Bosan dengan rambut anda? Pasti ramai daripada kita yang boleh memahami perkara sedemikian! Kadang kala, penggayaan rambut sahaja tidak mencukupi! Lagipun, orang ramai pasti tertarik untuk mencuba pelbagai jenis warna rambut berlainan yang mengikut musim trend terkini. Tidak kira jika anda meminati selebriti ataupun influencer, rata-rata daripada mereka seringkali menggayakan style rambut yang agak trendy, bukan? Walaupun, kita hampir di penghujung tahun, ianya tidak bermakna anda harus menggayakan warna asal anda sahaja. Dengan keadaan pandemik kini, lebih ramai para Beauties yang mencuba pelbagai warna rambut yang agak bold dan terang juga seperti pink, kelabu ataupun platinum. Tidak dinafikan, situasi sekarang membuat kita lebih kreatif dan berani mencuba style baharu. Jika anda inginkan perubahan nyata, sudah tiba masanya anda mewarnakan rambut anda! Beauty Insider telah menyenaraikan 10 trend warna rambut 2021 yang sesuai untuk semua wanita.

13 Warna Rambut 2021 yang Pasti Membuatkan Anda Tampak Lebih Trendy dan Stylish!

1. Ash Grey

https://www.instagram.com/p/CTr3iQOvhc7/

Walaupun Ash Grey menjadi pilihan ramai pada tahun lepas, nampaknya ianya masih trendy pada tahun. Lagipun ianya disukai oleh ramai wanita di Asia, kerana ianya sesuai dengan semua rona kulit dan juga tampak tidak keterlaluan. Malahan, warna Ash Grey ini juga membuatkan anda nampak lebih chic dan juga edgy. Untuk mereka yang ingin membuat perubahan gaya tanpa perlu maintain secara berlebihan, anda harus mencuba warna yang trendy pada tahun 2021 ini.

2. Pelangi

https://www.instagram.com/p/CQOsfVZJwem/?utm_source=ig_embed&ig_rid=4d42dc92-0b8b-40d1-9d8f-7bdedc21f2e6

Bagi mereka yang lebih berani dan ingin mencuba sesuatu yang lebih fresh, warna pelangi sesuai untuk anda! Jika anda ingin mencuba warna rambut ini pastikan ianya tampak tidak terlalu keterlaluan. Anda boleh maklumkan kepada penggaya rambut anda untuk memastikan warnanya seimbang dan agak pudar. Ianya sesuai untuk mereka yang berambut panjang mahupun lob. Jika anda masih tercari-cari gaya rambut 2021 yang trendy, kami sarankan anda mencuba style ini.

3.Lilac

warna-rambut
Photo by Kareya Saleh on Unsplash

Antara warna rambut pada 2021 yang menjadi pilihan ramai ialah lilac! Walaupun ianya tampak agak terang, warna ini amat sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih trendy. Ramai yang mencubanya setelah Kylie Jenner menggayakan warna rambut ini pada Met Gala 2019. Namun, untuk memastikan anda mendapat hasil yang bagus, anda seharusnya mewarnakan rambut anda di salon berdekatan. Pastikan anda menggunakan produk penjagaan rambut yang bersesuaian untuk memastikan warnanya tahan lebih lama.

4. Chunky Highlights

https://www.instagram.com/p/CEuMWbSDb_v/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ec308eb1-1dae-46f9-bc8b-d012ba8213a6

Apabila Jennie dari Blackpink menggayakan style rambut ini, ianya terus menjadi viral dan ramai selebriti turut mencubanya. Chunky highlights ini pada asalnya merupakan trend pada tahun 90an, namun ianya telah menjadi trendy kembali pada tahun ini. Untuk warna rambut ini, ianya amat fleksibel kerana anda boleh memilih warna yang bersesuaian dengan anda. Malahan, anda juga boleh menggabungkan dua warna yang berbeza untuk kesan lebih dramatik. Lagipun ianya sesuai jika anda tidak mahu mewarnakan seluruh rambut anda. Hanya dengan chunky highlights, anda pasti tampak lebih menawan!

5. Pastel Pink

https://www.instagram.com/p/CRQchWLFnZW/

Untuk anda yang bubbly seperti bintang Kpop, Hyuna, warna pastel pink ini pasti menyerlahkan kecantikan anda! Walaupun ianya agak dramatik, warna rambut trendy pada tahun 2021 ini menjadi pilihan ramai pada waktu pandemik. Terutamanya bagi mereka yang ingin bereksperimen dengan gaya rambut. Ianya merupakan salah satu trend pada musim bunga 2021 ini. Jika anda inginkan kelainan, pastel pink pasti membantu anda mendapatkannya. Namun, anda juga boleh menggayakannya dengan cara anda tersendiri. Jika anda rasa warna pastel pink terlalu terang, anda boleh memilih warna yang lebih pudar atau subtle.

6. Blonde

https://www.instagram.com/p/CGiLrGcp2RJ/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5dab6b2a-b4a7-454e-9b33-8b51ddd287ef

Walaupun warna rambut blonde sentiasa menjadi pilihan ramai, ianya merupakan trend pada tahun 2021. Anda boleh mencuba beberapa jenis style warna rambut blonde seperti buttery blonde, honey blonde, bright blonde mahupun rooty blonde. Kami cadangkan anda berbincang dengan hairstylist anda terlebih dahulu untuk memastikan warna rambut yang sesuai dengan gaya anda. Warna rambut blonde mungkin memerlukan penjagaan yang lebih rapi, namun ianya pasti membuatkan anda lebih edgy.

