Adakah kedutan dan garis-garis halu tampak jelas kelihatan pada wajah anda? Meskipun tanda-tanda penuaan ini tidak boleh diundur kerana proses ini seiring dengan pertambahan usia, terdapat pelbagai faktor luaran juga yang mempercepatkan kepada berlakunya perkara ini termasuk penuaan pramatang. Selain gaya hidup yang sihat, rutin penjagaan wajah anda yang fokus kepada anti-penuaan juga amat penting untuk memastikan anda tampak awet mudah. Jom tengok senarai produk anti-penuaan terbaik di Malaysia pilihan ramai ini yang merangkumi krim malam, krim mata dan juga sunblock

Tips Memilih Produk Anti-penuaan Terbaik

Photo by SHVETS production on Pexels

Sesuai untuk Jenis Kulit Anda

Untuk memastikan kesan yang efektif, rangkaian produk anti-penuaan yang anda gunakan haruslah dirumus khas untuk jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit jenis sensitif, pastikan produk yang anda gunakan dilabel dengan sensitif. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kulit jenis kering, anda disarankan untuk menggunakan produk yang diperkaya dengan ramuan penghidratan. 

Utamakan Produk Yang Dirumus Hipoalergenik dan Tidak Komedogenik

Untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan akibat penggunaan produk, anda harus utamakan produk yang bersifat hipoalergenik untuk mengelakkan reaksi alahan pada kulit. Manakala, produk yang tidak komedogenik atau tidak aknegenik pula berkesan mengurangkan masalah jerawat. 

Formulasi yang Merawat Masalah Utama Tanda Penuaan

Dengan lambakan produk anti-penuaan, kebanyakannya merangkumi formulasi yang membantu merawat pelbagai jenis masalah kulit yang berbeza seperti kedutan, bintik-bintik hitam dan kulit kering. Namun begitu, setiap individu mengalami masalah kulit yang berlainan, oleh itu anda digalakkan untuk menggunakan produk anti-penuaan terbaik yang dirumus khas untuk merawat masalah utama kulit anda. 

Senarai Produk Anti-penuaan Terbaik di Malaysia 2023

1. LA MER The Renewal Oil

Produk-anti-penuaan-terbaik

Dengan formulasinya yang berkualiti tinggi, LA MER The Renewal Oil merupakan antara produk anti-penuaan yang terbaik di pasaran. Malahan ia juga disukai oleh ramai selebriti ternama termasuk Lisa Blackpink. Diperkaya dengan Miracle Broth™ dan Miracle Broth Oils, ramuan ekslusif ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk menganjalkan serta menyerikan kembali kulit kusam. Selain melembutkan tekstur kulit yang kasar, ia juga berkesan memberikan kelembapan intensif. Rangkaian produknya juga sesuai untuk mereka yang berusia awal 20-an hingga ke 40 tahun keatas.

Kelebihan:

  • Memudarkan kedutan dan garis-garis halus
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembapkan kulit untuk jangka masa lama

Harga: RM610.00

Terdapat di: Sephora

2. Clarins Double Serum

Produk-anti-penuaan-terbaik-clarins

Clarins Double Serum merupakan serum anti penuaan terbaik yang menampilkan rumusan berganda air dan minyak yang unik. Diperbuat dengan teknologi skin’s core sensory intelligence, ia mengandungi turmerone dari ekstrak kunyit untuk merawat tanda-tanda penuaan secara mendalam. Rumusannya juga menggabungkan 20 ekstrak tumbuhan penting yang membantu menganjalkan kulit, memudarkan liang pori-pori besar dan menyekatakan tona kulit. Malahan, serum ini turut merangsang lima aspek penting dalam kesihatan kulit wajah

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Menyerap dengan pantas

Harga: RM460.00

Terdapat di: laman website Clarins

3. Dermalogica Phyto Nature Oxygen Cream

Produk-anti-penuaan-terbaik-dermalogica

Phyto Nature Oxygen Cream oleh jenama terkemuka Dermalogica memberikan nafas baharu kepada kulit dengan tanda-tanda penuaan. Produk ini merangkumi rumusan gabungan bahan aktif botani seperti glikogen, bunga nasturtium dan benih Ligustrum Lucidum yang bekerjasama untuk membantu mengoksidakan permukaan kulit agar kekal lembap dan tampak anjal. 

