“Eh, muka awak berminyak sampai boleh goreng ikanlah!”, pasti ramai daripada anda yang pernah ditertawakan oleh rakan rapat dengan ayat sedemikian. Dengan iklim negara kita yang panas, cuaca tersebut sudah semestinya memberi kesan kepada keadaan kulit wajah kita. Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, rutin penjagaan wajah selalunya lebih mengutamakan produk yang dapat membantu mengawal lebihan minyak sepanjang hari. Oleh itu tidak hairanlah, ramai orang yang sanggup menghabiskan duit untuk mencari pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak. 

Pencuci muka merupakan asas yang amat penting sebelum langkah-langkah penjagaan muka yang lain seperti toner, pelembap muka dan juga pelindung matahari. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya tetapi penggunaan pencuci muka yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan kulit mengeluarkan lebih banyak lebihan sebum. Jika anda sudah mencuba pelbagai jenis pembersih wajah tetapi masih tidak menjumpai yang sesuai untuk anda, usah risau kerana kami telah memilih pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat di Malaysia. 

Apakah itu Kulit Berminyak?

Kulit muka jenis berminyak terjadi apabila kelenjar sebum mengeluarkan lebihan minyak daripada sepatutnya. Perkara ini menyebabkan berlakunya kulit berjerawat, liang pori tersumbat dan juga kulit wajah yang tampak berminyak. Namun begitu, mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak selalunya kurang cenderung untuk mendapat kedutan pada wajah. Terdapat pelbagai produk wajah yang membantu merawat masalah ini tetapi yang paling utama adalah untuk mengimbangi antara lebihan minyak dan juga kelembapan semula jadi kulit anda.

Tips Memilih Pencuci  Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 

Photo by Ron Lach on Pexels

Untuk memastikan anda memilih pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak yang bersesuaian dengan anda, terdapat beberapa tips yang anda perlu utamakan.

Produk Yang Diformulasi Khas Untuk Kulit Berminyak

Pastikan anda memilih produk pembersih wajah yang dilabel dengan bebas minyak, tidak komedogenik atau bebas alkohol. Ianya dapat menghalang liang pori-pori anda daripada tersumbat, sekali gus mencegah pembentukan jerawat.

Jenis Pencuci Muka Yang Bersesuaian

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, anda disyorkan untuk menggunakan pembersih wajah yang berasaskan gel untuk kesan yang lebih efektif. Walaupun produk yang berasaskan buih tidak dilarang, anda harus menggunakan pembersih wajah yang formulasinya tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan kekeringan. 

Ramuan

Untuk mereka yang sedang mencari pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak, anda perlu memilih produk yang mengandungi asid hidroksi alfa seperti asid salisilik dan asid glikolik.

Pencuci  Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak Di Malaysia 2023

1. Biore Skin Caring Facial Foam Oil Control 

Dengan review positif yang banyak, Biore Skin Caring Facial Foam Oil Control  merupakan pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak yang menjadi pilihan ramai. Ianya menghasilkan busa berkrim yang membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak secara mendalam. Selain mengawal pembentukan jerawat, pencuci muka ini juga menyerikan kembali wajah agar tampak berseri tanpa kesan kekeringan.

Ulasan Pengguna:

“Pembersih ini menghasilkan busa yang banyak dan membersihkan kulit saya serta menanggalkan solekan tanpa menyebabkan kulit saya terasa kering. Saya mempunyai mata yang agak sensitif namun ianya tidak merengsakan langsung. Rasanya sangat menyegarkan, berbau harum dan harganya juga murah. Anda hanya perlu menggunakan saiz sebesar kacang. Saya suka akan keadaan kulit saya selepas menggunakannya. Saya pasti akan membeli lagi.

Mohd27, 100comments

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak
  • Formulasi yang lembut
  • Menyerikan wajah yang kusam

Harga: RM24.40

  Add to cart

2. Face Republic Calming Acne Salicylic Cleanser 

Face Republic Calming Acne Salicylic Cleanser amat sesuai jika anda mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Diperkaya dengan asid salisilik dan ektrak tea tree, pembersih gel ini membantu menyingkirkan segala kotoran di wajah. Ianya juga membantu melegakan keradangan akibat jerawat. Dengan formulasi pH yang sesuai, ianya mengawal lebihan minyak secara efektif. 

