Masalah liang pori besar boleh membuat anda berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan penghasilan jerawat, jeragat dan minyak berlebihan. Tanpa rutin penjagaan kulit yang konsisten dan berkesan, masalah ini akan terus berlarutan dan makin menjejaskan kulit dan keyakinan diri. Namun jangan bersedih! Ianya amat mudah diatasi dengan beberapa produk skincare yang dirumus khusus untuk masalah pori besar. Dalam artikel kali ini, Beauty Insider sedia berkongsi 15 produk untuk kecilkan pori agar wajah anda kelihatan lebih licin dan sihat!

Punca Pori Anda Kelihatan Lebih Besar

Produk untuk kecilkan pori

Masalah pori besar ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tak kira umur atau jantina. Oleh itu, ia amat penting untuk mengetahui puncanya terlebih dahulu sebelum anda mencuba pelbagai jenis produk.

Ini antara punca-punca pori besar di wajah:

  • Genetik: Sesetengah individu akan memiliki kulit yang semula jadi tebal dan berminyak. Oleh itu, pori mereka lebih mudah kelihatan di mata kasar.
  • Usia: Apabila kita semakin meningkat usia, wajah kita akan kehilangan kolagen dan keanjalan semula jadi. Disebabkan itu, pori di muka akan lebih kelihatan daripada sebelum ini.
  • Sinaran UV: Pendedahan pada sinaran UV bukan sahaja merosakkan kulit secara dalaman tapi ia juga boleh mengurangkan kelembapan, kolagen, keanjalan kulit yang secara sekaligus menyebabkan pori lebih mudah kelihatan.
  • Rutin penjagaan wajah yang tidak efektif: Kesan kotoran, debu, minyak, dan solekan yang tidak ditanggalkan oleh pembersih muka boleh menyebabkan pori anda tersumbat. Akhirnya, pori anda akan kelihatan lebih besar.

15 Produk Untuk Kecilkan Pori

1. Aiken Brightening & Pore Refining 10% AHA BHA PHA Triple Serum

Produk untuk kecilkan pori Aiken
Facts in a Flash
Aiken Brightening & Pore Refining 10% AHA BHA PHA Triple Serum
Main Function: Serum ini yang menggabungkan tiga jenis asid iaitu AHA, BHA, dan PHA dirumus untuk menyerikan kulit kusam dan mengecilkan liang pori

Rangkaian Brightening & Pore Refining dari Aiken cukup unik kerana ia menggunakan tiga jenis asid iaitu AHA, BHA, dan PHA untuk bukan sahaja mengecilkan pori tapi juga untuk mencerahkan kulit secara semula jadi. Formula yang berasaskan air ini juga membantu serum tersebut cepat diserap kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada wajah anda. Jika anda memakainya pada siang hari, pastikan anda sapukan sunblock secukupnya selepas pelembap muka bagi melindungi kulit secara optimum.

Harga: RM24.90

Terdapat di: Watsons

Final Verdict

4

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam
  • Membuang sel kulit mati, blackhead, whitehead, kotoran yang degil
  • Bebas daripada paraben, mineral oil, alkohol, pewarna, dan pewangi

Cons:

  • Perlu menggunakan pelindung suria jika digunakan pada waktu siang

2. Dr. Jart+ Pore-Remedy Purifying Mud Mask

Produk untuk kecilkan pori Dr. Jart+
Facts in a Flash
Dr. Jart+ Pore-Remedy Purifying Mud Mask
Main Function: Masker wajah yang diperkaya dengan lumpur ini membuang kotoran yang terkumpul dalam liang pori dan juga sel kulit mati tanpa menyebabkan sebarang iritasi

Sekali-sekala, kulit anda memerlukan sedikit TLC bagi membersihkannya dari segala kotoran yang terkumpul di liang pori. Dengan menggunakan masker wajah seperti Dr. Jart+ Pore-Remedy Purifying Mud Mask, kulit anda akan tampil lebih licin dan cerah. Ia mampu membuang sel kulit mati, blackhead dan mengecilkan pori besar tanpa menyebabkan iritasi pada kulit.

