Sebut sahaja double cleansing, pasti ramai yang mengetahui trend kecantikan daripada Korea ini. Berbeza dengan rutin harian kita yang selalu menggunakan satu jenis pembersih wajah sahaja, double cleansing merupakan kaedah pembersihan dua langkah yang menggunakan produk cleansing oil dan diikuti pembersih wajah berasaskan air.  Meskipun anda mempunyai kulit jenis berminyak, ia tidak bermaksud bahawa anda tidak perlu membersihkan kulit anda dengan double cleansing kerana  rutin ini menawarkan pelbagai kelebihan dan turut digemari oleh K-pop idol. Jom tengok senarai produk cleansing oil terbaik di Malaysia yang anda wajib cuba. 

Apakah Sebenarnya Cleansing Oil? 

Photo by KoolShooters on Pexels

Cleansing oil atau minyak pembersih merupakan produk berasaskan minyak yang dirumus untuk membersihkan kulit wajah daripada solekan degil, kotoran dan juga lebihan minyak. Seperti nama, produk ini berbeza dengan pencuci wajah lain yang selalunya mempunyai formulasi berasaskan krim, gel dan juga berbuih. Produk cleansing oil juga mengandungi surfaktan serta bahan yang melembapkan untuk rutin pembersihan wajah yang optimum.

Bagaimanakah Cara Double Cleansing Yang Betul?

Jika anda baru mahu berjinak-jinak dengan rutin double cleansing, anda tidak perlu berasa risau kerana langkah penjagaan wajah ini cukup mudah. Ia hanya melibatkan dua langkah yang dimulai dengan pembersihan menggunakan produk cleansing oil dan diikuti dengan pencuci muka berasaskan air.

1. Untuk langkah pertama, pastikan anda menggunakan produk cleansing oil dan urutkannya pada kulit wajah anda dengan gerakan dalam bulatan. Selepas itu, bersihkan wajah anda menggunakan air dan keringkannya menggunakan tuala lembut.

2. Kemudian, ikuti rutin anda dengan pembersih wajah berasaskan gel, krim atau buih untuk memastikan agar kulit wajah anda bersih sepenuhnya daripada kotoran. 

Senarai Cleansing Oil Terbaik di Malaysia 2023

1. Shu Uemura Ultime8∞ Sublime Beauty Cleansing Oil

Dengan rating yang tinggi, Shu Uemura Ultime8∞ Sublime Beauty Cleansing Oil merupakan kegemaran ramai. Diperkaya dengan ramuan untuk penjagaan kulit wajah, produk ini memastikan kulit anda kekal lembap selepas dibersihkan. Selain minyak tsubaki dari Jepun, ia turut mengandungi ginseng Korea, minyak kamelia, minyak jojoba, minyak zaitun, ekstrak betik dan ekstrak teh hijau. Dengan teksturnya yang cukup mewah, produk ini meliputi kulit dengan kelembapan yang tiada tandingan.

Kelebihan:

  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Ditawarkan dalam tiga saiz berbeza
  • Dirumus dengan minyak tsubaki

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora 

2. Biore Makeup Remover Cleansing Oil 

Untuk mereka yang sedang mencari pilihan cleansing oil terbaik di drugstore, Biore Makeup Remover Cleansing Oil adalah sesuai untuk anda. Produk ini dirumus khas untuk membersihkan kesan solekan kalis air dan juga lebihan minyak dengan serta-merta. Direka dengan teknologi Jepun yang inovatif, formulasinya memastikan pembersihan secara menyeluruh apabila digunakan pada kulit kering dan basah. Namun begitu produk ini mempunyai pewangi, oleh itu mereka yang mempunyai kulit sensitif digalakkan membuat ujian tampalan terlebih dahulu. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk solekan degil
  • Harga murah
  • Boleh digunakan pada kulit kering dan basah

Harga: RM24.30

Terdapat di: Watsons 

3. Tatcha The Camellia Cleansing Oil

The Camellia Cleansing Oil dari jenama Tatcha ini menampilkan rumusan 2-dalam-1 yang berfungsi sebagai pembersih solekan dan wajah. Dengan minyak kamelia sebagai bahan utamanya, cleansing oil ini melembapkan dan melembutkan kulit wajah serta membersihkannya secara mendalam. Selain itu, ia turut kaya dengan antioksidan, asid oleik dan kompleks Hadasei-3™, yang diperbuat melalui proses penapaian berganda.

Kelebihan:

  • Rumusan 2-dalam-1
  • Tidak mengandungi bahan-bahan iritasi
  • Menyingkirkan sel kulit mati

Harga: RM280.00

Terdapat di: Sephora

4. M.A.C Hyper Real Fresh Canvas Cleansing Oil

M.A.C Hyper Real Fresh Canvas Cleansing Oil adalah rahsia untuk menanggalkan solekan degil, habuk mikro dan kotoran dari pencemaran. Teksturnya amat ringan dan tidak meninggalkan kesan berminyak apabila dibersihkan. Produk ini dirumus khas dengan kombinasi bahan penting seperti ekstrak peony Jepun, minyak biji tsubaki, jojoba, bunga matahari serta vitamin E. Malahan, ia juga tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif dan mata.