Ulasan Pengguna:

“Saya merupakan peminat pencuci muka ini. Saya mempunyai kulit sensitif dan berjerawat, oleh itu saya berasa risau untuk mencuba produk baharu. Pembersih wajah ini sangat berkesan pada saya dan saya jarang mengalami masalah jerawat sekarang. Pembersih ini tidak mengeringkan kulit sehingga terasa ketat selepas menggunakannya.

Kelebihan:

  • Nilai pH yang sesuai
  • Vegan
  • Melegakan iritasi dan keradangan

Harga: RM45.90

  Add to cart

3. Cetaphil Oily Skin Cleanser Gel For Face & Body

Produk seterusnya Cetaphil Oily Skin Cleanser Gel For Face & Body tidak memerlukan sebarang pengenalan kerana diakui sebagai cult-favourite. Diformulasi khas dengan campuran vitamin B3 dan provitamin B5, ianya membantu menguatkan lapisan penghalang kulit agar kulit kekal terhidrat. Ianya mempunyai formulasi lembut yang berkesan membersihkan kotoran, solekan dan kulit mati tanpa menyebabkan kulit terasa kering. Yang paling best, anda boleh gunakannya untuk badan dan juga wajah. Jika anda menyukai produk drugstore terutamanya di Watson, ianya amat sesuai untuk anda.

Ulasan Pengguna:

“Saya selalu menggunakan pembersih ini pada waktu malam untuk menanggalkan solekan dan kotoran pada siang hari. Ia membuatkan kulit segar, bersih dan bebas minyak tanpa terasa kering. Ianya sesuai untuk digunakan setiap hari. Saya suka menggunakknay sewaktu menanggalkan solek. Saya mempunyai kulit berminyak, oleh itu produk ini amat sesuai untuk saya dan harganya sangat berpatutan, terutamanya kerana anda tidak perlu menggunakan banyak untuk setiap kali penggunaan. Produk ini amat menakjubkan!”

Debbie P., Beauty Crew

Kelebihan:

  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Merawat tanda-tanda kulit sensitif
  • Bebas sabun
  • Tidak komedogenik

Harga: RM70.21

Terdapat di: Watsons 

4. Fresh Soy Face Cleanser

Dengan rating yang tinggi, Fresh Soy Face Cleanser mengandungi pelbagai ramuan penting yang membantu melembapkan, membersihkan dan melembutkan kulit wajah. Dirumus dengan protein soya, produk ini membantu menyingkirkan wajah dari kotoran, minyak dan juga solekan degil dengan berkesan. Malahan, pembersih ini turut mengimbangkan nilai pH kulit dan memastikan kulit kekal lembap setelah cucian. Formulasi juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, menjadikannya sesuai bagi semua peringat umur dari 20 hingga ke 40 tahun.

Ulasan Pengguna:

“Produk yang sangat bagus. Tidak membuatkan muka saya kering selepas dibersihkan. Kulit saya terasa lembut dan licin selepas setiap kali penggunaanya dan bau pun wangi.”

Nur, Sephora

Kelebihan:

  • Berasaskan gel
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Formulasi yang lembut tetapi efektif dalam membersihkan solekan

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora 

5. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin 

Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin diformulasi secara khas untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan juga kombinasi. Dengan formulasi alkalinya, pembersih wajah ini membersi jauh ke dalam liang pori dan melindungi kulit daripada kerosakan. Diperkaya dengan witch hazel, ianya berkesan melegakan sebarangan keradangan. Manakala, mentol memberikan kesan sejuk agar kulit terasa segara selepas dibersihkan.

Ulasan Pengguna:

“Saya telah menggunakan produk ini sejak pencuci muka HG saya dihentikan. Ia mempunyai konsistensi gel dan anda hanya perlu gunakannya sediki, jadi ia berbaloi dengan harganya. Dari segi pembersihan, saya mendapati ia berkesan untuk membersihkan pelindung matahari dan pelembap selepas seharian bekerja, dan pada waktu pagi ia menanggalkan apa sahaja yang saya letakkan pada kulit wajah saya pada malam sebelumnya. Ia menyegarkan kerana mengandungi mentol dan baunya amat wangian, tetapi tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan iritasil. Secara keseluruhannya, ia tidak menyebabkan kekeringan setelah dibersihkan dan saya mengesyorkan produk ini!

