Adakah anak kecil anda seringkali mengalami masalah kegatalan kulit yang melampau? Walaupun kemerahan pada kulit tampak biasa,  perkara ini mungkin menandakan masalah kulit ataupun ekzema. Kanak-kanak mempunyai daya rintangan kulit yang jauh lebih rendah berbanding orang dewasa, oleh itu mereka lebih mudah mengalami masalah kulit sensitif terutamanya ekzema. Walaupun penyakit kulit ini tidak dapat disembuh, anda boleh mencuba pelbagai cara rawatan terutamanya produk ekzema yang terbaik untuk kanak-kanak. Dengan lambakan krim atau pelembap ekzema yang dijual, agar sukar untuk sesiapa sahaja membuat pilihan. Usah risau kerana kami telah menyenaraikan produk yang berkesan mengurangkan simptom-simptom ekzema.

Apakah Itu Ekzema?

Ekzema merupakan keradangan dan kegatalan kulit yang seringkali dihadapi oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Masalah ekzema boleh dikategorikan kepada beberapa iaitu dermatitis atopik (atopic dermatitis), ekzema atopik (atopic eczema), ekzema dishidrotik (dyshidrotic eczema), dermatitis seborea (seborrheic dermatitis) dan dermatitis sentuh (contact dermatitis). Kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun lebih terdedah kepada masalah kulit ini. Namun kebanyakan simptomnya akan berkurangkan apabila mereka semakin meningkat dewasa jika mereka tidak mengalami alahan atau asma. 

Simptom-Simptom Ekzema

Antara gejala yang menandakan ekzema ialah:

  • Kulit yang tampak kemerahan atau bersisik
  • Tompok-tompok yang gatal pada beberapa bahagian badan seperti muka, tangan, leher dan kaki
  • Kegatalan 
  • Bengkak pada kulit yang berair
  • Luka yang pedih
  • Kulit menjadi kasar dan tebal

Walaubagaimanapun, tanda-tanda ekzema yang anak anda alami adalah berbeza. Kanak-kanak selalunya mengalami simptom-simptom ekzema pada bahagian siku, belakang lutut dan juga pada seluruh badan. Bagi bayi pula simptom-simptom ekzema selalunya bermula dengan bintik-bintik merah yang tampak kelihatan pada pipi, kaki atau tangan dengan luka yang berair. 

Apakah Penyebab Berlakunya Ekzema? 

Sumber: Freepik

Meskipun ekzema merupakan masalah kulit yang dihadapi oleh ramai orang, penyebab utama berlakunya penyakit ini masih tidak dapat dikenalpasti. Tetapi ekzema tercetus akibat beberapa faktor contohnya keturunan atau masalah gen yang diwarisi seperti mutase gen filaggrin. 

Selain itu, sistem imun yang kurang, infeksi virus dan alahan kepada sesetengah bahan atau makanan juga boleh menyebabkan berlakunya ekzema. Tambahan lagi, faktor-faktor persekitaran seperti  sabun, pembersih, syampu, habuk, debunga pokok, dan udara yang kering turut menjadi punca berlakunya ekzema. 

Apakah Rawatan Untuk Ekzema?

Walaupun ekzema tidak dapat disembuh, terdapat rawatan yang boleh mengurangkan gejala-gejala ekzema daripada berlarutan seperti:

  • Losyen pelembap untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kegatalan
  • Ubat pencegah gatal
  • Krim steroid atau calcineurin inhibitor untuk mengawal keradangan bagi kes serius
  • Ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman

Kami sarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosa dan jenis rawatan yang sesuai bagi anak anda. 

Produk Ekzema Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Bio-Oil® Dry Skin Gel

Bio-Oil® Dry Skin Gel diformulasi secara inovatif untuk membantu melembapkan kulit secara intensif. Diperkaya dengan empat kali lebih minyak, ianya tidak mengandungi 70%  rumusan air seperti produk penjagaan kulit yang lain. Walaupun air membantu melegakan kerengsaan kulit dengan sensasi yang menyejukkan, ramuan ini akan tersejat apabila bersentuhan dengan kulit tanpa memberikan manfaat. Bio-Oil® Dry Skin Gel amat berkesan mengurangkan simptom-simptom ekzema seperti kegatalan dan kulit kering. Hanya dengan sekali sapuan, produk ini dapat melembapkan kulit secara mendalam sekaligus melawan gejala ekzema dengan berkesan. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • Diuji secara dermatologi
  • Untuk kulit wajah dan badan 
  • Mengurangkan simptom-simptom ekzema

Harga: RM19.90 (50ml), RM34.95 (100ml) and RM58.25 (200ml)

Terdapat di: Shopee, Lazada, Guardian dan Watsons

Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion

Diformulasi khas dengan teknologi Filaggrin, Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion merupakan salah satu produk ekzema terbaik untuk kanak-kanak. Diperkaya dengan ceramide dan oatmeal koloid, ramuan ini membantu mengurangkan kerengsaan kulit seperti kegatalan dan kulit kering.  Selain melindungi kulit bayi, ianya juga memastikan agar kulit kekal lembap untuk jangka masa lama. Produk ini juga diiktiraf oleh Persatuan Ekzema Kebangsaan.

