Adakah anda mengalami masalah eyebag? Mata panda, eyebag atau lingkaran hitam bawah mata adalah masalah yang disering dialami oleh para wanita. Walapun ianya tidak perlu dibimbangkan, sebagai wanita pasti anda ingin wajah yang tampak mulus dan berseri bukan? Anda tidak perlu lagi risau kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 10 cara mudah untuk hilangkan eyebag dengan berkesan.

Apakah Eyebag?

Periorbital Puffiness atau lebih dikenali sebagai eye bag merupakan keadaan di mana tisu di kawasan bawah mata mengalami kebengkakan. Apabila usia semakin meningkat, tisu and otot di sekeliling mata kita akan menjadi lemah. Oleh disebabkan itu, lemak yang membantu menyokong mata akan bergerak ke bahagian bawah mata dan menyebab terjadinya kebengkakan. Selain itu, cecair yang terkumpul di kawasan bawah mata juga merupakan antara faktor penyebab lingkaran hitam bawah mata.

Apakah Punca Berlakunya Eyebag?

Untuk memastikan anda dapat menghilangkan masalah ini, anda seharusnya mengetahui punca berlakunya lingkaran di bawah mata. Walaupun, faktor genetik menjadi antara penyumbang utama, gaya hidup seseorang juga memainkan peranan.

  • Makanan yang bergaram
  • Kurang tidur
  • Mengalami alahan
  • Merokok
  • Terdapat toksik berlebihan di dalam badan
  • Masalah pada bahagian soket mata
  • Lapisan kolagen menipis
  • Faktor umur
  • Keturunan

Apakah Jenis-Jenis Eyebag?

Eyebag dengan warna kebiruan

Jika anda mengalami masalah eyebag dengan warna kebiruan, ianya adalah disebabkan kekurang oksigen dan saluran darah yang tidak lancar. Selain itu, ia juga terjadi akibat kekurangan tidur.

Lingkaran bawah mata yang keunguan

Untuk mereka yang mempunyai lingkaran bawah mata yang keunguan, ianya sering kali berlaku disebabkan faktor gentik dan umur. Tambahan lagi, saluran darah juga akan tampak lebih jelas di kawasan mata tersebut.

Warna coklat kehitaman

Jika anda mempunyai eyebag dengan warna coklat kehitaman, ianya berlaku kerana kulit anda terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan juga hiperpigmentasi.

10 Cara Untuk Hilangkan Eyebag

1.Minum air secukupnya

Photo by sean Kong on Unsplash

Air sememangnya penting untuk kesihatan tubuh badan kita dan juga memastikan agar kulit tampak sihat. Oleh itu anda disaran untuk minum air yang secukupnya kerana ia membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko kulit berkedut. Walaupun jumlah air yang diperlukan dalam badan seseorang bergantung kepada beberapa faktor seperti diet pemakanan dan berat badan, anggaran secawan gelas yang diperlukan oleh lelaki dalam sehari ialah 13. Manakala, perempuan memerlukan 9 cawan gelas air minuman sehari. Untuk memastikan tidak berlakunya pengekalan air di dalam badan, anda harus mengurangkan jumlah minuman sebelum tidur.

2.Uncang teh

Photo by Gareth Hubbard on Unsplash

Kebanyakkan daripada anda pasti mengetahui cara untuk menghilangkan eyebag menggunakan uncang teh bukan? Anda boleh menggunakan uncang teh tersebut semula kerana ianya diperkaya dengan kafein yang membantu meningkatkan peredaran darah, melindungi kulit daripada UV dan melambatkan proses penuaan. Jika anda ingin mencuba cara ini anda hanya perlu rendamkan uncang teh tersebut selama 5 minit dan sejukkannya di dalam peti sejuk selama 20 minit. Kemudian, anda perlu perah uncang teh tersebut untuk membuang lebihan air dan tekapkannya pada bahagian mata anda selama 15 sehingga 30 minit.

3. Minyak badam

Photo by Markus Winkler on Unsplash

Tahukah anda bahawa minyak badam berkesan mengurangkan eyebag atau lingkaran di bawah mata? Minyak badam mengandungi vitamin E yang dapat meratakan tona kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV. Anda hanya perlu menyapu minyak badam di bahagian bawah mata sebelum tidur dan kesannya pasti dapat dlihat dalam beberapa hari. Namun jika anda ingin mendapat kesan yang maksima, kami cadangkan anda membeli minyak badam yang dilabel ‘cold-pressed’.

