Kulit di bahagian ketiak amatlah sensitif, oleh itu kawasan ini memerlukan penjagaan rapi terutamanya jika anda bercukur. Kebanyakkan daripada kita kurang memberikan perhatian pada bahagian badan ini yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti ketiak hitam. Walaupun tampak mudah, perkara ini boleh memberi kesan signifikan pada keyakinan diri anda. Usah risau ataupun malu kerana terdapat pelbagai produk memutihkan ketiak terbaik di Malaysia yang anda boleh dapati di pasaran. 

Apakah Penyebab Ketiak Hitam?

Photo by Sakshi Patwa on Pexels

Meskipun ramai yang lebih ingin tahu cara memutihkan kembali ketiak hitam, penyebab utamanya juga amat penting agar anda dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkannya daripada berlaku. Antara penyebab ketiak hitam adalah seperti berikut:

  • Iritasi akibat bercukur
  • Pengumpulan sel kulit mati
  • Geseran pada kulit yang disebabkan oleh pakaian yang ketat
  • Pigmentasi
  • Bahan perengsa kimia yang diformulasi dalam deodoran
  • Penyakit seperti melasma, erythrasma, Fox-Fordyce, acanthosis nigricans dan Addison’s
  • Merokok yang boleh meningkatkan pigmentasi

Bagaimanakah Cara-cara Memutihkan Ketiak Anda?

Terdapat pelbagai cara dan juga rawatan yang anda boleh lakukan untuk memutihkan ketiak anda dengan berkesan, antaranya:

Elakkan Bercukur 

Apabila anda bercukur akan berlaku pergeseran pada kulit yang menyebabkan iritasi serta pigmentasi. Oleh itu, anda digalakkan untuk membuang bulu ketiak menggunakan waxing atau rawatan laser. 

Gunakan Produk Berasaskan Eksfoliasi Kimia 

Rutin kecantikan anda harus juga menitikberatkan proses eksfoliasi untuk memudarkan pigmentasi pada bahagian ketiak. Namun pastikan anda mengelak daripada menggunakan produk yang mempunyai pengelupasan fizikal kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Jika anda ingin menggunakan produk sedemikian, utamakan formulasi dan tekstur yang tidak merengsakan kulit. Anda boleh menggunakan produk ini dua atau tiga kali seminggu untuk kesan optimum. 

Bertukar kepada Deodoran Hipoalergenik

Iritasi merupakan antara penyebab utama berlakunya pigmentasi. Oleh itu, anda disarankan untuk bertukar kepada deodoran yang diformulasi secara hipoalergenik untuk mengelakkan ketiak hitam. Walaubagaimanapun, pastikan anda lakukan ujian tampalan terlebih dahulu kerana dedoran berasaskan ramuan semulajadi tidak menghalang peluh, disebabkan itu ia kemungkinan mempunyai bahan pewangi botanikal. 

Rawatan Estetik 

Untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan intensif, terdapat pelbagai rawatan estetik yang anda boleh dapatkan di klinik seperti:

  • Pengelupasan kimia
  • Dermabrasion atau microdermabrasion 
  • Terapi laser
  • Krim atau losyen yang mempunyai bahan aktif

Senarai Produk Memutihkan Ketiak Terbaik di Malaysia 2023

1. Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Bright

Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Bright merupakan antara produk memutihkan ketiak terbaik yang anda boleh dapati di rangkaian farmasi dan Watsons. Diperkaya dengan GlutaCollagen dan niacinamide, ramuan ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk mencerahkan dan melembutkan bahagian ketiak.Produk ini turut menawarkan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau.

Kelebihan:

  • Menyerap dengan pantas dan jauh ke dalam kulit
  • Tidak mengandungi paraben
  • 48 jam perlindungan daripada peluh dan bau

Harga: RM14.40

Terdapat di: Watsons 

2. Rexona Natural Brightening Fresh Rose Deodorant Dry Serum

Natural Brightening Fresh Rose Deodorant Dry Serum oleh jenama terkemuka Rexona ini menampilkan rumusan inovatif yang memutihkan ketiak secara efektif. Produk ini mengandungi kombinasi bahan pening seperti vitamin E, vitamin B3 (niacinamide), likuoris dan ekstrak botani semulajadi. Manakala, wangian bunga mawarnya diinspirasikan daripada bunga mawar Perancis yang indah berserta aroma buah beri. 