Torquextreme, SkinCarisma

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak
  • Membersihkan jauh ke liang pori
  • Melindungi kulit daripada kerosakan

Harga: RM53.80

Terdapat di: Guardian 

6. Tatcha The Deep Cleanse 

Tatcha The Deep Cleanse telah merangkul pelbagai anugerah dengan keberkesannya serta formulasi yang hebat. Pembersih wajah berasakan gel ini bertukar menjadi buih apabila dicampur dengan air untuk membersihkan kotoran dengan berkesan. Diperkaya dengan ekstrak buah luffa, ianya menyingkirkan sel-sel kulit mati untuk menghalang pori daripada tersumbat. Selain melembutkan tekstur kulit yang kasar, anda akan juga dapat produk ini mengekalkan kehidratan kulit dan mengecilkan liang pori.

Ulasan Pengguna:

“Ia sangat sesuai untuk kulit sensitif. Scrubnya sangat lembut dan baunya juga wangi. Walaupun formulasinya ringan tetapi ia membersihkan secaramendalam. Muka rasa lebih lembut selepas diguna.”

Febriana Tri Hartina,m Sephora

Kelebihan:

  • Bebas minyak
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembutkan kulit wajah

Harga: RM190.00

Terdapat di: Sephora 

7. Nivea Men Oil Clear Anti-Shine Mud Serum Foam Anti-Acne 

Adakah anda sedang mencari pencuci muka terbaik bagi lelaki? Nivea Men Oil Clear Anti-Shine Mud Serum Foam Anti-Acne harus menjadi pilihan utama anda. Diformulasi dengan Teknologi Kawalan Minyak dan ekstrak arang hitam, ianya menyingkirkan segala kotoran sambil mengawalan lebihan sebum. Tambahan lagi, ianya turut menghapukan bakteria yang menyebabkan jerawat. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati kulit wajah anda bebas minyak sentiasa.

Ulasan Pengguna:

“Produk ini sangat membantu mengurangkan minyak dan jerawat di muka saya.  Saya pasti akan membelinya lagi.”

aiskndr C., Lazada

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Menghapuskan bakteria yang menyebabkan jerawat

Harga: RM26.30

Terdapat di: Guardian 

8. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash diformulasi dengan ekstrak neem dan kunyit sebagai ramuan utamanya. Ramuan botanikal ini membantu membersihkan wajah secara mendalam dan melegakan keradangan. Ianya bukan sahaja bebas sabun, malahan pembersih wajah ini tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi.

Ulasan Pengguna:

“Pencuci muka Himalaya membantu mengurangkan jerawat di muka. Ia mengandungi herba dan bebas daripada SLS,SLES dan phthalates serta diperbuat dengan kunyit dan neem Saya mengesyorkan rakan saya untuk menggunakannya untuk mendapat kulit yang berseri dan bebas daripada segala masalah kulit.”

Sowmya565, Try & Review

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Diperkaya dengan ekstrak botanikal

Harga: RM33.30

Terdapat di: Watsons

9. COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser

Diperkaya dengan ekstrak botanikal dan asid salisilik, COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser merupakan salah satu daripada pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak. Ramuan ini membantu menyingkirkan kotoran dan solekan secara lembut. Selain mengecilkan liang pori, ianya juga menghalang pembentukan jerawat dan parut. Kulit wajah anda bukan sahaja akan tampak bersih malahan berseri dan bebas minyak juga. 

Ulasan Pengguna:

“Saya suka jenama ini dan sudah membeli produk ini sebanyak tiga kali. Saya tidak akan menggunakan pembersih wajah yang lain. Ianya sesuai kerana saya mempunyai kulit berjerawat dan berminyak namun ia tidak mengeringkan kulit saya.”

Jenny, Yesstyle

Kelebihan:

  • Membersihkan pori tersumbat
  • Memudarkan cela dan parut
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

Harga: RM49.00

Terdapat di: Watsons 

10. DR.JART+ Ctrl-A Teatreement™ Cleansing Foam

DR.JART+ Ctrl-A Teatreement™ Cleansing Foam dirumus dengan 41% ekstrak daun tea tree, menjadikannya sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan kombinasi. Pembersih wajah kegemaran ramai ini menyingkirkan kotoran tanpa menyebabkan kerengsaan kulit akibat kering. Ianya juga memastikan lembapan kulit wajah kekal seimbang 

Ulasan Pengguna:

“Saya amat menyukai produk ini. Saya pasti akan membelinya lagi. Sangat sesuai untuk kulit berminyak. Saya mengesyorkannya untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.”