Kelebihan:

  • Melawan lima tanda kulit sensitif
  • Bebas daripada paraben, steroid dan pewangi
  • Melembapkan kulit kering

Harga: RM73.00

Terdapat di: Shopee 

Aveeno Baby Dermexa Moisturising Cream

Aveeno Baby Dermexa Moisturising Cream dirumus dengan campuran oatmeal koloid, vitamin B5 dan dimethicone untuk menguatkan lapisan pelindung kulit dan mengelakkan kulit kering. Produk ini juga terbukti secara klinikal mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan dan kegatalan akibat ekzema. Walaupun teksturnya berkrim, produk ini mampu meresap jauh ke dalam kulit untuk memberikan kelembapan intensif. Pelembap ini juga diketahui antara produk terbaik untuk ekzema bagi kanak-kanak. 

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi bahan yang menyebabkan iritasi kulit seperti pewangi, pewarna, paraben dan phthalate
  • Mengurangkan kerengsaan
  • Melembapkan kulit secara intensif

Harga: RM68.90

Terdapat di: Watsons 

Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme 

Jika anda masih tercari-cari produk ekzema terbaik untuk kanak-kanak, Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme harus menjadi pilihan utama anda. Dengan rumusan bahan penting seperti ceramide-3, oatmeal koloid dan licochalcone atau ekstrak akar licorice, ianya membantu meredakan iritasi sambil menguatkan lapisan pelindung kulit. Produk bebas steroid ini berkesan mengurangkan simptom-simptom ekzema seperti kegatalan, kerengsaan dan kulit bersisik. Dengan kelebihan 24 jam kelembapan, kulit anak kecil anda akan terasa lembut sentiasa.

Kelebihan:

  • Tekstur berkrim yang memberikan kelembapan selama 24 jam
  • Bebas steroid, pewarna dan pewangi
  • Meredaka iritasi

Harga: RM39.90 – RM61.90

Terdapat di: Shopee 

Sebamed Baby Cream Extra Soft  

Sebamed Baby Cream Extra Soft diperkaya dengan ramuan yang melembapkan serta melegakan iritasi seperti panthenol, allantoin dan ekstrak camomile. Selain itu, rumusannya juga berfungsi secara spesifik untuk menggalakkan pemulihan kulit. Dengan formulasi 42% lipid, ianya membentuk pelindung pelembap pada kulit tanpa kesan oklusif. Produk ini bukan sahaja mudah digunakan, malahan ianya menyerap dengan pantas tanpa kesan melekit. Harganya juga murah dengan kesan yang efektif.

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Nilai pH 5.5
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM17.40

Terdapat di: Watsons 

Aquaphor Baby Healing Ointment

Diperkaya dengan petroleum sebagai ramuan utamanya, Aquaphor Baby Healing Ointment berkesan memberikan kelembapan pada kulit. Selain meredakan ruang lampin selama enam jam, produk ini juga diketahui keberkesannya dalam melembapkan keradangan dan kulit kering. Anda juga boleh menggunakan salap ini untuk masalah kulit yang lain. Dengan saiz yang besar, produk ini boleh tahan lama untuk penggunaan jangka masa lama. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk melegakan iritasi akibat ruang lampin
  • Melembapkan kulit dengan serta merta
  • Dirumus dengan petroleum 

Harga: RM40.00 – RM115.00

Terdapat di: Shopee 

CeraVe Baby Moisturizing Cream

CeraVe Baby Moisturizing Cream diiktiraf oleh Persatuan Ekzema Kebangsaan, menjadikannya antara produk ekzema terbaik untuk kanak-kanak. Diformulasi secara khas dengan tiga jenis ceramide dan asid hyaluronik, ianya membantu mengurangkan simptom-simptom ekzema dengan berkesan.  Tekstur berkrimnya membantu melembapkan kulit secara intensif dan menguatkan pelindung lapisan luar kulit. Krim pelembap ini amat berkesan untuk melawan beberapa tanda kulit sensitif dan kering seperti melecet dan merekah. 

Kelebihan:

  • Bebas daripada paraben dan pewangi
  • Memberikan kelembapan sepanjang hari
  • Menguatkan pelindung lapisan luar kulit

Harga: RM75.00

Terdapat di:  Shopee 

QV Baby Barrier Cream

QV Baby Barrier Cream diformulasi secara khas untuk membantu menguatkan lapisan pelindung kulit. Produk ini melindungi kulit bayi anda daripada bahan-bahan yang menyebabkan iritasi seperti sabun, air, ramuan kimia dan pelbagai faktor persekitaran lagi. Selain itu, ianya juga memastikan kulit kekal lembap untuk kesan yang lebih optimal. Walaupun teksturnya berkrim, ianya tidak meninggalkan kesan melekit yang membuatkan bayi anda berasa tidak selesa.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk ruam lampin
  • Menguatkan lapisan pelindung kulit
  • Melegakan iritasi

Harga: RM25.34

Terdapat di: Watsons 

Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkini mengenai kecantikan!