Dengan kesibukan kerja seharian, waktu yang terluang pastinya dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk merehatkan minda dari segala penat lelah seharian. Oleh itu tidak hairanlah kebanyakkan orang lebih memilih rutin penjagaan wajah yang minimal. Cukup sekadar dengan hanya tiga produk utama iaitu pembersih wajah, pelembab dan pelindung matahari.  Namun begitu, jika anda inginkan mendapatkan kulit wajah yang berseri, penggunaan serum terbaik di Malaysia ini pasti berkesan memudarkan segala cela.

Produk ini diketahui ramai akan keberkesanannya dalam mencegah beberapa masalah kulit. Malahan, anda juga akan dapati bahawa terdapat beberapa serum di pasaran yang diformulasi khusus untuk jeragat, kulit kering, kulit kusam, mengecilkan pori dan juga parut jerawat. Bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan penggunaan serum muka, senarai serum terbaik di Malaysia ini pasti akan membantu anda membuat pilihan.

Apa Itu Serum Wajah dan Kelebihan Menggunakannya?

Serum adalah produk yang diformulasi khas dengan kandungan bahan aktif yang tinggi yang boleh meresap jauh ke dalam lapisan kulit berbanding pelembab wajah. Selalunya serum mempunyai tekstur gel atau cecair yang ringan dan ianya berkesan melawan pelbagai jenis masalah kulit secara efektif. 

Disebabkan molekulnya kecil dan nipis, ianya membolehkan serum diserap dengan mudah dan cepat. Tambahan lagi, ianya mempunyai 10 kali ganda kepekatan berbanding pelembab wajah, memberikan kebaikan hanya dalam satu botol. Berbanding produk penjagaan wajah yang lain, serum juga lebih menjimatkan kerana pemakaiannya hanya sebanyak dua atau tiga titis sahaja. Oleh itu, sebotol serum mampu bertahan selama beberapa bulan. 

Kebaikan menggunakan serum adalah berdasarkan kandungan ramuan yang dirumus, namun produk ini diketahui keberkesanannya dalam menyerikan kembali wajah yang kusam, mengecilkan liang pori, memudarkan cela di wajah serta merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. 

Cara Pemakaian Serum Wajah 

Walaupun pemakaianya mungkin berbeza bagi setiap produk, serum boleh digunakan sebanyak dua kali sehari iaitu semasa rutin penjagaan wajah pagi dan juga malam. Anda boleh menggunakan serum selepas toner untuk kesan maksimum. 

Cara pemakaian yang tepat ialah titiskan sebanyak dua atau tiga titik serum ke telapak tangan anda dan kemudian sapukannya ke seluruh wajah dalam gerakan tepukan yang lembut. Pastikan anda tidak menggosokan kulit secara berlebihan dan biarkan produk tersebut meresap sendiri ke dalam kulit. Seterusnya, pastikan anda menggunakan pelembab wajah dan pelindung matahari. 

Serum Muka Terbaik Di Malaysia 2023

1. Jumiso All Day Vitamin Pure C5.5 Glow Serum 

Dapatkan kulit wajah idaman anda dengan Jumiso All Day Vitamin Pure C5.5 Glow Serum. Produk ini dirumus secara khas dengan 5.5% vitamin C yang diketahui mempunyai kandungan antioksidan tinggi. Oleh itu, bahan ini dapat membantu menyerikan kulit yang tampak kusam. Manakala, 2.0% ascorbyl glucoside atau AA2G dapat mengurangkan cela-cela pada wajah. 

Formulasinya turut mengandungi bahan seperti tocopherol, asid ferulik, alpha arbutin dan ekstrak buah aronia yang dapat meningkatkan keberkesanan vitamin C. Yang paling best, serum ini juga terbukti secara klinikal dapat memudarkan bintik hitam sebanyak 30%. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati kulit wajah anda tampak berseri tanpa sebarang kesan iritasi. 

Kelebihan:

  • Menyerikan kulit kusam
  • Memudarkan bintik hitam
  • Rumusan yang memastikan kandungan vitamin C kekal stabil 

Harga: Dari RM55.31

Terdapat di: Laman website StyleKorean

2. NUViT Dermal White Brightening Spot Eraser

NUViT Dermal White Brightening Spot Eraser adalah rahsia untuk mendapatkan seri wajah yang anda idamkan. Produk ini berkesan memudarkan bintik-bintik hitam dan mencerahkan tona kulit. Diperkaya dengan tiga bahan utama, rumusannya memberikan kesan pencerahan tiga kali ganda. Dengan ALPAFLOR GIGAWHITE yang dipatenkan, ia mengandungi gabungan tujuh ekstrak botani alpine Swiss yang ditanam secara organik pada altitud tinggi yang membantu menyerikan kulit yang kusam serta menyekatakan tona kulit.