Harga: RM110.00

Terdapat di: Sephora

Final Verdict

4.5

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Sheet mask yang mudah untuk digunakan
  • Mengandungi AHA, antioksida, peptides, dan vitamin
  • Membantu mengatasi masalah kulit berminyak, pori tersumbat, dan tona kulit tidak sekata

Cons:

  • Harga yang agak mahal

3. Garden of Eden Rose T Anti-Acne Hydra Gel

Produk untuk kecilkan pori Garden of Eden
Facts in a Flash
Garden of Eden Rose T Anti-Acne Hydra Gel
Main Function: Pelembap muka gel ini membantu mengawal minyak untuk mengelakkan liang pori tampak besar dan minyak berlebihan

Masalah liang pori besar tentunya akan menyebabkan kulit anda lebih berminyak dari biasa. Untuk menyeimbangkan kulit, pastikan anda menggunakan pelembap muka yang mampu mengawal minyak seperti Garden of Eden Rose T Anti-Acne Hydra Gel. Teksturnya yang seakan gel dapat membantu kulit anda menyerapnya secara serta merta dan tidak memberikan rasa berat pada wajah. Ia juga mempunyai Tannins yang dapat mengatasi pori besar dan minyak berlebihan.

Harga: RM33.90

Terdapat di: Garden of Eden

Final Verdict

4

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Mengurangkan jerawat dan jeragat pada kulit
  • Mengandungi lapan jenis asid hyaluronik untuk melembapkan kulit
  • Menguatkan skin barrier

Cons:

  • Hanya ditawarkan dalam satu saiz sahaja

4. Wardah Acnederm Pore Refining Toner

Produk untuk kecilkan pori wardah
Facts in a Flash
Wardah Acnederm Pore Refining Toner
Main Function: Dirumus khas untuk menangani liang pori besar, toner ini menawarkan pelbagai kelebihan untuk kulit berjerawat dan berminyak

Hanya menggunakan pencuci muka tidak cukup bagi mengatasi masalah pori besar. Selesai sahaja membersihkan kulit, anda memerlukan toner yang dirumus khas untuk menangani liang pori besar seperti Wardah Acnederm Pore Refining Toner. Ia mempunyai Witch Hazel yang sudah dikenali sebagai bahan yang mampu mengatasi masalah pori.

Kelebihan:

  • Bebas daripada alkohol
  • Melembapkan kulit
  • Membuang kotoran berlebihan

Kekurangan: 

  • Mempunyai pewangi

Harga: RM13.50

Terdapat di: Guardian

5. Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash

Produk untuk kecilkan pori hada labo
Facts in a Flash
Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Main Function: Produk ini yang direka khas untuk kulit berminyak dan kombinasi membantu membersihkan kulit secara mendalam tanpa menyebabkan terasa kering

Satu lagi produk untuk kecilkan pori dari kotoran, debu, minyak, dan kesan solekan; Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash merupakan pencuci wajah yang mengandungi ekstrak teh hijau Jepun, bentonite clay, dan asid hyaluronik untuk membersihkan wajah secara mendalam tanpa mengeringkan wajah. Dengan setiap cucian, kulit anda akan tampil lebih bersih, lembut, dan lembap.

Kelebihan:

  • Tidak mengeringkan kulit dengan setiap cucian
  • Bebas daripada pewangi dan alkohol
  • Membantu mengawal masalah minyak berlebihan

Kekurangan: 

  • Kurang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis kering

Harga: RM29.90

Terdapat di: Watsons

6. Glow Recipe Watermelon Glow PHA + BHA Pore-Tight Toner

Produk untuk kecilkan pori glow recipe
Facts in a Flash
Glow Recipe Watermelon Glow PHA + BHA Pore-Tight Toner
Main Function: Toner pilihan ramai ini dirumus dengan PHA dan BHA yang berkesan memastikan kulit kekal terhidrat sambil menyingkirkan sel kulit mati agar tampak berseri

Kandungan asid PHA dan BHA dari Watermelon Glow PHA + BHA Pore-Tight Toner dapat membantu membersihkan pori anda secara lembut tanpa menyebabkan sebarang iritasi pada kulit. Ia juga mempunyai ekstrak tembikai, jus kaktus, dan asid hyaluronik untuk menghidratkan wajah anda dari dalam.

