Dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, penggunaan sunscreen sudah semestinya wajib dalam rutin seharian. Walaupun masih ramai yang menganggap pelindung suria ini satu pilihan, anda tidak seharusnya memandang remeh kesan sinaran UV matahari terhadap kulit wajah anda. Dari selaran matahari, tanda-tanda penuaan dan juga jeragat, penggunaan sunscreen amatlah penting untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak ataupun berjerawat, jom lihat senarai sunscreen yang diformulasi khas untuk masalah kulit berminyak ini. 

Tips Untuk Memilih Sunscreen yang Sesuai untuk Kulit Berminyak

Photo by Armin Rimoldi on Pexels

Meskipun produk sunscreen menjanjikan perlindungan terhadap sinaran UV, tidak semuanya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Oleh itu, anda haruslah memastikan agar sunscreen tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Tahap Perlindungan SPF

Jumlah SPF sesuatu sunscreen amatlah penting untuk anda mengetahui tahap perlindungannya daripada sinaran UVA dan UVB. Tipsnya adalah untuk menggunakan produk yang menawarkan SPF antara 30 dan 50 untuk perlindungan komprehensif. Walaupun sesuatu produk menawarkan tahap SPF yang melebihi 50, ia tidak bermaksud bahawa ianya lebih efektif kerana sunscreen perlu diaplikasikan semula pada setiap jam. 

Rumusan

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, anda disarankan untuk menggunakan sunscreen yang dilabel dengan rumusan bebas minyak ataupun tidak berminyak. Selain itu, ramuan yang digunakan haruslah bersesuaian juga dan bebas daripada bahan-bahan iritasi seperti pewangi dan pewarna. Yang paling penting, utamakan sunscreen untuk kulit berminyak yang diformulasi dengan perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UVA dan UVB. Bahan-bahan yang wajib ada ialah zink oksida, titanium dioksida dan avobenzon.

Tekstur 

Kebanyakan mereka yang memiliki kulit berminyak menghindari sunscreen atau sunblock kerana teksturnya yang meninggalkan kesan berminyak pada wajah.Oleh itu, anda perlu menggunakan sunscreen yang mempunyai tekstur yang ringan serta mudah meresap seperti gel. 

Senarai Sunscreen yang Terbaik untuk Kulit Berminyak

1. Supergoop! Unseen Sunscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF 40 PA+++

Supergoop! Unseen Sunscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF 40 PA+++ merupakan antara sunscreen terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat. Produk popular pilihan ramai ini menampilkan rumusan yang bukan sahaja ringan, malahan lut sinar dan bebas pewangi. Sunscreen in cukup versatile kerana ia sesuai digunakan untuk sebagai primer solekan. Selain itu, ia juga melindungi kulit wajah daripada cahaya biru serta sinaran UV. Dengan formulasi bebas minyaknya, ia meresap ke dalam kulit dengan meninggalkan kemasan matte. 

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak
  • Ditawarkan dalam pelbagai saiz
  • Kemasan matte 

Harga: RM108.00

Terdapat di: Sephora 

2. Ultra Violette Lean Screen Mineral Mattifying SPF 50+

Ultra Violette Lean Screen Mineral Mattifying SPF 50+ sesuai untuk mereka yang inginkan perlindungan spektrum luas dengan kemasan matte. Diperkaya dengan SPF 50+, ia memberikan perlindungan terhadap sinaran UV. Manakala, rumusan zinknya melegakan kerengsaan pada kulit dan pentavitin memberikan kelembapan intensif selama 72 jam. Tambahan lagi, ia turut mengandungi ekstrak kakadu plum yang kaya dengan antioksidan. Dengan kemasan mattenya, produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, sensitif serta ekzema. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Kemasan matte
  • Perlindungan spektrum luas

Harga: RM155.00

Terdapat di: Sephora 

3. Shiseido Global Suncare The Perfect Protector SPF 50+/PA++++

Global Suncare The Perfect Protector SPF 50+/PA++++ dari jenama terkemuka Shiseido menawarkan perlindungan komprehensif terhadap sinaran UVA dan UVB serta pencemaran dan kekeringan. Diperbuat dengan teknologi  SynchroShield™, ia menggabungkan teknologi WetForce yang membantu menguatkan lapisan perlindungan apabila terdedah kepada air atau peluh. Manakala, teknologi HeatForce pula menghasilkan perlidungan tambahan apabila cuaca panas.