Manakala, asid hyaluronik membentuk penghalang hyaluron agar kulit kekal terhidrat dari dalam manakala luminosa yang diekstrak daripada alga marin merah (Palmaria Palmata) pula memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. Gunakannya secara konsisten dan anda akan dapati wajah anda tampak berseri tanpa cela. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan bahan pencerah yang efektif
  • Berkesan memudarkan bintik-bintik hitam
  • Mudah serap dan tak melekit

Harga: RM86.50

Terdapat di: Watsons dan NUViT Partnered Pharmacies

3. NUMBUZIN No.3 Skin Softening Serum 

Kulit wajah anda tampak kusam dan kasar? Cubalah NUMBUZIN No.3 Skin Softening Serum yang dirumus khas untuk merawat beberapa masalah kulit seperti jerawat, kasar, kemerahan, kering dan liang pori yang terbuka. Formulasinya membantu menguatkan sistem pertahanan kulit dengan kesan sinergi penapaian bahan seperti 42% Galactomyces dan 21% Bifida. Selain itu, serum ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit kerana ianya tidak menyebabkan sebarang kerengsaan. Produk ini juga mempunyai tekstur yang amat ringan membolehkannya menyerap dengan jauh ke dalam kulit tanpa kesan berminyak. 

Kelebihan:

  • Melembutkan kulit kasar
  • Mengandungi ekstrak bahan ditapai seperti Galactomyces dan Bifida
  • Tekstur yang amat ringan

Harga: RM60.48 (harga asal RM86.40)

Terdapat di: Shopee

4. Beauty of Joseon Glow Serum 

Seperti namanya, Beauty of Joseon Glow Serum mengandungi bahan penting yang membantu menyerikan kembali kulit kusam akibat iritasi dan liang pori-pori yang tampak besar. Produk ini dirumus dengan campuran 60% ekstrak propolis dan 2% niacinamide yang membantu mengawal lebihan sebum serta mengekalkan kelembapan kulit. Manakala, Hanbang iaitu ubatan herba tradisional Korea merawat  jerawat dan mengecilkan liang pori. Serum ini mempunyai tekstur yang agak likat seperti madu namun ianya menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan melekit. 

Kelebihan: 

  • Bebas daripada bahan-bahan yang menyebabkan iritasi seperti paraben, minyak mineral dan PEG
  • Merawat masalah kulit berjerawat
  • Mengecilkan liang pori

Harga: RM43.00 (harga asal RM65.90)

Terdapat di: Shopee

5. Face Republic Vita Capsule Luminous Serum 

Dengan formulasi inovatifnya, Face Republic Vita Capsule Luminous Serum merupakan antara serum muka  terbaik berkesan menyerikan kembali kulit wajah. Ianya mengandungi niacinamide, ekstrak buah limau serta minyak jojoba yang telah dikapsulkan. Selain membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah, ianya juga mencerahkan tona kulit dan memudarkan jeragat.

Kelebihan:

  • Bersifat hipoalergenik
  • Mencerahkan kulit
  • Bebas dari paraben, silikon dan pewangi

Harga: RM79.90

  Add to cart

6. Uriage Eau Thermale Water Serum 

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit bersisik, Uriage Eau Thermale Water Serum merupakan serum terbaik untuk kulit kering. Dirumus dengan air Uriage Thermal, ianya memberikan kelembapan intensif yang membantu menguatkan kembali lapisan pelindung kulit. Serum ini juga berkesan mengurangkan kerengsaan kulit serta menyerikan wajah yang kusam.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Memberikan kelembapan selama 24 jam 
  • Bebas daripada paraben

Harga: RM108.40

  Add to cart

7. Y.O.U Beauty AcnePlus Complete Solution Serum 

Masalah jerawat mengganggu anda? Usah risau kerana Y.O.U Beauty AcnePlus Complete Solution Serum berkesan mencegah jerawat daripada berulang. Ianya mengandungi campuran ramuan seperti Centella Asiatica, asid hyaluronik, ekstrak botanik, vitamin A, B, C dan E. Selain mengurangkan kerengsaan akibat jerawat, ianya juga mengekalkan kelembapan kulit dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat. Malahan, ianya juga sesuai untuk parut jerawat.

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Sesuai untuk kulit berjerawat
  • Mengurangkan kemerahan 

Harga: RM29.90

  Add to cart

8. Mad Hippie Vitamin A Serum

Mad Hippie Vitamin A Serum dirumus secara khas untuk melawan pelbagai masalah kulit yang membelenggu para wanita seperti kedutan, jeragat, parut jerawat dan juga liang pori yang besar.  Dengan ramuan aktif iaitu vitamin A atau Hydroxypinacolone Retinoate (HPR), ianya mengalakkan pertumbuhan kulit baru tanpa menyebabkan kerengsaan. Ianya mempunyai tekstur ringan yang menyerap jauh ke dalam kulit, memastikan kulit anda tampak anjal dan lembut.

