Adakah anda mengalami masalah bibir kering dan gelap? Ternyata, bibir yang tampak kemerahan, mungil dan lembut menjadi idaman setiap wanita. Terutamanya, apabila anda memakai alat solekan seperti pengilat bibir atau gincu, bibir yang kering membuatkan ianya tampak tidak sekata. Oleh itu, antara cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan scrub bibir secara berkala. Namun, terdapat pelbagai jenis scrub bibir di pasaran dan memilih yang terbaik sudah semestinya agak memeningkan, bukan? Beauty Insider telah menyenaraikan 10 scrub bibir terbaik agar bibir anda kekal lembut dan merah bak delima.

10 Scrub Bibir Terbaik di Pasaran

1.Fresh Sugar Lip Polish Exfoliator

Dengan penilaian sebanyak 4 bintang di Sephora, Fresh Sugar Lip Polish Exfoliator sudah semestinya menjadi pilihan ramai beauty junkie! Dirumus dengan gula merah yang sebenar serta minya jojoba dan mentega shea, ianya membantu membuang sel-sel kulit mati. Tambahan lagi, Fresh Sugar Lip Polish Exfoliator memastikan agar bibir anda kekal lembut dan lembap. Anda hanya perlu urutkannya secara perlahan-lahan dan kemudian lapkan dengan kain yang lembap.

Kelebihan:

  • Mengelakkan bibir kusam
  • Bibir tampak lembut
  • Mengandungi minyak jojoba dan mentega shea

Harga: RM78.00

Terdapat di: Sephora

2. Lush Watermelon Sugar Lip Scrub

Lush Watermelon Sugar Lip Scrub merupakan scrub bibir edisi terhad yang bukan sahaja membantu anda mendapatkan bibir lebih cantik, malahan ianya mempunyai aroma tembikai dan mawar yang wangi. Dengan ramuan yang berkualiti tinggi seperti minyak jojoba organik, minyak bunga mawar dan minyak biji tembikai, Lush Watermelon Sugar Lip Scrub berkesan membuang sel kulit mati dan memastikan bibir anda kelihatan lembut.

Kelebihan:

  • Vegan
  • Mempunyai aroma yang wangi
  • Bibir lembap dan lembut

Harga: RM61.00

Terdapat di: laman website Lush

3.Catrice Lip Sugar Scrub Balm

Catrice Lip Sugar Scrub Balm mengandungi tekstur pengelupasan yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati agar bibir anda lembut dan berseri. Tambahan lagi, ianya diforumulasi untuk tidak meninggalkan sebarang kesan kepada bibir anda seperti scrub bibir yang lain. Dengan hanya satu penggunaan, anda akan mendapti bibir anda amat lembut dan ianya membuatkan pemakaian gincu sungguh mudah.

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan di bibir
  • Melembutkan dan mencerahkan bibir
  • Harga yang murah

Harga: RM12.45

Terdapat di: Guardian

4.Sephora Collection Lip Scrubs

Sephora Collection Lip Scrubs boleh didapati dalam dua jenis berbeza iaitu vanila dan buah naga. Selain itu, sebanyak 90 peratus daripada ramuannya diperbuat daripada bahan alam semula jadi. Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan, gula dan kelapa, ianya melembapkan serta melembutkan bibir. Jika anda ingin mendapat kelembapan yang intensif, kami mencadangkan agar anda memilih vanila, manakala buah naga pula membantu membuang sel-sel kulit mati secara efektif.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak tumbuhan dan mineral
  • Memberikan kelembapn intensif
  • Dibungkus bebas aluminium

Harga: RM27.00

Terdapat di: Sephora

5.Etude House Kissful Lip Scrub

Etude House Kissful Lip Scrub merupakan antara jenama pilihan para ladies untuk mendapatkan bibir yang sihat dan merah jambu. Scrub bibir ini mengandungi gula halus yang membantu membuang sel kulit mati dan mengelakkan bibir menjadi kering. Tambahan itu, ianya memastikan kulit kekal lembap dan lembut seharian. Jika anda ingin dapatkan bibir seperti artis Kpop, anda perlu mendapatkan Etude House Kissful Lip Scrub dengan segera.

