Penjagaan kesihatan kita amatlah penting untuk memastikan agar tubuh badan sentiasa cergas tidak kira dek usia. Selain bersenam, rata-rata daripada orang ramai juga mengamalkan pemakanan sihat dan pengambilan suplemen seperti produk detox. Diketahui sebagai fungsi utamanya untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan, terdapat lambakan produk yang menawarkan manfaat detoks di pasaran. Untuk mereka yang sedang mencari produk detox terbaik, senarai pilihan kami ini boleh membantu anda membuat keputusan. 

Apakah Sebenarnya Produk Detox?

Photo by Andres Ayrton on Pexels

Seperti namanya, produk detox menawarkan kebaikan detoksifikasi untuk membuang toksin yang terkumpul di dalam badan. Meskipun produk ini dikaitkan dengan fungsinya dalam menyingkirkan toksin, ia juga selalu digunakan untuk menurunkan berat badan. Oleh kerana produk detox mempunyai formulasi dengan kesan julap, kebanyakannya berpotensi disalahgunakan untuk tujuan tersebut. 

Terdapat pelbagai jenis produk detox yang anda boleh dapati seperti dalam bentuk cecair, tampalan, kapsul dan teh. 

Bolehkah Produk Detox Digunakan Setiap Hari?

Apabila berkaitan dengan produk detox yang berasaskan minuman ataupun makanan, adalah amat penting agar anda mengamalkannya secara bersahaja. Untuk yang tidak mengetahuinya, pengambilan produk detox secara berlebihan boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kepada kesihatan anda seperti Melanosis Coli.

Oleh itu anda haruslah lebih berhati-hati agar produk detox tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri anda. Terutama sekali, dapatkan konsultasi dengan doktor pakar bertauliah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan sesuatu produk. Selain itu, pastikan juga bahawa produk tersebut berdaftar dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Senarai Produk Detox Terbaik di Malaysia 2023

1. Kinohimitsu D’tox Plum Juice

Kinohimitsu D’tox Plum Juice dirumus khas dengan 100% jus asli membuatkannya antara produk detox terbaik pilihan ramai. Minuman ini diperkaya dengan campuran buah plum, beri biru dan beri hitam yang mempunyai serat yang tinggi. Selain membuang toksin dari usus, ia juga melancarkan saluran penghadaman dan meningkatkan pertahanan badan anda.

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mengandungi 100% jus asli 
  • Tidak mengandungi bahan tambahan

Harga: RM79.90

Terdapat di: Laman website Kinohimitsu

2. NH Detoxlim Natural Clenx Tea

NH Detoxlim Natural Clenx Tea mengandungi kombinasi ekstrak organik daun teh hijau serta pelbagai jenis herba yang membantu proses detoksifikasi. Produk detox terbaik ini menawarkan kebaikan seperti meningkatkan penghadaman, mengurangkan masalah sembelit, kembung perut dan juga berat badan. Yang paling best, teh detox ini turut mudah untuk disediakan dan diminum. 

Kelebihan:

  • Diluluskan oleh KKM
  • Tidak mengandungi julap dan gula
  • Menyingkirkan toksin dari badan

Harga: RM33.80

Terdapat di: Watsons

3. Ahmad Tea Infusion Detox Tea

Produk detox terbaik pilihan kami adalah Infusion Detox Tea dari Ahmad Tea. Diketahui sebagai jenama teh terkemuka, teh ini yang dirumus khas oleh pakar merangkumi kombinasi 100%  herba, akar dan daun teh. Antara ramuannya adalah adas manis, bunga dandelion, daun jelatang atau nettle, rosemary, halia, peppermint dan buah beri hitam. Rasanya cukup menyegarkan yang membantu anda berasa lebih tenang pada hari yang sibuk. 

Kelebihan:

  • Uncang teh yang dipek secara individu
  • Ramuan 100% herba, daun teh dan akar asli
  • Rasa herba yang segar

Harga: RM11.90

Terdapat di: Laman website Ahmad Tea

4. BioXcellenT W.Line Fiber Detox

BioXcellenT W.Line Fiber Detox adalah minuman campuran berasaskan ekstrak botanikal yang membantu merangsang proses detoksifikasi. Formulasinya menampilkan campuran proprietari makanan yang kaya dengan serat seperti ekstrak jus epal, jus nenas, jus lemon, timun dan bayam. Direka untuk meningkatkan sistem penghadaman atau kolon, produk ini juga membantu menyingkirkan toksin dan pertahanan badan. Anda hanya perlu campurkan satu skop ke dalam secawan air suam, kacau dan minumnya. 

