Selain rutin penjagaan diri, haruman minyak wangi juga memberikan kesan yang mendalam kepada penampilan anda. Menurut Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong, dalam temu bualnya bersama Berita Harian berkata, “Penggunaan haruman ibarat pemilihan aksesori mampu mengubah penampilan individu. Pemilihan haruman yang tepat mengikut personaliti membantu mengimbangi emosi sepanjang hari.” Malahan pilihan aromanya bukan sahaja cita rasa anda, tetapi mencerminkan diri anda juga. Jom tengok senarai minyak wangi lelaki terbaik yang popular ini, sesuai jika anda ingin membelinya untuk diri sendiri atau sebagai hadiah buat insan tersayang.

Apakah Tips Untuk Memastikan Haruman Kekal Lama?

Photo by Ron Lach on Pexels

Menurut Christopher Chong, terdapat beberapa tips dalam memastikan bahawa wangian minyak wangi anda kekal lama, seperti:

  • Pastikan anda menyembur minyak wangi sebelum memakai baju
  • Jangan sembur minyak wangi terlampau dekat pada kulit
  • Anda perlu calitkannya pada bahagian nadi seperti leher, tangan dan juga belakang telinga
  • Elakkan menggosok minyak wangi setelah disembur
  • Semburkannya pada bahagian rambut juga jika anda ingin harumannya tahan lama 

Senarai Minyak Wangi Lelaki Terbaik di Malaysia 2024

1. Dior Sauvage Eau de Parfum

Sebut sahaja minyak wangi lelaki terbaik, pasti anda akan nampak Dior Sauvage Eau de Parfum tersenarai kerana ia cukup popular dalam kalangan peminat jenama terkemuka ini. Minyak wangi ini menampilkan aroma segar dan kepedasan yang diinspirasikan dari keindahan padang pasir sewaktu matahari terbenam. Dengan kombinasi nota yang merangkumi vanila dari Papua New Guinea dan bergamot, kami dapati harumanya amat luar biasa kerana terdapat keseimbangan antara bauan kayuan dan juga amber. Selain itu, berdasarkan pengalaman kami, wangiannya juga tahan lama, meskipun harganya sedikit mahal.

Kelebihan:

  • Terdapat dalam dua saiz
  • Wangian maskulin yang segar
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Sedikit mahal

Harga: dari RM475.00

Terdapat di: Sephora

2. Gucci Guilty Pour Homme Eau de Toilette

Ekspresi diri anda dengan Gucci Guilty Pour Homme Eau de Toilette yang menawarkan aroma wangian maskulin yang berani. Dengan nota teratas lada merah jambu, kami dapati harumannya menyerlah dengan kesegaran dan kepedasan, sebelum ia berkembang dengan kemanisan Orange Blossom Absolute, Neroli dan Lavender Perancis. Manakala, nota asasnya pula ditutupi dengan nilam dan kayu cedar yang memberikan aroma ala musky. Aroma harumannya cukup kompleks, namun terasa klasik. Rekaan botol modennya tampak mewah dengan logo jenama G diukir di bahagian depan botolnya.

Kelebihan:

  • Haruman maskulin yang klasik 
  • Rekaan botol yang tampak mewah
  • Ditawarkan dalam dua saiz berbeza

Kekurangan:

  • Rekaan botol yang sukar untuk dibawa ke mana sahaja

Harga: RM370.00

Terdapat di: laman website Isetan KL 

3. Terre D’Hermes Eau De Toilette

Terre D’Hermes Eau De Toilette adalah antara minyak wangi lelaki yang ikonik, sesuai jika anda inginkan kelainan. Rumusan notanya mengandungi campuran kayu sedar, limau gedang dan juga flint. Dengan hanya sekali semburan, kami amat menyukai harumannya yang merangsang deria olfaktori kami dengan aroma kesegaran yang pedas, yang mengingatkan anda kepada keindahan alam semula jadi. Botol kaca empat seginya kelihatan minimal dan mewah tanpa tampak terlalu keterlaluan.

Kelebihan:

  • Ditawarkan dalam saiz 50ml dan 100ml
  • Haruman dengan wangian buah, pedas dan aroma kayuan
  • Sesuai untuk kegunaan harian

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal

Harga: dari RM539

Terdapat di: Butik Hermés dan secara eksklusif di kaunter Hermés yang terdapat di Parkson Pavilion Elite Kuala Lumpur and Seibu, The Exchange TRX

4. BVLGARI Pour Homme Eau de Parfum

Jika anda meminati wangian yang menggabungkan aroma moden dan klasik, kami sarankan anda mencuba BVLGARI Pour Homme Eau de Parfum. Berdasarkan pengalaman kami, minyak wangi ini mempunyai aroma maskulin yang diliputi dengan kesegaran yang lembut. Harumannya bermula dengan nota teh Darjeling dan kepedasan halia, kemudian aroma kayuan dari teh Celian dan Guaiac mengambil alih perjalanan olfaktorinya sebelum diakhiri dengan wangian musky. Kami juga menyukai rekaan botol klasiknya yang dihias dengan penutup besi serta ukiran jenama pada bahagian atasnya.

