Meskipun produk face mist sering dilabel sebagai produk yang kurang penting dalam rutin penjagaan wajah, keberkesanannya dalam menaikkan seri wajah tidak harus dipandang remeh. Bayangkan dengan hanya satu kali semburan, face mist membantu memberikan kelembapan dan kesegaran pada wajah dengan serta-merta. Dengan kesibukan kehidupan seharian, produk ini adalah rahsia agar kulit tampak berseri tidak mengira masa dan tempat. Jika anda memerlukan bantuan untuk memilih produk yang efektif, senarai face mist terbaik pilihan ramai ini adalah wajib dalam rutin anda. 

Apakah Sebenarnya Face Mist dan Kegunaannya?

Photo by RDNE Stock project on Pexels

Face mist merupakan produk penjagaan wajah yang dirumus khas untuk melembapkan serta melegakan kerengsaan pada kulit wajah dengan serta-merta. Ia juga digunakan untuk prep atau sebagai produk persediaan untuk rutin kecantikan seterusnya. Malahan kegunaannya cukup serba boleh kerana face mist turut digunakan sebelum solekan asas atau foundation untuk memastikan kemasan sempurna. Selain itu, terdapat juga variasi produk yang menawarkan kombinasi face mist dan juga setting spray untuk memberikan manfaat penjagaan kulit serta  memastikan solekan tahan lama. 

Bahan-bahan yang Perlu ada Dalam Face Mist Terbaik

Antara cara mudah untuk mengetahui sama ada produk face mist tersebut adalah terbaik ataupun tidak adalah melalui formulasinya. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan face mist yang diperkaya dengan ramuan yang melembapkan dan juga membantu melegakan iritasi seperti ekstrak lidah buaya, niacinamide, dan asid hyaluronik. Anda juga digalakkan untuk mengelak produk yang mempunyai pewangi dan ethanol (alkohol) kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan kulit terasa kering dan juga iritasi. 

Senarai Face Mist Terbaik di Malaysia 2023

1. Caudalie Beauty Elixir Prep, Set, Glow Face Mist

Dengan rating yang tinggi, Caudalie Beauty Elixir Prep, Set, Glow Face Mist merupakan antara face mist terbaik pilihan ramai. Formulasinya yang diilhamkan oleh rahsia kecantikan Ratu Hungary pada abad ke-16 mengandungi kombinasi anggur hijau, minyak pati bunga mawar, minyak pati rosemary, dan minyak pati lemon balm. Selain melembapkan kulit wajah, produk ini juga memastikan kulit wajah tampak berseri. Sebagai salah seorang peminat produk ini, saya dapati ia juga membantu mengecilkan liang pori serta memastikan solekan tahan lama. Manakala aroma minyak patinya memberikan kesegaran serta-merta. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membuatkan kulit tampak berseri
  • Aroma yang menyegarkan

Harga: RM85.00

Terdapat di: Sephora 

2. Eau Thermale Avène Thermal Spring Water Face Mist

Eau Thermale Avène Thermal Spring Water Face Mist yang berasaskan air terma semula jadi diperkaya dengan bahan-bahan yang penting berbanding produk face mist biasa. Dengan jumlah mineral yang tinggi, Avène Thermal Spring Water telah terbukti secara klinikal membantu melegakan kerengsaan dan iritasi, mengurangkan masalah kulit sensitif. Selain mengimbangi kehidratan, kulit akan juga terasa lebih lembut. Rekaan botolnya memastikan kandungan air kekal tulen dan efektif. 

Kelebihan:

  • Dirumus dengan air terma semula jadi
  • Menawarkan titisan air yang halus
  • Sesuai untuk pelbagai masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, dan ichthyosis

Harga: RM29.00

Terdapat di: Watsons 

3. Glow Recipe Watermelon Glow Ultra-Fine Mist

Glow Recipe Watermelon Glow Ultra-Fine Mist menampilkan rumusan penghidratan intensif yang sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Diperkaya dengan 84% ekstrak tembikai ia turut mengandungi ramuan botanikal lain seperti asid hyaluronik dan ekstrak bunga raya yang kaya dengan AHA secara semula jadi. Manakala cuka epal melembutkan tekstur kasar dan rice germ oil pula melindungi kulit daripada radikal bebas. Selain semburan air yang halus, produk ini juga memberikan kemasan yang menyerikan kulit kusam.