Kelebihan:

  • Dengan tekstur gula yang halus
  • Memastikan bibir lembap seharian
  • Kesan yang dapat dilihat dengan segera

Harga: RM25.00

Terdapat di: Shopee

6.Burt’s Bees Conditioning Lip Scrub With Exfoliating Honey Crystals

Sesetengah scrub bibir mempunyai tekstur yang agak kasar, namun jika anda lebih menyukai scrub bibir yang mempunyai formula lembut, Burt’s Bees Conditioning Lip Scrub With Exfoliating Honey Crystals adalah untuk anda. Diperkaya dengan ramuan, honey crystals dan lilin lebah, ianya membantu melembutkan bibir anda tanpa kesan yang merengsakan.

Kelebihan:

  • Bebas daripada paraben, SLS, phthalates dan petrolatum
  • Formulasi yang melembapkan bibir
  • Memudahkan pemakaian gincu
  • Tidak merengsakan

Harga: RM66.00

Terdapat di: Sephora

7. MAC Cosmetics Lip Scrubtious

MAC Cosmetics Lip Scrubtious merupakan scrub bibir yang berasaskan gula yang berkesan membuang sel-sel kulit mati secara lembut. Tambahan lagi, ianya boleh didapati dalam dua jenis yang berbeza mengikut kesesuaian anda iaitu Candied Nectar dan Fruit of Passion. Dirumus dengan ramuan yang melembapkan, dengan penggunaan berkala bibir anda akan menjadi lebih lembut, merah kejambuan dan berseri.

Kelebihan:

  • Berasaskan gula
  • Melembapkan bibir secara efektif
  • Mempunyai aroma yang menyenangkan

Harga: RM89.00

Terdapat di: Sephora

8. NIVEA Lip Rosehip Oil Caring Lip Scrub

NIVEA Lip Rosehip Oil Caring Lip Scrub diperkaya dengan vitamin E dan minyak rosehip yang berkesan menyingkirkan sel-sel kulit mati di bibir anda. Selain itu, ianya juga membantu memastikan agar bibir anda kekal lembap sepanjang masa. Malahan, ianya diuji secara dermatologi dan bersesuaian untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan sebagai produk penjagaan bibir setiap hari. Anda disarankan menggunakan NIVEA Lip Rosehip Oil Caring Lip Scrub sebagai primer sebelum menggunakan gincu.

Kelebihan:

  • Formulasi dan tekstur yang lembut
  • Diuji secara dermatologi
  • Untuk semua jenis kulit

Harga: RM13.59

Terdapat di: Watsons

9. IN2IT Lip Scrub Mint

Seterusnya, IN2IT Lip Scrub Mint dirumus dengan bahan-bahan yang penting seperti gula serta ekstrak minyak tumbuhan untuk menghalang bibir kering. Selain itu, ianya juga membuang sel-sel kulit mati di bibir, menjadikan bibir anda lebih berseri dan lembut. Malahan, anda akan mendapati bahawa pemakaian gincu menjadi lebih mudah dan tahan lama.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembap dan melembutkan bibir
  • Berkesan menghalang bibir hitam

Harga: RM17.91

Terdapat di: Watsons

10. Frank Body Cherry Bomb Lip Scrub

Rata-rata orang yang mencuba Frank Body Cherry Bomb Lip Scrub pasti menyukainya, oleh sebab itu tidak hairanlah ianya mendapat penilaian 4.5 bintang di Sephora. Diperbuat daripada campuran gula, kopi dan lilin lebah, ianya mempunyai ramuan penting agar bibir anda lembut dan merah bak delima. Tambahan lagi, ianya mempunyai aroma buah ceri yang menyelerakan!

Kelebihan:

  • Tidak mempunyai paraben, phthalates dan PEG
  • Membantu memerahkan bibir
  • Mempunyai aroma buah ceri yang menyelerakan
  • Kesan serta merta

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora

Author: Balqis Ariffin | Date: 23th April 2021