Kelebihan:

  • Diluluskan oleh KKM dan GMP
  • Rasa buah-buahan dan sayuran yang enak
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

Harga: RM65.99

Terdapat di: Watsons 

5. Total Image Puri CleanX Capsule

Untuk mereka yang lebih menyukai produk detox berasaskan kapsul, Total Image Puri CleanX Capsule menawarkan rumusan khas untuk menyingkirkan toksin dan mengurangkan berat badan. Diperbuat dengan kombinasi bahan semulajadi yang penting untuk detoks, produk ini mengandungi ekstrak Garcinia Cambogia yang diketahui kaya dengan asid hidroksisitrik (HCA) untuk menyahtoksik badan dan membakar lemak.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak Garcinia Cambogia
  • Membakar lemak
  • Suplemen berasaskan kapsul

Harga: RM69.00

Terdapat di: Watsons 

6. LAC GastroRX® D’tox Peach

Dengan campuran unik buahan dan sayur-sayuran yang ditapai, LAC GastroRX® D’tox Peach mengandungi enzim yang bermanfaat untuk sistem penghadaman, pembersihan kolon dan penyingkiran toksin. Dengan formulasi berasaskan jeli, produk detox terbaik ini mempunyai rasa buah pic yang enak serta mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ia juga sesuai untuk mereka yang vegetarian.

Kelebihan:

  • Menggalakkan pergerakan usus
  • Tidak mengandungi pengawet tambahan dan pewarna tiruan
  • Sesuai untuk vegetarian

Harga: RM182.32

Terdapat di: Laman website LAC

7. Lennox Inner Detox

Produk detox seterusnya adalah Lennox Inner Detox yang diperkaya dengan 23 jenis multivitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Rumusannya merangkumi ramuan yang kaya serat, probiotik, inulin dan herba untuk proses detoksifikasi yang komprehensif agar toksin mudah dikumuhkan. Rasanya bukan sahaja cukup sedap, malahan badan anda juga akan terasa lebih cergas. 

Kelebihan:

  • Tanpa gula tambahan, pewarna tiruan dan pengawet
  • Mengandungi pelbagai jenis multivitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Memudahkan penyingkiran toksin

Harga: RM101.64

Terdapat di: Guardian

8. Now Foods Easy Cleanse

Untuk mereka yang lebih menggemari suplemen kesihatan yang menawarkan kebaikan detoks, Now Foods Easy Cleanse adalah sesuai untuk anda. Produk berasaskan suplemen detox terbaik ini mengandungi kombinasi ekstrak botanikal yang membantu menyingkirkan toksin dari badan dan memastikan kesihatan sistem penghadaman yang optimum. Suplemen ini merangkumi dua langkah pengambilan pada pagi dan juga malam untuk kesan efektif.

Kelebihan:

  • Formulasi khas untuk pagi dan juga malam
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Meningkatkan metabolisme badan

Harga: RM 82.11

Terdapat di: evitamins

9. Nutrabliss by Watsons D’tox Tea

Anda tidak semestinya perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan produk detox terbaik kerana Nutrabliss by Watsons D’tox Tea juga menjadi pilihan ramai. Teh detoks ini diperkaya dengan campuran herba seperti daun senna, teh hijau, kayu manis dan ekstrak rooibos organik. Ramuan ini bekerjasama menyingkirkan toksin dan bahan buangan yang berbahaya agar sistem penghadaman anda kekal sihat. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Campuran herba dan botanikal yang penting
  • Aroma herba yang menyegarkan

Harga: RM29.90

Terdapat di: Watsons

10. Biotta Breuss Vegetable

Biotta Breuss Vegetable yang dirumus oleh pakar naturopath terkenal Dr. Rudolf Breuss, diperkaya dengan lima jenis sayur-sayuran seperti lobak merah, bit, saderi dan kentang. Jus minuman ini membantu menyahtoksik badan anda untuk mengurangkan pengumpulan toksin dan tekanan darah tinggi. Produk ini juga mudah untuk mereka yang sibuk dan ingin memastikan kesihatan tubuh badan.

Kelebihan:

  • Diperakui halal
  • Kaya dengan mineral penting
  • Sesuai untuk vegetarian 

Harga: RM34.90

Terdapat di: Laman website Eu Yan Sang

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.