Krim muka antara produk penjagaan wajah yang perlu ada dalam rutin skincare anda. Ini kerana ia mampu melindungi kulit dari pelbagai masalah seperti jerawat, kekeringan, kekusaman, dan banyak lagi. Terdapat dua jenis krim yang ada iaitu krim siang dan krim malam. Kedua-duannya amat penting bagi membantu menyihatkan kulit. Bagi melindungi kulit anda di siang hari, anda memerlukan krim siang. Di sini, Beauty Insider akan menyenaraikan 16 krim siang terbaik buat anda.

Beza Krim Siang Dengan Krim Malam

“Apa pulak krim siang?”

Tentu anda terasa pening, kan? Kalau nak tahu, krim siang ini sangat berbeza dengan krim malam. Ya, betul. kedua-duanya berfungsi untuk melembapkan kulit tapi ia sangat berbeza dari segi bahan-bahan dan tekstur.

Secara umumnya, krim malam mengandungi bahan-bahan aktif seperti Vitamin A dan AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang mampu meningkatkan pembaharuan sel kulit tapi tidak sesuai digunakan pada siang hari kerana ia boleh menyebabkan iritasi bila terdedah pada sinaran matahari.

Tekstur krim siang pula lebih ringan dan mudah diserap kulit bila dibandingkan dengan krim malam. Ini bagi mengelakkannya memberikan rasa melekit bila berada di bawah solekan.

16 Krim Siang Terbaik

1. L’Oréal Paris Aura Perfect Day Cream SPF17

Jika kulit anda mengalami masalah bintik hitam dan kekusaman, maka L’Oreal Paris Aura Perfect Day Cream SPF17 merupakan krim siang terbaik untuk diamalkan dalam rutin penjagaan wajah anda. Ia tidak meninggalkan rasa melekit dan menjaga kelembapan kulit anda sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan SPF untuk melindungi kulit dari sinaran matahari dan UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melembapkan kulit

Harga: RM46.50

Terdapat di: L’Oréal Paris

2. Supergoop Superscreen Daily Moisturizer Broad Spectrum SPF 40 PA+++

Supergoop tidak asing lagi dengan rangkaian sunscreen yang digemari ramai dan viral di media sosial. Tapi tahukah anda mereka juga mempunyai krim siang yang anda boleh pakai dalam rutin pagi anda? Selain menjaga kelembapan dan melindungi kulit dari sinaran matahari, Supergoop Superscreen Daily Moisturizer Broad Spectrum SPF 40 PA+++ juga bebas minyak, pewangi,paraben, dan sulfat.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Tidak menyebabkan pori tersumbat
  • Melindungi kulit dari sinaran UV, cahaya biru, dan pencemaran sekitar

Harga: RM216

Terdapat di: Sephora

3. The Body Shop Vitamin E Moisture Day Cream

Masalah kulit kering dan terasa tegang? Berikannya kelembapan sehingga 48 jam dengan The Body Shop Vitamin E Moisture Day Cream! Krim ini dirumus dengan 95% bahan semula jadi bersama Asid Hyaluronik dan Vitamin E bagi membekalkan kulit anda dengan hidrasi mencukupi sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit sepanjang hari
  • Tekstur ringan dan tidak meninggalkan rasa melekit
  • Meningkatkan kadar hidrasi pada kulit

Harga: RM89

Terdapat di: The Body Shop

4. Bio Essence Bio-White Pro Whitening Day Cream SPF20

Satu lagi krim siang yang sesuai buat anda yang mengalami masalah kulit kusam dan gelap, Bio Essence Bio-White Pro Whitening Day Cream SPF20 mampu membantu anda tampil lebih cerah dan berseri. Ia kaya dengan Bio-Energy Complex yang membaiki dan memperbaharui sel kulit.

