Sebut sahaja eyeshadow palette, pasti ramai peminat kecantikan yang terbayangkan produk solekan idaman. Dengan pelbagai pilihan warna pembayang mata serta kemasan yang berlainan dari kilaun ke matte, rutin kecantikan anda pasti tidak lengkap tanpa eyeshadow palette. Jika anda pro dalam solekan mahupun baru ingin berjinak-jinak dengan dunia solekan, senarai eyeshadow palette terbaik ini adalah pilihan ramai. 

Senarai Eyeshadow Palette Terbaik di Malaysia 2024

1. Huda Beauty Nude Obsessions Eyeshadow Palette Mini

Senarai eyeshadow palette terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Huda Beauty Nude Obsessions Eyeshadow Palette Mini. Ditawarkan dalam tiga pilihan spektrum warna nude, anda boleh memilih antara rich, light dan medium. Setiap variasi ini mempunyai kemasan berbeza seperti matte, metalik dan kilauan. Rona pembayang matanya cukup sesuai untuk semua warna kulit. 

Kelebihan:

  • Sembilan pilihan warna nude
  • Kemasan yang luar biasa
  • Teksturnya yang mudah disapu

Harga: RM149.00

Terdapat di: Sephora 

2. Anastasia Beverly Hills Cosmos Eyeshadow Palette

Diinspirasikan daripada alam semesta, Anastasia Beverly Hills Cosmos Eyeshadow Palette menampilkan 12 pilihan warna pembayang mata yang menarik. Seperti namanya, produk ini mempunyai ton warna yang  cukup pelbagai dari semula jadi, merah jambu, ungu sehingga turquoise. Selain matte, kemasan yang ditawarkan bersifat metalik, memastikan solekan mata anda kekal memukau. 

Kelebihan:

  • Warna yang berpigmen tinggi
  • Pilihan warna yang diinspirasikan daripada galaksi
  • Tahan lama

Harga: RM255.00

Terdapat di: Sephora 

3. Tarte Maneater™ After Dark Eyeshadow Palette Xl

Untuk mereka yang inginkan eyeshadow palette dengan pilihan warna yang banyak dan berkualiti tinggi seperti yang dimiliki oleh jurusolek, Tarte Maneater™ After Dark Eyeshadow Palette Xl adalah sesuai untuk anda. Dilengkapi dengan 24 warna pembayang mata, terdapat 11 kemasan matte, sembilan kemasan kilauan dan empat kemasan krim. Yang paling best, eyeshadow palette terbaik ini sesuai digunakan untuk solekan pada waktu pagi dan malam. 

Kelebihan:

  • 24 pilihan warna pembayang mata’
  • Diuji oleh dermatologi
  • Tahan sehingga 12 jam

Harga: RM235.00

Terdapat di: Sephora 

4. Dior Backstage Eye Palette Smokey Essentials 

Backstage Eye Palette dari jenama terkemuka Dior ini boleh dikatakan antara produk yang cult classic. Direka dengan pilihan warna yang diinspirasikan daripada pertunjukan fesyennya, eyeshadow palette ini didatangkan dengan sembilan warna berpigmen dengan kemasan matte, metalik, berkilau dan holografik. Untuk mereka yang menggemari solekan smokey yang dramatik dan klasik, produk ini wajib untuk anda. 

Kelebihan:

  • Intensiti warna yang boleh dibina
  • Tahan lama
  • Pilihan warna yang klasik 

Harga: RM245.00

Terdapat di: Laman website Dior 

5. Maybelline The Blushed Nudes Eye Palette

Anda tidak semestinya perlu berbelanja lebih hanya untuk mendapatkan eyeshadow palette terbaik idaman anda dengan kualiti yang bagus. Maybelline The Blushed Nudes Eye Palette mempunyai 12 warna pembayang mata yang dirumus dengan pigmen emas mawar. Produk ini cukup versatile dengan pilihan warna kuning air yang dramatik, merah jambu keemasan serta tona warna tanah.

Kelebihan:

  • Disertakan bersama berus
  • Pilihan warna untuk solekan yang versatile
  • Tahan lama

Harga: RM72.90

Terdapat di: Watsons 

6. ColourPop Fade Into the Hue Palette

Bosan dengan pilihan warna pembayang mata yang nude dan smokey sahaja? ColourPop Fade Into the Hue Palette adalah antara eyeshadow palette terbaik pilihan kami. Anda akan dapati pelbagai warna pelangi yang fantasi dengan kemasan matte, kilau dan juga metalik. Dilengkapi dengan kumpulan warna merah jambu, kuning, biru, hijau dan ungu, ia sesuai untuk solekan mata jenis monokromatik.

Kelebihan:

  • Pilihan warna pelangi
  • Kemasan yang menakjubkan
  • Kesan fokus lembut

Harga: anggaran RM162.66 ($35)

Terdapat di: Laman website ColourPop

7. KVD Beauty Metallic Eyeshadow Palette

KVD Beauty Metallic Eyeshadow Palette adalah koleksi edisi terhad yang menawarkan enam pilihan warna metalik. Dengan formulasinya yang vegan, pembayang matanya mempunyai pelbagai variasi seperti Headtrip, Sleeptalk, Hyperdream dan Secondsight. Selain itu, rekaan pembungkusannya direka dengan ilustrasi hasil karya seni Rocío Montoya.

Kelebihan:

  • Edisi terhad
  • Pilihan warna dengan kemasan metalik
  • Vegan

Harga: RM130.00

Terdapat di: Sephora

8. 3CE Multi Eye Color Palette

Ingin tampak menarik seperti idola K-pop anda? 3CE Multi Eye Color Palette adalah antara eyeshadow palette terbaik pilihan ramai. Anda boleh memilih daripada lapan variasi warna seperti Dear Nude, Auto Focus dan juga All Nighter. Dilengkapi dengan sembilan warna, setiap palet mempunyai kombinasi warna semula jadi dan juga dramatik.

Kelebihan:

  • Spektrum warna yang mudah digayakan bersama
  • Tahan lama
  • Kemasan kilauan dan juga matte

Harga: RM182.60

Terdapat di: Shopee

Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.