Kelebihan:

  • Aroma bunga mawar
  • Tidak meninggalkan kesan melekit
  • Memberikan perlindungan sebanyak 48 jam

Harga: RM13.90

Terdapat di: Guardian 

3. The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution

The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution merupakan antara produk yang viral dalam TikTok kerana keberkesanannya dalam memutihkan ketiak hitam. Namun pastikan anda hanya menggunakannya secara berkala sahaja kerana penggunaan harian boleh menyebabkan iritasi dan keradangan kulit. Dengan asid glikolik sebagai ramuan utamanya, bahan ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan melembutkan tekstur kulit kasar. Manakal, akar ginseng dan ekstrak aloe vera pula membantu melegakan kerengsaan. 

Kelebihan:

  • Produk serbaguna
  • Mengandungi asid glikolik
  • Menyerap dengan pantas

Harga: RM80.00

Terdapat di:  Sephora

4. Kosas Sport Chemistry AHA Serum Deodorant

Kosas Sport Chemistry AHA Serum Deodorant yang merupakan antara deodoran terbaik menawarkan kelebihan dua dalam satu. Produk ini membantu mengawal bau badan serta memutihkan ketiak hitam dengan berkesan. Tambahan lagi, produk ini juga melegakan kerengsan kulit dan mengelakkan bulu yang tumbuh di bawah permukaan kulit.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi aluminium dan soda penaik
  • Dirumus dengan ramuan AHA seperti asid laktik, mandelik dan shikimic
  • Wangian botanikal seperti oren, ylang ylang, dan lavender 

Harga: RM 75.47

Terdapat di: Revolve 

5. Nature Republic Cotton Armpit Kit

Nature Republic Cotton Armpit Kit adalah produk rawatan yang diformulasi khas untuk memutihkan kawasan bahagian ketiak. Dengan proses dua langkahnya, produk ini mengandungi armpit wash dan juga brightening cream. Diperkaya dengan niacinamide dan ekstrak teh hijau, krimnya membantu melegakan iritasi dengan sensasi yang sejuk. 

Kelebihan:

  • Mengandungi dua produk yang merangkumi pembersih dan pelembap
  • Diperkaya dengan bahan yang membantu memutihkan kulit
  • Memberikan sensasi yang sejuk 

Harga: RM45.00

Terdapat di: Beauty Babe

6. Sol de Janeiro Brazilian Bum Bum Cream

Untuk mereka yang sedang mencari produk berasaskan pelembap untuk memutihkan ketiak dan badan, Sol de Janeiro Bum Bum Body Brazilian Bum Bum Cream adalah pilihan terbaik. Pelembap badan ini menggabungkan ramuan penting yang membantu melembutkan, menganjalkan serta memutihkan kulit agar tampak berseri. Produk ini merangkumi ramuan seperti ekstrak guaraná yang kaya dengan kafein,  mentega cupuaçu dan minyak kacang brazil. Produk ini mempunyai wangian Cheirosa 62 yang cukup wangi.

Kelebihan:

  • Wangian Cheirosa 62
  • Tidak meninggalkan kesan melekit
  • Melembutkan kulit serta-merta

Harga: RM108.00

Terdapat di: Sephora

7. Fenty Skin Cherry Dub Triple Action AHA Body Scrub

Inginkan kulit badan yang lembut dan cerah? Fenty Skin Cherry Dub Triple Action AHA Body Scrub menawarkan rumusan dengan pengelupasan tiga tindakan untuk melembutkan serta mencerahkan kulit. Produk ini dikuasakan dengan kombinasi bahan penting seperti ceri Barbados, AHA dan enzim buah-buahan seperti delima, betik dan nanas. 

Kelebihan:

  • Aroma ceri yang manis
  • Mencerahkan kulit badan agar tampak berseri
  • Melembutkan tekstur kulit yang kasar

Harga: RM160.00

Terdapat di: Sephora

8. Good Molecules Discoloration Correcting Body Treatment

Good Molecules Discoloration Correcting Body Treatment adalah rahsia untuk anda mendapatkan kulit badan yang lembut dan cerah. Pelembap badan ini mengandungi asid traneksamik yang membantu memudarkan pigmentasi, bintik-bintik hitam, tona kulit tidak sekata dan banyak lagi. Dengan tekstur yang cepat meresap, produk ini tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. 

Kelebihan:

  • Mudah meresap ke dalam kulit
  • Tidak mengandungi pewangi
  • Vegan

Harga: RM78.50

Terdapat di: Shopee

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.