Masalah mulut berbau sudah semestinya memberi kesan kepada keyakinan diri anda. Meskipun tampak kurang penting, penjagaan mulut bukan sahaja membantu anda berkomunikasi dengan orang lain dengan yakin, malahan kekotoran pada bahagian mulut sebenarnya boleh meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular seperti jantung dan juga alzheimer. Selain amalan gaya hidup sihat, anda juga harus mengamalkan penjagaan mulut yang komprehensif untuk memastikan keadaan gigi dan gusi anda dalam baik. Namun, bagaimana pula jika anda ingin mencegah masalah mulut berbau apabila berada di luar? Dengan menggunakan penyegar mulut atau mouth spray, anda dapat memastikan nafas anda berbau harum dalam sekali penggunaan sahaja. Jom tengok senarai penyegar mulut terbaik pilihan ramai ini.

Apakah Kebaikkan Menggunakan Penyegar Mulut?

Photo by Karolina Grabowska on Pexels

Penyegar mulut atau juga dikenali sebagai mouth spray atau breath spray direka untuk mengurangkan kekeringan mulut dan juga menyegarkan nafas. Produk ini bertindak sama seperti pengkumur mulut yang membantu melembapkan mulut anda dan menghalang nafas daripada berbau selama beberapa jam. Antara kebaikkan menggunakan penyegar mulut adalah seperti berikut:

  • Saiznya yang kompak membolehkan anda membawanya ke mana-mana sahaja
  • Penyegar mulut membantu melembapkan mulut anda untuk mengurangkan masalah mulut kering contohnya kesukaran bercakap, mengunyah atau menelan
  • Mengurangkan risiko kaviti, masalah gusi dan jangkitan akibat bakteria

Senarai Penyegar Mulut Terbaik di Malaysia 2023

1. Listerine PocketMist Cool Mint

penyegar-mulut-terbaik

Listerine PocketMist Cool Mint merupakan penyegar mulut terbaik dalam senarai pilihan kami. Rumusannya membantu membunuh 99 peratus bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Dengan saiznya yang kompak, penyegar mulut ini muat di dalam poket kecil anda dan mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini turut menawarkan sehingga 140 kali semburan dengan bau pudina. 

Kelebihan:

  • Saiz poket yang kecil
  • Menghalang nafas berbau dengan pudina yang segar
  • Tahan lama

Harga: RM26.90

Terdapat di: Watsons 

2. Difflis Herbal Mouthspray 

penyegar-mulut-terbaik-difflis

Difflis Herbal Mouthspray diperkaya dengan kombinasi tujuh ekstrak botanikal seperti propolis dan echinacea. Ramuan ini membantu memberikan kebaikkan menyeluruh kepada kesihatan gigi, gusi dan mulut anda dengan sifat anti-radang, antibakteria dan antivirus. Penyegar mulut ini juga memberikan sensasi penyejukkan dan kesegaran untuk mulut anda serta meningkatkan pertahanan secara semula jadi untuk mencegah masalah berkaitan gigi dan gusi.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak botanikal
  • Memberikan sensasi yang sejuk
  • Meningkatkan pertahanan secara semula jadi

Harga: RM27.00

Terdapat di: Guardian 

3. Pearlie White Breath Spray Cool Mint

penyegar-mulut-terbaik-pearlie-white

Pearlie White Breath Spray Cool Mint menampilkan rumusan bebas alkohol yang membantu menghilangkan nafas berbau dalam satu kali penggunaan. Penyegar mulut ini mengandungi bahan-bahan penting seperti minyak tree tea, eucalyptus dan juga xylitol. Produk ini juga tidak dirumus dengan paraben, sulphates, PEG dan PPG. Dengan semburan sebanyak 100 kali penggunaan, anda boleh gunakannya untuk jangka masa lama. 

Kelebihan:

  • Saiz yang diluluskan oleh syarikat penerbangan
  • Tidak mengandungi alkohol
  • Tahan sehingga 100 kali semburan

Harga: RM15.94

Terdapat di: Watsons

4. ORA2 Me Mouth Spray

penyegar-mulut-terbaik-ora2

Bosan dengan rasa pudina? Pastikan anda mencuba ORA2 Me Mouth Spray yang ditawarkan dalam lapan pilihan rasa yang menakjubkan. Selain cool mint, terdapat juga pilihan lain seperti citrus mint, juicy peach, cool cider, red grapefruit, raspberry mint, dan muscat mint. Dengan formulasi anti-bakteria, pewangi mulut ini membantu menghalang nafas berbau dengan serta-merta. 

