Dengan formulasinya yang menggabungkan kelebihan lip balm dan juga lip gloss, lip oil boleh dikatakan antara produk yang cukup underrated. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, produk hibrid solekan dan penjagaan bibir ini memberikan kelebihan yang komprehensif untuk mereka yang ingin melembapkan bibir secara intensif sambil memberikan kilauan pada bibir umpama lip gloss. Sebagai seorang yang gemar menggunakan lip oil, produk ini sememangnya wajib dalam rutin kecantikan anda. Dari pilihan lip oil atau minyak bibir yang boleh didapati di drugstore sehingga ke berjenama mewah, jom tengok senarai lip oil terbaik pilihan kami ini. 

Cara Memilih Lip Oil Yang Sesuai untuk Anda 

Photo by cottonbro studio on Pexels

Formulasi 

Setiap produk lip oil menawarkan formulasi dan juga ramuan yang berbeza. Oleh itu, anda digalakkan untuk membeli produk yang diformulasi dengan bahan-bahan yang membantu melembapkan, menguatkan lapisan penghalang serta melembutkan bibir anda. Antara ramuan yang perlu ada adalah minyak jojoba, mentega shea, dan  minyak rosehip. 

Pilihan Warna 

Terdapat sesetengah lip oil yang menawarkan kemasan berwarna yang membantu agar bibir anda tidak tampak begitu pucat. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan produk tersebut  secara harian tanpa lipstik, kami galakkan agar anda memilih lip oil yang mempunyai pilihan warna. Manakala untuk mereka yang menggunakannya bersama lipstick atau lip tint, anda boleh memilih pilihan tanpa warna sebagai lapisan atas untuk kemasan berkilau. 

Senarai Lip Oil Terbaik di Malaysia 2023

1. Dior Lip Glow Oil

Dior Lip Glow Oil yang viral di TikTok merupakan antara pilihan lip oil terbaik di pasaran. Diperbuat dengan Teknologi Color Reviver, produk ini mengekalkan kelembapan pada bibir dengan memastikan kesesuaian warna semula jadi pada bibir. Teksturnya tidak melekit, malahan ia juga menawarkan kemasan berkilau seperti lip gloss. Dirumus dengan minyak ceri, ramuan ini membantu menghalang bibir kering dan menghasilkan filem pelindung.  

Kelebihan:

  • Pilihan lima warna menarik
  • Menyerlahkan warna semula jadi bibir
  • Mengekalkan kelembapan bibir

Harga: RM175.00

Terdapat di: Laman website Dior

2. Clarins Lip Comfort Oil

Clarins Lip Comfort Oil amat sesuai untuk mereka yang inginkan produk lip oil dengan kemasan berwarna atau tinted. Dikuasakan dengan 98% ramuan untuk perawatan bibir, ia mengandungi ekstrak sweetbriar rose, minyak jojoba dan juga kacang hazelnut. Anda boleh menggunakannya bersama Joli Rouge Lipstick untuk kesan maksima. Dengan rekaan aplikator doe-foot unik, ia mudah digunakan dalam sekali sapuan sahaja. 

Kelebihan:

  • Terdapat lapan pilihan warna
  • Saiz yang kompak
  • Kemasan berkilau 

Harga: RM110.00

Terdapat di: Laman website Clarins 

3. Burt’s Bees Hydrating Lip Oil With Sweet Almond Oil

Masalah bibir kering dan merekah? Saya sarankan agar anda menggunakan Burt’s Bees Hydrating Lip Oil With Sweet Almond Oil. Produk ini dirumus khas dengan minyak badam manis untuk memberikan kelembapan selama lapan jam dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada bibir. Teksturnya cukup ringan dan tidak meninggalkan kesan melekit, membuatkannya sesuai untuk penggunaan seharian. Setelah bertahun menggunakannya, saya dapati produk ini sememangnya  terbaik dari segi kemasan yang diberikan serta formulasinya yang membantu melembapkan bibir serta-merta. 