Kelebihan:

  • Solekan tahan lama
  • Kelembapan intensif
  • Semburan air yang halus serta menyerap dengan pantas

Harga: RM136.00

Terdapat di: Sephora

4. Supergoop! (Re)Setting Refreshing Mist SPF 40

Risau akan sinaran UV yang berbahaya? Supergoop! (Re)Setting Refreshing Mist SPF 40 menawarkan manfaat melebihi produk face mist yang lain. Formulasi inovatifnya merangkumi kelebihan serba guna yang menyegarkan kulit, memberikan perlindungan daripada UV dan menapis pencemaran. Produk ini memberikan semburan dengan kemasan matte. 

Kelebihan:

  • Perlindungan daripada sinaran UV
  • Kemasan matte
  • Aroma rosemary dan pudina yang wangi

Harga: RM102.00

Terdapat di: Sephora 

5. Eucerin Hyaluron Mist Spray

Untuk mereka yang sedang mencari pilihan di drugstore serta harga yang murah, Eucerin Hyaluron Mist Spray adalah antara face mist terbaik yang boleh didapati di Watsons. Produk ini mengandungi asid hyaluronik dan gluco-glycerol yang memberikan kelembapan dari dalam untuk jangka masa lama agar kulit tampak berseri. Rumusannya menawarkan tiga kali ganda kelebihan untuk melegakan kerengsaan, menyegarkan kulit serta kehidratan.

Kelebihan:

  • Saiz yang kecil 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM29.00

Terdapat di: Watsons

6. Tower 28 Beauty SOS Daily Rescue Facial Spray

Terdapat ramai peminat kecantikan yang mengakui keberkesanan SOS Daily Rescue Facial Spray oleh Tower 28 Beauty. Produk ini yang dikuasakan oleh asid hipoklorit, kaya dengan kebaikan anti-radang dan antibakteria yang membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit serta melegakan iritasi. Selain wajah, anda juga boleh menggunakannya pada seluruh badan.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi alkohol dan pewangi
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Mengurangkan keradangan pada kulit

Harga: RM100.00 – RM170.00

Terdapat di: Shopee

7. Mario Badescu Facial Spray With Aloe, Herbs and Rosewater

Rasai kesegaran pada kulit anda dengan serta-merta tanpa perlu risau akan iritasi dengan Mario Badescu Facial Spray With Aloe, Herbs and Rosewater. Produk face mist terbaik ini dirumus khas dengan kombinasi ekstrak herba dan juga air bunga mawar yang membantu melembapkan kulit serta rambut anda. Anda juga boleh menggunakannya sebagai setting mist untuk solekan. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Aroma bunga mawar
  • Boleh digunakan untuk rambut dan juga sebagai setting spray

Harga: RM41.00

Terdapat di: Sephora

8. Dermalogica Clear Start Micro-Pore Mist

Dermalogica Clear Start Micro-Pore Mist sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah liang pori yang jelas tampak kelihatan, menjadikannya antara face mist terbaik untuk kulit berminyak. Produk ini mengandungi niacinamide, witch hazel, teh hijau, ekstrak bunga matricaria dan ekstrak timun. Ramuan ini bekerjasama membantu menyerikan kulit kusam, mengecilkan liang pori, serta menyegarkan kulit dengan serta-merta. Selain digunakan sebagai face mist, anda juga boleh menggunakannya untuk membersihkan berus solekan dan juga setting spray.

Kelebihan:

  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Boleh digunakan sebagai setting spray
  • Diperbuat daripada 50% plastik kitar semula

Harga: RM125.00

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.