Tidak dinafikan  mendapat berat badan yang ideal adalah impian setiap orang. Walaupun faktornya adalah untuk menjadi lebih cergas mahupun mengurangkan berat badan yang berlebihan, penjagaan berat badan adalah penting untuk kekal sihat. Terdapat pelbagai jenis cara kuruskan badan yang anda boleh dapati melalui internet. Bagaimanapun informasi tersebut boleh menjadi terlalu sarat dan ianya menjadi agak sukar untuk memilih cara kuruskan badan yang sesuai untuk kita.  Usah risau kerana Beauty Insider telah menyenaraikan segala perkara yang anda perlu tahu untuk menguruskan badan anda dengan mudah.

Cara Pengiraan Berat Badan yang Ideal

Nilai BMI sudah tentu menjadi pengukur untuk kita mengetahui tahap kesihatan kita, terutamanya berat badan dan cara yang mudah untuk anda membuat pengiraan adalah seperti berikut:

Selepas anda sudah mengira jumlahnya, anda boleh merujuk kepada rajah di bawah untuk mengetahui kategori BMI anda dan membuat pengiraan yang sesuai untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Dengan cara ini, anda boleh mencapai berat badan impian dan juga mendapat badan yang sihat.

Nilai BMIKategori
Jumlah yang kurang daripada 18.5 Kurang berat badan
18.5 – 24.5Berat badan yang normal
25 – 30Berat badan yang berlebihan
30 dan lebihObesiti

11 Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah Dan Selamat!

1.Tetapkan Matlamat Yang Anda Ingin Capai

Photo by Ylanite Koppens from Pexels

Apabila anda ingin menguruskan badan anda, ianya bukanlah hanya berdasarkan niat sahaja. Namun, matlamat, disiplin dan dedikasi amatlah penting juga. Kebanyakkan daripada kita pasti mencari seribu satu alasan untuk melengah-lengahkan diet kita. Jika begitu, ianya pasti agak sukar untuk anda menguruskan badan anda. Oleh itu, pastikan anda tetapkan matlamat anda seperti jumlah berat badan yang anda ingin kurangkan mahupun pelan pemakanan. Anda juga boleh menyediakan satu nota buku khas untuk diet anda dan pastikan anda mencatat progress di kemudian hari.

2. Makan Dengan Kerap

Photo by Raychan on Unsplash

Pasti anda pernah mendengarnya sebelum ini bahawa cara mudah untuk kuruskan badan adalah dengan makan dengan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Cara ini amat membantu untuk mengawal nafu makan anda dan memastikan anda kekal kenyang sentiasa. Malahan, ianya mengelakkan anda memakan dalam kuantiti yang berlebihan apabila anda terasa lapar. Anda boleh menyimpan sedikit kudapan di dalam bag anda seperti kekacang, buah-buahan kering ataupun biskut yang mempunyai kadar fibre yang tinggi.

3. Air Detox

Photo by Юлія Вівчарик on Unsplash

Untuk mereka yang inginkan minuman berperisa sewaktu diet, air detox merupakan pilihan yang sesuai. Ianya memberikan banyak kelebihan seperti membantu membuang toksin di dalam badan, mengandungi nutrient yang penting serta mencergaskan badan. Tambahan lagi, ianya juga merupakan pilihan yang selamat berbanding suplemen ataupun minuman untuk kuruskan badan yang dijual di pasaran. Terdapat pelbagai jenis resepi air detox yang anda boleh dapati dan cara yang paling mudah ialah dengan mencampurkannya dengan beberapa hirisan buah lemon. Anda juga boleh bereksperimen dengan menggunakan ramuan yang sesuai dengan diri anda.

4. Kurangkan Makanan Ringan

Photo by Milly Vueti on Unsplash

Peraturan utama dalam cara kuruskan badan ialah menjauhi junk food atau makanan ringan kerana ianya bukan sahaja tidak berkhasiat, malahan menyebabkan obesiti disebabkan jumlah kalorinya. Walaupun ianya agak sukar untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan, jika anda ingin menguruskan badan anda dengan cepat anda harus menjauhinya. Usah risau kerana terdapat pelbagai jenis kudapan yang berkhasiat atau healthy snacks yang anda boleh nikmati seperti kale chips, chia pudding, kekacang, coklat hitam, dan hummus. Kami sarankan agar anda menyediakan pelan pemakanan anda sebelum anda berdiet dan pastikan terdapat waktu untuk anda snacking juga.

5.Peruntukkan Waktu Untuk Bersenam

Umum mengetahuinya, bersenam amat penting jika anda ingin mengawal berat badan berlebihan. Anda tidak memerlukan kad keahlian gim ataupun alatan senaman yang mahal untuk menurukan berat badan anda. Senaman biasa juga mencukupi seperti berjogging, berjalan, berbasikal, yoga ataupun stretching. Pastikan anda peruntukkan sekurang-kurangan 30 ataupun 40 minit sehari. Lagipun dengan pandemik ini, rata-rata daripada kita jarang keluar dan hanya kekal di rumah sahaja, bukan? Oleh itu, bersenam juga dapat membantu membuatkan badan kita terasa lebih cergas dengan amalan sihat ini.