Kelebihan:

  • Membantu penyerapan oksigen 
  • Memudarkan tanda-tanda penuaan
  • Menganjalkan semula kulit

Harga: RM639.00

Terdapat di: laman website Dermalogica 

4. Safi Youth Gold Lifting 24k Serum Cleanser

Produk-anti-penuaan-terbaik-safi

Jika anda sedang mencari pencuci muka anti-penuaan terbaik di Watsons, pastikan anda mencuba Safi Youth Gold Lifting 24k Serum Cleanser. Pembersih wajah ini dirumus dengan kombinasi 24K serum emas, Triple Gold, asid hyaluronik berserta dengan formulasi Anti PM2.5.Ramuan ini membantu membersihkan kulit wajah daripada kotoran dan lebihan sebum sambil mengekalkan kehidratan. Manakala, Teknologi Golden C-Lift pula merangkumi Golden C dan Nano Emas 24K yang memberikan kebaikkan anti-penuaan. 

Kelebihan:

  • Membersihkan kulit tanpa menyebabkan rasa kekeringan
  • Mengekalkan kelembapan kulit wajah
  • Diperkaya dengan bahan-bahan anti-penuaan

Harga: RM21.00

Terdapat di: Watsons

5. Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate

Produk-anti-penuaan-terbaik-shiseido

Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate dikuasakan dengan The Lifeblood™, teknologi inovatif yang meningkatkan pertahanan semula jadi kulit terhadap tanda-tanda penuaan. Produk ini yang diuji secara dermatologi mengandungi asid laktik serta ekstrak botanikal penting seperti roselle dan heartleaf. Dengan penggunaan konsisten, kulit wajah anda akan tampak berseri, lembut dan juga anjal. 

Kelebihan:

  • Tidak komedogenik
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bebas daripada bahan-bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM145.00

Terdapat di: Sephora

6. Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Retinol Eye Cream

Diperkaya dengan bahan utama retinol, Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Retinol Eye Cream berkesan memudarkan tanda-tanda penuaan di sekeliling mata seperti kedutan dan juga garis-garis halus. Rumusannya distabilkan untuk meresap ke dalam kulit secara perlahan agar mengurangkan kesan iritasi. Selain itu, ia juga mengandungi asid hyaluronik untuk melembapkan kulit dan kompleks glukosa yang  mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Kelebihan:

  • Mengandungi bahan utama retinol
  • Tidak mengandungi paraben, minyak mineral dan pewarna
  • Memudarkan lingkaran hitam

Harga: RM99.90

Terdapat di: Watsons 

7. Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50

Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50 menawarkan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UV dengan penapis berasaskan kimia dan juga mineral. Yang paling best, pelindung suria ini turut memberikan kebaikkan penjagaan kulit dengan rumusan niacinamide, asid hyaluronik dan ekstrak lidah buaya. Anda tidak perlu risau akan kesan berminyak atau white cast.

Kelebihan:

  • Diuji oleh dermatologi
  • Bersifat tidak komedogenik dan aknegenik
  • Meninggalkan kemasan yang membantu menyerikan kulit

Harga: RM173.00

Terdapat di: Sephora

8. OLEHENRIKSEN Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème

Inginkan kulit wajah tampak berseri semalaman? Kami sarankan anda mencuba OLEHENRIKSEN Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème yang dirumus khas untuk memperbaiki kulit wajah anda ketika waktu tidur. Dengan kombinasi 5% AHA,  mentega shea dan sel stem edelweiss, krim malam ini membantu mengekalkan kelembapan kulit, menyekatakan tona tidak sekata dan memudarkan tanda-tanda penuaan. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan bahan-bahan anti-penuaan
  • Tekstur yang berkrim
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati tanpa sebarang iritasi

Harga: RM275.00

Terdapat di: Sephora 

9. Chanel Sublimage La Crème Corps et Décolleté

Untuk yang tidak mengetahuinya, kawasan sekitar bahagian leher juga cenderung untuk mempunyai tanda-tanda penuaan. Oleh itu, pastikan anda mempunyai produk tambahan seperti Chanel Sublimage La Crème Corps et Décolleté yang membantu menghidratkan kulit dan memudarkan kedutan serta-garis-garis halus. Diperkaya dengan ekstrak mikro mutiara, produk ini meninggalkan kemasan berseri dengan serta-merta.

Kelebihan:

  • Wangian manis vanila
  • Menyerap dengan pantas
  • Rumusan khas untuk bahagian sekitar leher

Harga: RM1,160.00

Terdapat di: laman website Chanel 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.