Adakah lingkaran bawah mata anda tampak begitu gelap sekali seperti panda? (Oh, tidak!) Wajah dengan kedutan serta lingkaran gelap yang tampak jelas pada kawasan mata semestinya membuatkan anda kelihatan lesu dan tua sebelum usia. Walaupun rata-rata daripada orang ramai lebih mengutamakan untuk memiliki kulit yang berseri,  rutin penjagaan wajah kita seharusnya menitikberatkan produk untuk bahagian mata juga. Dengan masalah garis-garis halus, kedutan dan juga lingkaran hitam bawah mata yang jelas kelihatan, krim mata merupakan produk penting yang harus digunakan oleh semua tidak mengira lapisan umur sama ada 20an, 40an ataupun 50an. Tidak pasti produk mana yang berkesan? Kami telah menyenaraikan krim mata terbaik yang disukai oleh orang ramai.

Apakah Ramuan Yang Perlu Ada Apabila Memilih Krim Mata Yang Terbaik

Gambar oleh cottonbrooman di Pexels

Dengan lambakan produk penjagaan wajah di pasaran, ianya sudah semestinya menyukarkan sesiapa sahaja untuk membuat pilihan. Formulasi sesuatu produk amat penting dalam menguji keberkesanannya, terutamanya jika ianya mengandungi ramuan ini:

  • Antioksidan: Ianya membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan dan juga menghilangkan bengkak pada kawasan sekeliling mata. Antioksidan juga merangkumi bahan seperti vitamin C, vitamin E dan asid ferulik.
  • Retinol: Retinol merupakan sejenis vitamin A yang membantu merangsang pembentukan kolagen agar kulit tampak anjal dan awet muda. 
  • Peptida: Ramuan ini berkesan menegangkan kembali kulit yang kendur agar tampak anjal
  • Asid hyaluronik dan ceramide: Kulit pada bahagian mata merupakan yang paling nipis, oleh itu ianya mudah kering dan juga merenga. Bahan yang melembapkan seperti asid hyaluronik dan ceramide sangat berkesan untuk menghidratkan kulit sambil melegakan kerengsaan dengan serta merta
  • Niacinamide dan asid kojic: Kedua-dua bahan ini membantu mencerahkan kulit dengan mengurangkan sel yang menghasilkan pigmen.
  • Pelindung matahari: Bahan ini amat penting jika anda ingin mencegah tanda-tanda penuaan pada wajah anda.

Cara-Cara Penggunaan Krim Mata

Untuk anda yang tidak mengetahuinya, rutin penjagaan wajah yang tepat haruslah dimulakan dengan produk yang mempunyai tekstur ringan sehingga ke berat. Oleh itu, cara-cara penggunaan krim mata yang tepat adalah bergantung kepada tekstur produk yang anda miliki.

Jika krim mata anda mempunyai tekstur yang agak ringan, anda boleh menggunakannya sebelum pelembap wajah untuk memastikannya menyerap dengan jauh ke dalam kulit. Namun, jika tekstur krim mata tersebut agak berat, anda perlu menggunakannya selepas pelembap wajah. Selain sentuhan yang lembut, anda disarankan untuk menggunakan jari manis apabila menyalapnya pada bahagian sekitar mata.

Senarai Krim Mata Terbaik Untuk Kedutan Dan Lingkaran Gelap Bawah Mata

1. Uriage Eau Thermale Water Eye Contour Cream

Dengan formulasinya yang berkualiti tinggi, Uriage Eau Thermale Water Eye Contour Cream merupakan antara krim mata terbaik. Diperkaya dengan air terma, ramuan ini membantu menguatkan lapisan pelindung kulit dan memastikan kulit kekal lembap untuk jangka masa lama. Malahan ianya juga diformulasi khas untuk mencerahkan lingkaran bawah mata dan mengurangkan bengkak. Krim mata bersifat hipoalergenik ini sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit. Walaupun teksturnya agak berkrim, produk ini mampu meresap dengan jauh ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak mengandungi bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM94.30

  Add to cart

2. Y.O.U Beauty Golden Age Energizing Eye Cream 

Y.O.U Beauty Golden Age Energizing Eye Cream mengandungi campuran ramuan yang penting seperti ekstrak buah delima, asid hyaluronik, minyak mentega shea, ekstrak bunga calendula officinalis, dan ekstrak akar gastrodia elata. Rumusannya membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan juga kulit yang rosak. Hanya dengan sekali sapuan, krim mata yang terbaik ini melembapkan kulit dengan intensif. Malahan anda juga akan dapati lingkaran gelap bawah mata anda tampak cerah, membuatkan anda kelihatan berseri.

