Dengan 60% tubuh badan manusia terdiri daripada komposisi air, keperluannya dalam kehidupan seharian memang tidak dapat disangkal. Meskipun terdapat beberapa variasi air minuman seperti air minuman berbungkus and air osmosis berbalik, air mineral semulajadi tetap menjadi pilihan ramai kerana kandungannya yang penuh dengan mineral  penting untuk tubuh manusia. Selain kandungan mineralnya, setiap jenama air mineral juga mempunyai rasa yang berbeza. Tak pasti air mineral mana yang menjadi pilihan orang ramai ? Jom tengok senarai jenama air mineral terbaik di Malaysia ini. 

Apakah Kebaikan Air Mineral?

Dengan kandungan mineralnya, air yang berasal dari mata air memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh badan manusia dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Untuk yang tidak mengetahuinya, air mineral diperkaya dengan bahan mineral yang penting seperti kalsium, magnesium, potassium, natrium, bikarbonat, zat besi dan zink. Antara kebaikan minum air mineral adalah seperti berikut:

  • Air mineral yang mengandungi magnesium yang tinggi membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2004
  • Dengan kandungan kalsiumnya, air mineral menguatkan tulang berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2017
  • Minuman air mineral boleh menjadi sumber utama untuk magnesium. Nutrien ini memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah, tahap glukosa darah, dan fungsi saraf
  • Air mineral membantu mengawal peredaran darah kerana ia mengandungi sejumlah besar kalsium, magnesium, dan kalium
  • Menurut jurnal yang diterbit pada tahun 2017, air mineral yang mengandungi magnesium sulfat dan natrium sulfat menggalakkan sistem penghadaman

Alami Kebaikan Mineral Silika Untuk Kesihatan dan Kecantikan Luaran Anda

Namun adakah anda mengetahui bahawa, tidak semua jenama air mineral mempunyai silika? Malahan jumlah silika juga berbeza kerana bahan ini bergantung kepada jenis batuan yang wujud dari sumber air mineral tersebut diekstrak.  Oleh itu, Air Mineral Semulajadi Spritzer yang diperkaya dengan 60 mg/L silika yang tinggi merupakan pilihan utama.

Mineral surih ini telah mendapat perhatian ramai kerana kebaikannya dalam merangsang penghasilan kolagen.  Umum mengetahui bahawa kolagen amat penting untuk tubuh badan manusia, dari segi kesihatan dan juga kecantikan luaran.  Tambahan lagi, terdapat pelbagai kajian yang dijalankan juga telah membuktikan keberkesanan silika pada tubuh badan. Antara kebaikan silika seperti yang terdapat dalam Air Mineral Semulajadi Spritzer adalah:

  • Menganjalkan dan menyerikan kulit
  • Menguatkan kuku
  • Melebatkan rambut
  • Memastikan tulang kuat dan fleksibel
  • Meningkatkan ketajaman mental
  • Sistem penghadaman yang sihat
  • Jantung yang sihat

Senarai Jenama Air Mineral Terbaik di Malaysia

1. Spritzer Natural Mineral Water

Diekstrak daripada akuifer yang terdapat di hutan hujan tropika seluas 390 ekar, Spritzer Natural Mineral Water merupakan antara jenama air mineral yang terbaik. Sebotol air mineral Spritzer diperkaya dengan kombinasi bahan-bahan mineral yang penting seperti bikarbonat, kalsium, magnesium, potassium, dan natrium. Malahan, kandungannya juga unik berbanding jenama air mineral yang lain kerana ia mengandungi 60mg/L silika secara semulajadi. 

Nutrien ini amat penting dalam penghasilan kolagen untuk memastikan kesihatan badan yang optimum serta bermanfaat untuk kecantikan kulit, kuku serta rambut. Dengan sumber airnya yang menjalani penapisan dan penulenan secara semulajadi melalui lapisan batuan bawah tanah, Air Mineral Semulajadi Spritzer mempunyai rasa yang segar dan luar biasa. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan 60mg/L mineral silika 
  • Rasa yang segar
  • Menjalani penapisan dan penulenan secara semula jadi melalui lapisan batuan bawah tanah dan strata batu pasir yang dilindungi
  • Botol yang diperbuat daripada plastik kitar semula

Harga: dari RM19.30 (karton)

Terdapat di: Laman website Spritzer, Pandamart (hanya di Lembah Klang sahaja), Shopee, and Lazada.

2. Air Mineral Semulajadi Dasani

Sumber Air Mineral Semulajadi Dasani ditapis dan dipurifikasi untuk memberikan rasa yang segar. Air mineral ini kaya dengan kandungan mineral yang penting untuk tubuh badan. Malahan, ia juga menjalani proses penapisan secara osmosis untuk menyingkirkan bendasing untuk memastikan kualiti air mineral yang terjamin. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Kaya dengan mineral
  • Proses penapisan secara osmosis

Harga: RM25.00 (karton)

Terdapat di: MIIZU

3. Evian Natural Mineral Water

Apabila sebut sahaja jenama air mineral popular, pasti ramai teringat Evian Natural Mineral Water. Sumber airnya berasal dari Pergunungan Alps Perancis yang pertama kali dijumpai pada bandar Évian-les-Bains, melebihi 230 tahun lalu. Air mineral Evian yang bermula sebagai salji dan hujan menyusup melalui tanah Impluvium, sebelum ia ditapis secara semulajadi di lapisan batu glasier. Jenama ini menjadi pilihan ramai kerana ia kaya dengan elektrolit dan mineral seperti silika, magnesium, kalsium, natrium,  dan bikarbonat. Rasanya cukup segar dan terasa sedikit lembut tanpa kesan logam selepas meminumnya.