Kelebihan:

  • Meningkatkan dan menjaga kelembapan kulit
  • Menghilangkan dan mencerahkan bintik hitam pada kulit
  • Membaiki dan memperbaharui sel kulit

Harga: RM74.90

Terdapat di: Watsons

5. Wardah Lightening Day Cream

Wardah Lightening Day Cream merupakan krim yang bukan sahaja melembapkan tapi juga menyerikan kulit anda dengan penggunaan yang konsisten. Ia dirumus dengan SPF30 bagi melindungi kulit dari sinaran UV. Selain itu, ia juga mempunyai bahan-bahan yang dapat mencerahkan kulit secara semula jadi seperti Likuoris, Vitamin B3, dan Allantoin.

Kelebihan:

  • Mencerahkan kulit secara lembut
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Membekalkan kulit dengan kelembapan

Harga: RM17.90

Terdapat di: Guardian

6. Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Lightening Day Cream SPF50++

Buat anda yang berdepan dengan masalah jerawat degil pada muka, Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Lightening Day Cream SPF50++ sangat bagus bagi membantu mengatasi masalah tersebut. Ia berasaskan air jadi ia tidak akan meninggalkan rasa melekit pada wajah. Tak cukup dengan itu, ia turut mempunyai SPF bagi melindungi kulit anda daripada sinaran matahari.

Gabungan bahan utama iaitu Niacinamide dan Asid Salicylic mampu merawat jerawat dan mencerahkan wajah.

Kelebihan:

  • Menghapuskan jerawat, blackhead dan bintik-bintik pada wajah
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Mencerahkan bintik-bintik hitam dan parut jerawat dari wajah

Harga: RM29.90

Terdapat di: Cosmoderm

7. Kiehl’s Ultra Facial Moisturizer

Jenama Kiehl’s mempunyai beberapa pilihan pelembap yang anda boleh pilih. Tapi kami amat menyarankan Ultra Facial Moisturizer untuk kegunaan siang kerana gabungan bahan Squalane dan Glyrecine bukan sahaja dapat memberikan kelembapan tapi ia juga mampu melembutkan kulit anda. Ia juga ringan jadi sesuai dipakaikan di bawah solekan.

Kelebihan:

  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Melembutkan dan melembap kulit
  • Tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit

Harga: RM140

Terdapat di: Kiehl’s

8. Olay Regenerist Micro Sculpting Cream With SPF 30

Bagi anda yang mengalami masalah garis halus dan penuaan, anda boleh cuba Olay Regenerist Micro Sculpting Cream With SPF 30. Ia dirumus dengan bahan-bahan seperti Asid Hyaluronik, Niacinamide, Amino Peptide, Ekstrak Larob, dan Minyak Zaitun yang mampu meningkatkan keanjalan, melindungi, dan melembapkan kulit secara mendalam.

Kelebihan:

  • Mengurangkan garis halus dan tanda-tanda penuaan pada kulit
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melembapka dan meningkatkan kolagen pada kulit

Harga: RM99.90

Terdapat di: Shopee

9. Natura Chronos Energizing Face Cream 30+

Kulit yang lesu dan kusam boleh membuat anda tampil lebih berumur dan letih. Oleh itu, anda memerlukan kulit yang bukan sahaja melawan garis halus tapi mencerahkan seperti Natura Chronos Energizing Face Cream 30+. Bahan utama krim ini merupakan ekstrak Jambu yang bukan meningkatkan kolagen dan keanjalan kulit, malah kaya dengan antioksidan.

Kelebihan:

  • Ringan dan tidak melekit bila dipakai
  • Mengurangkan garis halus dan tanda-tanda penuaan pada wajah
  • Meningkatkan hidrasi pada kulit

Harga: RM160

Terdapat di: Natura

10. Murad Essential-C Firming Radiance Day Cream

Kaya dengan antioksidan dan membekalkan kulit dengan antioksidan, Vitamin C antara bahan yang wajib ada dalam rutin penjagaan wajah anda, terutamanya pada waktu pagi. Selain dari serum, anda boleh mendapatkannya dalam bentuk krim seperti Murad Essential-C Firming Radiance Day Cream.

Krim ini juga mampu meningkatkan keanjalan kulit dan membuatnya tampil lebih montok dan sihat.