Nantini, Sephora

Kelebihan:

  • Tidak menyebabkan kerengsaan
  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Menghalang jerawat

Harga: RM80.00

Terdapat di: Sephora 

11. Fenty Skin Melt Awf Jelly Oil Makeup-Melting Cleanser

Fenty Skin Melt Awf Jelly Oil Makeup-Melting Cleanser menampilkan rumusan yang membersihkan kulit wajah dari lebihan minyak, solekan kalis air, dan kotoran akibat pencemaran. Dengan teksturnya yang berasaskan minyak, pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak ini mengekalkan kelembapan tanpa kesan kekeringan. Produk ini diperbuat dengan campuran minyak kalahari melon, baobab, bunga matahari, castor dan mentega shea. 

Ulasan Pengguna:

“Saya sangat suka akan produk ini. Saya menggunakannya pada waktu malam dan ia berkesan untuk menanggalkan solekan dan SPF. Kulit saya berasa licin dan terhidrat.”

Emma, Sephora

Kelebihan:

  • Aroma wangian dengan campuran minyak rosemary, clary, bergamot, oren dan grapefruit
  • Mengekalkan kehidratan kulit
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan tekstur kulit yang kasar
  • Menyerikan kulit wajah yang kusam

Harga: RM160.00

Terdapat di: Sephora 

12. Benefit Cosmetics The Porefessional Good Cleanup Pore Purifying Foaming Cleanser

Dengan rating yang tinggi di Sephora, The Porefessional Good Cleanup Pore Purifying Foaming Cleanser keluaran Benefit Cosmetics amat sesuai dalam rutin penjagaan wajah anda. Pencuci muka gel ini menghasilkan busa yang berkesan membersihkan kotoran dan lebihan minyak agar pori-pori anda bersih secara mendalam. Gunakannya secara konsisten dan anda akan dapati kulit wajah anda tampak lembut dan halus. 

Ulasan Pengguna:

“Pembersih ini sangat berkesan untuk kulit berminyak dan mempunyai liang pori yang besar. Saya suka akan baunya dan anda tidak perlu menggunakannya secara banyak, sedikit sahaja sudah mencukup.”

Shelly, Sephora

Kelebihan:

  • Membersihkan dan mengecilkan liang pori
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM78.00

Terdapat di: Sephora

13. Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser

Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser diperkaya dengan kombinasi asid salisilik dan minyak tree trea dari Australia. Ramuan ini penting untuk mengurangkan jerawat, menyingkirkan sel kulit mati, mengecilkan liang pori serta mengawal lebihan minyak agar kulit anda bebas cela. Formulasi pencuci muka ini membersihkan secara komprehensif tanpa menyebabkan kulit anda terasa kering dan rengsa. Jika anda sedang mencari pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat, produk ini amat sesuai untuk anda. 

Ulasan Pengguna:

“Produk ini membersihkan kulit dengan berkesan. Ia berfungsi dengan baik dengan kulit saya terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat.”

faridahhanum78, Shopee

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi alkohol, SLS, pewarna, dan minyak mineral
  • Mengawal lebihan sebum
  • Sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak 

Harga: RM13.20

Terdapat di: Watsons 

14. Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash

Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash diformulasi secara khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Rumusannya mengandungi asid hialuronik dan tanah liat putih amazon yang membantu membersihkan kulit daripada kotoran sambil mengekalkan tahap kelembapan. Produk ini memastikan kulit anda kekal bersih dan berseri tanpa kesan cela. 

Ulasan Pengguna:

“Dah guna tube ketiga untuk amazon white clay ni. Memang deep clean betul and paling penting bila guna cleanser ni jerawat tak naik dah.”

a*z, Shopee

Kelebihan:

  • Menghasilkan busa berbuih yang halus
  • Membersihkan kulit secara mendalam
  • Mengekalkan kelembapan kulit

Harga: RM28.00

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.