Masalah jerawat pastinya membelenggu ramai daripada kita khususnya bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berjerawat dan juga berminyak. Namun selepas beberapa tempoh terhasilnya jerawat dari peringkat kemerahan hingga ke pembengkakan, muncul pula masalah baru yang memerlukan rawatan rapi. Parut jerawat yang tampak kelihatan pada kulit wajah sudah semestinya menjejaskan keyakinan diri kita, terutamanya jika ianya meninggalkan parut kekal. Oleh itu tidak hairanlah, terdapat orang ramai yang sanggup mengeluarkan ratusan ringgit untuk rawatan pintas menggunakan teknologi tinggi. Namun, dengan lambakan produk hilangkan parut jerawat di pasaran, anda juga juga boleh mendapatkan kulit bebas cela tanpa perlu berbelanja besar. 

Jika anda telah mencuba segala jenis produk hilangkan parut jerawat tetapi hasilnya masih sama, usah risau kerana senarai produk yang kami pilih ini merangkumi formulasi yang mampu mengurangkan cela parut di wajah dan ianya juga sesuai bagi kaum wanita dan juga lelaki.

Tips Untuk Memilih Produk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik

Tidak dapat dinafikan ramai daripada kita bergantung pada rekomendasi rakan mahupun influencer terkenal, namun setiap orang memiliki masalah dan juga jenis kulit yang berbeza. Oleh sebab itu, kami cadangkan agar anda memilih produk hilangkan parut jerawat yang bersesuaian dengan kulit anda.

  • Ketahui jenis parut jerawat anda terlebih dahulu sama ada ianya parut atropik, rolling, boxcar, ice pick dan keloid agar anda boleh memilih produk yang sesuai
  • Gunakan produk hilangkan parut jerawat yang bertekstur ringan kerana ianya mampu meresap dengan jauh ke dalam kulit seperti serum, gel dan lain-lain
  • Utamakan produk yang diformulasi dengan bahan aktif seperti vitamin C, retinoid, dan juga alpha hydroxy acid (AHA) yang berkesan memudarkan parut jerawat
  • Jauhi produk yang mempunyai ramuan yang boleh menyebabkan keradangan atau menggalakan pertumbuhan jerawat

Senarai Produk Hilangkan Parut Jerawat Yang Pastinya Berkesan

1. Pyunkang Yul Calming Moisture Barrier Cream

Dengan keberkesanannya dan formulasi yang berkualiti tinggi, Pyunkang Yul Calming Moisture Barrier Cream merupakan produk pilihan ramai. Diperkaya dengan lima jenis ekstrak Centella Asiatica atau daun pegaga, ramuan ini berkesan melegakan kerengsaan pada kulit dengan serta-merta. Ceramide pula berfungsi untuk menguatkan lapisan pelindung kulit, manakala panthenol dan lima jenis asid hialuronik memberikan kelembapan intensif. 

Selain itu, pelembap wajah ini juga dirumus dengan campuran ekstrak tea tree, squalene, mentega shea. Formulasinya bukan sahaja berkesan mengawal lebihan sebum, malahan ianya turut memudarkan kesan cela serta parut jerawat dengan berkesan. Walaupun teksturnya berkim, produk ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit membuatkan wajah anda tampak berseri.  

Kelebihan:

  • Melegakan kerengsaan dengan serta-merta
  • Menguatkan lapisan pelindung kulit
  • Tidak mengandungi 20 jenis bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM53.33 (harga asal RM71.11)

Terdapat di: Shopee

2. Jumiso All Day VC-IP 1.0 Firming Serum 

Inginkan wajah yang tampak awet muda? Jumiso All Day VC-IP 1.0 Firming Serum memberikan kebaikkan tiga dalam satu dengan mencerahkan kulit kusam, melembapkan kulit secara intensif dan merangsang penghasilan kolagen. Malahan, serum ini juga telah terbukti secara klinikal membantu meningkatkan penghasilan kolagen sebanyak 2.6 kali ganda. Selain ekstrak buah aronia sebagai ramuan utamanya, produk ini turut mengandungi 1.0 VC-IP atau ascorbyl tetraisopalmitate untuk membantu penghasilan kolagen dan bakuchiol pula mengurangkan tanda-tanda penuaan. Dengan ramuan yang tinggi dengan antioksidan, serum ini berkesan memudarkan segala cela yang tampak jelas kelihatan pada wajah anda. 

