Untuk peminat kecantikan, retinol merupakan antara ramuan yang popular dalam produk penjagaan wajah. Diketahui dengan sifat anti-penuaannya, retinol menawarkan kelebihannya dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan yang jelas tampak kelihatan di wajah seperti garis-garis halus dan kedutan. Malahan, ramuan ini boleh dikatakan sebagai holy grail kerana kebaikannya dalam mengatasi beberapa masalah kulit yang lain. Walaupun anda masih berada di usia 20an ataupun 30an, penggunaan serum retinol amatlah penting untuk mengurangkan masalah kedutan di kemudian hari. Jom lihat senarai serum retinol pilihan kami yang menjadi kegemaran ramai. 

Apakah fungsi retinol?

Photo by Karolina Grabowska on Pexels

Retinol merupakan sejenis retinoid yang berasal daripada vitamin A. Bahan ini juga merupakan salah satu ramuan yang seringkali digunakan dalam produk penjagaan kulit. Dengan molekul kecilnya, retinol menyerap dengan jauh ke dalam lapisan tengah kulit untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, ramuan ini membantu meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen agar, membuatkan kulit anda tampak anjal. 

Selain mengurangkan liang pori yang tampak besar, retinol juga mengawal jerawat, memudarkan cela serta mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan. Tambahan lagi, retinol juga merangsang proses eksfoliasi kulit untuk memastikan tona sekata dan melembutkan kulit wajah. 

Apakah Kebaikkan dan Kesan Sampingan Akibat Penggunaan Retinol?

Photo by cottonbro studio on Pexels

Retinol merupakan ramuan yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti:

  • Jerawat
  • Tanda-tanda penuaan
  • Bintik-bintik hitam 
  • Tona kulit tidak sekata

Walaubagaimanapun, penggunaan retinol juga boleh membuatkan anda mengalami beberapa kesan sampingan seperti kulit kering, iritasi, kegatalan, kemerahan dan juga kulit mengelupas. Namun, jika anda masih mengalami kerengsaan pada kulit atau ingin menggunakan retinol, anda disarankan agar untuk berbincang dengan pakar dermatologi terlebih dahulu. 

Cara-cara Menggunakan Retinol 

Untuk mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam menggunakan produk berasaskan retinol, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang betul apabila menggunakannya. Sebelum anda menggunakan sesuatu produk, pastikan anda uji dahulu kesan reaksi pada bahagian tangan. 

Jika anda tidak mengalami sebarang kesan sampingan, anda boleh menambah produk berasaskan retinol tersebut ke dalam rutin penjagaan wajah anda secara berselang-seli sebelum meningkatkan kekerapannya. Yang paling penting, elakkan menggunakan produk vitamin C dan retinol bersama serta penggunaan retinol disarankan pada waktu malam kerana ia boleh membuatkan kulit anda menjadi sensitif pada cahaya matahari. 

Bacalah arahan pada label produk tersebut terlebih dahulu. Meskipun setiap produk mempunyai arahan yang berbeza, langkah-langkah yang menggunakan retinol secara umum adalah:

  • Bersihkan wajah anda terlebih dahulu dan jangan menggunakan skrub jika anda ingin menggunakan retinol
  • Sapukan retinol tersebut dalam lapisan yang nipis di seluruh wajah dan elakkan kawasan mulut serta mata
  • Gunakan pelembap wajah yang tidak komedogenik

Senarai Serum Retinol Terbaik di Malaysia 2023

1. Sunday Riley A+ High-Dose Retinoid Serum

Dengan rating sebanyak 4.2 bintang, Sunday Riley A+ High-Dose Retinoid Serum merupakan antara serum retinol terbaik pilihan ramai. Produk ini mengandungi 6.5% larutan campuran retinoid yang distabilkan, ekstrak botanikal dan retinol-alternatif. Rumusan bahan-bahan berkualitinya seperti CoQ10 membantu memperbaiki kulit akibat penuaan. Manakala campuran madu putih Hawaii, bisabolol, ekstrak kaktus dan halia pula mengurangkan kerengsaan kulit serta memastikan tona sekata. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Bebas paraben dan pewangi
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan

Harga: RM399.00

Terdapat di: Sephora

2. Dr. Dennis Gross Advanced Retinol+Ferulic Texture Renewal Serum

Diperbuat dengan Phyto-Retinol Blend™, Dr. Dennis Gross Advanced Retinol+Ferulic Texture Renewal Serum menampilkan formulasi yang membantu mengurangkan cela pada wajah serta garis-garis halus dan kedutan. Diperkaya dengan retinol, bakuchiol dan asid ferulik, ramuan ini berkerjasama secara sinergi untuk meningkatkan keserian wajah. Manakala, asid hyaluronik dan squalane pula memastikan kulit kekal lembap sentiasa. 

