkan bintik hitam
  • Mengekalkan keanjalan kulit

Harga: RM32.90

Terdapat di: Shopee

17. Freeman Exotic Blends Hydrating Australian Aloe Mask

Freeman Exotic Blends Hydrating Aloe Mask merupakan antara face mask terbaik untuk kulit kering kerana mengandungi aloe vera yang melembapkan dan melegakan kulit.

Freeman mempunyai beberapa rangkaian masker yang dipercayai ramai. Namun, jika anda mencari face mask terbaik untuk kulit kering, seeloknya cuba Exotic Blends Hydrating Aloe Mask yang mampu melembapkan dan melegakan kulit sensitif. Selain itu, kandungan aloe vera juga dapat membantu memberikan sensasi sejuk pada kulit.

Kelebihan:

  • Tekstur jeli dan ringan
  • Mempunyai aloe vera untuk membekalkan hidrasi pada kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM29.90

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini!