Kebersihan wajah amat penting bagi menjaga penampilan diri dan mengelakkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kekeringan, kekusaman, dan sebagainya. Bukan sahaja para wanita, malah lelaki juga perlu mempunyai rutin skin care yang konsisten dan tidak terlalu merumitkan. Segalanya bermula dengan langkah pertama iaitu pembersih wajah. Di sini, Beauty Insider telah menyenaraikan 16 pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia yang mampu membersihkan wajah dari segala kotoran degil.

16 Pencuci Muka Lelaki Terbaik di Malaysia

1. L’Oreal Men Expert Hydra Power Duo Foam

Pencuci muka L’Oreal Men Expert Hydra Power Duo Foam sangat sesuai buat jejaka yang mempunyai masalah kulit kering. Dirumus dengan asid salicylic yang mampu membersihkan kotoran degil yang tersumbat dalam liang pori, ia juga dapat menjadikan kulit lebih bersih, lembut dan hidrat dengan setiap cucian.

Kelebihan:

  • Menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Memberi sensasi sejuk
  • Tidak mengeringkan kulit

Harga: RM24.90

Terdapat di: L’Oreal Paris

2. Gatsby Oil Clear Solution Bright White Cooling Face Wash

Buat lelaki yang sering bersukan atau mudah berpeluh, penghasilan minyak yang berlebihan boleh menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam dan gelap. Namun dengan adanya pencuci muka Gatsby Oil Clear Solution Bright White Cooling Face Wash, kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.

Kelebihan:

  • Membuang sel kulit mati secara lembut dengan setiap cucian
  • Mempunyai sensasi yang menyejukkan
  • Mengurangkan kesan jeragat

Harga: RM13.90

Terdapat di: Guardian

3. Nivea Men Extra Bright C&Hya Age Defense Vitamin Foam

Masalah penuaan dan garis halus bukan sahaja menjejaskan para wanita, tapi juga lelaki. Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengunaan pencuci wajah yang bersesuaian juga amat penting. Bagi melawan masalah kulit gelap, pigmentasi, pori besar, dan garis halus – Nivea Men Extra Bright C&Hya Age Defense Vitamin Foam telah dirumus khas dengan Vitamin C dan Hyaluron. Selepas setiap cucian, kulit akan kelihatan lebih sekata, segar, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Kelebihan:

  • Mempunyai vitamin C dan asid lactic untuk mencerahkan kulit dan menanggalkan sel kulit mati
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM22.90

Terdapat di: Watsons

4. Kahf Oil and Acne Care Face Wash

Kulit berminyak dan berjerawat sebenarnya memerlukan pencuci wajah yang tidak terlalu kering bagi menjaga keseimbangan minyak dan air pada kulit. Oleh itu, Kahf Oil and Acne Care Face Wash merupakan antara pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia kerana telah dirumus dengan teknologi HydroBalance dan Pure Cleanse bagi membersihkan kulit tanpa menganggu kelembapan wajah.

Kelebihan:

  • Melindungi kelembapan dan kandungan minyak semula jadi pada kulit
  • Tidak terlalu mengeringkan
  • Membantu mengatasi masalah jerawat

Harga: RM19.60

Terdapat di: Watsons

5. SK-II Men Moisturizing Cleanser

SK-II Men Moisturizing Cleanser merupakan pencuci wajah yang mampu membuangkan segala kotoran pada kulit wajah dan membersihkan pori secara mendalam tanpa mengeringkan kulit. Mengandungi Galactomyces Ferment Filtrate iaitu bahan utama dalam produk-produk dalam rangkaian SK-II, ia dapat membekalkan antioksidan yang mencukupi pada kulit anda.

Kelebihan:

  • Mengandungi antioksida untuk kulit
  • Mempunyai menthol untuk menyegarkan kulit
  • Tidak mengeringkan kulit selepas cucian

Harga: RM270

Terdapat di: Sephora

6. Bulldog Skincare For Men Sensitive Face Wash

Buat anda yang mengalami kulit sensitif, seeloknya elakkan pencuci muka yang mengandungi SLS/SLES atau pewangi kerana ia boleh menyebabkan kegatalan dan keradangan pada kulit. Bulldog Skincare For Men Sensitive Face Wash merupakan pencuci muka yang bebas dari pewarna, pewang, dan bahan-bahan kimia lain yang boleh menyebabkan reaksi.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif
  • Mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti; Baobab, Oat dan Willow Herb
  • Tidak mengeringkan kulit

Harga: RM43.80

Terdapat di: Shopee

7. Biore Men Non Scrub Gentle & Clean Oil Balance Facial Foam

Dirumus dengan Japanese Clay yang mampu mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah, Biore Men Non Scrub Gentle & Clean Oil Balance Facial Foam dapat membersihkan kulit tanpa mengeringkannya. Ia juga mempunyai teknologi Aqua Hydration yang dapat menjaga kelembapan kulit.

Kelebihan:

  • Mengawalkan penghasilkan minyak berlebihan
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Membersih kulit muka secara menyeluruh

Harga: RM14.50

Terdapat di: Guardian

8. Aswad Facial Soap For Men

Aswad Facial Soap For Men telah tersenarai sebagai salah satu pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia kerana tidak mempunyai bahan-bahan kimia. Ia juga mengandungi Aloe Vera dan biji Aprikot yang mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit seperti; menanggalkan kotoran, mengecutkan jerawat, merawat masalah kulit kering, dan banyak lagi.

