Masalah rambut dan kulit kepala bukan sahaja khusus untuk kaum wanita, malah para jejaka tampan juga boleh mengalaminya. Tak cukup dengan kelemumur, mereka turut menghadapi kulit kepala yang berminyak dan rambut yang berbau hapak, sangat tidak selesa, kan? Jika pandai memilih syampu, perkara itu mudah diatasi. Di sini, Beauty Insider telah menyenaraikan 20 shampoo terbaik untuk lelaki, pelbagai pilihan untuk semua jenis rambut!

Faktor-Faktor Yang Harus Dipertimbangkan Semasa Memilih Shampoo

Sebelum mencari shampoo terbaik untuk lelaki, ini yang harus anda pertimbangkan terlebih dahulu.

Sebelum kita melihat senarai tersebut, ada beberapa faktor penting yang harus kita mempertimbangkan semasa memilih syampu yang sesuai. Antaranya:

1. Bahan-Bahan Aktif

Kenalpasti bahan-bahan aktif atau utama yang dirumus dalam syampu tersebut. Setiap bahan mempunyai kelebihan masing-masing. Contohnya, minyak kelapa untuk melembapkan, protein untuk menguatkan, minyak argan untuk melembutkan, dan minyak tea tree untuk membersihkan rambut.

Pilih bahan yang sesuai dengan jenis dan masalah rambut anda.

2. pH yang Seimbang

Jangan kata kulit wajah saja yang memerlukan pencuci dengan kadar pH yang sekata tau, syampu korang pun perlu lah berada pada nilai 5.5 bagi menyeimbangkan kulit kepala.

Jika kadar pH pada syampu anda tidak seimbang, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah rambut seperti kelemumur, keguguran rambut, kulit kepala berminyak, dan banyak lagi!

3. Kepekaan Kulit dan Alergi

Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza pada bahan-bahan tertentu. Jadi seeloknya sebelum anda membeli mana-mana syampu, semak dahulu bahan yang telah disenaraikan bagi mengelakkan berlakunya iritasi.

20 Shampoo Terbaik Untuk Lelaki

1. Grafen Root Booster Shampoo

Rambut yang nipis dan kulit kepala yang kering boleh menyebabkan rambut anda cepat gugur. Aish! bila sisir je rambut mesti ada gumpalan rambut yang akan melekat pada sikat. Oleh itu, seeloknya anda memilih syampu yang khusus untuk mengatasi masalah tersebut seperti Grafen Root Booster Shampoo!

Mempunyai kadar pH yang seimbang dan tidak menyebabkan iritasi, syampu ini mampu membersihkan rambut dan kulit kepala secara berkesan sambil membantu mengurangkan keguguran dan melebatkan rambut.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak tumbuhan dan 22 asid Amino
  • Bebas dari paraben, silikon dan sulfat
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut

Harga: RM120

Terdapat di: Shopee

2. Alpecin Caffeine Shampoo

Dirumus di German dan mempunyai kafein sebagai bahan utama, Alpecin Caffeine Shampoo merupakan shampoo terbaik untuk lelaki kerana ia tidak terlalu mengeringkan rambut selepas setiap cucian dan mampu mengatasi masalah rambut gugur. Bahan seperti Panthenol dan Niacinamide juga mampu melegakan sebarang iritasi pada kulit kepala.

Kelebihan:

  • Mempunyai garam Niacin dan Zinc untuk menguatkan rambut
  • Menguatkan rambut nipis dan kulit kepala
  • Mengurangkan keguguran rambut

Harga: RM35.90

Terdapat di: Watsons

3. L’Oréal Professionnel Scalp Advanced Anti-Discomfort Dermo-Regulator Shampoo

Kerap terasa gatal di kulit kepala dan rambut sering gugur? Ini petandanya anda mungkin mempunyai kulit kepala yang lebih sensitif berbanding orang lain!

Oleh itu, hati-hati semasa membeli syampu dan pilih yang dirumus khas untuk kulit sensitif seperti L’Oréal Professionnel Scalp Advanced Anti-Discomfort Dermo-Regulator Shampoo. Mengandungi Niacinamide, syampu ini mampu membersihkan kotoran, debu, dan minyak degil dari kulit kepala tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Selepas itu, rambut anda mampu tumbuh secara lebih sihat dan bersinar!