Kelebihan:

  • Terdapat dalam dua saiz iaitu 50ml dan 100ml
  • Wangian maskulin yang lembut dan segar
  • Haruman yang tidak keterlaluan

Kekurangan:

  • Tidak dijual dalam saiz yang mesra perjalanan

Harga: dari RM404.00

Terdapat di: Sephora

5. Versace Eros Pour Homme Eau De Toilette

Dengan aroma wangian yang maskulin, Versace Eros Pour Homme Eau De Toilette adalah antara minyak wangi lelaki terbaik kegemaran ramai. Haruman yang kami dapati daripada minyak wangi ini menggambarkan suasana Mediterranean dengan gabungan aroma kayuan dan oriental yang segar. Notanya cukup kompleks dengan kombinasi vanila, kulit limau, epal hijau, kayu cedar, pudina dan vetiver. Kami juga amat menyukai rekaan botol mewahnya dengan warna biru Azure dan emas.

Kelebihan:

  • Terdapat dalam empat saiz berbeza
  • Aroma maskulin yang berani
  • Rekaan botol mewah

Kekurangan:

  • Terdapat sesetengah pengguna mengatakan bahawa wangiannya agak kuat

Harga: dari RM90.00

Terdapat di: Sephora

6. Yves Saint Laurent Y Eau de Parfum

Direka khas untuk lelaki moden, Yves Saint Laurent Y Eau de Parfum menawarkan pemakai haruman sensual yang seksi. Pada semburan pertama, kami dapati terdapat wangian halia dan bergamot yang memikat, sebelum gabungan sage, dan geranium untuk mengimbangi nota aromatik yang seksi. Dengan nota asas kayuan, ia menyerlahkan sisi maskulin minyak wangi ini dengan lebih mendalam. Selain itu, kami juga dapati bahawa minyak wangi ini turut dijual dalam produk untuk diisi semula atau refill

Kelebihan:

  • Boleh didapati dalam produk bentuk diisi semula
  • Tahan lama
  • Haruman sensual yang seksi

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM420.00

Terdapat di: laman website Yves Saint Laurent

7. Armani Acqua Di Gio For Men Eau De Toilette

Rasai  kesegaran yang diinspirasikan dari aroma akuatik dengan  Armani Acqua Di Gio For Men Eau De Toilette. Secara peribadi, kami dapati harumannya amat menakjubkan dengan aroma unik yang segar, namun maskulin. Notanya merangkumi gabungan botanikal yang dimulai dengan letusan aroma bergamot Calabrian, neroli dan tangerin hijau. Rumusannya juga diselit dengan wangian melati, mawar, rosemary, nilam dan pisang kaki untuk kemasan segar yang terasa sensual. Pendek kata, anda pasti akan menyukai minyak wangi ini kerana harumanya mempunyai wangian buah-buahan, dan kayuan yang segar.

Kelebihan:

  • Aroma wangian yang terasa segar
  • Terdapat dalam dua saiz
  • Rekaan botol yang klasik

Kekurangan:

  • Terdapat pengguna mengatakan bahawa wangiannya agak halus dan tidak tahan lama

Harga: dari RM330.00

Terdapat di: laman website Armani 

8. Montblanc Explorer Eau De Parfum

Senarai minyak wangi lelaki terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Montblanc Explorer Eau De Parfum. Dengan rating yang tinggi, ramai jejaka yang menyukai minyak wangi ini kerana ia mempunyai haruman aromatik kayuan yang amat wangi. Pada semburan pertama, kami dapati ia dimulai dengan kombinasi sage, bergamot dan juga pomarose. Setelah itu, aroma vetiver, kulit dan kayu cedana melapisi dengan sentuhan kayuan dan kepedasan yang aromatik, sebelum disusuli dengan nilam, ambrofix, dan akigalawood

Kelebihan:

  • Harga mampu milik
  • Haruman kayuan yang aromatik
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Terdapat pengguna mengatakan bahawa wangian klasiknya umpama haruman aftershave

Harga: dari RM282.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.