Wellness
Ini 12 Pusat Penjagaan Ibu Berpantang di KL Pilihan Ramai, Cukup Lengkap Dengan Pelbagai Perkhidmatan dan Kemudahan
Membantu ibu kembali sihat selepas bersalin
By: Rasida Hannan / September 29, 2023
Walaupun proses berpantang boleh dilakukan di rumah dengan bantuan dan pantauan ahli keluarga, pusat penjagaan berpantang dapat menyediakan penjagaan dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan para ibu lebih bersedia dan tenang untuk menghadapi alam keibuaan yang begitu mencabar. Di sini, Beauty Insider telah menyenaraikan 13 pusat penjagaan ibu berpantang di KL yang boleh dikunjungi.
Contents
- Kelebihan Berpantang di Pusat Penjagaan Ibu Berpantang
- 12 Pusat Penjagaan Ibu Berpantang di KL
- 1. The Senses Confinement Centre
- 2. Esther Postpartum Care
- 3. LYC Mother & Child Centre
- 4. PantangPlus
- 5. MamaBaby Confinement Care
- 6. Natalis Mother Care & Beauty
- 7. Nejlika Mother & Baby Centre
- 8. Byond28 Confinement Care
- 9. Mom Retreat Home
- 10. Kimporo Postnatal Rejuvenation – Confinement Centre
- 11. Mommy Mansion Confinement Centre
- 12. MamaCare
Kelebihan Berpantang di Pusat Penjagaan Ibu Berpantang
Tidak ada salahnya jika ibu-ibu memilih untuk berpantang di rumah sendiri. Namun, pusat penjagaan ibu berpantang yang berlesen dan berkelayakkan dapat menawarkan beberapa kelebihan seperti:
- Penjagaan dan pemantauan ibu dan bayi secara 24 jam
- Khidmat nasihat dan pengajaran untuk menguruskan bayi, menyusu, dan banyak lagi
- Urutan
- Fasiliti yang lengkap dan selesa
- Pemeriksaan kesihatan secara harian atau mingguan
- Menu berpantang yang bernutrisi
Perkara tersebut penting kerana ia dapat membantu para ibu kembali sihat dari segi fizikal dan mental.
12 Pusat Penjagaan Ibu Berpantang di KL
1. The Senses Confinement Centre
The Senses Confinement Centre merupakan sebuah pusat berpantang yang menawarkan rawatan yang menggabungkan teknik moden dan tradisional. Bagi memberikan pengalaman yang menyenangkan buat para ibu dan bayi, ia mementingkan lima deria dalam rawatannya iaitu bau, sentuhan, pendengaran, rasa, dan penglihatan. Selain itu, segala kelengkapan turut disediakan di sini seperti lampin pakai buang, produk mandian dan pakaian bayi, pakaian ibu dan sebagainya, jadi para ibu tidak perlu terlalu rungsing.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | 75, Jalan SS7/2, Ss 7, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Waktu operasi: | Setiap hari, 11 am-6 pm |
Nombor telefon: | +6012 989 4844 |
2. Esther Postpartum Care
Dengan pengalaman sebanyak 15 tahun, Esther Postpartum Care memberikan perkhidmatan penjagaan berpantang buat para ibu dengan menggunakan perubatan tradisional dan moden Cina. Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Postpartum perineal care, Postpartum psychology assessment, Observation of lochia and postpartum recovery dan banyak lagi bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental ibu terjaga. Untuk bayi pula, mereka akan memberikan penjagaan 24 jam, memberikan mandian dan urutan, memantau berat bayi, dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | Klik pautan ini untuk lihat. |
Waktu operasi: | Setiap hari, 9 am-7 pm |
Nombor telefon: | +6010 916 8187 |
3. LYC Mother & Child Centre
Pernah menerima anugerah ‘Pusat Penjagaan Berpantang Terbaik di Malaysia’, LYC Mother & Child Centre menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan buat ibu dan bayi. Bagi membantu para ibu yang baru lepas bersalin menyesuaikan diri dengan cabaran yang akan datang, pelbagai program telah disediakan di sini seperti seminar, bengkel, kelas yoga, terapi, makanan yang seimbang dan berkhasiat, lawatan doktor setiap minggu, dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | Klik pautan ini untuk lihat. |
Waktu operasi: | Setiap hari, 9 am-8 pm |
Nombor telefon: | +6012 627 7335 |
4. PantangPlus
PantangPlus sangat mengutamakan perkhidmatan rawatan berpantang yang holistik dan cukup lengkap bagi membantu para ibu menangani pelbagai masalah yang mungkin akan timbul selepas bersalin seperti gangguan emosi dan kenaikan berat badan. Tak cukup dengan itu, mereka juga menyediakan khidmat penghantaran makanan berpantang yang enak dan bernutrisi serta kursus latihan terapis bagi berkongsi ilmu penjagaan ibu berpantang, urutan, dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | Win Quarters Sdn Bhd, 22-21, Avenue Crest, No 2A, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300, Shah Alam, Selangor |
Waktu operasi: | Isnin – Jumaat, 9 am-6 pm | Sabtu, 9 am-1 pm |
Nombor telefon: | +603 5031 5272 |
5. MamaBaby Confinement Care
Di MamaBaby Confinement Care, pihak mereka amat memahami segala cabaran yang para ibu telah melalui sepanjang proses mengandung dan melahirkan anak. Ia tidak mudah, jadi mereka akan bertungkus-lumus bagi memastikan para ibu dan bayi dijaga dengan sebaiknya dengan perkhidmatan yang menyeluruh dan urutan. Dengan badan dan minda yang lebih bertenaga dan cergas, ia dapat membantu para ibu lebih tenang dan bersedia menghadapi alam keibuan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | No. 9, 1, Jalan PJS 8/12a, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Waktu operasi: | Setiap hari, 10 am-11.30 pm |
Nombor telefon: | +6011 1500 7970 |
6. Natalis Mother Care & Beauty
Natalis Mother Care & Beauty merupakan antara pusat penjagaan ibu berpantang di KL yang dipercayai ramai. Mempunyai lebih dari 10 ribu pelanggan, ia juga pernah menjadi pusat berpantang pilihan penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dengan pakej yang ditawarkan, anda akan mendapatkan pelbagai perkhidmatan eksklusif seperti sauna, mandi herba, bertungku, urutan, dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | 60, Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu operasi: | Isnin – Jumaat, 9 am-6 pm |
Nombor telefon: | +6010 387 4718 |
7. Nejlika Mother & Baby Centre
Nejlika Mother & Baby Centre mula beroperasi pada tahun 2013 dan mejadi antara pusat penjagaan ibu berpantang yang disaran ramai kerana ia mengabungkan teknik penjagaan berpantang dari Barat dan Cina.