Kelebihan:

  • Menghidratkan rambut dan kulit kepala
  • Melegakan dan menyeimbangkan kulit kepala sensitif
  • Membantu rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar

Harga: RM118

Terdapat di: Shopee

4. Clear Men Shampoo Cool Sport Menthol Anti-Dandruff 

Minyak, debu, dan kelemumur yang terhasil pada kulit kepala boleh menyebabkan kegatalan dan rasa yang kurang selesa. Sebaik mandi sahaja, jangan lupa untuk syampu rambut menggunakan Clear Men Shampoo Cool Sport Menthol Anti-Dandruff.

Syampu ini mengandungi Menthol untuk membersihkan sisa kotoran dari kulit kepala, memberikan anda kelegaan serta merta!

Kelebihan:

  • Memberi sensasi yang menyejukan pada kulit kepala
  • Mengurangkan kelemumur
  • Membersihkan rambut dan kulit kepala secara berkesan

Harga: RM12.90

Terdapat di: Guardian

5 Kérastase Resistance Therapiste Shampoo For Damaged Hair

Rambut yang rosak dan kering-kontang boleh menjejaskan penampilan anda dan menyebabkannya lebih cepat gugur. Oleh itu, anda perlu beralih pada syampu yang mampu membaiki rambut dan mengurangkan frizz seperti Kérastase Resistance Therapiste Shampoo For Damaged Hair.

Dengan tekstur jeli, syampu ini dapat mengembalikan kekuatan dan kesihatan pada rambut dengan setiap cucian. Hasilnya? Rambut anda lebih mudah terurus dan kelihatan lebih bersinar!

Kelebihan:

  • Sesuai untuk rambut yang sangat rosak
  • Bebas daripada paraben dan sufat
  • Melindungi rambut dari kerosakkan

Harga: RM120

Terdapat di: Sephora

6. Sebamed Oily Hair Shampoo

Sebamed Oily Hair Shampoo mempunyai kadar pH yang seimbang dan mampu membersihkan rambut serta kulit kepala anda tanpa menyebabkan kekeringan atau iritasi.

Walaupun bahan-bahannya sangat ringkas, ia juga dapat membantu mengatasi masalah kelemumur dan melembapkan kulit kepala serta rambut.

Kelebihan:

  • Mengurangkan masalah penghasilan minyak berlebihan
  • Sesuai untuk kulit kepala sensitif
  • Menguatkan kulit kepala

Harga: RM30.10

Terdapat di: Eltean

7. OGX Nourishing + Coconut Milk Shampoo

Antara shampoo terbaik untuk lelaki yang mengalami kulit kepala dan rambut yang kering, OGX Nourishing + Coconut Milk Shampoo mengandungi protein telur putih serta kelapa untuk melembapkan rambut hingga ke akar sambil membersihkannya dari segala kotoran degil yang terkumpul di kulit kepala.

Formula yang bebas dari paraben dan sulfat ini juga tidak membuang minyak semula jadi dari rambut anda.

Kelebihan:

  • Membaiki rambut yang rosak dan kering
  • Bebas dari sulfat, paraben, pthalates dan biji mikro
  • Meningkatkan kelembapan dan kesihatan rambut

Harga: RM55.25

Terdapat di: Care to Beauty

8. The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo

Bebas dari pewangi sintetik dan kimia yang boleh mengeringkan rambut, The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo dirumus dengan bahan ekstrak semula jadi seperti minyak rosemary, kulit lemon, zaitun, thyme, dan banyak lagi bagi membantu menguatkan serta mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan secara harian
  • Menguatkan rambut hingga ke akar
  • Melegakan kegatalan pada kulit kepala

Harga: RM99

Terdapat di: The Olive Tree

9. Kundal Honey & Macadamia Nature Shampoo – Baby Powder

Mempunyai ekstrak madu dan macadamia, Kundal Honey & Macadamia Nature Shampoo membantu melembapkan rambut sambil mencuci segala kotoran yang terkumpul di kulit kepala anda. Maklum la lelaki, memang lebih mudah berpeluh dan menghasilkan minyak berlebihan!

