Berasal dari Korea Selatan, CosRX merupakan satu jenama yang tidak asing lagi buat penggemar produk skincare. Sejak 2014, ia antara jenama yang dipercayai ramai kerana mesra poket dan kulit sensitif. Selain itu, ia mempunyai bahan-bahan dan formulasi yang inovatif dan berkesan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Jika anda berasa pening dan rambang mata melihat pilihan yang ada, jangan risau! Kerana di sini, Beauty Insider memudahkan beban anda dan telah menyenaraikan 15 produk CosRX dan fungsinya.

15 Produk CosRX dan Fungsinya

1. CosRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Pernah viral di media sosial, CosRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence merupakan essence yang berupaya untuk menghilangkan bintik hitam, membaiki tekstur, membekalkan kelembapan, dan bertindak sebagai anti-penuaan pada kulit. Ia mempunyai 96.3% ekstrak rembesan siput yang tinggi dengan kolagen dan menjadi antara bahan utama dalam pelbagai produk skincare di Korea Selatan. Walaupun ia mempunyai tekstur yang melekit, ia cepat meresap pada kulit.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Menghilangkan bintik hitam pada kulit
  • Melegakan iritasi

Harga: RM84

Terdapat di: Althea

2. CosRX Propolis Light Ampoule

Jika kulit anda mempunyai pelbagai masalah seperti kekeringan, kekusaman, dan kegatalan, rawatankannya dengan beberapa titisan CosRX Propolis Light Ampoule. Bertindak seperti serum, ia mengandungi Propolis dari lebah hitam untuk membekalkan kulit dengan nutrisi dan antioksidan secukupnya agar kembali sihat dan lembap.

Kelebihan:

  • Mensekatakan tona kulit
  • Melegakan iritasi pada kulit
  • Memberikan hidrasi pada kulit

Harga: RM81

Terdapat di: i Beauty Today

3. CosRX AHA 7 Whitehead Power Liquid

Whitehead berlambak di wajah? Hapuskannya dengan CosRX AHA 7 Whitehead Power Liquid! Mengandungi tujuh peratus asid Glycolic yang mampu membuang sel kulit mati dari permukaan kulit, ia juga mampu mencerahkan kulit secara semula jadi. Pastikan anda hanya menggunakannya pada waktu malam kerana kandungan asid tersebut boleh menyebabkan iritasi pada kulit jika terdedah pada matahari.

Kelebihan:

  • Mengurangkan bintik hitam dan jerawat
  • Mensekatakan tona kulit
  • Menhapuskan garis halus pada wajah

Harga: RM59

Terdapat di: Zalora

4. CosRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

CosRX Low pH Good Morning Gel Cleanser merupakan pencuci muka yang mengandungi 0.5% BHA dan minyak tea tree untuk membersihkan kulit dari segala kotoran dan sisa solekan tanpa mengeringkan kulit. Dengan kadar pH yang seimbang, ia juga dapat membantu menyeimbangkan kadar minyak dan air pada wajah anda. Setiap cucian, kulit anda terasa bersih dan lebih anjal!

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah jerawat, whitehead, dan blackhead pada kulit
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Mengurangkan minyak pada wajah

Harga: RM28

Terdapat di: Crown Clinic

5. CosRX Galactomyces 95 Tone Balancing Essence

Untuk kulit kusam dan kering, CosRX Galactomyces 95 Tone Balancing Essence merupakan produk CosRX yang sesuai buat anda. Ia mempunyai Galactomyces Ferment Filtrate dan Niacinamide yang sangat berkesan untuk mencerahkan kulit sambil bahan seperti Panthenol pula memberikan hidrasi secukupnya. Ia juga tidak mempunyai tekstur yang berat, menjadikannya essence yang sesuai dipakai ketika waktu siang.

Kelebihan:

  • Mencerahkan kulit
  • Mensekatakan tona kulit
  • Melembapkan kulit

Harga: RM59

Terdapat di: Captain Beauty

6. CosRX The Vitamin C 23 Serum

Gabungan asid hyaluronik dan vitamin E menjadikan CosRX The Vitamin C 23 Serum produk vitamin C yang tidak terlalu mengeringkan dan sesuai untuk kulit sensitif. Selain itu, ia juga terbukti untuk mengurangkan kemerahan dan meningkatkan keserian wajah. Kalau wajah anda kelihatan kusam, maka ini produk CosRX yang kami amat sarankan buat anda!

Kelebihan:

  • Mengurangkan pori besar
  • Menghapuskan bintik hitam
  • Mencerahkan kulit

Harga: RM117.93

Terdapat di: Revolve

7. CosRX Blackhead Power Liquid

Buat anda yang mempunyai masalah liang pori besar dan tersumbat, jangan pula tonyoh muka dengan skrub tau, ia boleh menyebabkan iritasi dan jerawat. Sebaliknya, cuba CosRX Blackhead Power Liquid yang mengandungi Betaine Salicylate (BHA) dan air Willow Bark untuk membersihkan pori secara lembut dan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.