Kelebihan:

  • Mengurangkan masalah bintik hitam dan kulit kusam
  • Mencerahkan kulit
  • Melembapkan kulit

Harga: RM448

Terdapat di: Murad

11. Aiken Prebiotic Hydra Plus SPF25 Moisturiser

Rangkaian terkenal Hydra Plus dari Aiken turut mempunyai krim siang iaitu Aiken Prebiotic Hydra Plus SPF25 Moisturiser! Dirumus dengan ekstrak air beras dan pribiotik, ia dapat membekalkan kulit dengan kelembapan secara mendalam sambil melindungi kulit dari sinaran matahari yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam, garis halus, dan banyak lagi.

Kelebihan:

  • Menguatkan skin barrier
  • Meningkatkan hidrasi pada kulit
  • Melindungi kulit dari kerosakkan sinaran matahari, UV, dan UVA

Harga: RM31.70

Terdapat di: Guardian

12. Garden of Eden Satin White Day Cream SPF50++

Mencari krim siang yang tidak akan melekitkan kulit? Garden of Eden Satin White Day Cream SPF50++ menjadi penyelamat anda. Dengan tekstur yang ringan, krim ini turut membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Tak cukup dengan itu, ia juga mengandungi Vitamin C Ester bagi membantu mencerahkan kulit secara semula jadi.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit

Harga:

  Add to cart

13. Shiseido Essential Energy Hydrating Day Cream SPF 20

Shiseido merupakan antara jenama kecantikkan yang cukup terkenal dari Jepun. Mereka mempunyai pelbagai rangkaian produk skincare. Mencari krim siang yang mampu membekalkan hidrasi sepanjang hari? Cuba Shiseido Essential Energy Day Cream SPF 20.

Dirumus dengan esktrak akar Ginseng, krim ini dapat membantu mengurangkan iritasi pada kulit sambil melembapkannya.

Kelebihan:

  • Mengandungi Asid Hyaluronik bagi menjaga kelembapan pada kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV dan pencemaran
  • Boleh diisi semula

Harga: RM235

Terdapat di: Shiseido

14. Burt’s Bees Sensitive Day Cream

Sesiapa yang mengalami kulit sensitif tentu tahu mengenai cabaran yang dialami. Tak semua krim sesuai dengan kulit, jika tersalah pilih maka bersedia la untuk mengalami iritasi sepanjang hari.

Oleh itu, anda disarankan untuk memilih krim yang khusus untuk kulit sensitif seperti Burt’s Bees Sensitive Day Cream. Ia mengandungi ekstrak beras, lidah buaya, dan kapas bagi membekalkan kulit dengan hidrasi yang mencukupi sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Melindungi kulit dari iritasi
  • Melembapkan kulit

Harga: RM162

Terdapat di: Sephora

15. Safi Dermasafe Cica & Ceramide Gel Moisturiser

Salah satu krim siang terbaik untuk kulit sensitif ialah Safi Dermasafe Cica & Ceramide Gel Moisturiser. Krim ini mempunyai tekstur gel jadi ia mudah meresap tanpa menyebabkan kegatalan atau keradangan pada wajah anda.

Bukan sahaja merawat dan menenangkan kulit, ia juga dapat membantu kulit kekal lembap sehingga 72 jam!

Kelebihan:

  • Mengurangkan iritasi dan kemerahan pada kulit
  • Membaiki kulit yang rosak dan kering
  • Menguatkan kulit

Harga: RM39.90

Terdapat di: Lazada

16. Y.O.U Dazzling Glow Up Protection Day Cream

Y.O.U Dazzling Glow Up Protection Day Cream merupakan antara krim siang terbaik kerana ia mengandungi ekstrak Beras, Asid Tranexamic, dan Niacinamide bagi membantu menyekatakan, mencerahkan, dan melindungi kulit dari kerosakkan sinaran UV.

Saiznya yang kecil molek juga memudahkan ia dibawa di dalam beg anda bagi melindungi kulit anda sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Ringan dan sesuai di bawah solekan
  • Menyeimbangkan kadar kelembapan pada kulit
  • Mencerahkan kulit

Harga: RM16.90-Rm30.90

  Add to cart

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan informasi terkini.