Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kekeringan, kekusaman, liang pori besar, dan sebagainya berlaku atas beberapa sebab. Antaranya, diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang kurang sihat, pencemaran sekitar, tekanan harian, dan banyak lagi. Walaupun perkara ini boleh diatasi dengan melakukan beberapa perubahan dan amalkan rutin penjagaan wajah yang konsisten, apa salahnya jika anda singgah ke spa bagi memanjakan diri dan kulit, kan? Di sini Beauty Insider berkongsi senarai 15 tempat untuk mendapatkan rawatan facial di Kuala Lumpur.

Tempat Terbaik Untuk Mendapatkan Rawatan Facial di Kuala Lumpur

1. Sothys Malaysia

Selama lebih dari 70 tahun, Sothys memberikan komitmen untuk menghasilkan produk dan rawatan penjagaan kulit yang inovatif dan selamat untuk semua jenis kulit. Semenjak pembukaannya di Malaysia pada tahun 1993, Sothys menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit.

Jika anda mengalami kulit kering atau kombinasi, Hydra Hyaluronic Acid Intensive Treatment dapat membekalkan empat jenis asid hyaluronik bersama Sothys Advanced Research, 1055 ekstrak Boletus, dan Rowan Berry Peptides organik pada kulit anda.

Selain itu, spa ini juga mempunyai rawatan di bahagian tertentu seperti leher dan mata.

Alamat: Untuk melihat lokasi cawangan lain, klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon: Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

book now with

2. Spa Village Kuala Lumpur

Spa Village Kula Lumpur  antara tempat terbaik bagi mendapatkan rawatan facial di Kuala Lumpur
Sumber: Zarin A

Terletak di bandaraya Kuala Lumpur, Spa Village Kula Lumpur menyediakan pelbagai jenis facial dan rawatan lain seperti rawatan kulit kepala dan rambut, skrub badan, urutan, dan banyak lagi. Spa ini menggabungkan teknik moden dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Rawatan Ultimate Caviar Facial membekalkan kulit dengan kelembapan dan antioksidan. Hasilnya, kulit kelihatan lebih lembap, berseri, dan anjal!

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:The Ritz-Carlton, 168, Jln Imbi, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 12 tengah hari-9 malam
Nombor telefon: +6018 340 9034

3. Clarins Skin Spa

Clarins Skin Spa menjadi tempat yang menawarkan rawatan facial di Kuala Lumpur secara cepat dan efisen.
Sumber: Ts. Muhammad Haris Jafri

Mempunyai pengalaman selama 65 tahun dalam rawatan spa, Clarins Skin Spa menyediakan rawatan yang menggunakan bahan-bahan alami bagi memberikan hasil yang memuaskan dan selamat buat pelanggan.

Jika anda kesuntukkan waktu, perkhidmatan Open Spa yang disediakan dapat memberikan anda rawatan wajah dengan hanya 30 minit sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon: Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

4. 1991 Skincare Personal Wellness Group

1991 Skincare Personal Wellness Group merupakan antara tempat yang memberi rawatan facial di Kuala Lumpur.
Sumber: Yi Ling

Stress boleh menyebabkan kulit wajah anda kelihatan lesu dan kusam. Oleh itu, manjakannya dengan rangkaian rawatan facial di 1991 Skincare Personal Wellness Group. Untuk mengurangkan tekanan dan menenangkan kulit wajah, ianya disarankan untuk mencuba Mind Ease Ritual dan Pleubian Masque Et Facial Massage Program.

Jika anda mempunyai kulit sensitif dan bermasalah, cuba rawatan 1991 The Elemental.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10 pagi-8 malam
Nombor telefon:+6016 667 9901

5. Express Beauty Bar

Express Beauty Bar menawarkan beberapa rawatan facial di Kuala Lumpur.

Express Beauty Bar merupakan pakar dalam rawatan yang merangkumi muka, kening, tangan, kaki, dan banyak lagi. Jika anda mahu rawatan menyeluruh yang mampu mengatasi masalah garis halus, jerawat, kulit kendur, bintik hitam, dan banyak lagi, maka Nano Infusion merupakan rawatan yang disarankan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

6. Beauté Library

Beauté Library mempunyai beberapa rawatan facial di Kuala Lumpur.

Beauté Library merangkumi beberapa rawatan wajah yang khusus untuk pelbagai jenis kulit. Buat kulit yang mengalami masalah tanda penuaan dan garis halus, 24K Nano Gold Age Reversal Facial merupakawan rawatan yang disarankan. Nano Gold Elixir yang digunakan mengandungi 24K Gold Nanoparticles, Minyak Argan, dan Portula Extract untuk memperbaharui dan meremajakan kulit wajah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

7. Herbaline Facial Spa

Dengan suasana yang menenangkan, Herbaline Facial Spa menyediakan rawatan khusus hingga pakej spa facial penuh. Perunding kecantikkan akan menyarankan pakej dan rawatan yang bersesuaian dengan masalah kulit anda. Spa ini menggunakan teknik Timur bersama teknologi Barat bagi memberikan hasil yang memuaskan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

8. Organic Face Beauty

Semenjak 2015, Organic Face Beauty spa menawarkan rawatan professional yang direka khusus bagi membantu pelanggan dengan pelbagai jenis masalah kulit. Selain mempunyai maklumat dan ilmu yang luas, perunding kecantikkan di sana juga mahir dengan urutan muka bagi membantu anda mendapatkan hasil yang memuaskan tanpa penggunaan mesin berlebihan.

