Adakah anda tidak pasti pencuci muka apakah yang sesuai dengan anda? Memang tidak dinafikan berbanding jenis kulit yang berminyak ataupun kering, mereka yang memiliki kulit kombinasi selalunya mengalami masalah dalam memilih produk muka yang sesuai. Walaupun rata-rata daripada kita sering ingin mencuba produk penjagaan wajah yang terlaris di pasaran, kita perlu juga mengambil kira jenis kulit kita. Anda juga pasti tidak mahu sebarang komplikasi daripada pengunaan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai dengan anda, bukan? Oleh itu, anda haruslah memilih skincare yang sesuai. Jika anda masih ragu-ragu, usah risau kerana Beauty Insider telah menyenarai pendek 10 pencuci muka untuk kulit kombinasi yang digemari oleh orang ramai.

Apakah Jenis Kulit Kombinasi?

Pernahkah anda terasa kulit anda berminyak dan kering pada masa yang sama? Mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi selalunya mengalami kulit yang berminyak di bahagian T-zone dan kering di kawasan bahagian pipi. Oleh sebab itu, menggunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dengan anda amatlah penting untuk memastikan kulit anda tidak terlalu kering mahupun berminyak.

Cara Memilih Pencuci Muka untuk Kulit Kombinasi yang Terbaik

Walaupun pencuci muka tersebut mendapat rating yang tinggi daripada pengulas, anda harus memastikan ianya benar – benar sesuai untuk kulit kombinasi. Jika anda ingin memilih pencuci muka untuk kulit kombinasi yang sesuai dengan anda, terdapat beberapa kriteria yang anda perlu titik beratkan.

  • Utamakan pembersih wajah yang berasaskan gel atau menghasilkan busa yang ringan untuk mengelakkan kulit anda terlampau kering
  • Pastikan anda memilih pencuci muka untuk kulit kombinasi yang mengandungi ramuan yang membantu melembapkan kulit dan menyingkir sel kulit mati. Antara bahan yang anda perlu utamakan ialah vitamin E, ekstrak aloe vera, asid hyaluronik, asid salisilik, acid glikolik dan chamomile
  • Untuk mereka yang inginkan pencuci muka untuk kulit kombinasi yang efektif, pastikan anda elak produk yang diformulasi dengan bahan seperti alkohol, retinol dan benzoyl peroxide

Untuk mereka yang sedang mencari pencuci muka untuk kulit kombinasi, anda harus memastikan produk tersebut mempunyai bahan-bahan yang kami telah senaraikan di atas.

10 Pencuci Muka untuk Kulit Kombinasi yang Terlaris di Pasaran

1.Chemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser

Chemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser dirumus dengan ramuan penting yang membersihkan segala kotoran dan juga solekan pada wajah anda tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Malahan, ianya juga memastikan kulit wajah anda kekal hidrat dan tidak terasa kering. Pembersih wajah ini menghasilkan busa yang sederhana dan mempunyai tahap pH yang seimbang iaiyu 5.8. Dengan hanya sekali penggunaan, anda akan dapati Chemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser membersihkan wajah dengan efektif.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembapkan kulit
  • Bebas daripada bahan berbahaya

Harga: RM105.00

  Add to cart

2. DHC Deep Cleansing Oil

Untuk mereka yang meminati pembersih wajah yang berasaskan minyak, DHC Deep Cleansing Oil harus menjadi pilihan utama anda. Pencuci muka untuk kulit kombinasi ini merupakan cult favourite kerana keberkesannya dalam membersihkan wajah dari kotoran, minyak dan solekan. Diformulasi dengan ekstrak minyak zaitun yang organik serta minyak daun rosemary, ianya membantu menyerikan kembali kulit anda. Ianya juga berkesan menanggalkan solekan tebal seperti maskara dan gincu. DHC Deep Cleansing Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pertama untuk mereka yang menyukai double cleansing.

Kelebihan:

  • Ideal untuk semua jenis kulit
  • Berkesan menanggalkan solekan tebal
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Melembapkan kulit

Harga: RM75.00

  Add to cart

3. Exuviance Professional Purifying Cleansing Gel

Produk seterusnya yang tersenarai dalam pencuci muka untuk kulit kombinasi terbaik ialah Exuviance Professional Purifying Cleansing Gel. Diperkaya dengan asid glikolik dan gluconolactone, pembersih wajah ini melembutkan kulit wajah yang kusam dan kasar. Ianya bebas sabun dan mempunyai formulasi yang tidak menyebabkan iritasi, menjadikkannya pilihan utama untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas sabun
  • Tidak merengsakan

Harga: RM133.50 (Harga asal RM178.00)