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Tekstur yang ringan
  • Melembutkan kulit wajah

Harga: RM36.90

  Add to cart

3. Estée Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Gel-Creme Synchronized Multi-Recovery Eye Cream

Estée Lauder menampilkan formulasi terbaharu untuk Advanced Night Repair Eye Supercharged Gel-Creme Synchronized Multi-Recovery Eye Cream. Diperbuat dengan teknologi FR-Defence, krim mata ini melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya biru, sinaran UV dan juga pencemaran. Produk ini mengandungi dwi-tindakan untuk meneutralkan radikal bebas aktif selama lapan jam dan membentuk pelindung daripada sinaran biru. Selain itu, produk ini juga turut diketahui keberkesanannya dalam mencerahkan lingkaran hitam dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. 

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan yang menyebabkan iritasi seperti paraben, alkohol dan pewangi tiruan
  • Bekas yang boleh dikitar semula
  • Tekstur seakan gel dan krim

Harga: RM330.00

Terdapat di: Laman website Estée Lauder

4. Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream 

Untuk mereka yang mencari krim mata terbaik yang diformulasi khas untuk waktu malam, pastikan anda mencuba Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream. Diperkaya dengan retinol, produk ini memberikan pelbagai kelebihan seperti mencerahkan lingkaran hitam, menganjalkan kulit, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Formulasinya juga membantu melembapkan kulit wajah selama 24 jam. Teksturnya agak berkrim namun ringan, memastikan agar produk ini menyerap dengan jauh ke dalam kulit agar kulit anda tampak berseri.

Kelebihan:

  • Untuk rutin penjagaan wajah waktu malam 
  • Bebas pewangi dan pewarna
  • Melembapkan kulit selama 24 jam

Harga: RM109.90

Terdapat di: Watsons 

5. Himalaya Under Eye Cream

Himalaya Under Eye Cream sesuai bagi anda yang menyukai produk drugstore tanpa perlu berbelanja mahal. Krim mata ini menggunakan campuran herba seperti cipadessa baccifera dan winter begonia untuk melindungi bahagian kulit yang sensitif daripada kerosakan serta mencerahkan lingkaran hitam. Dengan penggunaan konsisten, anda juga akan dapati bahawa krim mata ini sangat berkesan untuk memudarkan kedutan pada bahagian bawah mata.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Memudarkan lingkaran gelap bawah mata
  • Melindungi kulit

Harga: RM51.40

Terdapat di: Watsons 

6. Glow Recipe Guava Vitamin C Bright-Eye Gel Cream

Atasi mata panda anda dengan Guava Vitamin C Bright-Eye Gel Cream dari Glow Recipe. Produk kesukaan ramai ini diperkaya dengan 10% vitamin c, niacinamide dan juga peptida. Dengan vitamin C dari buah guava, ianya membantu mencerahkan lingkaran gelap yang jelas kelihatan di bawah mata. Selain melembapkan kulit, produk ini turut membantu menganjalkannya. Yang paling best, anda boleh menggunakannya di sekitar kawasan mata seperti kelopak mata, di antara kening, bahagian dalam dan luar mata.

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan yang menyebabkan iritasi atau keradangan
  • Mencerahkan kulit
  • Boleh digunakan pada kawasan sekitar mata

Harga: RM178.00

Terdapat di: Sephora 

7. Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm

Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm merupakan antara krim mata terbaik pilihan kami. Produk ini dirumus khas dengan pelbagai bahan yang penting seperti ceramide, vitamin F dan ekstrak botanikal untuk membantu menganjalkan kulit dan melembapkannya untuk jangka masa lama. Manakala, ekstrak avena sativa atau oat pula melegakan kerengsaan pada kulit untuk mengelakkan anda tampak lesu dan kusam. Ianya juga sesuai digunakan untuk rutin penjagaan wajah pada waktu pagi dan malam.

Kelebihan:

  • Menguatkan lapisan pelindung kulit
  • Melegakan kerengsaan
  • Memudarkan kedutan

Harga: RM265.00

Terdapat di: Sephora 

8. Innisfree Green Tea Seed Eye Cream 

Bagi anda yang merupakan peminat K-beauty, kami sarankan agar anda menggunakan Innisfree Green Tea Seed Eye Cream. Dirumus dengan ekstrak teh hijau organik dari Jeju, ianya membantu melembapkan kulit yang sensitif sekitar kawasan mata. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, krim mata yang dikategorikan sebagai terbaik ini berkesan mencerahkan kembali lingkaran hitam.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit secara intensif
  • Memberikan sensasi penyejukan
  • Menyerap dengan pantas

Harga: RM83.50

Terdapat di: Laman website Innisfree 

9. Dr. Dennis Gross C + Collagen Brighten & Firm Eye Cream

Dr. Dennis Gross C + Collagen Brighten & Firm Eye Cream merupakan antara krim mata terbaik  yang memberikan pelbagai kelebihan. Produk ini mengandungi vitamin C untuk mencerahkan lingkaran mata yang gelap. Manakala ceramide menguatkan lapisan pelindung kulit dan peptida pula menggalakkan pembentukan kolagen untuk kesan anti penuaan. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Mencerah dan melembapkan kulit 

Harga: RM283.00

Terdapat di: Sephora 

10. The Inkey List Brighten-i Eye Cream 

The Inkey List Brighten-i Eye Cream dirumus dengan pelbagai bahan-bahan yang penting untuk memastikan kulit bawah mata anda tampak berseri. Ianya mengandungi vitamin C untuk memudarkan lingkaran hitam. Selain itu, produk ini juga boleh digunakan sebagai asas solekan untuk memastikannya tahan lama. Direka dengan logam untuk memudahkan penggunaan, ianya memberikan sensasi penyejukan untuk kesan serta-merta.

Kelebihan:

  • Mudah digunakan
  • Menyerikan bahagian bawah mata yang kusam
  • Diperkaya dengan vitamin C

Harga: RM65.00

Terdapat di: Sephora 

11. AHC Essential Eye Cream For Face 

AHC Essential Eye Cream For Face merupakan produk yang dirumus secara khusus untuk digunakan pada seluruh wajah. Dirumus dengan dwi tindakan, ia diperkaya dengan bahan-bahan penting seperti vitamin dan  12 jenis peptide. Produk ini turut terbukti secara klinikal membantu melembapkan kulit wajah serta mengurangkan tanda-tanda penuaan. Manakala, teknologi microsome pula memastikan agar produk tersebut menyerap dengan pantas dan jauh ke dalam kulit. 

Kelebihan:

  • Dirumus khas untuk seluruh wajah
  • Teksturnya berkrim untuk kelembapan intensif
  • Menyerikan kulit kusam

Harga: RM123.00

Terdapat di: Watsons 

12. Simple Water Boost Hydrating Eye Gel

Adakah mata anda kelihatan sembab dan bengkak atau puffy apabila anda bangun pagi? Simple Water Boost Hydrating Eye Gel dirumus dengan 5% bahan aktif yang membantu melembapkan kulit dengan serta-merta. Formulasinya yang juga hipoalergenik membantu mengurangkan sembap pada bawah lingkaran mata. Krim mata terbaik ini juga bebas daripada bahan yang menyebabkan iritasi seperti pewarna, pewangi, alkohol dan minyak mineral. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan antioksidan
  • Tekstur gel yang menyerap dengan pantas
  • Memberikan kelembapan serta-merta

Harga: RM40.20

Terdapat di: Watsons 

13. Biossance Squalane + Marine Algae Eye Cream

Dengan rating yang tinggi di Sephora, Biossance Squalane + Marine Algae Eye Cream merupakan antara krim mata terbaik pilihan ramai. Formulasinya merangkumi campuran kompleks alga marin, ekstrak paracress, dan squalane yang diekstrak dari tebu. Selain memudarkan lingkaran hitam, produk ini membantu melembapkan kulit kering, mengurangkan kedutan dan menganjalkan bahagian bawah mata. 

Kelebihan:

  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Boleh dikitar semula

Harga: RM296.00

Terdapat di: Sephora 

14. Kora Organics Berry Bright Vitamin C Eye Cream

Berry Bright Vitamin C Eye Cream oleh Kora Organics amat sesuai bagi mereka yang mempunyai lingkaran bawah mata yang gelap. Ia diperkaya dengan ramuan yang diperakui organik seperti bunga kangaroo paw, kakadu plum, cloudberry, red ginseng dan quinoa. Dengan penggunaan konsisten, krim mata ini akan membantu menyerikan kulit yang kusam, mencerahkan lingkaran hitam, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Produk ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur dari 20an, 40an sehingga ke 50an.

Kelebihan:

  • Diperakui Organik oleh COSMOS
  • Mencerahkan lingkaran bawah mata yang hitam
  • Vegan

Harga: RM233.00

Terdapat di: Sephora 

15. Clinique for Men Anti-Age Eye Cream

Clinique for Men Anti-Age Eye Cream merupakan krim mata terbaik yang diformulasi khas untuk lelaki. Produk ini menampilkan formulasi yang memberi kelembapan secara intensif serta mengurangkan tanda-tanda penuaan pada bahagian sekeliling mata. Rumusan bebas minyakknya membantu krim ini menyerap dengan pantas tanpa kesan melekit. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Memastikan kulit kekal lembap 

Harga: RM168.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.