Kelebihan:

  • Membuang sel kulit mati, kotoran, kesan solekan dari pori
  • Melembap dan melembutkan kulit
  • Mempunyai aroma herba dan buah-buahan

Kekurangan: 

  • Harga yang mahal

Harga: RM182.00

Terdapat di: Sephora

7. Fresh Rose Pore-Minimizing Hydration Mist

Produk untuk kecilkan pori fresh
Facts in a Flash
Fresh Rose Pore-Minimizing Hydration Mist
Main Function: Produk ini yang boleh digunakan sebelum dan selepas solekan menawarkan pelbagai kelebihan untuk melembapkan wajah, melegakan kerengsaan kulit serta mengurangkan liang pori yang besar

Hanya dengan beberapa semburan, Fresh Rose Pore-Minimizing Hydration Mist dapat menyegarkan wajah anda sambil mengurangkan penampilan pori besar. Ia mengandungi ekstrak ros damask dan air mawar untuk membantu melembapkan kulit sambil membuat kulit kelihatan dewy sepanjang hari!

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan sebelum dan selepas makeup
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melegakan kulit dari iritasi

Kekurangan: 

  • Ditawarkan dalam satu saiz sahaja

Harga: RM120.00

Terdapat di: Fresh

8. Bio Essence Bio-Gold 24K Gold Rose Gold Water

Produk untuk kecilkan pori bio essence
Facts in a Flash
Bio Essence Bio-Gold 24K Gold Rose Gold Water
Main Function: Produk ini dirumus untuk memudarkan tanda-tanda penuaan pada wajah serta membersihkan liang pori dengan formulasinya yang mengandungi kepingan emas

Buat anda yang turut mengalami masalah garis halus, Bio Essence Bio-Gold 24K Gold Rose Gold Water merupakan produk yang wajib anda dalam rutin penjagaan wajah anda. Kepingan emas dan ekstrak Japanese Rose dan Eijitsu dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan sambil membersihkan pori secara berkesan.

Kelebihan:

  • Melembapkan dan melembutkan kulit
  • Mengurangkan garis halus
  • Mengurangkan penghasilan minyak berlebihan

Kekurangan: 

  • Saiz botolnya agak untuk digunakan di luar

Harga: RM89.90

Terdapat di: Lazada

9. Bioderma Sebium Pore Refiner

Produk untuk kecilkan pori bioderma
Facts in a Flash
Bioderma Sebium Pore Refiner
Main Function: Produk serbaguna ini direka khas untuk mengawal lebihan minyak dan mengelakkan liang pori tampak besar agar kulit anda kelihatan berseri

Pori yang besar bukan sahaja boleh membuatkan kulit anda menghasilkan minyak berlebihan tapi ia juga boleh menganggu solekan yang dipakai, membuatnya kelihatan bercapuk. Selain dari primer, anda boleh menggunakan Bioderma Sebium Pore Refiner yang berkesan untuk mengawal penghasilan minyak dan sebum sambil mengecilkan pori. Ia turut mempunyai asid salicylic yang mampu membuang sel kulit mati.

Kelebihan:

  • Mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan
  • Sesuai digunakan sebelum solekan
  • Melicinkan tekstur pada kulit

Kekurangan: 

  • Kemasan matte yang kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering

Harga: RM99.50

Terdapat di: Guardian

10. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Produk untuk kecilkan pori innisfree
Facts in a Flash
Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
Main Function: Masker dari jenama K-beauty yang popular ini membantu membersihkan wajah daripada segala kotoran dan lebihan minyak

Selain menggunakan pencuci wajah, masker juga amat disarankan bagi mengurangkan penampilan pori besar. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask antara produk yang sangat digemari di kalangan peminat K-Beauty kerana ia sangat berkesan untuk menarik segala kotoran yang tersumbat. Selepas membasuh muka, kulit anda akan terasa lebih bersih dan licin.

Kelebihan:

  • Menyejukkan dan mencerahkan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Membuang blackhead dan whitehead

Kekurangan: 

  • Menyebabkan kulit terasa kering selepas diguna

Harga: RM75.00

Terdapat di: Innisfree

11. Medicube Zero Pore Cream

Produk untuk kecilkan pori medicube
Facts in a Flash
Medicube Zero Pore Cream
Main Function: Pelembap wajah ini yang diperkaya dengan ekstrak botanikal menawarkan tiga kelebihan untuk mengurangkan lebihan minyak, mengecilkan liang pori dan mengawal kelembapan

Dirumus dengan Camellia japonica, cendawa Fomes Officinalis, dan ekstrak serai, Medicube Zero Pore Cream sangat berkesan untuk membantu mengecilkan pori sambil membekalkan kulit dengan hidrasi dan mengawal penghasilan minyak. Ia sangat sesuai digunakan untuk rutin AM dan PM kerana teksturnya yang tidak melekit.