Kelebihan:

  • Ideal untuk semua jenis kulit
  • Memudarkan kesan kedutan di wajah
  • Memastikan kulit kekal hidrat

Harga: RM118.15 (Harga asal RM139.00)

  Add to cart

9. L’oreal Hyaluronic Acid Serum

Buat penggemar produk farmasi, L’oreal Hyaluronic Acid Serum harus berada dalam pilihan teratas anda. Dengan asid hyaluronik sebagai ramuan utama, serum ini membantu meresap dengan jauh ke dalam kulit untuk memberikan kelembapan intensif. Ianya juga mengandungi dua jenis asid hyaluronik untuk memastikan kulit wajah lembut dan memudarkan garis-garis halus dari dalam. Hanya dengan penggunaan beberapa minggu, anda akan dapati kulit wajah anda berseri. 

Kelebihan:

  • Diuji oleh dermatologi
  • Memberikan kesan anjal serta-merta
  • Memudarkan garis-garis halus serta kedutan

Harga: RM89.17

Terdapat di: Watsons 

10. The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 

Dengan rating sebanyak 4.2 bintang di Sephora, The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 merupakan produk cult-favourite orang ramai. Ianya diperkaya dengan asid hyaluronik vegan yang mempunyai pelbagai saiz molekul untuk kesan yang optimal. Manakala, vitamin B5 berfungsi untuk melembapkan kulit wajah agar tampak lembut. Serum terbaik ini mempunyai tekstur cecair yang ringan tanpa meninggalkan kesan melekit. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memberikan kehidratan intensif
  • Bebas daripada ramuan seperti pewangi, paraben dan sulfate

Harga: RM55.00

Terdapat di: Sephora 

11. Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex Serum

Diperbuat dengan teknologi Chronolux™ Power Signal, Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex Serum berkesan melawan beberapa tanda-tanda penuaan di wajah. Serum bebas minyak ini melindungi kulit wajah dan memastikan ianya tampak berseri selalu. Walaupun harganya mahal berbanding serum terbaik yang lain, produk ini diketahui keberkesanannya untuk mengecilkan liang pori dan jeragat.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak menyumbatkan liang pori-pori

Harga: RM90.00

Terdapat di: Sephora 

12. Hada Labo Ha Supreme Vita Brightening Concentrate Serum 

Hada Labo Ha Supreme Vita Brightening Concentrate Serum diperkaya dengan ramuan yang membantu mencerahkan tona kulit secara efektif seperti niacinamide, vitamin B12 dan asid hyaluronik. Ramuan ini berkesan memberikan penghidratan intensif jauh ke dalam lapisan kulit dermis. Ianya juga berkesan mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48% agar kulit anda tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan empat jenis asid hyaluronik
  • Tekstur yang ringan
  • Sesuai untuk jeragat dan cela

Harga: RM89.00

Terdapat di: Guardian 

13. Mamonde Rose Blemish Clearing Serum

Diformulasi dengan 73% ekstrak bunga mawar, Mamonde Rose Blemish Clearing Serum berkesan merawat jerawat dan memudarkan cela di wajah. Selain memberikan kehidratan pada kulit wajah, ianya juga membantu melegakan kerengsaan anda kemerahan akibat jerawat. Hanya dalam tujuh hari dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati kulit wajah anda tampak berseri dan bersih. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan sensitif
  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak meninggalkan kesan melekit

Harga: RM125.00

Terdapat di: Shopee 

14. Glow Recipe Plum Plump Hyaluronic Serum

Dapatkan kulit idaman anda dengan Glow Recipe Plum Plump Hyaluronic Serum yang dirumus khas dengan acid hyaluronik dan esktrak buah plum. Serum ini memastikan kulit kekal lembap agar tampak anjal dan lembut. Ianya juga berkesan mengurangkan kedutan di wajah. Formulasinya juga bebas daripada bahan yang berbahaya serta merengsakan, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Malahan, produk daripada Glow Recipe ini sering kali menduduki tempat teratas serum terbaik untuk kulit kusam dan juga kulit kering.

Kelebihan:

  • Menganjalkan kulit secara mendalam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • Menyerikan kulit kusam

Harga: RM206.00

Terdapat di: Sephora

15. Nano White Spot Correction Advance Serum 

Masalah jeragat pastinya cukup mengusarkan sesiapa sahaja, namun dengan Nano White Spot Correction Advance Serum anda tidak perlu risau lagi.Serum muka ini diperbuat dengan Teknologi Nano Encapsulating yang membantu mencerahkan tona kulit wajah, menghalang pigmentasi dan jeragat. Ianya mengandungi niacidamide dan juga arbutin untuk memastikan kulit bebas cela dan tampak berseri selalu. Tambahan lagi, serum ini juga berkesan untuk mengecilkan liang pori. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Berkesan memudarkan jeragat
  • Sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak dan juga berjerawat

Harga: RM79.90

Terdapat di: Watsons 

Pernahkah anda mencuba serum terbaik di Malaysia yang kami senaraikan di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.