Buat anda yang mempunyai muka tembam, Lymmphatic Detox Guasa Facial dapat membantu mengurankannya sekaligus menegangkan, mengurangkan bintik hitam dan garis halus pada wajah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

9. The Majestic Spa

Sumber: hoopy pang yau

Mempunyai reka bentuk dalaman bertemakan British dan kolonial, The Majestic Spa ini antara tempat yang menyediakan rawatan facial di Kuala Lumpur yang mewah.

Terdapat dua jenis rawatan facial yang disediakan iaitu Cellular Firming Facial yang berlangsung selama 80 minit dan khusus untuk merawat tanda-tanda awal penuaan serta masalah tekstur kulit. Classic European Facial pula akan direka oleh pakar spa mengikut masalah kulit masing-masing.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 12 tengah hari-9 malam
Nombor telefon:+6018 631 6885

10. Mimone Spa

Walaupun Mimone Spa terkenal dengan pelbagai rawatan dan urutan badan yang diawarkan, ia juga mempunyai rawatan yang khusus untuk wajah iaitu Lymphatic Face Lifting Massage. Rawatan ini membantu membersihkan, mendetoks, menenangkan dan melembapkan serta mengembalikan keremajaan dan keseriaan pada kulit wajah anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: 1st Floor, 28A, Jalan Telawi, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi:Rabu hingga Isnin, 10.30 pagi-8.30 malam
Nombor telefon:+6016 639 9153

11. Le Serra Serenity Spa & Cafe

Sumber: diy Di

Mencari rawatan facial di Kuala Lumpur? Le Serra Serenity Spa & Cafe menyediakan rawatan dengan harga yang berpatutan. Ia juga menawarkan urutan muka buat anda yang mungkin tertekan atau terasa lenguh setelah menghabiskan banyak masa dengan kerja. Tak cukup dengan itu, spa ini juga mesra kanak-kanak jadi buat mommies di luar sana, boleh lah membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan lain juga ya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: 3-22, Platinum PV128, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi:Rabu hingga Isnin, 11.30 pagi-11.30 malam
Nombor telefon:+6012 344 4790

12. AsterSpring Malaysia

Di AsterSpring, mereka menyediakan beberapa rawatan facial yang khusus untuk masalah kulit anda. Jika anda mempunyai kulit kusam dan penuh dengan bintik hitam, maka Skin Radiant Treatment yang baru diperkenalkan sesuai buat anda tapi buat mereka yang mengalami kulit sensitif dan rosak dari sinaran UV, cuba Oxygenating Vitalzyme Therapy.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk Dermalogica, Davines, dan YoungBlood.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, klik di sini.

book now with

13. Teratak Spa

Antara spa yang menawarkan rawatan facial di Kuala Lumpur, Teratak Spa menggabungkan bahan semula jadi dalam setiap rawatan mereka. Selain pelbagai urutan badan, mereka juga menyediakan Soothing Face Massage yang dapat membantu membungkan kotoran dan sel kulit mati dari permukaan kulit bagi menyegarkan, mencerahkan, dan melembutkan kulit wajah.

Buat mereka yang mengalami masalah jerawat, kulit sensitif dan ekzema – rawatan Lulur mampu menggalakkan pengaliran darah pada wajah bagi menyihatkan dan menyerikan kulit.

Alamat:World Trade Centre Kuala Lumpur, 4th Floor, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:Selasa hingga Ahad, 10 pagi-7 malam
Nombor telefon:+6019 449 3121

book now with

14. Cherub 64 Facial in The Sky

Sumber: Reyhan Natyra

Hidup yang penuh dengan stress serta pencemaran sekitar boleh menyebabkan jerawat, kekusaman, bintik hitam, dan garis halus pada kulit. Oleh itu, rawatan facial di Cherub 64 Facial in The Sky bertujuan untuk menyegarkan dan membersihkan wajah anda. Untuk kulit kering, kusam, dan rosak kerana tekanan dan pencemaran, facial Hydration 64 melembapkan, membuang bintik dan kotoran, serta menyerikan kulit. Selain itu, ia juga mempunyai SPF30 untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh meyebabkan penuaan dan kerosakan kulit.

Alamat:A2-21-5 Arcoris, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi:Isnin hingga Sabtu, 10 pagi-7 malam
Nombor telefon:+6011 6321 9166

book now with

15. Latelle Facial & Body Bar

Satu lagi lokasi untuk mendapatkan rawatan facial di Kuala Lumpur, Latelle Facial & Body Bar mempunyai rawatan menyeluruh. Dari badan, kening, bulu mata, rambut, dan tentunya, wajah – anda boleh temui pelbagai jenis rawatan di sini.

Jika kami menyenaraikan kesemuannya, tentu anda akan berasa rambang mata, bukan? Tapi antara rawatan yang menjadi pilihan adalah Red Carpet Facial buat kulit yang rosak dan tertekan dan NoPeel Peel yang berlangsung hanya selama 15 minit dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: D-G-03, Dorsett Hartamas, 63, Jalan Sri Hartamas 1, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:Selasa hingga Sabtu, 11 pagi-8 malam
Nombor telefon:+6010 901 7718

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk segala informasi terkini.