Kelebihan:

  • Mengandungi elektrolit dan mineral
  • Melalui penapisan batu glasier selama 15 tahun
  • Botol yang boleh dikitar semula dengan nilai 40% rPET

Harga: dari RM5.50 sebotol

Terdapat di: Shopee

4. Cactus Mineral Water

Cactus Mineral Water diekstrak daripada sumber air yang terdapat di 400 kaki bawah tanah. Dengan lokasinya yang terpelihara, air mineral ini mengandungi bahan mineral penting untuk tubuh badan seperti kalsium, kalium, bikarbonat dan magnesium. Tambahan lagi, ia turut ditapis secara komprehensif serta dibotolkan mengikut piawaian antarabangsa iaitu oleh ABWA (Asia Middle East Bottled Water). Air mineral ini ditawarkan dalam beberapa saiz iaitu 250ml, 350ml, 500ml, 1.5L,  5.5L dan 9.5L.

Kelebihan:

  • Diperakui halal oleh Jakim
  • Dibotolkan mengikut standard antarabangsa yang ditetapkan
  • Sumber air dari 400 kaki bawah tanah

Harga: dari RM10.54 (karton)

Terdapat di: Laman web Cactus Marketing

5. Bleu Natural Mineral Water

Terdapat dalam dua saiz berbeza, Bleu Natural Mineral Water merupakan produk hasilan keluaran Asia Middle East Bottled Water Association (ABWA). Air mineral premium ini diperolehi dari sumber air bawah tanah di Negeri Sembilan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun rasa air mineral ini sedikit keras, ia kemungkinan disebabkan oleh kandungan mineralnya. 

Kelebihan:

  • Sumber air bawah tanah yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kandungan mineral yang tinggi
  • Terdapat dalam saiz 1.5 liter dan 600ml

Harga: dari RM1.20 sebotol

Terdapat di: Shopee

6. Desa Mineral Water

Sumber Desa Mineral Water diekstrak daripada punca air bawah tanah di Batu Pahat. Dengan nilai pH sebanyak 7.3, air mineral ini mengandungi kalium, kalsium, natrium, bikarbonat, dan sulfat. Sebelum pembungkusannya, Desa Mineral Water ditapis dengan teliti untuk memastikan kualiti kandungannya. Selain harganya yang murah, rasa air mineral ini juga agak manis tanpa rasa pahit atau kelat.

Kelebihan:

  • Rasa yang segar 
  • Harga yang murah
  • Boleh didapati dalam empat saiz

Harga: RM6.70 (karton)

Terdapat di: Laman website Ace Water

7. Acqua Panna Natural Mineral Water

Seperti namanya, Acqua Panna Natural Mineral Water merupakan sumber air mineral semulajadi yang diekstrak dari Estet Panna yang terletak di Tuscany. Dengan penapisan melalui lapisan bawah tanah selama 14 tahun, jenama terkemuka air mineral ini mempunyai rasa yang unik dan kandungan mineral yang tinggi. Air minuman ini boleh didapati dalam pelbagai saiz serta bungkusan botol kaca dan plastik.

Kelebihan:

  • Rasa segar dan manis
  • Terdapat dalam pembungkusan plastik dan kaca
  • Melalui penapisan semulajadi selama 14 tahun

Harga: dari RM5.80 sebotol

Terdapat di: Shopee

8. Fiji Natural Artesian Water

Fiji Natural Artesian Water terhasil daripada akuifer artesian purba yang terletak di Fiji. Diketahui sebagai jenama air mineral terbaik, ia melalui proses tapisan batuan gunung berapi yang memberikannya kandungan mineral dan elektrolit yang tinggi. Tambahan lagi, Fiji Natural Artesian Water  mempunyai rasa yang lembut serta manis, membuatkannya menjadi pilihan utama ramai orang.

Kelebihan:

  • Boleh didapati dalam lima variasi saiz
  • Diekstrak daripada akuifer artesian purba
  • Air minuman saiz 330mL dan 500mL diperbuat daripada 100% plastik kitar semula

Harga: dari RM9.00

Terdapat di: Shopee

9. Volvic Mineral Water

Sumber Air Mineral Asli Volvic adalah dari Chaîne des Puys-Limagne Fault iaitu di  Taman Wilayah Auvergne Volcanoes. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini diketahui dengan landskap geologinya yang luar biasa. Air mineral ini ditapis melalui enam lapisan batuan gunung berapi selama kira-kira lima tahun. Dengan penapisan semula jadi ini, ia mengandungi komposisi mineral yang unik dan rasa yang segar yang segar. Pendek kata, Volvic Mineral Water adalah salah satu jenama air mineral terbaik di pasaran. 

Kelebihan:

  • Dibotolkan di sumber
  • Sumber air yang terpelihara daripada pencemaran
  • 30% botolnya diperbuat daripada plastik yang dikitar semula

Harga: dari RM4.00

Terdapat di: Shopee 

10. F&N Ice Mountain Mineral Water

F&N Ice Mountain Mineral Water bersumberkan air semulajadi bawah tanah yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diekstrak dari kawasan lembah, kandungan air mineralnya kaya dengan bahan-bahan  mineral yang penting. Selain itu, ia juga ditapis secara teliti untuk memastikan kesegaran dan kualiti yang terbaik untuk anda. 

Kelebihan:

  • Terdapat dalam empat saiz berbeza
  • Mengandungi mineral penting seperti kalium, kalsium dan magnesium
  • Sumber air mineral yang terletak lebih 100 meter bawah tahan

Harga: dari RM29.00 

Terdapat di: Shopee

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.