Kelebihan:

  • Membekalkan kulit dengan antioksidan
  • Mencerahkan dan melembapkan kulit
  • Mengawal minyak berlebihan

Kekurangan: 

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM143.00

Terdapat di: Medicube

12. Hollaface Pore-Clarifying Brightening Serum

Produk untuk kecilkan pori hollaface
Facts in a Flash
Hollaface Pore-Clarifying Brightening Serum
Main Function: Serum ini membantu menyerikan kembali wajah tanpa kesan liang pori yang tampak besar dengan ramuan 5% niacinamide dan vitamin C

Jika anda seorang skincare-junkie, sudah tentu anda tahu bahawa Niacinamide antara bahan yang boleh membantu membasmi masalah liang pori besar. Hollaface Pore-Clarifying Brightening Serum ini telah dirumus dengan 5% Niacinamide dan Vitamin C bagi mengurangkan penghasilan minyak, mencerahkan kulit dan mengurangkan penampilan pori besar. Amalkan setiap hari dan anda dapat melihat kesannya!

Kelebihan:

  • Membaiki skin barrier yang telah rosak
  • Memudarkan bintik hitam
  • Menyeimbangkan penghasilan minyak dan sebum pada wajah

Kekurangan: 

  • Terdapat dalam satu saiz sahaja

Harga: RM34.90

Terdapat di: Hollaface

13. Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask

Produk untuk kecilkan pori skintific
Facts in a Flash
Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask
Main Function: Masker wajah ini mengandungi Mugwort dan Centella Asiatica yang membantu melegakan kerengsaan kulit sambil membersihkan wajah daripada kotoran, lebihan minyak dan sisa solekan

Kalau kulit anda sangat sensitif, tentu ia amat sukar mencari masker yang tidak akan menyebabkan sebarang iritasi, bukan? Seeloknya pilih masker yang mengandungi Mugwort dan Centella Asiatica seperti Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask. Selain mengurangkan kemerahan dan kegatalan, ia juga sangat berkesan untuk menyerap debu, sisa solekan, dan minyak berlebihan daripada kulit.

Kelebihan:

  • Melegakan kulit sensitif
  • Mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan
  • Tidak mengeringkan kulit

Kekurangan: 

  • Perlu digunakan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang nyata

Harga: RM59.00

Terdapat di: Shopee

14. Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum

Produk untuk kecilkan pori fenty skin
Facts in a Flash
Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum
Main Function: Produk dua dalam satu ini berfungsi sebagai toner dan juga serum untuk menyerikan kulit kusam, menganjalkan kulit dan mengecilkan liang pori

Produk dwiaksi ini bukan sahaja membantu mengecilkan pori tapi ia juga membantu mencerahkan dan melicinkan kulit. Bahan utamanya ialah Barbados Cherry yang mempunyai kandungan Vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren supaya kulit anda kelihatan lebih sekata dan cerah secara semula jadi. Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai Niacinamide yang seperti kita semua tahu… sangat berkesan untuk membasmi liang pori besar!

Kelebihan:

  • Mempunyai antioksidan
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan minyak berlebihan

Kekurangan: 

  • Harga yang mahal

Harga: RM163.00

Terdapat di: Sephora

15. LaF Tea Tree BHA Pore Blur Sleeping Mask

Produk untuk kecilkan pori laF
Facts in a Flash
LaF Tea Tree BHA Pore Blur Sleeping Mask
Main Function: Masker ini yang dirumus untuk dipakai sewaktu tidur membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mengecilkan liang pori, memastikan wajah anda tampak berseri dan sihat apabila bangun

Lain dari masker yang lain, LaF Tea Tree BHA Pore Blur Sleeping Mask merupakan produk yang tidak perlu dibasuh selepas memakainya. Ini kerana ia dirumus khas untuk waktu tidur. Selepas memakai krim pelembap, anda boleh menyapukannya ke seluruh wajah. Kandungan minyak daun tea tree dan BHA dapat membantu membuang sel kulit mati dan menjadikannya antara produk untuk kecilkan pori secara berkesan.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Tidak melekit dan berat
  • Melegakan iritasi pada kulit

Kekurangan: 

  • Boleh meninggalkan kesan pada bantal

Harga: RM56.50

Terdapat di: Guardian

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.


Make sure to follow Beauty Insider on Instagram and Facebook for the latest updates!