Kelebihan:

  • Memudarkan tanda-tanda penuaan
  • Tidak menyebabkan iritasi pada kulit
  • Diperkaya dengan antioksidan yang tinggi

Harga: dari RM63.87

Terdapat di: Laman website StyleKorean

3. Garden of Eden Rora T Acne Serum

Garden of Eden Rora T Acne Serum merupakan antara serum produk hilangkan parut jerawat yang menjadi pilihan orang ramai. Diperkaya dengan vitamin E, minyak tea tree dan minyak rosehip, ramuan ini berkesan melawan jerawat. Serum ini juga memberikan kelebihan tiga dalam satu iaitu mengurangkan lebihan sebum, memudarkan parut jerawat dan juga menghalang pembentukan jerawat. Dengan tekstur yang mudah meresap, ianya tidak meninggalkan kesan berminyak.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak
  • Memberikan tiga jenis kelebihan
  • Berkesan memudarkan parut jerawat

Harga: RM41.50 – RM81.60

  Add to cart

4. Garden of Wisdom C-Deep Vitamin C Serum

Dengan kandungan bahan aktif yang tinggi, Garden of Wisdom C-Deep Vitamin C Serum merupakan rahsia untuk anda mendapatkan kulit wajah berseri. Ianya mengandungi ramuan vitamin C dan juga squalane yang membantu memudarkan segala jenis cela serta menyerikan kembali kulit kusam. Berlainan dengan serum wajah vitamin C yang lain, ianya mudah meresap jauh ke dalam kulit. 

Kelebihan:

  • Kandungan vitamin C yang tinggi
  • Botol yang boleh dikitar semula
  • Bebas daripada pewangi dan alkohol

Harga: RM125.00

  Add to cart

5. Bio Oil Skin Care Oil 

Skin Care

Bagi anda yang lebih menyukai produk drugstore, Bio Oil Skin Care Oil merupakan antara produk hilangkan parut jerawat yang laris di Watsons. Dirumus dengan minyak PurCellin, ianya berkesan merawat beberapa jenis masalah kulit seperti tanda-tanda penuaan, kering, tanda regangan, dan juga parut. Malahan, ianya juga sesuai untuk digunakan pada seluruh wajah dan badan. 

Kelebihan:

  • Merawat pelbagai jenis masalah kulit
  • Sesuai untuk parut jerawat yang lama dan baru
  • Mengandungi vitamin A dan E

Harga: RM34.78

Terdapat di: Watsons 

6. Dermatix Advanced Scar Formula

Dermatix Advanced Scar Formula diformulasi secara khas menggunakan teknologi CX5 yang berfungsi memudarkan, meratakan dan lembutkan parut dengan berkesan. Dengan vitamin C, ianya melindungi parut daripada sinaran UV berbahaya. Produk ini sesuai untuk merawat parut jerawat, keloid, terbakar, gigitan serangga dan hyperthropic. Hanya dalam tiga minggu dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati parut anda semakin pudar. 

Kelebihan:

  • Diformulasi dengan vitamin C
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Cepat kering

Harga: RM71.67

Terdapat di: Watsons 

7. Dr. Dennis Gross Alpha Beta® Extra Strength Peel 

Dr. Dennis Gross Alpha Beta® Extra Strength Peel merupakan produk hilangkan parut jerawat yang digemari oleh pencinta kecantikan di seluruh dunia. Rawatan wajah dua langkah ini mengandungi tujuh jenis asid, antioksidan dan vitamin yang membantu menyingkirkan sel kulit mati dan lebihan minyak. Selain itu, ianya juga berkesan melembutkan tekstur kulit yang kasar dan tona tidak sekata. Yang paling best, hasilnya juga setanding dengan rawatan wajah di klinik. 