6. Elakkan Makan Pada Waktu Malam

Photo by Jarritos Mexican Soda on Unsplash

Jika anda berada merupakan antara golongan yang suka makan pada waktu malam, awas kerana tabiat pemakanan ini bermungkinan menghalang anda daripada mencapai berat badan ideal. Anda pasti pernah mendengar bahawa kita perlu makan mengikut waktu dan ianya terbukti amat penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan. Selain merancang pelan pemakanan anda, pastikan anda mempunyai jadual waktu makanan yang tetap. Yang paling penting adalah anda perlu mengelakkan daripada makanan malam selepas jam tujuh malam. Oleh itu, rancanglah pemakanan anda dengan betul agar makann dapat dicerna dengan bagus dan sekali gus mengelakkan lemak daripada terkumpul.

7.Amalkan Pemakanan yang Seimbang

https://www.youtube.com/watch?v=Gmh_xMMJ2Pw

Untuk mereka yang masih tercari-cari cara kuruskan badan yang mudah dan cepat, ianya bermula dengan pengambilan makanan yang seimbang. Walaupun kebanyakkan orang menganggap bahawa kurus bererti mengikat perut anda, ianya tidak perlu sehingga ke tahap yang sebegitu ekstrem. Pastikan anda hidangan anda merangkumi pelbagai jenis makanan seperti sayur dan sumber protein untuk memastikan anda mendapat nurtrisi yang secukupnya. Selain itu, saiz hidang juga amat penting dan anda boleh merujuk diet suku-suku separuh, yang di mana hidangan dibahagi kepada tiga komponen.

Suku pertama haruslah mengandungi bijiran, contohnya mi, beras ataupun roti gandum. Manakala, untuk suku kedua pula pastikan anda memenuhi pinggan anda dengan sumber protein seperti tauhu, ikan atau ayam. Akhir sekali, separuh daripada saiz hidangan anda harus mengandungi sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Elakkan makanan yang bergoreng dan utamakan kaedah memasak yang lebih menyihatkan seperti rebus atau kukus.

8. Jauhi Makanan dan Minuman yang Bergula atau Berlemak

Photo by Heather Ford on Unsplash

Ternyata makanan yang berlemak dan bergula seperti kek, pastri dan air bergas menjadi pilihan setiap ramai orang, bukan? Kami tahu ianya pasti agar sukar untuk menolak makanan kegemaran anda, namun jika anda ingin mengurangkan berat badan anda dengan efektif, makanan sedemikian harus anda jauhi. Jika anda peminat kopi ataupun teh, praktikkan diri anda untuk meminumnya tanpa sebarang gula ataupun mengambil gula alternatif seperti stevia. Dengan menggunakan tips ini lama-kelamaan anda pasti dapat melihat perubahan pada badan anda.

9. Utamakan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Photo by Brooke Lark on Unsplash

Buah-buahan dan sayuran-sayuran merupakan antara rahsia untuk anda kekal sihat dan cergas. Ianya bukan sahaja diperkaya dengan nutrisi yang penting serta serat, malahan ianya juga rendah kalori. Oleh itu anda tidak perlu risau untuk mengira jumlah kalorinya. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda boleh pilih untuk hidangan harian anda dan pastikan anda utamakan superfood juga seperti avokado, tomato, dan ubi keledek. Tambahan lagi, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga membantu anda mendapat kulit yang tampak berseri dan sihat.

10. Tidur yang Mencukupi

Photo by bruce mars on Unsplash

Tahukah anda bahawa tidur yang mencukupi juga mempengaruhi berat badan anda? Mereka yang kurang mendapat tidur secukupnya lebih cenderung untuk mengalami masalah obesiti. Oleh itu, pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya lapan jam waktu tidur. Selain itu, tidur juga membantu anda merehatkan badan dan membantu proses penghadaman makanan yang lebih baik. Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan seperti mengurangkan pengambilan minuman berkafein sebelum tidur, bersenam pada waktu petang dan tidur dalam bilik yang gelap.

11. Intermittent Fasting

Jika anda pengikut setia cara kuruskan badan, pasti anda pernah mendengar mengenai intermittent fasting. Ianya merupakan kaedah diet yang menetapkan tempoh untuk berpuasa pada sesuatu jam. Namun berbeza dengan berpuasa yang biasa, mereka yang mengikuti kaedah ini masih boleh minum sepanjang waktu itu. Terdapat beberapa jenis intermittent fasting seperti berpuasa selama 24 jam dalam seminggu sekali atau16/8. Oleh itu, ianya disarankan agar anda memilih kaedah yang bersesuaian dengan cara serta diet anda untuk kesan yang efektif.

Pernahkah anda mencuba sebarang cara kuruskan badan yang kami senaraikan di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.