Kelebihan:

  • Kelembapan intensif 
  • Sesuai untuk bibir kering dan merekah
  • Diperbuat dengan ramuan semula jadi

Harga: RM39.00

Terdapat di: Sephora 

4. Rare Beauty Soft Pinch Tinted Lip Oil

Kebanyakkan produk berasaskan lip oil hanya memberikan kemasan warna yang agak halus dan tidak tahan lama. Namun begitu Rare Beauty Soft Pinch Tinted Lip Oil menawarkan warna yang agak pigmen seperti lipstick. Diperbuat dengan formulasi gel-ke-minyak yang inovatif, produk ini memberikan kesan kilauan serta kemasan warna yang boleh dibina. Bibir anda juga akan tampak lembap, dan lembut dengan sekali penggunaan. 

Kelebihan:

  • Pilihan warna yang pigmen
  • Kemasan berkilau dan matte
  • Tidak kering 

Harga: RM100.00

Terdapat di: Sephora 

5. WYCON Conditioning Lip Oil

Anda tidak perlu berbelanja mahal hanya untuk mendapatkan lip oil terbaik. WYCON Conditioning Lip Oil yang mudah didapati di drugstore dirumus dengan kombinasi ramuan penting seperti vitamin E, minyak jojoba, ekstrak  Acmella Oleracea serta mentega shea dan juga mangga. Selain menghidratkan bibir yang kering, produk ini juga membantu melindungi bibir anda dan melegakan kerengsaan. 

Kelebihan:

  • Kilauan berkilat tanpa kesan melekit
  • Melembapkan bibir sepanjang hari
  • Mudah didapati di drugstore

Harga: RM59.00

Terdapat di: Watsons

6. Fenty Skin Cherry Treat Conditioning And Strengthening Lip Oil

Cherry Treat Conditioning And Strengthening Lip Oil oleh jenama terkemuka Fenty Skin menampilkan formulasi yang membantu menghidratkan bibir agar tampak mungil. Diperkaya dengan Kompleks Triple Cherry, ia melembapkan bibir yang kering dan merekah. Manakala, minyak jojoba dan rosehip pula mengunci kelembapan untuk jangka masa lama dan melegakan kerengsaan akibat kering.  

Kelebihan:

  • Aroma ceri
  • Menghidratkan bibir kering dengan serta-merta
  • Menguatkan lapisan kelembapan

Harga: RM125.00

Terdapat di: Sephora 

7. Hourglass N° 28 Lip Treatment Oil

Dengan rating yang tinggi, Hourglass N° 28 Lip Treatment Oil merupakan antara lip oil terbaik pilihan ramai. Dirumus khas untuk mencegah penuaan, produk ini menggabungkan vitamin dan minyak pati yang bekerjasama untuk melembapakan bibir serta melindunginya daripada rosak akibat persekitaran. Dikuasakan dengan tiga bahan aktif iaitu Saliporine-8, Volulip™, dan Viamerine, ramuan ini mengurangkan kedutan dan memperbaiki penampilan bentuk bibi. Produk ini juga disalut dengan emas 24 karat yang mewah.

Kelebihan:

  • Memudarkan tanda-tanda penuaan pada bibir
  • Aplikator disalut dengan emas 24 karat
  • Membuatkan bibir tampak mungil 

Harga: RM286.00

Terdapat di: Sephora 

8. NYX Fat Oil Lip Drip

NYX Fat Oil Lip Drip ditawarkan dalam lapan warna berbeza yang sesuai untuk semua warna kulit. Diperkaya dengan squalane vegan, produk ini memberikan kelembapan sehingga 12 jam lamanya. Meskipun, rumusannya memberikan kilauan seperti lip gloss, teksturnya amat ringan dan tidak meninggalkan kesan melekit. Anda boleh menggunakannya bersama lipstick dari rangkaian NYX untuk kemasan intensif. 

Kelebihan:

  • Rumusan unik pengilat minyak bibir berwarna yang menghidratkan
  • Dirumus dengan ekstrak botanikal
  • Ditawarkan dalam lapan pilihan warna

Harga: RM58.30

Terdapat di: Lazada 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.