7. Copper Red

https://www.instagram.com/p/CT2HVNwgqKh/

Seterusnya, warna rambut 2021 yang anda harus cuba ialah copper red! Apabila Gigi Hadid membuat kemunculan di red carpet Met Gala 2021, ramai yang memuji warna rambutnya! Diinspirasi dari drama Queen’s Gambit, model terkemuka ini tampak ala Jessica Rabbit. Untuk mereka yang ingin tampak lebih fashionable, warna rambut copper red ini sesuai kerana ianya sesuai untuk semua jenis tona kulit dan juga solekan. Jika anda ingin mencubanya, pastikan anda menggunakan produk penjagaan rambut yang diformulasi untuk rambut yang berwarna.

8. Dyed Bangs

https://www.instagram.com/p/CG-bz2_Jhcd/?utm_source=ig_embed&ig_rid=08ebcb46-b952-4c45-ba4d-784fc980464d

Jika sebelum ini ramai yang mencuba chunky highlights, kini ramai golongan dari beauty community yang menyukai dyed bangs. Anda boleh mencuba beberapa jenis warna rambut seperti blonde, hijau, pink ataupun copper red. Ianya juga sesuai untuk anda menyerlahkan ciri-ciri wajah anda. Kami cadangkan agar anda memohon penggaya rambut anda untuk membuat penambahan seperti highlight di bahagian bawah rambut juga. Dengan gaya rambut ini, anda tidak perlu menggayakan rambut anda secara berlebihan.

9. Ombre

https://www.instagram.com/p/CJy8vnKrx0C/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ac4672de-25a5-4b47-8185-ff7bac2b8e4e

Warna ini lebih dikenali sebagai melted kerana ianya menggunakan beberapa campuran warna seperti blonde, copper dan juga strawberry untuk kesan yang halus. Gaya rambut ini memberikan kesan ombre yang bermula dengan warna yang gelap di akar rambut dan ianya bertukar kepada warna yang jauh lebih cerah di bahagian hujung rambut. Pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan penggaya rambut anda kerana warna rambut ini lebih menekankan unsur teknik. Lagipun, anda juga perlu memiliha warna yang sesuai dengan anda.

10. Fantasy Blue

Photo by Luis Quintero from Pexels

Jika anda tergolongan dalam kalangan yang tidak berapa menyukai warna pastel pink, anda boleh memilih warna biru sebagai alternatif. Walaubagaimanapun, fantasy blue ini bukanlah warna rambut yang sesuai untuk semua orang. Ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang kepucatan. Anda juga harus memastikan rambut anda tidak mempunyai sebarang tona kuning kerana ianya boleh berubah menjadi kehijauan. Warna rambut biru ini mungkin mengambil lebih memerlukan penjagaan rapi, tetapi ianya pasti berbaloi.

11. Silver Blonde

https://www.instagram.com/p/CUVfT8evItc/

Silver blonde merupakan antara warna pada 2021 yang dipilih oleh L’Oreal sebagai gaya terkini. Ianya juga gaya pilihan ramai selebriti dan influencer. Untuk mereka yang mengalami masalah rambut beruban, silver blonde juga sesuai untuk anda kerana ianya membantu menyembunyikannya. Selain itu, warna ini sesuai untuk semua jenis gaya rambut. Ingin perubahan sekelip mata? Pastikan anda mencuba warna silver blonde ini untuk musim seterusnya.

12. Rambut Hitam Bersinar

https://www.instagram.com/p/CTZOBrYhcT6/

Kadang kala, kita tidak memerlukan warna rambut yang terang mahupun keterlaluan untuk menyerlahkan gaya kita. Rambut hitam bersinar, pasti membuat sesiapa sahaja tampak menawan. Karina, bintang Kpop kumpulan Aespa ini cukup dikenali dengan rambutnya yang tampak bersinar dan sihat. Oleh itu, jika anda mahu kekalkan warna asal anda, black diamond sesuai untuk anda. Anda boleh maklumkan kepada penggaya anda untuk mencuba campuran warna rambut hitam dan gloss untuk mendapatkan kesan bersinar ini. Yang paling penting, ianya tidak memerlukan penjagaan rapi, sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang mudah tetapi kesan dramatik.

13. Kelabu

https://www.instagram.com/p/CUa_L9js2rj/

Rata- rata daripada kita lebih suka menyembunyikan uban, bukan? Ramai yang mencuba mewarnakan rambut ataupun produk rambut untuk mengelakkan uban. Namun, trend pada 2021 ini menunjukkan bahawa ramai yang lebih menyukai menggayakan warna asal mereka dan ianya termasuk membiarkan uban tampak kelihatan. Semasa proses mewarnakan rambut, penggaya anda akan mencampurkan warna asal anda dengan kelabu. Setelah itu, proses gloss akan dilakukan untuk memastikan rambut anda kelihatan bersinar dan juga menghalang uban anda berubah kepada kuning.

Pernahkah anda mencuba gaya yang kami senaraikan di atas? Sila komen di bawah! Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkini mengenai kecantikan!