Bilik-bilik yang disediakan juga bertaraf lima bintang dengan lif persenderian, kad akses, dan sistem keselamatan yang canggih bagi menjaga keselamatan ibu dan bayi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | 1 Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana Cheras, 1, Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana, 56100 Ampang Jaya, Selangor |
Waktu operasi: | Dibuka selama 24 jam |
Nombor telefon: | +6011 5678 7493 |
8. Byond28 Confinement Care
Byond28 Confinement Care turut merupakan pusat berpantang yang telah menerima beberapa anugerah dan telah ditayangkan di beberapa majalah dan surat khabar seperti The Star, Sin Chew Daily, The Edge Market Malaysia, dan banyak lagi.
Ia bukan sahaja menawarkan perkhidmatannya semasa berpantang tapi juga sebelum dan selepas bagi menjaga kesihatan para ibu dan memastikan mereka bersedia untuk menangani alam keibuan yang mencabar.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | 3, Jalan Pelanduk, Taman Orkid, 43200 Cheras, Selangor |
Waktu operasi: | Setiap hari, 11 am-6 pm |
Nombor telefon: | +6017 362 8548 |
9. Mom Retreat Home
Di Mom Retreat Home, mereka menawarkan dua jenis bilik iaitu Premium dan Deluxe bagi memastikan para ibu dan bayi berada dalam keadaan yang selesa dan terjaga.
Jika anda lebih selesa berada di rumah, mereka turut menawarkan perkhidmatan di rumah anda. Ia cukup lengkap dengan urutan, bertungku, mandian bayi, dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | 16, Jalan Permatang Pasir, Off, Jalan Teluk Gadong, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu operasi: | Setiap hari, 9 am-5 pm |
Nombor telefon: | +6012 287 8212 |
10. Kimporo Postnatal Rejuvenation – Confinement Centre
Pusat penjagaan berpantang Kimporo Postnatal Rejuvenation – Confinement Centre menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan penginapan bertaraf mewah dengan pelbagai kemudahan dan keselamatan yang rapi bagi memastikan para ibu lebih selesa dan tenang sepanjang berada di situ.
Selain itu, makanan yang sihat dan seimbang, urutan, khidmatan nasihat, penjagaan yang sepenuhnya turut disediakan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | Level 6, 7 & 8, No. 30A, Menara Ruyi, Lorong Kapar, Jalan 2/87G, Off, Jln Syed Putra, 58000 Kuala Lumpur |
Waktu operasi: | Setiap hari, 8 am-8 pm |
Nombor telefon: | +6019 330 7866 |
11. Mommy Mansion Confinement Centre
Jika anda ingin berpantang di pusat jagaan yang mempunyai suasana yang selesa dan seakan rumah sendiri, maka Mommy Mansion Confinement Centre merupakan tempat yang sesuai.
Ia memberikan keselesaan dan para ibu serta bayi akan dipantau secara rapi oleh kakitangan yang berpengalaman. Urutan, makanan berkhasiat dan khidmat nasihat turut disediakan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | 19, Lintang Seraya, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor |
Waktu operasi: | Setiap hari, 9 am-6 pm |
Nombor telefon: | +6017 812 1703 |
12. MamaCare
MamaCare telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menawarkan para ibu dengan perkhidmatan penjagaan berpantang dan nasihat dengan harga yang berpatutan. Seperti yang lain, mereka turut menyediakan urutan tradisional Melayu, menjaga dan memantau kesihatan bayi dan ibu, pelan makanan yang bernutrisi, bertungku, dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat: | LPPKN, Tingkat 12, Bangunan, Jln Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur |
Waktu operasi: | Isnin-Jumaat, 9 am-5.30 pm | Sabtu, 9 am-12.30 pm |
Nombor telefon: | +6018 293 5004 |
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.