Kelebihan:

  • Pilihan perasa yang unik
  • Mencegah nafas berbau
  • Saiz yang kecil

Harga: RM13.90

Terdapat di: Watsons 

5. Betadine Sore Throat Spray

penyegar-mulut-terbaik-betadine

Betadine Sore Throat Spray direka khas untuk mereka yang mengalami masalah sakit tekak. Diperkaya dengan povidone-iodin, bahan aktif ini membantu membunuh kuman untuk mencegah jangkitan bakteria serta virus yang menyebabkan sakit tekak. Berbanding penyegar mulut terbaik yang lain, produk ini berkesan melegakan sakit tekak dengan pantas. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk melegakan sakit tekak
  • Mengandungi bahan aktif povidone-iodin
  • Membunuh bakeria dan juga virus

Harga: RM60.82

Terdapat di: Watsons 

6. Protectist Zensil Mouth Spray 

penyegar-mulut-terbaik-protectist

Penyegar mulut terbaik seterusnya dalam senarai kami adalah Protected Zensil Mouth Spray. Formulasinya memberikan tiga tindakan yang membantu melegakan tekak yang gatal, menyegarkan nafas yang berbau dan mengurangkan sakit tekak. Produk ini dirumus dengan ramuan yang penting seperti ekstrak aloe vera, madu, propolis, eucalyptus dan minyak pati lemon. Anda hanya perlu semburkan sebanyak dua sehingga tiga kali untuk kesegaran serta-merta. 

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi alkohol 
  • Diperbuat dengan madu dan juga propolis
  • Melegakan kegatalan tekak

Harga: RM58.00

Terdapat di: Eldon

7. Ultrafresh Breath Spray Fresh Mint

penyegar-mulut-terbaik-ultrafresh

Rasai kesegaran nafas yang berkesan menghilangkan bau mulut dengan Ultrafresh Breath Spray Fresh Mint. Penyegar mulut ini mencegah masalah nafas berbau dan membuatkan mulut anda terasa segar dengan rasa pudinanya. Dengan saiznya yang kecil, produk ini mudah untuk dibawa apabila anda di luar. Yang paling best, ia juga tidak mengandungi gula. 

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi gula
  • Membunuh bakteria yang menyebabkan bau mulut
  • Kesan kesegaran dalam sekali penggunaan sahaja

Harga: RM16.90

Terdapat di: Sunway Multicare Pharmacy 

8. Watsons Peppermint Mouth Spray

penyegar-mulut-terbaik-watsons

Anda tidak semestinya perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan penyegar mulut yang terbaik. Watsons Peppermint Mouth Spray yang ditawarkan dalam harga yang murah direka untuk membantu mencegah nafas berbau sepanjang hari. Dirumus dengan xylitol, ramuan ini menghalang kerosakan gigi akibat asid bakteria. Propolis memberikan kelegaan pada tekak dan ekstrak pudina pula menyegarkan nafas anda serta memastikan sensasi yang sejuk. 

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi gula
  • Rasa pudina yang segar
  • Dirumus dengan propolis

Harga: RM10.90

Terdapat di: Watsons 

9. UltraDEX Fresh Breath Oral Spray

penyegar-mulut-terbaik-ultradex

UltraDEX Fresh Breath Oral Spray menampilkan formulasi inovatif yang terbukti menghalang masalah nafas berbau selama 12 jam. Selain itu, penyegar mulut terbaik ini juga melindungi gigi dan gusi daripada bakteria. Meskipun saiznya tampak kecil, produk ini menawarkan semburan melebihi 100 kali penggunaan. Malahan, ia juga tidak mengandungi alkohol dan gula untuk kesan optimum. 

Kelebihan:

  • Menghalang nafas berbau selama 12 jam
  • Tidak mengandungi alkohol dan gula
  • Sesuai untuk vegan

Harga: RM 35.20

Terdapat di: Caring

Jangan lupa untuk turut ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk perkembangan semasa mengenai kecantikan dan produk terkini.