Kelebihan:

  • Melembutkan dan merawat tekstur kulit wajah kasar
  • Memudarkan cela dan tanda-tanda penuaan
  • Dirumus dengan asid hyaluronik dan squalane untuk melembapkan kulit 

Harga: RM380.00

Terdapat di: Sephora 

3. Olay Retinol24 Night Serum With Retinol & Vitamin B3

Bagi mereka yang lebih menyukai serum retinol yang terdapat di drugstore, Olay Retinol24 Night Serum With Retinol & Vitamin B3 harus menjadi pilihan anda. Ia diformulasi dengan gabungan proprietari kompleks niacinamide dan retinol. Rumusan bebas pewanginya meresap jauh ke dalam kulit untuk mencerahkan kulit kusam, memudarkan cela dan mengurangkan kedutan. Diperkaya dengan bahan yang melembapkan, produk ini memberikan kelembapan intensif selama 24 jam agar kulit anda tampak anjal. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk penggunaan harian
  • Bebas pewangi dan pewarna
  • Memberikan kelembapan selama 24 jam 

Harga: RM109.90

Terdapat di: Watsons 

4. La Roche Posay Retinol B3 Serum

La Roche Posay Retinol B3 Serum mempunyai formulasi unik dengan retinol (pure + gradual release) yang digabungkan dengan vitamin B3 yang kesan optimum. Serum retinol ini sesuai untuk mereka yang mengalami tanda-tanda penuaan kerana produk ini membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan. Selain itu, ia turut membantu masalah tona kulit tidak sekata. Gliserin pula memastikan kulit kekal lembap dan vitamin B3 menguatkan lapisan perlindungan kulit, sekali gus mengurangkang kerengsaan yang dialami. 

Kelebihan:

  • Tekstur yang ringan 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Formulasi yang lembut pada kulit 

Harga: RM189.90

Terdapat di: Watsons 

5. Peter Thomas Roth Retinol Fusion PM Night Serum

Peter Thomas Roth Retinol Fusion PM Night Serum menawarkan kandungan retinol sebanyak 1.5% yang meresap ke dalam kulit secara berperingkat untuk mengelakkan kerengsaan. Dengan rumusan vitamin C dan E, serum retinol ini menggalakkan proses pembaharuan kulit. Manakala, agen humektan pula mengurangkan iritasi dan kemerahan pada kulit. Serum retinol kegemaran ramai ini membantu melembutkan kulit kasar, mengurangkan kedutan dan merangsang pembentukan kolagen. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak menyebabkan kerengsaan
  • Kandungan retinol yang tinggi

Harga: RM336.00

Terdapat di: Sephora

6. The Ordinary Retinol 0.5% in Squalane

Anda tidak semestinya perlu berbelanja lebih kerana The Ordinary Retinol 0.5% in Squalane merupakan antara serum retinol terbaik yang murah dan juga efektif. Diperkaya dengan 0.5% retinol, ramuan ini mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kulit wajah yang tampak tidak sekata. Squalene pula merupakan agen pelembap yang memastikan kulit anda kekal terhidrat tanpa kesan kerengsaan. 

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Tidak mengandungi paraben, pewangi dan sulfate
  • Diperkaya dengan squalene 

Harga: RM50.00

Terdapat di: Sephora

7. First Aid Beauty Skin Lab Retinol Serum .25% Pure Concentrate

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, pastinya agar sukar untuk mencari serum retinol terbaik yang bersesuaian dengan kulit anda. Usah risau kerana First Aid Beauty Skin Lab Retinol Serum .25% Pure Concentrate mempunyai rumusan yang lembut tetapi masih efektif. Dengan campuran retinol dan peptide, ramuan ini membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menganjalkan kulit wajah agar tampak berseri. Selain itu, ia turut mengandungi asid hyaluronik, vitamin C, vitamin E ceramide, allantoin, ekstrak aloe vera dan oatmeal koloid untuk memastikan kulit kekal sihat. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Bebas daripada bahan-bahan iritasi
  • Mengandungi bahan yang membantu melegakan kerengsaan

Harga: RM268.00

Terdapat di: Sephora 

8. The Inkey List Retinol Serum

Retinol Serum dari jenama The Inkey List ini merupakan antara serum retinol terbaik yang diketahui keberkesanannya. Produk ini menampilkan bahan retinol yang meresap secara berperingkat untuk mengelakkan kerengsaan kulit. Diperkaya dengan retinol sebagai bahan utamanya, produk ini sesuai untuk masalah kulit seperti tanda-tanda penuaan, pigmentasi dan tona tidak sekata. Rumusannya bukan sahaja bebas daripada bahan iritasi, malahan ia juga vegan. 

Kelebihan:

  • Vegan
  • Harga murah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM60.00

Terdapat di: Sephora 

9. Kiehl’s Micro-Dose Anti-Aging Retinol Serum with Ceramides and Peptide

Kiehl’s Micro-Dose Anti-Aging Retinol Serum with Ceramides and Peptide mengandungi dos retinol yang tinggi untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, agar wajah anda tampak anjal. Selain itu, rumusannya juga merangkumi campuran ceramide dan peptide yang memberikan kelebihan tersendiri. Walaupun formulasinya lembut pada kulit, ia amat efektif dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan cela dan melembutkan tekstur kulit yang kasar. 

Kelebihan:

  • Bebas daripada paraben, pewangi dan minyak mineral
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Kandungan dos retinol yang tinggi 

Harga: RM 360.00

Terdapat di: Laman website Kiehl’s 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.