  Add to cart

4. Garden of EDEN Rosa T Mild Gel Cleanser

Untuk mereka yang mencari produk pembersih muka yang travel friendly, anda pasti menyukai Garden of EDEN Rosa T Mild Gel Cleanser. Pencuci muka untuk kulit kombinasi ini mengandungi ekstrak aloe vera dan witch hazel yang berfungsi untuk mengawal pengeluaran sebum dan melegakan keradangan pada kulit. Tambahan lagi, ianya juga memastikan kulit anda kekal lembap walaupun setelah dibersihkan. Garden of EDEN Rosa T Mild Gel Cleanser sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Kelebihan:

  • Saiz yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengawal lebihan sebum pada wajah
  • Tidak mengandungi SLS dan paraben

Harga: RM17.50

  Add to cart

5. Garden of Wisdom Daily Cleanser

Garden of Wisdom Daily Cleanser merupakan salah satu rahsia untuk anda mendapatkan kulit tampak berseri! Diformulasi dengan ramuan yang berkualiti tinggi seperti akar marshmallow, ianya mengandungi kelebihan yang membantu melegakan keradangan pada wajah. Dengan tekstur yang bergel, pencuci muka untuk kulit kombinasi ini menghasilkan busa yang lembut dan menyingkirkan kotoran pada wajah secara efektif termasuk solekan yang tebal.

Kelebihan:

  • Mempunyai tahap pH yang seimbang
  • Tidak merengsakan kulit
  • Tekstur yang bergel
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Harga: RM85.00

  Add to cart

6.Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin

Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin diformulasi dengan ramuan penting yang mengandungi tahap pH sebanyak 5.5 untuk memastikan kulit yang sihat. Pembersih wajah bebas sabun ini mengelakkan kulit mengalami masalah iritasi dan menguatkan kembali lapisan luaran kulit. Diperkaya dengan witch hazel, menthol dan pro vitamin B5, ianya memastikan kulit anda lembap dan kekal berseri. Ditambih dengan menthol, kulit anda akan terasa lebih segar dan bersih hanya dengan sekali penggunaan.

Kelebihan:

  • Menyegarkan kulit wajah
  • Mengelakkan lebihan sebum
  • Membersihkan kotoran dengan efektif

Harga: RM49.80

Terdapat di: Shopee

7.Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel

Jenama seterus ini cukup sinonim dengan produk penjagaan wajah terbaik di Watsons! Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel mengandungi campuran ramuan yang memastikan kulit anda kekal lembap setelah dibersihkan. Ianya juga menyingkirkan kotoran di wajah secara lembut tanpa menyebabkan risiko iritasi. Dengan penambahan vitamin E dan provitamin B5, kulit anda akan menerima segala kelebihan yang diperlukannya. Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel juga bebas daripada bahan berbahaya seperti alkohol, sabun, minyak mineral, pewangi tiruan dan pewarna tiruan.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Formulasi yang melegakan iritasi

Harga: RM22.80

Terdapat di: Watsons

8. Fresh Soy Face Cleanser

Dengan rating 4.5 bintang di Sephora oleh 9907 pengulas, Fresh Soy Face Cleanser mengandungi segala bahan yang perlu ada dalam pembersih wajah. Ianya mempunyai tekstur gel yang berkesan membersihkan wajah daripada kotoran, minyak dan juga solekan seperti maskara. Dirumus dengan air mawar, ekstrak timun dan asid amino daripada protein soya, ianya memastikan kulit anda tampak lebih berseri dan lembut. Tambahan lagi, ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit seperti jerawat, sensitif, kombinasi mahupun kering.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Berkesan menanggalkan solekan
  • Tidak mengeringkan kulit

Harga: RM67.00

Terdapat di: Sephora

9. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Untuk mereka yang tercari-cari pencuci muka untuk kulit kombinasi terbaik di Malaysia, anda seharusnya mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Pembersih wajah ini sesuai digunakan untuk seluruh tubuh badan termasuk wajah. Ianya diperkaya dengan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Malahan, Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga boleh digunakan oleh bayi! Walaupun ianya diformulasi dengan bahan yang lembut pada kulit dan tidak menyebabkan iritasi, pencuci muka ini menyingkirkan kotoran secara mendalam.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas sabun dan pewangi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM23.25

Terdapat di: Watsons

10. Nivea Face Care Hokkaido Rose Whip Foam

Nivea Face Care Hokkaido Rose Whip Foam dirumus dengan bahan utama iaitu ekstrak bunga ros dari Hokkaido yang diketahui keberkesannya dalam menyerikan wajah. Pembersih wajah ini tidak mengandungi alkohol, oleh itu anda tidak perlu risau mengenai iritasi dan risiko kulit anda kering. Ianya mengandungi sebanyak 36 kali ganda oksidan yang memastikan wajah anda kelihatan bersih, berseri dan lembut.

Kelebihan:

  • Ideal untuk semua jenis kulit
  • Tidak mengandungi alkohol
  • Melembapkan kulit

Harga: RM20.90

Terdapat di: Watsons

Pernahkah anda mencuba pencuci muka untuk kulit kombinasiyang kami senaraikan di atas? Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkini!