Kita sering kali mendengar tentang kebaikan minuman sarang burung yang dianggap sebagai makanan berkhasiat yang mewah. Dikenali juga sebagai “Yan Wo” ataupun “kaviar timur”, sarang burung telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional masyarakat Cina kerana ia cukup kaya dengan nutrisi. Jika anda ingin mengambilnya untuk kesihatan dan juga kecantikan, kami telah menyenaraikan minuman sarang burung terbaik di Malaysia.

Apakah Kebaikan Minuman Sarang Burung?

Minuman sarang burung mengandungi makronutrien dan mikronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh badan dan juga kecantikan. Antara kebaikan minuman sarang burung adalah:

  • Diperkaya dengan faktor pertumbuhan epidermis, minuman sarang burung membantu memperbaiki kulit dan tisu untuk menyerikan kulit wajah dan mengekalkan keremajaan kulit
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Sesuai untuk meningkatkan kesihatan warga emas dari segi mengurangkan keletihan dan merangsang sistem penghadaman
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penyakit tulang seperti osteoarthritis
  • Meningkatkan kecergasan minda

Senarai Minuman Sarang Burung Terbaik Di Malaysia 2024

1. Ecolite Collagen Bird’S Nest Drink Original

Ecolite Collagen Bird’S Nest Drink Original yang tersenarai teratas dalam minuman sarang burung terbaik, ditawarkan dalam bungkusan enam pek minuman. Diperbuat menggunakan teknologi terkini, resepi tradisionalnya merangkumi bahan seperti sarang burung, gula batu, dan gula tebu. Produk ini juga mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja kerana bungkusannya yang ringan.

Kelebihan:

  • Mengandungi kandungan sarang burung yang tinggi
  • Diperkaya dengan kolagen
  • Mudah untuk diminum

Harga: RM30.90

Terdapat di: Guardian

2. Eu Yan Sang Premium Concentrated Bird’s Nest (Sugar Free)

Untuk mereka yang lebih menyukai minuman sarang burung tanpa gula, anda boleh mencuba Eu Yan Sang Premium Concentrated Bird’s Nest. Produk ini dirumus dengan ekstrak sarang burung yang berkualiti tinggi dengan teksturnya yang tebal serta rasa yang sedap. Selain itu, minuman sarang burung ini juga terbaik kerana tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, perasa, pengawet atau penstabil.

Kelebihan:

  • Tanpa sebarang pewarna tiruan, perasa, pengawet atau penstabil
  • Tidak mengandungi gula
  • Ekstrak sarang burung yang berkualiti tinggi 

Harga: anggaran RM387.35

Terdapat di: laman website Eu Yan Sang

3. Brand’s Bird’s Nest with Rock Sugar

Diperkaya dengan ekstrak sarang burung tulen, Brand’s Bird’s Nest with Rock Sugar diproses menggunakan Fingerprinting Technology Infrared (FTIR) recognition system. Teknologi ini memastikan agar anda mendapat segala kebaikannya dalam satu botol. Minuman sarang burung ini juga bebas daripada pewarna tiruan, perasa tiruan dan bahan pengawet. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk warga emas, ibu yang baru bersalin dan juga wanita
  • Menyerikan kulit kusam
  • Untuk mereka yang mengalami masalah sistem pernafasan

Harga: RM113.30

Terdapat di: laman website Brand’s

4. Kinohimitsu Bird’s Nest with Kacip Fatimah & Manjakani

Kinohimitsu Bird’s Nest with Kacip Fatimah & Manjakani adalah antara minuman sarang burung terbaik pilihan kami. Selain ekstrak sarang burung yang berkualiti tinggi, ia juga diperkaya dengan rumpai laut, kacip fatimah dan buah manjakani, menggabungkan herba tradisional masyarakat Melayu. Selain mencegah penuaan, ia juga memberikan pelbagai khasiat untuk wanita seperti memastikan kesihatan kulit yang optimum dan menguatkan sistem imun badan. 

Kelebihan:

  • Mengandungi herba tradisional 
  • Ditawarkan dalam pek enam botol
  • Sedia untuk diminum

Harga: RM79.90

Terdapat di: Watsons 

5. NH Bird Nest with Basil Seed

NH Bird Nest with Basil Seed adalah sesuai untuk mereka yang sedang mencari minuman sarang burung dengan manfaat tambahan. Diperkaya dengan pelbagai ramuan penting seperti ginseng liar, biji selasih, kolagen marin, kulat putih, dan biji chia, produk ini mengandungi asid amino, mineral dan omega 3 yang penting untuk tubuh badan. Ditawarkan dalam saiz botol 180ml, ia memastikan kepuasan maksima agar anda boleh menikmatinya. 

Kelebihan:

  • Didatangkan dalam satu pek dengan enam botol
  • Saiz botol yang besar
  • Dirumus dengan bahan-bahan semulajadi

Harga: RM56.80

Terdapat di: Watsons 

6. FG Walet Collagen Plus Bird’s Nest Drinks 

FG Walet Collagen Plus Bird’s Nest Drinks yang ditawarkan dalam pek 24 botol mempunyai pelbagai pilihan minuman. Antara variasi yang terdapat adalah kuram merah dengan wolfberry, aloe vera dengan gula batu, madu dengan longan, dan luo han guo dengan longan, menjadikannya sesuai untuk mereka yang inginkan pelbagai pilihan rasa. Setiap satu daripada variasi minuman ini juga menawarkan manfaatnya yang tersendiri. 

Kelebihan:

  • Ditawarkan dalam pelbagai pilihan rasa
  • Saiz botol yang besar
  • Sesuai untuk seisi keluarga

Harga: RM288.00 (24 botol)

Terdapat di: Lazada

7. Beausiti Beaunest Bird’s Nest Drink With Honey, Lemon, & Peach

Untuk anda yang tidak mengetahuinya, Beausiti yang merupakan pengasas Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mempunyai produk minuman sarang burung iaitu Beaunest Bird’s Nest Drink With Honey, Lemon, & Peach. Diperbuat dengan menggabungkan teknologi terkini serta resepi tradisional, ia mempunyai khasiat yang menakjubkan yang sesuai untuk semua lapisan umur. Selain itu, rasanya juga sedap

Kelebihan:

  • Saiz botol sebesar 250ml
  • Rasa yang lazat
  • Sesuai untuk semua peringkat umur 

Harga: RM75.00

Terdapat di: Beausiti

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.