Kelebihan:

  • Kesan serta merta
  • Mengandungi retinoid, asid salisilik dan AHA
  • Merawat pelbagai masalah kulit

Harga: RM105.00

Terdapat di: Sephora 

8. SkinCeuticals Advanced Scar Control

SkinCeuticals Advanced Scar Control dirumus khas dengan 95% silikon gel untuk melembutkan dan meratakan permukaan kulit yang tidak sekata. Allantoin pula berfungsi melegakan kerengsaan dan memastikan kulit kekal lembap. Walaupun harganya mahal berbanding produk hilangkan parut jerawat yang lain, ianya mengandungi bahan aktif yang tinggi, sekali gus menjadikannya lebih efektif. Produk ini khususnya menghalang pembentukan parut baru dan memudarkan cela yang lama. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengurangkan kemerahan pada parut
  • Ideal untuk pelbagai parut dan cela

Harga: RM482.59

Terdapat di: idivia.

9. Hiruscar Silicone Pro

Hiruscar Silicone Pro tidak memerlukan sebarang pengenalan. Diketahui sebagai produk penjagaan parut yang terbaik di farmasi, ianya diperkaya dengan campuran bahan yang membantu memudarkan dan meratakan parut dengan efektif. Malahan, ianya juga mengekalkan kelembapan kulit untuk mengurangkan kegatalan serta ketidakselesaan. Hanya salapkan pada parut jerawat anda dan ianya pasti tampak pudar. 

Kelebihan:

  • Cepat kering
  • Memudarkan dan meratakan parut
  • Mengandungi ramuan silikon

Harga: RM62.50

Terdapat di: Watsons 

10. Murad Invisiscar Resurfacing Treatment

Murad Invisiscar Resurfacing Treatment terbukti secara klinikal berkesan memudarkan parut jerawat dari segi saiz, kedalaman dan tona tidak sekata dalam lapan minggu. Produk ini dirumus dengan bahan penting seperti vitamin C, asid salisilik dan Centella Asiatica. Ianya juga mengandungi ramuan bedak yang memudarkan parut agar wajah tampak flawless. Dengan formulasinya khas untuk pembentukan parut jerawat, anda harus miliki produk ini dengan segera. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Khusus untuk parut jerawat
  • Mengurangakn kedalaman, saiz dan tona yang tidak sekata

Harga: RM188.00

Terdapat di: Laman website Murad

11. Rejuvasil Silicone Scar Gel

Gusar dengan parut jerawat yang tampak kelihatan? Rejuvasil Silicone Scar Gel seharusnya menjadi pilihan utama anda. Gel parut jerawat ini mengandungi campuran bahan seperti vitamin C, minyak emu, silikon, squalane untuk memudarkan parut dan menghalang keradangan. Ianya sesuai digunakan pada semua jenis parut dan juga kulit. Hanya dengan sekali sapuan, ianya cepat meresap jauh ke dalam kulit dan membentuk pelindungan untuk kelebihan maksimum. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis parut
  • Tidak meninggalkan kesan melekit
  • Meratakan parut timbul

Harga: RM95.00

Terdapat di: Guardian

12. The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution

Dapatkan kulit bebas cela dengan The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution. Ianya diperkaya dengan ramuan utama iaitu asid glikolik yang membantu menyingkirkan sel kulit mati, agar kulit tampak berseri dan lembut. Selain itu toner ini juga ditambah dengan ekstrak aloe vera, tasmanian pepperberry dan ginseng untuk melegakan kerengsaan. Formulasinya juga tidak begitu kuat tanpa menyebabkan kemerahan atau keradangan.

Kelebihan:

  • Membuang sel kulit mati
  • Melembutkan kulit yang kasar
  • Mengelakkan liang pori tersumbat

Harga: RM80.00

Terdapat di: Sephora 

Pernahkah anda mencuba produk hilangkan parut jerawat yang kami senaraikan di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.