Meskipun nampak mudah, rutin kecantikan anda pasti tidak lengkap tanpa pelembap wajah. Diketahui sebagai asas langkah penjagaan kulit wajah, pelembap atau moisturiser berfungsi untuk memastikan agar kulit anda kekal terhidrat untuk mengelakkan kehilangan air transepidermal.  Selain itu, produk ini turut memberikan pelbagai kelebihan pada kulit. Namun begitu, dengan lambakan produk pelembap, anda pasti memerlukan bantuan dalam memilih yang terbaik untuk anda. Usah risau kerana kami telah menyenaraikan pelembap/ moisturizer terbaik pilihan ramai.

Cara-cara Memilih Pelembap/ Moisturizer Terbaik yang Sesuai Dengan Anda

Photo by Ron Lach on Pexels

Dengan lambakan pelembap di pasaran yang menawarkan pelbagai formulasi dan kelebihan, pastinya ramai yang berasa pening dalam memilih pelembap atau moisturizer yang sesuai, bukan? Usah risau, kerana terdapat cara-cara dalam memilih produk yang sesuai dengan anda, antaranya adalah:

1. Pilih bahan emolien berdasarkan kadar pelembap rawatannya contohnya gel, krim, losyen , atau salap

2. Gunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda seperti normal, berminyak, kering dan kombinasi

3. Utamakan produk yang menawarkan kelebihan tambahan seperti SPF untuk pelindung suria serta bahan penambahbaik kulit

Senarai Pelembap/ Moisturizer Terbaik Di Malaysia 2024

1. Clinique Moisture Surge 100H Auto-Replenishing Hydrator Moisturiser

Sebut sahaja Clinique Moisture Surge 100H Auto-Replenishing Hydrator Moisturiser, pasti ramai yang mengetahuinya sebagai antara pelembap/ moisturizer terbaik. Diperkaya dengan asid hyaluronik dan aloe bio-ferment, produk ini meresap dengan jauh ke dalam 10 lapisan kulit untuk mengekalkan kelembapan selama 100 jam. Manakala, Teknologi Auto-Replenishing memastikan kulit sentiasa lembap agar tampak anjal. 

Kelebihan:

  • Formulasi bebas minyak
  • Tekstur gel berkrim
  • Terdapat dalam tiga saiz berbeza

Harga: dari RM66.00

Terdapat di: Sephora 

2. Glow Recipe Plum Plump Hyaluronic Cream

Seperti namanya, Glow Recipe Plum Plump Hyaluronic Cream dirumus secara khas untuk memastikan kulit kelihatan anjal dan berseri. Produk ini menampilkan ramuan penting seperti ekstrak buah plum, asid hyaluronik bersaiz multi-molekul dan asid polyglutamic yang bekerjasama untuk mengekalkan kelembapan. Dengan penambahan ekstrak ais willowherb pula, ia membantu mengimbangi mikrobiom. Apabila dioleskan, ia memberikan kemasan yang menyerikan kulit kusam. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Didatangkan bersama pembungkusan yang boleh diisi semula

Harga: dari RM109.00

Terdapat di: Sephora 

3. Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel

Jika anda lebih menyukai produk pelembap/ moisturizer yang boleh dibeli di drugstore dan efektif, kami sarankan agar anda mencuba Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel. Produk pelembap ini dikuasakan dengan Kompleks HydroSensitiv™ yang diperbuat untuk melembapkan kulit secara intensif selama 72 jam. Dengan kandungan ramuan yang terkenal dengan penghidratan seperti asid hyaluronik bersaiz dan asid polyglutamic, anda tidak perlu risau lagi akan kulit kering atau bersisik.

Kelebihan:

  • Tekstur gel yang menyerap dengan pantas
  • Menguatkan lapisan pelindungan kulit
  • Mencegah simptom-simptom masalah kulit sensitif seperti iritasi, kering dan kusam

Harga: RM129.46

Terdapat di: Watsons 

4. Tatcha The Dewy Skin Cream

Dengan rating yang tinggi, Tatcha The Dewy Skin Cream adalah pelembap/moisturizer terbaik pilihan ramai termasuk selebriti seperti Selena Gomez. Produk ini diperkaya dengan kombinasi ekstrak botanikal dan bahan anti-penuaan yang didapati di Jepun seperti teh hijau, beras dan alga. Dengan penggunaan konsisten,  produk ini membantu melembapkan kulit serta menguatkan sistem pertahanannya dari kekeringan.

Kelebihan:

  • Tekstur berkrim yang menyerap dengan pantas
  • Menyerikan kulit kusam
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM400.00

Terdapat di: Sephora 

5. Kora Organics Plant Stem Cell Retinol Alternative Moisturizer

Ingin kulit wajah tampak awet muda selalu tanpa kesan sampingan akibat penggunaan retinol? Kora Organics Plant Stem Cell Retinol Alternative Moisturizer adalah sesuai untuk anda. Produk ini diperkaya dengan campuran bakuchiol, minyak rosehip, ekstrak buah noni, Alfalfa dan sel stem acai. Selain membantu menghidratkan kulit, ia turut dirumus untuk memudarkan garis-garis halus serta menganjalkan kembali kulit.

Kelebihan:

  • Diiktiraf organik
  • Memudarkan tanda-tanda penuaan
  • Pembungkusan yang boleh diisi semula

Harga: dari RM102.00

Terdapat di: Laman website Kora Organics

6. La Roche-Posay Effaclar Mat Mattifying Moisturizer

Meskipun kulit anda jenis berminyak, pelembap wajah adalah penting dalam rutin kecantikan anda. Gunakan La Roche-Posay Effaclar Mat Mattifying Moisturizer yang diformulasi dengan bahan/bahan pelembap yang bersifat tidak komedogenik. Rumusannya merangkumi perlite untuk menyerap lebihan sebum, air terma yang berkesan melegakan kerengsaan kulit dan gliserin untuk melembapkan kulit. Penulis pernah menggunakannya dan ia cukup sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit beminyak kerana ia mampu mengawal lebihan sebum sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak
  • Tidak komedogenik
  • Proses eksfoliasi untuk mengelakkan pori-pori tersumbat

Harga: RM99.90

Terdapat di: Shopee

7. Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer 

Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer adalah rahsia untuk menyerikan kulit kusam dan memudarkan jeragat sert parut jerawat. Produk ini menampilkan rumusan berasaskan vitamin C sebagai bahan utama agar hasilnya transformatif. Selain itu, pelembap ini turut mengandungi ekstrak biji alpinia, dipotassium glycyrrhizate, lemon dan ekstrak limau gedang. Ramuan ini memberikan pelbagai pilihan seperti melegakan kerengsaan, menghidratkan kulit dan menyerikan serta sekatakan tona tak sekata.

Kelebihan:

  • Bebas daripada alkohol dan paraben
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Memudarkan parut jerawat

Harga: RM59.00

Terdapat di: Watsons

8. INNISFREE Retinol Cica Barrier Defense Cream

Adakah anda mengalami pelbagai masalah kulit akibat sistem lapisan pelindungan kulit yang lemah? INNISFREE Retinol Cica Barrier Defense Cream dirumus secara khusus untuk menguatkannya kembali dan melegakan kerengsaan kulit. Produk ini merangkumi formulasi retinol dan cica yang bekerjasama untuk menggalakkan pembaharuan sel kulit, melembutkan tekstur kulit yang kasar dan banyak lagi. 

Kelebihan:

  • Formulasi hipoalergenik
  • Melegakan kerengsan dan iritasi kulit
  • Tekstur gel yang ringan 

Harga: RM140.00

Terdapat di: laman website INNISFREE 

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.