Tak cukup dengan itu, syampu ini turut mempunyai wangian yang berkekalan agar rambut anda kekal harum dan bebas dari bau hapak.

Kelebihan:

  • Mempunyai wangian yang menyenangkan dan berkekalan
  • Mengandungi 44 ekstrak semula jadi
  • Mempunyai kadar pH yang seimbang dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit kepala

Harga: RM33.90

Terdapat di: Guardian

10. Aromatica Tea Tree Purifying Shampoo

Bahan seperti BHA (asid Salicylic) bukan sahaja bagus untuk membersihkan pori di wajah tapi ia turut berkesan untuk kulit kepala anda yang tersumbat dengan debu, minyak berlebihan, dan sel kulit mati.

Sebaiknya anda mencari syampu yang mengandungi BHA seperti Aromatica Tea Tree Purifying Shampoo bagi membersihkan rambut secara lebih berkesan. Ia turut dapat membantu mengurangkan keguguran rambut.

Kelebihan:

  • Bebas dari alkohol
  • Membersihkan dan mengawal penghasilan minyak berlebihan
  • Menyejukkan kulit kepala

Harga: RM95

Terdapat di: Sephora

11. Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration

Rambut dan kulit kepala yang lembap dapat mengelakkan pelbagai masalah seperti keguguran rambut secara berlebihan dan masalah kelemumur.

Bagi melindungi rambut anda dari kekeringan atau kerosakkan, pilih syampu yang tidak akan mengeringkan rambut selepas setiap cucian seperti Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration. Kaya dengan antioksida dari madu dan minyak Marufa, syampu ini dapat menghidratkan rambut dan kulit kepala anda!

Kelebihan:

  • Melembapkan dan membekalkan nutrisi pada rambut
  • Melindungi rambut dari kerosakkan persekitaran dan sinaran UV
  • Sesuai untuk semua jenis rambut

Harga: RM66

Terdapat di: Shopee

12. Jack Black True Volume Thickening Shampoo

Masalah rambut nipis dan mudah gugur boleh menyebabkan para jejaka kelihatan lebih berumur. Ini boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan mereka. Jack Black True Volume Thickening Shampoo merupakan syampu yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Menggunakan Expansion Technology dan campuran bahan botani, syampu yang bebas dari sulfat ini dapat membantu menguatkan dan melebatkan rambut anda.

Kelebihan:

  • Mempunyai vitamin, peptides, antioksidan, dan mineral
  • Melegakan iritasi pada kulit kepala
  • Memberi kelembapan pada rambut

Harga: RM165

Terdapat di: What He Wants

13. Grace and Glow Secret Bombshell Anti Oil & Repair Solution Shampoo

Khusus buat anda yang mengalami rambut dan kulit kepala yang berminyak dan rosak, Grace and Glow Secret Bombshell Anti Oil & Repair Solution Shampoo ini telah dirumus dengan carbon dan keratin bagi membantu mengatasi masalah tersebut sambil memberikan haruman berpanjangan pada rambut anda.

Kelebihan:

  • Menyerap minyak berlebihan pada rambut dan kulit kepala
  • Membantu melebatkan rambut
  • Mengembalikan sinar dan kesihatan pada rambut

Harga: RM 22.23

Terdapat di: Shopee

14. Briogep Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-exfoliating Scalp Scrub Shampoo

Sel kulit mati serta minyak berlebihan antara punca kulit kepala gatal dan berbau. Syampu seperti Briogep Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-exfoliating Scalp Scrub Shampoo amat penting kerana ia dapat membuang kotoran tersebut dan kulit kepala serta rambut anda akan terasa lebih bersih dan sihat.

Dengan bahan-bahan seperti minyak kelapa, kastor, dan panthenol, syampu ini juga tidak mengeringkan rambut anda dengan setiap basuhan.