Kelebihan:

  • Dirumus tanpa bahan-bahan kimia
  • Melembutkan kulit
  • Tidak mengeringkan kulit wajah

Harga: RM45

Terdapat di: Shopee

9. Sukin 3-in-1 Wash Sport

Jenama dari Australia ini turut mempunyai rangkaian khusus untuk lelaki. Sukin 3-in-1 Wash Sport mengandungi bahan-bahan yang mesra kulit seperti minyak Aloe Vera, Baobab, Sesame dan Jojoba untuk memastikan kulit anda kekal lembap dengan selepas setiap cucian. Bukan sahaja sesuai untuk wajah, ia juga boleh digunakan pada badan dan muka.

Kelebihan:

  • Mempunyai wangian citrus, menthol dan wood
  • Boleh digunakan untuk pelbagai cucian
  • Tidak diuji di atas haiwan dan merupakan produk vegan

Harga: RM65.90

Terdapat di: Shopee

10. Himalaya Power Glow Licorice Face Wash

Untuk kulit tampak lebih berseri dan sihat, bersihkan wajah anda dengan Himalaya Power Glow Licorice Face Wash. Ia telah dirumus khas dengan Alfalfa, sejenis herba yang mampu membekalkan antioksidan dan Likuris yang telah digunakan secara tradisional bagi melegakan kegalatan dan mencerahkan kulit secara semula jadi.

Kelebihan:

  • Membantu mengawal penghasilan minyak
  • Mengandungi bahan-bahan herba
  • Mencerahkan dan mensekatakan tona kulit

Harga: RM23.90

Terdapat di: Himalaya Wellness

11. Garnier Men Turbobright Super Duo Foam

Dengan dua fungsi, Garnier  Men TurboBright Super Duo Foam menjadi antara pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia

Pembersih muka Garnier Men Turbobright Super Duo Form bukan sahaja mampu membersihkan liang pori dari segala kotoran dan minyak berlebihan tapi ia juga dapat mencerahkan kulit dengan setiap cucian.

Kelebihan:

  • Disahkan Halal
  • Mempunyai dua fungsi (membersihkan pori dan mencerahkan kulit secara semula jadi)
  • Menyegarkan kulit dan membantu wajah kusam tampil lebih berseri

Harga: RM20.90

Terdapat di: Garnier

12. Bad Lab Deep Cleansing Facial Cleanser

Bad Lab mempunyai beberapa rangkaian pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia!

Bad Lab Deep Cleansing Facial Cleanser telah dirumus dengan Bentonite Clay dan Arang yang mampu membersihkan kulit secara lebih mendalam dan membuang segala kotoran dan sel kulit mati. Ia juga mengandungi Croton Lechleri atau lebih dikenali sebagai Dragon Blood untuk membekalkan kulit dengan hidrasi dan antioksida.

Kelebihan:

  • Tidak mengeringkan kulit
  • Mempunyai antioksidan
  • Membersihkan kulit secara menyeluruh

Harga: RM16.90

Terdapat di: Watsons

13. Mary Kay Men Daily Facial Wash

Mary Kay Men Daily Face Wash tidak mengandungi pewangi, menjadikannya antara pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia

Mary Kay Men Daily Facial Wash turut mendapat tempat sebagai pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia kerana ia tidak mengeringkan dan menyebabkan sebarang iritasi pada kulit. Dirumus tanpa bahan-bahan kimia yang boleh menggangu kelembapan semula jadi wajah, ia sesuai untuk digunakan secara harian bagi membersihkan segala sisa-sisa kotoran.

Kelebihan:

  • Bebas daripada pewangi dan alkohol
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif
  • Menyegarkan kulit

Harga: RM75

Terdapat di: Mary Kay

14. La Roche-Posay Toleriane Caring Wash Anti-Discomfort Facial Cleanser

Satu lagi pembersih wajah yang mesra kulit sensitif, La Roche-Posay Toleriane Caring Wash Anti-Discomfort Facial Cleanser sangat digemari bukan sahaja oleh golongan wanita tapi juga lelaki kerana ia tidak akan menyebabkan ketidakselesaan dan kulit terasa ketat selepas cucian. Selain itu, bahan-bahan seperti Niacinamide, Panthenol, dan Thermal Spring Water dapat menenangkan dan menjaga kelembapan kulit.

Kelebihan:

  • Dirumus khas untuk kulit sensitif
  • Membersihkan kotoran dan kesan solekan
  • Menjaga kelembapan kulit

Harga: RM83.90

Terdapat di: Lazada

15. Water360 by Watsons Mineral Spring Facial Wash

Water360 by Watsons Mineral Spring Facial Wash sesuai untuk kulit kering, menjadikannya antara pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia.

Jika anda sering dibelunggu dengan masalah kulit kering dan merekah, maka anda perlu menggunakan pencuci muka yang tidak akan menyebabkan kekeringan seperti Water360 by Watsons Mineral Spring Facial Wash. Kaya dengan Glycerin, Ceramide, Asid Hyaluronik, dan banyak lagi, ia mampu membersih kotoran sambil menjaga kelembapan kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit kering
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Tekstur berkrim

Harga: RM39.90

Terdapat di: Watsons

16. Nano White Men Brightening 3-in-1 Cleanser

NanoWhite  Men Brightening merupakan antara pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia

Kulit kusam dan gelap tidak menjadi satu masalah jika rajin membersihkan wajah dengan Nano White Men Brightening 3-in-1 Cleanser! Apa yang membuatkan yang merekomendasikannya sebagai salah satu pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia ialah bukan sahaja boleh digunakan sebagai pembersih muka tapi juga sebagai krim cukuran.

Kelebihan:

  • Tekstur berkrim
  • Mencerahkan dan mensekatakan kulit secara semula jadi
  • Membersihkan kulit secara mendalam

Harga: RM19.90

Terdapat di: Watsons

Ingin mencadangkan pencuci muka yang lain? Kongsikan di ruangan komen dan jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.