4. Hirisan timun

Photo by Adrian Motroc on Unsplash

Sebarang teknik kecantikan yang diy pasti tidak lengkap jika tidak mempunyai timun! Jika anda ingin mencuba cara ini untuk hilangkan eyebag, hiriskan timun yang telah disejukkan dan kemudian letakkannya pada bahagian mata selama 15 minit. Selepas itu, bilas wajah anda dengan air yang sejuk. Teknik cold compress ini dapat membantu mengurangkan bengkak secara efektif dan juga menegangkan kulit anda. Amalkan petua ini setiap hari jika anda ingin mendapat kesan yang berkekalan.

5. Berhenti merokok

Photo by Kristaps Solims on Unsplash

Gaya hidup yang sihat sudah semestinya menjanjikan kulit yang tampak berseri dan sihat. Oleh itu antara salah satu cara untuk hilangkan eyebag adalah dengan berhenti merokok kerana tabiat tersebut menyebabkan kedutan pada wajah dan menjejaskan kandungan vitamin C serta kolagen.

6.Posisi kepala ketika tidur

Photo by Thái An on Unsplash

Semasa tidur, anda dicadangkan agar meninggikan posisi kepala dengan menggunakan bantal tambahan, namun pastikan posisi tersebut adalah selesa mengikut kesesuaian anda. Dengan cara ini, ianya dapat menghalang cecair daripada terkumpul di bahagian kelopak mata dan mengurangkan bengkak atau eyebag.

7. Produk yang mengandungi retinol

via GIPHY

Inginkan cara yang lebih efektif untuk hilangkan eyebag? Anda boleh menggunakan krim yang mengandungi retinol. Ianya dikenali sebagai bahan yang mampu menghilangkan segala masalah kulit seperti jerawat, parut dan penuaan. Selain itu, retinol membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, oleh itu ianya amat berkesan untuk menghilangkan eyebag pada wajah anda. Tetapi elakkan menggunakan retinol jika anda sedang kehamilan kerana ianaya boleh menjejaskan kandungan anda.

First Aid Beauty Skin Lab Retinol Eye Cream

Harga: RM210.00. Terdapat di Sephora.

Olay Eyes Pro-Retinol Eye Treatment

Harga: RM79.90. Terdapat di Guardian.

Pixi Retinol Eye Cream

Harga: RM110.00. Terdapat di Sephora.

8. Krim pelindung matahari

Photo by Hong Nguyen on Unsplash

Kerosakan kulit akibat sinaran UV tidak seharusnya dipandang remeh kerana ianya bukan sahaja meningkatkan risiko kanser kulit dan penuaan, malahan sinaran matahari memberi kesan kepada lingkaran bawah mata atau eyebag anda juga. Oleh itu, anda dicadangkan untuk menyapu krim pelindung matahari atau sunscreen untuk mengurangkan kesan ini. Terutamanya dengan keadaan cuaca seperti di Malaysia, anda perlu menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 30.

Cetaphil UVA/UVB Defence

Harga: RM77.13. Terdapat di Watsons.

Supergoop! Mattescreen SPF 40

Harga: RM185.00. Terdapat di Sephora.

9. Membersihkan wajah sebelum tidur

Photo by Hedgehog Digital on Unsplash

Tahukah anda bahawa solekan memberikan kesan kepada eyebag? Anda perlu memastikan anda mempunyai rutin penjagaan wajah yang tetap termasuk membersihkan wajah sebelum tidur. Selain itu, antara kelebihan menanggalkan solekan dan membersihkan wajah sebelum tidur adalah ianya akan mengurangkan jangkitan, menghalang kerosakan kulit dan penuaan pada wajah.

10. Makanan yang berkhasiat

Photo by Dose Juice on Unsplash

Amalkan pemakanan yang seimbang yang terdiri daripada buah-buahan dan sayuran-sayuran yang mengandungi zat besi serta vitamin C seperti jambu batu, limau, kekacang, dan bijirin. Selain itu, elakkan mengambil makanan yang bergaram dan bergula. Tambahan lagi, pengambilan vitamin C dapat membantu badan menyerap asid hyaluronic dengan lebih banyak dan juga membantu menghasilkan kolagen.

Author: Balqis Ariffin | Date: 16th April 2021