Kelebihan:

  • Tidak bersifat komedogenik
  • Aroma floral yang menyegarkan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM80.00

Terdapat di: Sephora 

5. The Face Shop Real Blend Deep Cleansing Oil

Jika anda sedang mencari cleansing oil terbaik dari Korea, kami sarankan agar anda menggunakan The Face Shop Real Blend Deep Cleansing Oil. Berdasarkan pengalaman peribadi saya menggunakannya, produk ini mempunyai aroma flora yang amat wangi. Diinspirasikan daripada resipi sabun Marseille, Perancis, minyak pembersih ini membersihkan kotoran sambil mengekalkan kelembapan kulit. Yang paling best, kulit anda juga akan terasa lembut dan lebih segar selepas menggunakannya. 

Kelebihan:

  • Dirumus dengan bunga asli
  • Tidak mengandungi paraben, pewarna, minyak mineral, silikon,tar dan talc
  • Aroma flora yang wangi

Harga: RM90.90

Terdapat di: Laman website The Face Shop

6. Fenty Skin Melt AWF Jelly Oil Makeup Melting Cleanser

Untuk mereka yang kurang menyukai tekstur minyak yang sinonim dengan cleansing oil, Fenty Skin Melt AWF Jelly Oil Makeup Melting Cleanser menawarkan tekstur jeli yang agak unik. Pembersih muka ini mengubah tekstur jelinya kepada minyak untuk melarutkan serta menyingkirkan solekan dan lebihan sebum. Anda akan dapati kulit wajah anda terasa lembut, lembap dan segar dengan serta-merta.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan sembilan minyak untuk melembapkan kulit
  • Tidak merengsakan bibir dan mata apabila digunakan
  • Tekstur jeli yang unik 

Harga: RM160.00

Terdapat di: Sephora

7. Hada Labo Hydrating Cleansing Oil

Hada Labo Hydrating Cleansing Oil diperkaya dengan empat jenis minyak penting yang menyingkirkan solekan dan kotoran sambil melembapkannya agar kulit wajah tampak berseri. Selain rumusan anti-pencemarannya, produk ini turut mengandungi dua jenis asid hyaluronik yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, usah risau kerana produk ini tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mengenakan solekan berat
  • Melembapkan kulit wajah
  • Formulasi dengan pH seimbang

Harga: RM58.90

Terdapat di: Shopee

8. Neutrogena Deep Clean MakeUp Cleansing Oil

Neutrogena Deep Clean MakeUp Cleansing Oil adalah merupakan antara produk terkemuka dalam rangkaiannya. Formulasi Pengaktifan Airnya merangkumi kombinasi minyak penting yang berubah menjadi tekstur cecair untuk membersihkan solekan, lebihan minyak dan kotoran dengan efektif. Ia juga membantu melindungi lapisan perlindungan kulit anda untuk agar wajah anda tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Pembersihan daripada kotoran yang optimum
  • Membersihkan wajah dalam satu penggunaan sahaja

Harga: RM65.00

Terdapat di: Guardian

9. Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cleansing Oil

Ingin mulakan rutin double cleansing seperti idola K-pop anda? Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cleansing Oil merupakan antara pilihan produk cleansing oil terbaik yang anda wajib cuba. Produk ini dirumus khas dengan penjagaan pori yang membantu membersihkan liang pori anda daripada kotoran,solekan dan lebihan minyak. Asid hyaluronik membantu mengekalkan kelembapan kulit manakala Centella Asiatica pula melegakan kerengsaan pada kulit. Diperkaya dengan ekstrak daun pudina, ia memberikan sensasi yang sejuk, membuatkan kulit anda terasa segar.

Kelebihan:

  • Memberikan sensasi yang sejuk
  • Mengawal lebihan sebum
  • Tidak merengsakan mata

Harga: RM150.00

Terdapat di: Sephora

10. SKIN1004 Madagascar Centella Light Cleansing Oil

SKIN1004 Madagascar Centella Light Cleansing Oil, jenama dari Korea ini menampilkan rumusan efektif yang kami cari dalam produk cleansing oil terbaik di Malaysia. Dengan kombinasi minyak centella dari Madagascar serta enam ekstrak minyak botanikal, ia membantu melarutkan solekan dan kotoran sambil melembapkan kulit wajah. Tambahan lagi, ia turut berkesan melegakan kerengsaan kulit. 

Kelebihan:

  • Melegakan kerengsaan
  • Tekstur yang lembut
  • Mengandungi minyak centella 

Harga: RM99.00

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.