Kelebihan:

  • Mengandungi bahan-bahan yang penting untuk kesihatan kulit wajah
  • Perlindungan komprehensif terhadap sinaran matahari dan pencemaran
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak atau white cast

Harga: RM195.00

Terdapat di: Sephora 

4. Beauty of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics SPF50+ PA++++ 

Sebut sahaja Beauty of Joseon, pasti ramai yang tahu mengenai produknya yang viral iaitu Relief Sun : Rice + Probiotics SPF50+ PA++++. Sunscreen terbaik untuk kulit berminyak ini dirumus khas dengan 30% ekstrak beras dan bijirin yang ditapai, yang membantu mengekalkan kehidrat pada kulit wajah serta melegakan kerengsaan. Teksturnya seakan krim pelembap yang meresap jauh ke dalam kulit, meninggalkan kesan berseri.  

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan sebelum solekan
  • Kesan berseri 
  • Mengandungi probiotik 

Harga: RM69.90

Terdapat di: Watsons 

5. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ PA++++ 

Anda tidak semestinya perlu berbelanja lebih untuk mendapat sunscreen terbaik untuk kulit berminyak. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ PA++++ merupakan pilihan ramai yang dijual di drugstore.  Rumusannya merangkumi Kapsul Aqua Micro yang merupakan bahan penyerap UV untuk memberikan perlindungan komprehensif dengan kesan kesegaran. Produk ini turut diperkaya dengan asid hyaluronik dan campuran pati citrus untuk melembapkan kulit wajah. 

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan pada kulit wajah dan badan
  • Memberikan sensasi yang segar seakan air
  • Tidak meninggalkan kesan melekit 

Harga: RM35.00

Terdapat di: Guardian 

6.  EltaMD UV Clear Facial Sunscreen Broad Spectrum SPF 46

EltaMD UV Clear Facial Sunscreen Broad Spectrum SPF 46 diformulasi khas untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berjerawat, pigmentasi dan juga masalah rosacea. Sunscreen berasaskan mineral ini mempunyai kombinasi ramuan penting seperti niacinamide, asid hyaluronik dan vitamin E yang bekerjasama untuk menghidratkan kulit serta mencegah tanda-tanda penuaan. Produk ini juga boleh didapati dalam pilihan warna skin tint untuk mereka yang inginkan kesan berseri tanpa solekan. 

Kelebihan:

  • Tidak komedogenik
  • Melegakan kerengsaan dan iritasi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM215.50

Terdapat di: Lazada 

7. Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50

Dengan ratingnya yang tinggi, Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50 sememangnya wajib ada dalam rutin kecantikan anda. Sunscreen ini menggabungkan rumusan yang penting kulit wajah seperti niacinamide, ekstrak aloe vera, asid hyaluronik dan ekstrak tembikai. Selain menggunakan penapis berasaskan mineral, ia juga mempunyai penapis kimia untuk perlindungan yang efektif daripada sinaran matahari.  

Kelebihan:

  • Membantu menyerikan kulit wajah yang kusam
  • Sesuai untuk pelbagai masalah kulit seperti jeragat, kusam dan berminyak
  • Bersifat tidak komedogenik dan aknegenik

Harga: RM173.00

Terdapat di: Sephora

8. Innisfree Tone Up No Sebum Sunscreen SPF50+ PA++++ 

Ingin kulit tampak berseri seperti idola K-pop kegemaran anda? Seperti namanya, Innisfree Tone Up No Sebum Sunscreen SPF50+ PA++++ menampilkan kemasan tone-up yang menyerikan kulit wajah anda dengan serta-merta. Manakala, rumusan bebas minyaknya mengawal lebihan sebum sepanjang hari. Sunscreen ini juga diperbuat secara inovatif untuk memantulkan sinaran UV daripada merosakkan kulit anda.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan sebagai asas untuk solekan
  • Mengawal lebihan minyak
  • Kemasan matte dan tone-up

Harga: RM60.00

Terdapat di: Laman website Innisfree 

9. L’Oréal Paris Skin Care UV Defender Matte & Fresh 

L’Oréal Paris Skin Care UV Defender Matte & Fresh merupakan sunscreen terbaik untuk kulit berminyak pilihan kami. Formulasi inovatifnya membantu memelihara keremajaan dan keanjalan kulit wajah anda agar tampak awet muda. Dirumus dengan Airlicium, bahan kawalan minyak ini mengurangkan kilauan dan mengecilkan liang pori.  Yang paling best, kemasan mattenya tahan lama meskipun dalam cuaca yang panas dan lembap.

Kelebihan:

  • Kemasan matte 
  • Diperkaya dengan bahan kawalan minyak
  • Mencerahkan kulit kusam

Harga: RM86.80

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk turut ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk perkembangan semasa mengenai kecantikan dan produk terkini.