Kelebihan:

  • Mengandungi minyak tumbuhan yang melembapkan rambut
  • Membuang kotoran dari kulit kepala
  • Meyeimbangkan dan melegakan kegatalan dari kulit kepala

Harga: RM210

Terdapat di: Sephora

15. Bad Lab No Flakes ScalpCare Anti-Dandruff Shampoo

Untuk menghapuskan kelemumur dan masalah kulit kepala yang kering atau berminyak, guna syampu seperti Bad Lab No Flakes ScalpCare Anti-Dandruff Shampoo. Ia dirumus khas untuk lelaki bagi mengatasi masalah iritasi pada kulit kepala sambil mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih lebat dan sihat.

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah kelemumur
  • Mengurangkan kekeringan dan minyak berlebihan pada kulit kepala
  • Melegakan kegatalan dan iritasi pada kulit kepala

Harga: RM20.90

Terdapat di: Watsons

16. Drybar On The Rocks Clarifying Charcoal Shampoo

Nak rambut bebas kotoran dan kelihatan lebih sihat? Cuba lah Drybar On The Rocks Clarifying Charcoal Shampoo! Dirumus dengan asid glycolic dan arang, syampu ini mampu membersih kulit kepala dari debu dan sel kulit mati supaya rambut dan kulit kepala dapat bernafas dan terasa lebih lega.

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah rambut rosak dan bercabang
  • Bebas dari paraen dan sulfat
  • Mengembalikan kesihatan dan sinar pada rambut

Harga: RM130

Terdapat di: Sephora

17. Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo

Mempunyai ekstrak madu dan tiga bahan pelembap untuk merawat kekeringan rambut hingga ke akar, Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo merupakan syampu yang sesuai bagi para jejaka yang mengalami rambut dan kulit kepala yang kering.

Tak cukup dengan itu, syampu ini juga mampu membantu mengatasi masalah kegatalan dan keradangan di kulit kepala.

Kelebihan:

  • Melembapkan rambut
  • Membantu merawat masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala
  • Membuat rambut lebih mudah diurus

Harga: RM28.90

Terdapat di: Watsons

18. Sol De Janeiro Brazilian Joia Strengthening + Smoothing Shampoo

Buat anda yang lebih suka menggunakan syampu yang bebas dari bahan kimia dan sulfat, Sol De Janeiro Brazilian Joia Strengthening + Smoothing Shampoo antara shampoo terbaik untuk lelaki dan juga wanita.

Ia tidak mengeringkan dan mempunyai minyak kacang Brazil serta buah Buriti yang memberikan kelembapan serta membuat rambut kelihatan lebih bermaya.

Kelebihan:

  • Bebas dari sulfat dan bahan-bahan kimia
  • Meluruskan dan menyihatkan rambut
  • Melembapkan rambut

Harga: RM59

Terdapat di: Sephora

19. Himalaya Protein Shampoo Gentle Daily Care

Antara syampu di drugstore yang menjadi pilihan ramai, Himalaya Protein Shampoo Gentle Daily Care bukan sahaja mampu dimiliki tapi ia juga merupakan syampu yang sesuai digunakan secara harian kerana ia kaya dengan protein tumbuhan yang dapat membersihkan sambil membekalkan nutrisi pada rambut dan kulit kepala.

Dengan buah Amla dan kacang kuda sebagai bahan utama, ia mampu menguatkan kulit kepala sambil menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan sihat.

Kelebihan:

  • Membersihkan kulit kepala secara berkesan
  • Melembapkan rambut
  • Menguatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut

Harga: RM33.80

Terdapat di: Himalaya

20. Somebymi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo

Jenama Somebymi ini tidak asing lagi bagi penggemar skincare tapi tahukah anda ia juga memiliki rangkaian penjagaan rambut yang begitu berkesan?

Bukan sahaja untuk wanita, malah Somebymi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo ini sangat berkesan buat lelaki yang mengalami masaah keguguran rambut dan kulit kepala yang mudah gatal. Gabungan CICA (Ekstrak tumbuhan Centella Asiatica) dan Menthol mampu melegakan sebarang iritasi, sekaligus membersihkan kulit kepala secara lembut serta berkesan.

Kelebihan:

  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menguatkan dan menyihatkan rambut
  • Memberikan sensai yang menyejukkan pada kulit kepala

Harga: RM84.50

Terdapat di: Shopee

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.