Kelebihan:

  • Mengurangkan liang pori besar
  • Mensekatakan tona kulit
  • Melembapkan kulit

Harga: RM83

Terdapat di: Watsons

8. CosRX Full Fit Propolis Synergy Toner

Rangkaian Propolis dari CosRX cukup digemari di kalangan mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Ini satu lagi produk, CosRX Full Fit Propolis Synergy Toner kaya dengan ekstrak madu dan gabungan dua jenis Propolis untuk melegakan iritasi dan melembapkan kulit secara lebih mendalam. Hasilnya? Kulit anda kelihatan lebih anjal dan berseri sepanjang hari!

Kelebihan:

  • Mengurangkan kemerahan dan kegatalan pada wajah
  • Membekalkan nutrisi pada kulit
  • Memberikan hidrasi pada wajah

Harga: RM69.10

Terdapat di: Shopee

9. CosRX Hyaluronic Acid Intensive Cream

Kulit terasa kering dan gatal? Sapukan sedikit CosRX Hyaluronic Acid Intensive Cream untuk melegakannya secara serta merta. Pelembap muka ini mengandungi 3,000ppm asid hyaluronik untuk melembapkan dan mengurangkan garis halus pada wajah, menjadikan kulit anda lebih anjal dari sebelum ini.

Kelebihan:

  • Tidak melekit pada wajah
  • Melembutkan kulit
  • Memastikan kulit kekal lembap sepanjang hari

Harga: RM85

Terdapat di: Otta

10. CosRX Advanced Snail 92 All In One Cream

Ini salah satu produk CosRX dan fungsinya ialah ia bertindak sebagai krim pelembap buat anda yang mempunyai masalah kulit kusam dan sensitif. Dirumus dengan 92% ekstrak rembesan siput, krim ini bertindak melembapkan kulit sambil menghapuskan bintik hitam pada wajah. Selain itu, ia juga sangat bagus untuk melawan tanda-tanda penuaan kerana kaya dengan kolagen dan antioksidan.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Meningkatkan keanjalan kulit

Harga: RM83

Terdapat di: Watsons

11. CosRX Aloe Soothing Sun Cream

CosRX Aloe Soothing Sun Cream merupakan sunscreen yang sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Ia mengandungi ekstrak lidah buaya yang bertindak untuk melegakan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia juga tidak meninggalkan sebarang kesan putih pada wajah seperti sunscreen lain di pasaran.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Tidak meninggalkan kesan putih pada wajah
  • Melindungi kulit dari sinaran UV

Harga: RM30.80

Terdapat di: Beauty Babe

12. CosRX Acne Pimple Master Patch

Alamak! Jerawat tiba-tiba timbul? Jangan picit pula, nanti makin teruk jadinya! Sebaliknya, tampalkan kepingan CosRX Acne Pimple Master Patch. Tidak sama seperti pimple patches yang lain, ia diperbuat menggunakan Hydrocolloid untuk menyerapkan minyak berlebihan dan kotoran dari jerawat, sekaligus mengurangkannya. Jerawat anda juga tidak akan bertambah teruk kerana ia dilindungi dari bakteria dan kotoran.

Kelebihan:

  • Mempunyai tiga jenis saiz
  • Mengurangkan risiko parut jerawat
  • Menyerap kotoran dari jerawat

Harga: RM29.90

Terdapat di: Beauty Spot

13. CosRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser

Pencuci muka CosRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser menjadi pilihan buat mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit berminyak. Kandungan asid Salicylic dan ekstrak botani membantu membersihkan wajah sambil membuang segala kotoran dan sel kulit mati dari permukaan wajah. Sambil itu, ia juga tidak mengeringkan muka selepas setiap cucian.

Kelebihan:

  • Mengurangkan jerawat dari kulit
  • Melembutkan kulit
  • Menyeimbangkan penghasilan minyak pada wajah

Harga: RM48

Terdapat di: Threebs

14. CosRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Tampil flawless dan berseri dengan hanya beberapa semburan CosRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner. Produk ini mempunyai kandungan asid AHA dan BHA yang rendah, sesuai untuk diamalkan secara harian samada untuk rutin pagi atau malam anda. Ia bertindak untuk membuang sel kulit mati dan menghalang pembentukkan jerawat, whitehead, dan blackhead.

Kelebihan:

  • Mensekatakan tona kulit
  • Mengurangkan liang pori besar dan jerawat
  • Melembapkan kulit

Harga: RM49

Terdapat di: Drugstore

15. CosRX Hydrium Watery Toner

Toner yang bagus untuk kulit kering, CosRX Hydrium Watery Toner cepat diserap namun membekalkan kulit dengan kelembapan yang berpanjangan. Gabungan asid hyaluronik, Allatonin, dan D-panthenol turut dapat membantu melegakan iritasi dan mengelakkan kulit anda dari kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Kelebihan:

  • Meningkatkan tahap kelembapan pada kulit
  • Melegakan kegatalan, kemerahan, dan keradangan pada wajah
  • Melembutkan kulit

Harga: RM69.10

Terdapat di: Glam Pick

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.