Aesthetics
8 Klinik Estetik Kecantikan dan Kosmetik di KL Untuk Rawatan Kecantikan Anda
Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut
By: Balqis Ariffin / September 18, 2023

Selain rutin penjagaan wajah yang konsisten, rawatan estetik kecantikan dan kosmetik juga merupakan salah satu prosedur alternatif untuk individu yang ingin mengembalikan kecantikan mereka. Walaubagaimanapun, dari sisi lain rawatan estetik bukan sahaja membantu anda mendapatkan hasil yang diidamkan, malahan prosedur ini juga turut digunakan sebagai rawatan kesihatan. Anda digalakkan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik kecantikan dan kosmetik di premis klinik yang dilesenkan di bawah KKM. Selain itu, pengamal perubatan tersebut juga haruslah ditauliahkan dengan Letter of Credentialing & Privileging of Aesthetic Medical Practice (LCP) dan dilesenkan di bawah KKM. Jika anda sedang mempertimbangkan rawatan invasif atau tidak invasif, kami telah menyenaraikan klinik estetik kecantikan dan kosmetik di KL.
Contents
Senarai Klinik Estetik Kecantikan dan Kosmetik di KL
1. Premier Clinic

Premier Clinic mempunyai sebanyak lima cawangan yang terletak di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka cukup komprehensif dari rambut sehingga ke hujung kaki. Antara rawatan yang terdapat adalah jangkitan kulat, anti-penuaan, pembuangan bulu, pengurangan lemak, peremajaan semula faraj dan pembentukan wajah. Doktor mereka juga akan memberikan anda pelbagai pilihan rawatan sewaktu konsultasi untuk memastikan anda memahami prosedur yang ditawarkan.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai klinik |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | +6012 662 5552 |
book now with
2. Bella Clinic

Bella Clinic merupakan klinik estetik kecantikan dan kosmetik yang sehenti di KL. Dibuka sejak 2012, mereka menawarkan pelbagai rawatan tidak invasif menggunakan dermal filler, PROFHILO, HIFU, Rejuran, Pico laser, dan juga VenusFREEZE. Rawatan yang dilakukan juga mengambil kira rupa bentuk dan struktur muka Asia. Doktor mereka bukan sahaja bertauliah, malahan mempunyai sekurang-kurangnya empat tahun pengalaman.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | Unit 16, Jalan Radin Bagus 1,Bandar Baru Sri Petaling,57000 Kuala Lumpur. |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 10:00 pagi – 6:00 petang |
Nombor Telefon | +603 9055 9277 |
3. Clique Clinic

Dr. Tingsong Lim merupakan pengarah perubatan di Clique Clinic, yang mempunyai dua cawangan terletak di Petaling Jaya dan Bangsar. Senarai rawatan yang ditawarkan meliputi rambut, kulit, wajah dan juga badan. Klinik ini juga diketahui dengan rawatan untuk pembuangan parut dan jerawat, dermal filler, rawatan melasma, pembentukan wajah dan badan.
Alamat | Petaling Jaya 4, Jalan 19/36, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor Malaysia. Bangsar BO3A-06-01, Menara 3A, 3 Jalan Bangsar, KL Eco City 59200 Kuala Lumpur, Malaysia. |
Waktu Operasi | Isnin –Sabtu: – 10 PG – 6.30 PTGAhad & Cuti Umum : Ditutup |
Nombor Telefon | +6012 353 7960 |
book now with
4. Clinic RX

Senarai klinik estetik kecantikan dan kosmetik di KL seterusnya adalah Clinic RX. Klinik ini mempunyai 12 cawangan di seluruh negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Ipoh, Penang, Sabah dan Melaka. Rawatan yang ditawarkan berasaskan teknik dari Korea yang terbaharu. Rawatan estetik yang terdapat adalah seperti dermal filler, pembentukan hidung, EMSculpt, platelet rich plasma (PRP) dan kelopak mata berganda.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai klinik |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | +6010 2103 921 |
book now with
5. Sliq Clinic

Sliq Clinic yang ditubuhkan oleh Dr. Steve Chia pada 2014 dikendalikan oleh sekumpulan doktor berpengalaman. Mereka menawarkan pelbagai rawatan tidak invasif dan antara sebahagaian rawatan pilihan adalah Hydrafacial, pembuangan rambut menggunakan laser, pembuangan tatu, Coolsculpting, keguguran rambut dan juga parut jerawat.
Alamat | KL Bangsar Branch L1-13, Kompleks Perniagaan, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia. PJ Ara DamansaraF1-19, Oasis village, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Damansara, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 10 pagi – 7 malam. Tutup: Ahad & Cuti Umum |
Nombor Telefon | Klik pautan ini untuk lihat |
book now with
6. Klinik Pakar Kulit Ko

Jika anda sedang mencari klinik estetik kecantikan dan kosmetik di sekitar KL untuk rawatan kulit, anda boleh mempertimbangkan Klinik Pakar Kulit Ko. Ditubuhkan oleh Dato’ Dr. Ko Chung Beng, klinik ini mempunyai cawangan di seluruh negeri dari Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan sehingga ke Sarawak. Rawatan yang ditawarkan termasuk pembedahan kosmetik, dermatologi, pemulihan rambut, perubatan estetik dan pelangsingan badan.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai klinik |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | +6012 256 9228 |
book now with
7. IDO’S Clinic

IDO’S Clinic mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Selangor dan juga Kuala Lumpur. Mereka menawarkan perkhidmatan kulit, laser, dan estetik dengan prosedur yang telah diluluskan. Antara rawatan utama mereka adalah rawatan untuk eyebag tanpa memerlukan pembedahan atau secara tidak invasif. Rawatan lain yang boleh didapati termasuk Hybrid Pico Laser untuk pigmentasi dan Fotona 4D untuk pembentukan wajah.
Alamat | No 2A, Jalan Radin Bagus 9, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 9:30 pagi–7:00 malam. Ahad: 9:30 pagi–6:00 petang |
Nombor Telefon | +6012 769 6992 |
book now with
8. My Bliss Clinic

My Bliss Clinic ialah pusat estetik laser dan perubatan yang terletak di Galeri Beli-belah Publika, Solaris Dutamas. Selain dekorasi dalamannya yang cukup menyenangkan, klinik ini juga menawarkan pelbagai rawatan tidak invasif seperti dermal filler, threadlift atau sulam benang, pelangsingan badan serta rawatan laser untuk kulit wajah dan juga rambut.
Alamat | Lot 1&2, Level G2, Publika,Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,50480 Kuala Lumpur, Malaysia. |
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu & Cuti Umum terpilih: 10.30 pagi hingga 6 petang. Ditutup pada hari Ahad |
Nombor Telefon | +6016 2232 675 |
book now with
Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.